13 Disember 2010, Isnin (Mendung)
Bangun seawal pagi kerana harus balik ke Shah Alam sebelum 7.00 am. Sesampai di rumah sewa terus berangkat ke tempat kerja pula. Hari yang membosankan lalu wujudlah unplanned day out dengan Cik R. Selepas pulang dari kerja aku terus mandi dan bersiap-siap (Oops! Bukan keluar dating dengan BF ok!). Cik R menjemput aku di rumah bersama kotak putih berkaki empatnya, lantas kami menuju ke destinasi pilihan kami – JJ Bukit Raja. Tingkat atas bangunan terletaknya kaunter TGV menjadi persinggahan pertama kami, tiket wayang! Watak-watak dari Filem The Chronicles of Narnia: The Voyage of The Dawn Trader melambai-lambai menarik kami masuk ke Panggung 4 untuk meneruskan pelayaran mereka ke Narnia bersama kami semua.
Sebelum itu, aku dan Cik R memenuhkan perut yang kosong dan melayan tekak sekali lagi di Old Town White Coffee dengan menu kali ini, Hainaneese Chicken Chop Rice, Noodles with Egg Soup, Dumpling with Soup dan Orange Juices. Penuh selera kami menjamahnya dengan perut kosong, maklumlah orang baru balik bekerja. Sementara menunggu kapal Narnia kami berlayar, aku dan Cik R berlegar-legar di Ladies Department Store. Tak disengajakan, turut membeli-belah. Tak boleh blahhh~ terbang not-not 10 dan 50 ringgit aku.
Keadaan di pintu masuk TGV sesak, sesak dengan deretan manusia yang sedang membeli tiket, deretan yang beratur membeli kudapan popcorn dan deretan yang masuk ke panggung. It’s show time! 10.50 pm, tamat sudah pengembaraan kami bersama Dawn Trader ke Narnia. Maka, berakhir juga pengembaraan aku dan Cik R pada malam itu. Sampai waktunya untuk melabuhkan tirai malam dan mengharungi hari esok pula. Dengan berakhirnya pengembaraan aku bersama Cik R malam itu, lebur juga harapan aku untuk memenuhi undangan majlis seorang rakan di Pandan Village pada hujung minggu, niat untuk bersua rasa dengan BFF di Mid Valley juga terpaksa ditunda dahulu, gara-gara isi poket yang susut.
Tinta Pena Merah
No comments:
Post a Comment