CC's Customer

Tuesday, May 31

Ayat Lazim 'XY'

ayat lazim mne2 lelaki, "Sy xde gf/awek/mkwe." 
hakikatnya? berderet skandal hahh..alasan je tuh biar senang nk pancing pmpuan..ahahaha..cliche la weh, change other statement leh x lelaki sekalian?
Ini post dekat wall FB aku beberapa jam tadi, niat nak perli orang sebenarnya tapi tak sangka 'line' agak panas pula lepas tu. Muncul laa soalan-soalan cinta yang orang tanya, as if Im a Dr.LOVE. Aku bukan laa pakar dalam soalan hati perasaan yang boleh bawak mati laa kalau hubungan korang tak menjadi. Sebab aku sendiri pun tak ada pengalaman in depth pasal hal-hal ni. Aku mungkin lebih kepada bahagian teori bak kata kawan aku seorang ni (aku tak tau mana dia pergi sekarang, dah lupa kat aku kot...cedeyh nya!) tapi bab praktikal korang kena cari yang lebih pakar.



Respon 1: sentap weh! kalo btol2 xde awek cne mcm ak nih ha...duk tggu respon je nih! ceyy~
Aku: figure out other way to express that u r single...tp klu kau btul2 nk pmpuan tu mst kau lyn yg tu special kn? xde la mcm sesetengah pihak tu, kt sume pmpuan die knl die ckp ayt yg sme....copyright protected lak die..hahaha

Respon 2: sy ade gf, tp da lari. oke x?
Aku: ahahaha..tu awk kne tnye diri sndri nape awek lari ye? tp awek kau still keep in touch dgn kau kn? msh kwn kn? haha

Respon 3: ayat cmni boleh..'err...sy tgh tggu orang nih, kalao rse nk sy isi mase lapang dgn awk, sy on je...' sentap!
Aku: yg tu x mcm kau nk wt die cm kekasih part time lak? 'isi masa lapang' je? cm x sesuai part tu...cri ayt laen yg lg sweet...pmpuan bse r nk sweet2 je ayt..hahahhaha

Respon 4: haha...kite try ayat nih plak..."maap la awak, no,1 da ad orang pnye, no..2,3,4 kosong lagik..."
Aku: tu pn da jd ayt lazim....tp aku ske no4 tuh..kih3 X))

Respon 5: nak bg ayat sweet tu agak berat la...baik trus terang jew...pastu blanja mkn ABC seksyen 2...hahaha
Aku: trick tu bergantung kpd jns pmpuan...dan mcm mne awk make it impressive..hahahha..banjir lak sek2 ade pmpuan nanges kau blnje ABC X))

Respon 6: haha..tp pompuan slalu jgak tnye. 'awak nih da ad makwe ke blom?'....baru kawan da nk tnye mcm tuh? MOTIF?
Aku: motif ny adalah utk menyelidik status lelaki berkenaan sama ade sdh berpunya atau single. tp ingt kdg2 tu soalan siasatan kejujuran utk kau jgk. klu kau single then it will be no prob korg nk kwn rapat n so into a rltnship..klu da ade gf mybe she will not interested with u for frther rltnship atau mungkin utk berjaga2 takot awek kau mrh ke in times to come....

Respon 7: "saya xda awek, xda girlfriend.. yg saya ada cuma tunang je.." saya memang jawab macam tu.. it's true saya xda makwe, tp saya ada tunang..
Aku: hahaha...harap2 klu jwb/wt statement kt org tu ayt last jgn tggl ye...tu bgus jujur dgn kbenaran


Ingat lagi komen dengan seorang adik comel nih, cik Hazwani Azman  (Wanie) dalam wallpost beliau tentang wedding. Entah macam mana boleh cerita pasal "orang yang tak faham bahasa kita suka kat dia", asalnya bercerita pasal wedding planner dan matchmaker. Tiba-tiba keluar isu ni.
Wanie: "kalau kes orang tak faham bahasa ni pun susah jugak nak match kan..."
Aku: " yg x fhm bahasa tu suh ketuk je kepala....x pn cium je trus...ssh sgt...hahahhaha X)) "
Wanie: "hahahaa. Kalau cium, terus lagi jadi tak faham bahasa. Kahkahkah "
Aku:  "erghhhh~~~ lps cium tarik bwk blk umh psgn bersama kadi trus ckp dpn parents, "mak abah..eh silap, pacik dan macik, sy dgn rela hati dan suka hati ny nk kawen dgn anak pacik dan macik ni. Tak tahan dh..geram sgt die x fhm bahasa yg sy ske kt die! Ni kadi dh bwk leh nikah trus." hahahha "

May be you could send this last message as new trick to tackle a girl.
Absolutely won't works for me coz I already know. Weehooo~

Monday, May 30

The Last Mayday Monday

Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu ketiga Intersesi sekarang ni. Pagi tadi Dr. Low dah announce next Monday, which is 6th June will be our one and only test for the whole time. Untung tak ada sekali je test? Tapi tak tahu laa boleh jawab ke tak test nanti..apa-apa pun yakin dengan diri sendiri. "Saya mampu melakukannya!" Kalau tak support diri sendiri siapa lagi te tak? Nak buat macam mana kawan beribu pun bukan semua boleh luangkan masa 24jam dengan kita je. Huuuu~ touching loop jap. Perhh..dalam kelas hari ni tak panas pulak kan, aircond supply tak ada, rupa-rupanya staff kat pejabat lagi kesian terus blackout. Aku pergi office dekat level9 kejap dengan Timah pun tengok akak-akak dan puan-puan dalam tu berkirap dalam kesamaran. Panas siot...redha je laaa..hahaha

Kononnya nak temankan Timah lunch dekat DC, anyway aku memang tak makan pun lunch selalunya melainkan perut aku terdesak sangat kebulur je.Baru duduk kejap dekat meja tunggu Timah beli makanan, mak dah call cakap dah sampai. Hurmm..time to go. Tak sempat aku nak beli air hilangkan haus tengah hari ni. Around 12.40 pm, gerak pergi PPUM. Appoinment mak untuk buat check up supposed to be last Friday evening tapi last minute staff PPUM called to postponed. Disebabkan kebosanan terlampau melanda diri etiap kali keberadaan aku dekat Shah Alam ni sepanjang bulan Intersesi, aku pun buat kepututsan last minute juga nak ikut mak Pergi PPUM tu. Gedik kan? Semalam mak offer nak ikut tak, aku cakap tak nak. Jual mahal konon baik tak nak susahkan mak ayah. Alaa...PPUM dengan UiTM satu jalan kot. Drop by sekejap je ambil dan hantar aku. hahaha.


Sebelum 1.30pm dah sampai lobi PPUM, ramai pula orang hari ni, patient baru discharge pun ramai, maklum laa tengah hari kan. Masuk-masuk lobi restoran Delifrance yang dulunya berada di bahagian depan klinik telah bertukar wajah --> Secret Recipe. Wow~ lama gila aku tak datang PPUM. Last time aku datang time nenek aku masuk wad operation 'cataract' mata dia. Itu pun lebih kurang 2 tahun lepas. Mak pula deciide nak duduk dekat bench hadapan Secret Recipe tu. "Adoi..! Ini dugaan besar untuk aku, tak kan aku nak duduk melangok je depan Secret ni sambil tengok orang-orang kat situ order makanan je?" Damnn! Alangkah sedapnya kalau dapat Green Apple Kasturi, Fish n Chip, Baked Fish, Chocolate Indulgence,Tiramisu etc waktu tengah hari yang panas ni. Sebelah aku kosong masa baru duduk tu tapi selang 2 kerusi ada seorang ibu bersama seorang anak perempuannya dalam lingkungan umur 3-5 tahun. Adik tu pakai 'mask' duduk atas wheelchair. Dari redup mata adik tu nampak sangat muka dia tak happy. Muka sedih gilaa. Kesian adik ni, sakit apa la agaknya. Serius, dia pandang orang lalu lalang dekat lobi tu macam budak tak ada perasaan. Bayangkan mata orang sedih macam mana? Kening jatuh, mata layu dan redup. Dari pandangan mata tu aku rasa aku macam baru tengok adik tu dalam MagSeven rancangan dalam NTV7 petang semalam (Ahad), rancangan realiti kehidupan rakyat Malaysia. Pasal seorang badut yang menghiburkan kanak-kanak sakit kat hospital. Dalam MagSeven tu, badut tu pergi wad pediatrik bahagian kanak-kanak sakit kanser, kat situ laa aku rasa aku nampak muka adik yang sebelah aku ni. Aku cakap dekat mak aku tapi mak tak percaya. Sumpah redup mata tu sama dengan mata adik dalam TV tu semalam!



Pukul 1.45 pm, aku dengan mak pun naik ke tingkat 2 Menara Utama PPUM ke Radiology Department. Anyway, one of my friendada yang dah kerja kat sini tapi aku tak tau dia kerja part mana. Nama pun radiology, macam-macam kerja ada kat bahagian ni, X-Ray, Mamogram, lagi apa entah. Aku pun bukan expert medical terminology ni. Prosedur biasa kat mana-mana tempat pun, pesakit kena ambil nombor giliran untuk pendaftaran untuk yang dah ada appointment. Part ni boring juga laa aku tunggu. Sejam menunggu kat ruang menunggu dia, TV plasma lak buka sinetron endon, lagi laa aku bosan tengok. Nasib baik aku gatal bawa note control kelas tadi. Boleh juga aku selak-selak tengok balik apa aku belajar hari ni. Dah pukul 3 baru la nama mak aku dipanggil oleh ......... (aku pun tak tau nak panggil apa jawatan orang yang kerja tu, pembantu perubatan? kakak nurse..tak mungkin..doktor pun bukan aku rasa). Mamogram kat sini ambil masa dalam 5-10 minit je proses dia, lepas tu dah siap kena tunggu kejap orang yang check tu keluar bagitahu keputusan macam mana. kalau okay, weehoo~ boleh balik dengan senang hati. Kalau tak okay, sila buat temu janji seterusnya di klinik.

Adik ni lawak je....mata dia dah static je pndg 1 arah,
sambil minum susu tangan sebelah.
Mesti ngantok tunggu mama dia check up. :)
Dah bosan sebab duduk kat ruang menunggu tu aku hanya dikelilingi macik-macik separuh umur. Tak ada bujang pun..hahaha...Apa laa aku ni, tu bahagian mamogram memang laa semua macik-macik je, kan untuk breast cancer diagnostic. Harapkan yang lalu lalang memang tak puas tengok. Aku perasan setiap kali ada orang lalu dekat koridor, memang akan ada mata yang memandang dalam ruangan menunggu tu. I cought few of male doctor yang not bad quite hot. Hahaha! mode gatal dah on, mode cuci mata actually sebab aku just suka tengok tanpa niat untuk mengorat ye. =.=' Sementara mak tunggu keputusan mamogram dia, aku pun bangun keluar jalan-jalan dekat koridor. Perhh..baru jalan keluar, aku dah selisih dengan male doctor yang aku dah aim dari duduk dalam tadi. Tinggi dan kurus. Sekali pandang okay, sekali lagi aku tak pandang sangat dah sebab tengah reply msg. Hahaha. Then lalu pula nurse lelaki yang tengah tolak katil, seorang budak perempuan umur 6-7 tahun duduk atas katil tu. Adik ni sakit apa pula agaknya, muka sedih memang comfirm la. Sakit kot tak kan nak gelak.Then, lalu pula seorang mamat T-shirt kuning ni, dia pun jadi Usop Wilcha jugak! hahaha...muka boleh tahan. Handsome! Tapi...kaki kanan dia dah macam cerucuk kat construction site berceracak. Accident merempit ke bang? Nak je aku soal direct. Kalau tak ada orang dekat koridor tu memang aku dah tanya dengan tak malu. hahaha

Belum puas aku nak cuci mata merayap dalam hospital, urusan mak pun dah settle. Adoi, balik dah ke? Yelaa..aku pasrah, ye jom balik. Lagi sekali lalu sebelah Secret Recipe dengan hanya mampu memandang. Apa kan daya, poket tengah kering ni. kalau tak dah lama aku sebat je lunch dekat situ. On the way balik, Federal highway dah mula jammed, padahal belum pukul 4pm pun. Terpaksa laa pusing masuk Jalan Kelang Lama then keluar balik dekat Sg. Way. Hurmm, dari pagi tak makan apa-apa, so before hantar aku balik Melati. 1 family mentekedarah dulu dekat kedai, aku dah tak kira orang ramai ke apa, bujang ke siapa duduk depan meja aku makan. Slumber je aku makan dengan banyaknya. So what? Korang pun makan banyak kan? Hahahhaa


Sunday, May 29

Amour Redemption

You push me
When you think I don't mean anything
When you think you deserve better
You push me down
Push me down


You leave me
When you find someone amazingly
When you feel this earth is yours
You leave me away
Leave me away




You kill me
When you hate me so much and deeply
When you hear evil's whisper to kill
You kill me death
Kill me death


You miss me
When you loose my sweet talk
When you feel lost in life
You miss me loony
Miss me loony






You love me
When you regret to push me
When you regret to leave me
When you regret to kill me
Then you miss me
You realize

You love me
Aku cinta kamuIch liebe dichEk is lief vir jou我爱你Ik hou van jeRakastan sinuaJe t'aimeमैं तुमसे प्यार करता हूँ | Is breá liom Ti amoあなたを愛して 당신을 사랑합니다 Te amoЯ люблю тебяTe quieroJag älskar dig

Friday, May 27

Senyuman Semalam (bhgn 8 & 9)

*          8         *

          Keadaan di sekitar lobi Hotel JW Marriott Putrajaya tidak dihiraukannya lagi. Nadhirah hanya meluru ke arah pintu lif dalam keadaan yang agak kelam-kabut. Tangan kirinya menjinjing beg laptop manakala tangan kanannya sibuk menyusun dokumen-dokumen untuk projek syarikatnya. Tiba-tiba dia diarahkan untuk menghadiri mesyuarat ini sebagai ganti kepada En. Rafie yang merupakan ketua projeknya. Sebaik sahaja sampai di depan lif, pintu lif baru saja tertutup dan tangan kanan Nadhirah yang sarat dengan dokumen hampir-hampir terkepit oleh pintu lif. “Fuhh, nasib baik sempat!” getus hati Nadhirah apabila pintu lif terbuka semula. Lantas diloloskan diri ke dalam, kepalanya masih ditundukkan tidak memandang sekilas pun orang-orang yang berada di dalam lif.

          Sebaik saja pintu lif terbuka di aras mesyuarat yang bakal dihadiri, Nadhirah terus berlalu keluar. Sehelai kertas telah tercicir dari dokumen yang dibawanya.

          “Excuse me, miss. Cik baju merah!” Langkah yang diatur Nadhirah terhenti, seakan-akan ada seseorang yang sedang memanggilnya. “Suara lelaki? Hmm, siapa pula? Tapi dia tak panggil nama aku, panggil orang lain kot….” Hatinya berbisik.

          “You left this in your way, miss.” Suara lelaki itu di belakangnya sekarang dan sehelai kertas putih telah dihulurkan di tepinya. Nadhirah memandang kertas itu kosong, otaknya seperti terhenti untuk berfungsi seketika. Pandangannya kosong.

“Hey, tak kan day dreaming kot? Cik Nadhirah…..” kini lelaki itu berdiri di hadapannya pula. Lelaki itu melambai-lambaikan kertas tadi di depan wajah kosong milik Nadhirah.

“Eh, kenapa lelaki ni tahu nama aku pula?” Nadhirah masih dalam lamunan kosongnya.

“Hey, Nadhirah! You ok tak ni?” lelaki itu memetik jarinya di wajah Nadhirah dengan harapan Nadhirah akan tersedar dari lamunannya yang entah ke mana. Magic lah konon. Nadhirah tersentak apabila diperlakukan begitu.

“Syahir??!!” mata coklat Nadhirah hampir terbeliak melihat jasad yang ada di depannya kini. Badannya seperti kaku tidak dapat lari dari situasi ini. Dahinya berkerut, kening juga seakan-akan mahu bertembung. Nadhirah kehairanan. “Apa mamat ni buat dekat sini? Tak kan dia ni kot yang nak bagi kertas kat aku tadi?” hanya mampu berkata di dalam hati.

“Yup! It’s me. Kenapa? Terkejut ke?” Syahir mempamerkan senyuman manisnya. Nadhirah hanya mampu tersenyum sumbing. “Mahunya tak terkejut. Menakutkan I je bila ada orang tahu nama I dekat tempat public macam ni,” Nadhirah mengurut-urut dadanya yang terkejut tadi. Kertas yang Syahir hulurkan diambinya, lalu diselitkan dengan baik ke dalam dokemen semula.

“Hehehe....I’m sorry kalau I dah takutkan you tadi. Actually, I dah nampak you dari tadi masa kat dalam lif, kebetulan pula you pun stop kat aras ni. Ada meeting juga ke?”

“Urmm,yeah. I got meeting here around 5 minutes left nak start ni. Tiba-tiba ketua I suruh I gantikan tempat dia hari ni because he have some emergency. You pun meet.....” belum sempat Nadhirah menghabiskan soalannya, Syahir telah menganggukkan kepalanya sebagai tanda jawapan ‘ya’.

“Whoa! Don’t tell me, you from the Asian Intergrated Shipping Company,” Nadhirah sudah tidak keruan menanti reaksi dari Syahir.

“What if I say ‘yes’? So, you from ProTech Engineering? Sebab I difahamkan mesyuarat yang dijalankan kat sini adalah antara dua company ni je untuk hari ni.” Syahir tersenyum bangga seolah-olah dia bahagia dapat bekerjasama dengan Nadhirah.

“I tau,it just between this two company but I don’t even expect to meet you here. Hmm, nampaknya I tak boleh nak elak dari you lagi lah lepas ni,”

“Hah? Apa dia? Elak dari I? Yelah, I know you still mad at me and I’m so sorry about it. But talking professionally, can you put a side that feeling between our personal life and work? Jom lah masuk dewan tu, I rasa they all mesti tengah tunggu kita,” Syahir merenung Nadhirah tajam. Nadhirah membisu seribu bahasa lantas membuka langkah berjalan masuk ke dalam dewan mesyuarat, Syahir mengekorinya dari belakang sambil membetulkan tali lehernya.

*          9         *

          Waktu hujung minggu kali ini tidak dihabiskan bersama keluarga seperti biasa. Malam kelmarin, Syahir telah menghubungi Nadhirah. Setelah mereka ditakdirkan untuk bekerjasama dalam projek usahasama syarikat masing-masing, Nadhirah terpaksa memaniskan muka kerana terpaksa sering bertemu dengan Syahir. Inilah yang perlu dilakukan, bersifat profesional. Masalah peribadi tidak dijadikan sebagai batu penghalang untuk terus bekerja bersama. Sesekali ada keluhan dari Nadhirah, acap kali juga dia terfikir, mengapa semua ini harus terjadi? Di saat dia sudah boleh melupakan Syahir, lelaki itu muncul kembali tanpa diundang.

Projek yang mereka lakukan telah pun selesai dua bulan yang lepas. Apa yang merimaskan Nadhirah, Syahir masih tidak putus-putus terus menghubunginya walhal Syahir sedar akan sikap acuh tak acuh Nadhirah. Namun, itu bukan alasan untuk Syahir terus beralah. Mereka telah bersetuju untuk keluar bersama pada hujung minggu itu, Syahir telah menjemput Nadhirah di hadapan rumahnya. Tampak ringkas penampilan Nadhirah, dia mengenakan sehelai jeans ‘boot cut’ bersama sepasang blouse berona ungu lembut, dipadankan pula dengan sepasang kasut ‘wedges yang menambahkan ketinggiannya. Panduan Syahir telah ditujukan ke arah pinggir bandar Kuala Lumpur.

Pemandangan dari atas bukit di pinggir bandar ini sungguh mempersonakan, bangunan-bangunan pencakar langit Kuala Lumpur menjadi tumpuan utama sesiapa sahaju yang memandangnya dari atas bukit ini. Kesunyian menyelubungi dua insan di atas bukit itu, masing-masing berdiri sambil bersandar pada kereta milik Syahir.Pandangan Nadhirah dilemparkan pada bangunan-bangunan yang tersergam indah di hadapan manakala Syahir sesekali memandang Nadhirah di sisi. Terasa kering kerongkong Syahir untuk meluahkan kata-kata tatkala melihat Nadhirah di depan mata, rasa bersalahnya pada wanita itu beberapa tahun dahulu terus menyelubungi dirinya.

“Nadhirah, can we have a talk?” Syahir cuba menarik perhatian wanita di sisinya itu. Nadhirah menoleh ke arah Syahir dengan satu senyuman yang cukup manis di mata Syahir. “Apa dia?” sambut Nadhirah.


Bersambung.....

Thursday, May 26

Dambaan Nur

Hari ni post Islamic sikit. Perhhh..tiba-tiba aku jadi baik kejap.
Honestly aku cakap, aku bukan laa someone yang terbentuk dengan didikan agama yang banyak.
Aku tak dapat didikan rasmi pasal agama pun, dulu sekolah cina tak pergi sekolah rendah agama pun.
Belajar asas agama semua dari Ustaz yang sekolah cina  jemput khas untuk ajar pelajar-pelajar Islam dia.
See? Even sekolah cina pun, dorg tak biarkan pelajar Islam dia lupa pasal agama sendiri.

Okayyy!
Kembali ke tajuk asal entry kita hari ini.
Dambaan Nur
Apsal? Nur (cahaya) dekat diri sendiri dah tak cukup ke?
Tamak gilaa aku dengan Nur, dah laa nama sendiri pun maksud "Cahayaku".
Bukan tamak dan memang tak cukup pun.
Oleh kerana diri ini yang tak berapa kukuh dengan ilmu agama.
Maka aku terfikir untuk mencari seseorang yang boleh diharap untuk membimbing aku kelak.


Dalam solat, especially tiap kali lepas usai solat.
Dalam keadaan duduk tahiyat akhir bersama telekung putih tu,
rasa jiwa tenang gila, diri rasa tiba-tiba kerdil di hadapan Allah.
Banyaknya yang aku tak tahu,
well process of learning: the more you learn the more you have to learn.
Dalam keadaan berteleku atas sejadah lagi, aku terfikir.
Bayangkan, alangkah bagusnya kalau aku dapat solat berimamkan suami sendiri.
Pasti terasa nikmatnya hidup dalam Islam dan of course bersama husband kau sendiri pula kan?

Oh well, lepas solat biasa laa mesti salam si dia yang jadi imam kita tu kan.
Anyway aku paling suka part kucupan di dahi, 
ayat "umbun-umbun kepala dikucup hangat" dari novel-novel macam tak boleh blah je kan kalau baca,
Goshhh~ memang itu part yang sangat tak terungkap betapa bahagianya rasa hidup ni.
Ohhh...rindunya bila Ayah selalu cium dahi aku sebelum tidur,
anyway dah besar ni pun kadang-kadang ayah buat juga rutin tu.


Back to the story,
si dia yang jadi imam dalam solat aku tadi,
dengan hati yang terbuka, penuh kasih sayangnya dan rendah diri (bukan niat nak perli orang yang rendah..hee)
mengajar aku mengaji dan mungkin sama-sama mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Dah macam scene muallaf baru belajar tentang Islam kan?
Sweet tak rutin tuh kalau buat sama-sama kan?
Hahahahahaha
OH TIDAK!

Kenapa aku ajak korg berimaginasi lagi tapi tak apa kan?
Alangkah indahnya hidup semua wanita-wanita kat luar sana
kalau dapat calon suami yang macam ni.
Bukanlah nak suruh semua cari yang Islamic.
Kesian pula yang lelaki yang ala kadar biasa-biasa je kat luar tu.
Mana tau luaran je macam sosial, suka enjoy bagai
who know?
Mereka mampu berubah lepas kahwin.

Kalau tanya mana-mana orang pasal pasangan hidup,
mesti semua pun akan jawapan
"nak cari yang beriman."
Pendapat aku, kalau semua nak yang beriman
kalau diri sendiri pun tunggang langgang
nak harap pasangan yang tolong "iman"kan korg ke jalan yang diredhai.
Habis tu yang tak beriman tu siapa nak bawa dorg ke jalan Allah pula?
Siapa yang nak selamatkan hidup dorg?
Sepatutnya kita kena sama-sama berusaha untuk perbaiki diri sendiri.

Gambar hiasan semata-mata.
Couples are made for each other to complete each other.
Sebab tu aku cakap kena usaha sama-sama.
Yang pasangan tu pun jangan laa merendah-rendahkan kekurangan pasangan anda satu lagi tu.
Be humble, be warm heart.
There is no limitation of age for learning.
Learning is boundless matter of study.
Indahnya Islam untuk dihayati.

Sebelum aku merepek dengan quotes yang aku reka sendiri,
itu laa dia Dambaan Nur yang aku maksudkan.
"Process of finding the Nur itself together with the one you trust and the one you love."
SEKIAN

*Renung-renungkan dan selamat beramal*

Monday, May 23

3 hari WEEKEND?!

Awal pagi tadi baru aku gerak balik Shah Alam.
Sampai bilik pun around 9.30 kot
tapi sekor pun tak bangun lagi budak bilik aku ni.
Masing-masing masih merengkok atas katil bawah selimut.
Baik, dua katil kosong (1 katil aku, 1 katil budak seorang lagi yang dah pergi kelas)

Macam tak biasa,
aku memang akan sampai kelas 10 minit awal,
lebih kurang macam tu laa..kadang-kadang lagi awal kot.
Kelas B2-A10-5/6 masih berpenghuni dengan budak-budak Control group C.
Sementara tunggu dorg ni berambus blah,
aku pun menebeng laa dekat koridor depan kelas dulu
dengan Yan and akak-akak ex-poli (if im not mistaken).

Tiba-tiba, seorang cik kak ni tanya Yan,
"Kawan-kawan korang ada yang amek 2 subjek tak?"
"Apa maksud akak ni? Sekadar nak berbahasa basi tanya info atau ....?"
persoalan berlegar-legar macam Nico dalam cerita Rio tu terbang atas kepala aku.
Okay, this part onwards korg kena berimaginasi tinggi sikit,
bayangkan Nico macam bawah ni..

Nico from Rio, April 2011
"Mostly semua amek 1 subjek je"
jawapan kami ringkas tanpa sebarang soalan disoal semula.
Bila dah dapat jawapan, akak tu pun keluarkan fakta dan hujah-hujah beliau
tanpa diminta oleh hakim.

"Banner persoalan" yang Nico terbangkan atas kepala aku tadi dijatuhkan,
Nico bertenggek di atas kepala aku sambil membisikkan sesuatu.

Ahahhhhh!

Nico memegang mentol yang menyala pula atas kepala aku.

*TINKKKKKK!!!*

Ini rupanya agenda mereka.
Dengan niat yang agak murni
untuk meringankan beban kelas kami pada hari Jumaat,
membawa usul untuk anjakkan jadual kelas hari Jumaat
ke sebelah pagi hari Khamis.

Errrr...maksudnya? 
-Nico buka topi penutup botolnya dan menggaru kepala yang tak berapa gatal-

Maksudnya macam ni wahai burung kuning ku, Nico
Hari Khamis, kami akan ada kelas belah pagi sekali
dan petang sekali.
Maka, kelas hari Jumaat tu dah tak ada sebab dah digantikan ke Khamis pagi.

Faham?
Faham?
Faham?

Dalam hati, penat laa kelas pagi petang macam ni!
Kalau direct 4 jam tak apa la juga.
Macam ni gap punya laaa berkurun nak tunggu petang pukul 14:00 tu
dari pukul 10:30 nak tunggu.
Ada pula yang tak datang kelas pagi tu kang.
Al maklum je laa...
semua baloq liat nak bangkit pagi
time cuti macam ni.
Dapat kelas start 1030 pun dah bersyukur sangat.

Kelas hari Jumaat dah tak ada?
Ini bermakna.....
3 HARI WEEKEND!

Nico menutup mukanya dengan topi penutup botol
lalu pengsan di atas kepala aku.
Bangun semula duduk sambil melebarkan sayap comelnya.
"3 hari weekend? Apa yang perlu kita lakukan Noorie?"
Hahh..2 hari weekend pun aku dah terasa kebosanannya di rumah.
Kalau stay Shah Alam lagi laa aku BOSAN
sebab tak duit yang banyak nak berjimba,
tak ada tv untuk aku tengok.
Ini kan pula 3 hari nak duduk kat rumah time weekend?
Butakan mata + pekakkan telinga + bisukan mulut = TIDUR
jawapannya untuk
3 hari weekend ini.


Kenapalah budak-budak ni rajin pemalas sangat
nak datang kelas hari Jumaat.
Habis intersesi ni tak cukup ke cuti lagi 2 bulan lebih?
Kenapa korang nak tamak juga dengan weekend yang 3 hari tu?
Korang banyak duit boleh laa nak enjoy sakan on weekend.
Kami yang tak berapa nak berduit ni?
Kesian tau
boleh mati kebosanan weekend duk rumah je.


Kepada
Yan, Kechik, Seha & sekutu dengannya yang bakal kebosanan.
Aku harap,
aku tak dengar la berita tragedi kematian
bosan tahap berdarah pasal korang dalam 
Buletin Utama etc.
Na'uzubillahminzalikkkk
Jauhkanlah dari kami Ya Allah.
Semoga akan ada sesuatu
yang baik dan menggembirakan
mengisi hari-hari bosan 3 hari weekend kita semua
d(n_n)b

Sunday, May 22

Life Potrait 2205

22 Mei 2011, Ahad (Cerah)


This few days kat rumah, aku memang tak ada mood nak update apa-apa. Mungkin faktor kesihatan mempengaruhi aku kali ni. Jumaat lepas, singgah JJ Bukit Raja macam biasa, mak mesti ikut beli barang dapur semua. Dah nak balik siap bayar semua, sekali hujan lebat daaaaa.....tunggu juga kat dalam sementara hujan ank reda. Lepas dah reda sikit tak lebat sangat baru aku pergi bayar parking ticket, masalahnya kereta yang ayah parking jauh dari laluan berbumbung. So ayah just drive dekat sikit dengan pathway tu but still kena redah hujan tu untuk sampai ke kereta, ditambah pula kena buka booth kereta untuk masukkan barang-barang beli kat supermarket tadi. Mak awal-awal dah buat muka bengang dia dengan ayah, yelah hujan-hujan nak suruh ktorg redah je. Aku memang laa redah je hujan pun tak kisah. Tapi tak sampai setengah jam kena hujan, aku dah mula rasa oening kepala.

Sampai je rumah, aku angkut keluar barang dari kereta semua, terus aku pengsan atas katil sampai maghrib. Teruk kan aku? Lama gila tidur, tak larat dowhh...bajet nak tidur sekejap je. Bangun tidur tu aku rasa memang badan dah panas, hingus mula mencair macam ice berg titanic yang mencair akibat global warming. Hahaha. Jumaat malam, relax tak makan ubat pun. Sabtu, ohh susahnya aku nak buka mata pagi tu, kepala berat, petang-petang pun rasa nak tutup je bola mata yang hangat. Sabtu malam, aku selongkar bekas ubat mak kat dapur, 2 biji panadol aku telan. Pagi Ahad, masih tiada kesan, mukus masih cair dengan kelikatan yang sama macam semalam dan kelmarin. Sekarang pun masih dalam kondisi yang sama, dah makan ubat pun tak ada perubahan. Haishh, harap-harap esok okay sikit laa nak pergi kelas Dr.Low. Aku tengah in mood nak belajar Laplace Transformation, Partial fraction bagai.

Oh ya, semalam (21/5/2011, Sabtu), hari pendaftaran pelajar kemasukan Asasi dan Diploma UiTM. WELCOME new siblings! Welcome to the UiTM family. Untuk UiTM Puncak Alam tahun ni ada tiga kali kemasukan pendaftaran mulai semalam sampai Isnin ni. Intake lebih kurang 4800 orang pelajar. Tahun lepas punya intake 2800 orang. Good luck kepada semua PM-PM yang bertugas kat Puncak Alam. Jangan sakit-sakit, kekalkan kekuatan anda untuk tempuhi kerenah hampir 5000 adik-adik baru ni. Jadi contoh yang terbaik ok depan adik-adik PB! :)

Bawah ni gambar-gambar kenangan jadi PM MDS Asasi 2010 tahun lepas....




Okay, here are links FB group MDS Sesi mei 2011 UiTM Puncak Alam:

Adik-adik yang masuk Puncak Alam tu boleh la join group ni
untuk dapatkan informasi dari abang-abang dan akak-akak PM MDS ni.

Friday, May 20

Movie Date | POTC 4

May 19, 2011

Second day of class,
ehhh...hari kedua kelas!
Ada orang tu komplen aku ni dalam blog asyik guna english JERRRR...
Nak buat macam mana?
Dah lumrah aku suka mixed up bahasa
BM boleh, english boleh, mandarin boleh..semua boleh
kita kan 1 Malaysia! :P
HAHAHAHA

Abaikan apa orang nak cakap
ni blog aku so ikut suka style penulisan aku lah kan?
okay, sambung......
hari ni hari kedua kelas,
semalam aku dah download lecture note dari i-Learn
tapi celah mana lak aku nak print dah malam-malam kat kolej ni kan?
So, aku just review sikit before pergi kelas petang tadi.
Mathematical Review ----> Laplace Transform

Yeay!
Aku tak ingat dah!
Bagusnya kau Noorie...baru setahun kau tinggalkan Laplace
sekarang dah lupa?
Tapi bila lecturer buat review balik macam ni,
at least there is something I refresh back.

Hari ni aku sampai kelas awal gila kot.
Orang kedua datang kelas,
cepat-cepat aku cop tempat 'hak milik kekal' yang dirampas semalam.
Sorry dude! It's mine again today! :P
All right, that's enough about class.
Tak bertepatan sangat dengan tajuk ENTRY hari ni lak.

Lepas kelas tadi,
aku terus jalan pergi bus stop Mawar.
Tunggu someone pick up aku.
Actually benda ni dah plan dari last week lagi.
Unexpected pun untuk aku setuju.
Yelaa..aku memang tak TOLAK kalau orang ajak tengok
Capt. Jack Sparrow a.k.a Johnny Depp!
Dari semalam aku dah pesan awal-awal suruh member aku ni,
pergi beli tiket awal untuk elakkan FULL HOUSE.

Suppose to be ktorg keluar bertiga,
memandangkan macik yang seorang ni
kejap ada kejap tak ada untuk aku contact.
So it consider bubye je laa kehadiran dia.
Tinggal laa aku dan cik Pnut Martin je berdua menyusuri 
Padang Jawa-Andalas-Bukit Tinggi.

Hector Barbosa, Angelica, Jack Sparrow & Blackbeard
Show time POTC4 --> 7.30 pm
Sampai Bukit Tinggi around 4.40 pm.
JJCM (Jalan-jalan cuci mata) dan makan.
Borak-borak, gelak-gelak, gossip-gossip, komen-komen
komen?
Ahahhh..aku dengan member aku ni partner pengkritik fesyen semak mata
From head to toe
kalau ktorg tengok rasa semak dan serabut
mula laa keluarkan pendapat masing-masing.
KRITIK.
Maaf sesiapa yang ktorg keritik senyap-senyap tadi.

Aku lagi suka tengok gaya budak sekolah yang selekeh.
Bukan selekeh sangat tapi....
They are more simple in style.
Just a simple T-shirt with jeans
Rambut ala-ala pony tail je
Muka tanpa make up
Nampak pure natural.
-NAIF-

Now baru masuk panggung 1 seat F8-9
"We don't need destination but the journey" Capt. Jack Sparrow
Hence,
the journey begin to the Fountain of Youth!


Jack Sparrow kehilangan kapal Black Pearl dia
since POTC: At World's End.
Hector Barbosa yang bawa lari Black Pearl dia.
Pembuka cerita dimulakan dengan perbicaraan mahkamah ke atas
lanun-lanun ni semua dekat England.
Asisstant Jack, Gibbs didakwa adalah Jack Sparrow.
Lepas tu? 
Jeng Jeng Jeng
Jack Sparrow & Gibbs dapat larikan diri dari England.


Tak nak cerita lebih
Korang kena pergi tengok sendiri kat cinema
Baru la berbaloi bayar tiket mahal
tengok kat screen besar
sound effect yang mantap
Terasa macam berlayar atas kapal Revenge milik Blackbeard juga!
Tujuan pelayaran semua nak berebut immortal life
bila minum air dari Fountain of Youth.
Syaratnya, dapatkan dua gelas dari sebuah kapal yang dah hilang 200 tahun dulu,
salah satu gelas kena dicampurkan setitis air mata ikan duyung.
Dua orang kena minum bersama,
where one of the drinker will die and the other one long live.

Jack Sparrow work smart to steal the glass, he make his own move very well!
Hot mermaids that act like vampire, you may fall in love with them but scary at same time.
Only Syrena the one who nice.