CC's Customer

Wednesday, May 18

Stone Cold

As I predicted, this morning memang lecturer control aku masuk kelas.
Know what?
Masalah memang datang dari pihak pentadbiran fakulti sendiri yang lambat keluarkan jadual,
even lecturer pun dapat jadual last minute,
that's why last Monday most lecturer tak masuk kelas pun untuk mengajar.
Itu cerita sebenar yang lecturer explain kat ktorg.
Lebih kurang something like that,
yang lain-lain tu elaboration aku je pasal masalah tak ada kelas tu.

Masuk-masuk kelas aku FRUST!
Port ''baekkk'' aku dengan Timah,
dah dirampas jejaka yang menyemak!
Dah la tak hensem..muahaha X))
Cik Seha suggest aku duk belakang dengan Azman,
tapi kesian lak kat Timah nanti aku tak duk dengan dia.

Saat dinanti-nantikan muncul tiba,
seorang lelaki cina dalam lingkungan hujung 20-an/awal 30-an (anggaran aku),
masuk ke kelas.
Obviously dia seorang je cina dalam kelas tu,
sah-sah la dia, Dr. Low yang ktorg tunggu-tunggu dari Isnin lepas.
Maka,
bermulalah 'Introduction to Control System".

Satu line da kosong, tertinggal tak salin. Buruk kan tulisan aku?
Everyone in silent
tiap kali lecturer tanya, "any question?"
senyap lagi sampai lecturer memandang seluruh pelusuk kelas,
"Can you give any example of system?"
Aku tak tau apa reaksi budak-budak lain masa ni,
sure ada yang jawab persoalan lecturer tu
tapi
jawab dalam hati je laa kot,
tak pun tak terluahkan kegarauan suara jantan masing-masing,
cakap macam bisik dengan bini dalam kelambu.
Muka tak payah cakap la,
aku rasa semua muka 'stone' je.
No wonder aku tengok lecturer pun sedikit hampa je air muka dia.

Dah tak ada respon memberangsangkan dari students,
lecturer pun meneruskan teori mesin basuh dan open loop system dia.
OH..dan juga train naik turun bukit dia pasal closed loop system.
Class dismissed before 12 noon.

Worst hand writing in universe!

No comments: