Pejam celik pejam celik, dah masuk minggu ketiga Intersesi sekarang ni. Pagi tadi Dr. Low dah announce next Monday, which is 6th June will be our one and only test for the whole time. Untung tak ada sekali je test? Tapi tak tahu laa boleh jawab ke tak test nanti..apa-apa pun yakin dengan diri sendiri. "Saya mampu melakukannya!" Kalau tak support diri sendiri siapa lagi te tak? Nak buat macam mana kawan beribu pun bukan semua boleh luangkan masa 24jam dengan kita je. Huuuu~ touching loop jap. Perhh..dalam kelas hari ni tak panas pulak kan, aircond supply tak ada, rupa-rupanya staff kat pejabat lagi kesian terus blackout. Aku pergi office dekat level9 kejap dengan Timah pun tengok akak-akak dan puan-puan dalam tu berkirap dalam kesamaran. Panas siot...redha je laaa..hahaha
Kononnya nak temankan Timah lunch dekat DC, anyway aku memang tak makan pun lunch selalunya melainkan perut aku terdesak sangat kebulur je.Baru duduk kejap dekat meja tunggu Timah beli makanan, mak dah call cakap dah sampai. Hurmm..time to go. Tak sempat aku nak beli air hilangkan haus tengah hari ni. Around 12.40 pm, gerak pergi PPUM. Appoinment mak untuk buat check up supposed to be last Friday evening tapi last minute staff PPUM called to postponed. Disebabkan kebosanan terlampau melanda diri etiap kali keberadaan aku dekat Shah Alam ni sepanjang bulan Intersesi, aku pun buat kepututsan last minute juga nak ikut mak Pergi PPUM tu. Gedik kan? Semalam mak offer nak ikut tak, aku cakap tak nak. Jual mahal konon baik tak nak susahkan mak ayah. Alaa...PPUM dengan UiTM satu jalan kot. Drop by sekejap je ambil dan hantar aku. hahaha.
Sebelum 1.30pm dah sampai lobi PPUM, ramai pula orang hari ni, patient baru discharge pun ramai, maklum laa tengah hari kan. Masuk-masuk lobi restoran Delifrance yang dulunya berada di bahagian depan klinik telah bertukar wajah --> Secret Recipe. Wow~ lama gila aku tak datang PPUM. Last time aku datang time nenek aku masuk wad operation 'cataract' mata dia. Itu pun lebih kurang 2 tahun lepas. Mak pula deciide nak duduk dekat bench hadapan Secret Recipe tu. "Adoi..! Ini dugaan besar untuk aku, tak kan aku nak duduk melangok je depan Secret ni sambil tengok orang-orang kat situ order makanan je?" Damnn! Alangkah sedapnya kalau dapat Green Apple Kasturi, Fish n Chip, Baked Fish, Chocolate Indulgence,Tiramisu etc waktu tengah hari yang panas ni. Sebelah aku kosong masa baru duduk tu tapi selang 2 kerusi ada seorang ibu bersama seorang anak perempuannya dalam lingkungan umur 3-5 tahun. Adik tu pakai 'mask' duduk atas wheelchair. Dari redup mata adik tu nampak sangat muka dia tak happy. Muka sedih gilaa. Kesian adik ni, sakit apa la agaknya. Serius, dia pandang orang lalu lalang dekat lobi tu macam budak tak ada perasaan. Bayangkan mata orang sedih macam mana? Kening jatuh, mata layu dan redup. Dari pandangan mata tu aku rasa aku macam baru tengok adik tu dalam MagSeven rancangan dalam NTV7 petang semalam (Ahad), rancangan realiti kehidupan rakyat Malaysia. Pasal seorang badut yang menghiburkan kanak-kanak sakit kat hospital. Dalam MagSeven tu, badut tu pergi wad pediatrik bahagian kanak-kanak sakit kanser, kat situ laa aku rasa aku nampak muka adik yang sebelah aku ni. Aku cakap dekat mak aku tapi mak tak percaya. Sumpah redup mata tu sama dengan mata adik dalam TV tu semalam!
Pukul 1.45 pm, aku dengan mak pun naik ke tingkat 2 Menara Utama PPUM ke Radiology Department. Anyway, one of my friendada yang dah kerja kat sini tapi aku tak tau dia kerja part mana. Nama pun radiology, macam-macam kerja ada kat bahagian ni, X-Ray, Mamogram, lagi apa entah. Aku pun bukan expert medical terminology ni. Prosedur biasa kat mana-mana tempat pun, pesakit kena ambil nombor giliran untuk pendaftaran untuk yang dah ada appointment. Part ni boring juga laa aku tunggu. Sejam menunggu kat ruang menunggu dia, TV plasma lak buka sinetron endon, lagi laa aku bosan tengok. Nasib baik aku gatal bawa note control kelas tadi. Boleh juga aku selak-selak tengok balik apa aku belajar hari ni. Dah pukul 3 baru la nama mak aku dipanggil oleh ......... (aku pun tak tau nak panggil apa jawatan orang yang kerja tu, pembantu perubatan? kakak nurse..tak mungkin..doktor pun bukan aku rasa). Mamogram kat sini ambil masa dalam 5-10 minit je proses dia, lepas tu dah siap kena tunggu kejap orang yang check tu keluar bagitahu keputusan macam mana. kalau okay, weehoo~ boleh balik dengan senang hati. Kalau tak okay, sila buat temu janji seterusnya di klinik.
Adik ni lawak je....mata dia dah static je pndg 1 arah, sambil minum susu tangan sebelah. Mesti ngantok tunggu mama dia check up. :) |
Dah bosan sebab duduk kat ruang menunggu tu aku hanya dikelilingi macik-macik separuh umur. Tak ada bujang pun..hahaha...Apa laa aku ni, tu bahagian mamogram memang laa semua macik-macik je, kan untuk breast cancer diagnostic. Harapkan yang lalu lalang memang tak puas tengok. Aku perasan setiap kali ada orang lalu dekat koridor, memang akan ada mata yang memandang dalam ruangan menunggu tu. I cought few of male doctor yang not bad quite hot. Hahaha! mode gatal dah on, mode cuci mata actually sebab aku just suka tengok tanpa niat untuk mengorat ye. =.=' Sementara mak tunggu keputusan mamogram dia, aku pun bangun keluar jalan-jalan dekat koridor. Perhh..baru jalan keluar, aku dah selisih dengan male doctor yang aku dah aim dari duduk dalam tadi. Tinggi dan kurus. Sekali pandang okay, sekali lagi aku tak pandang sangat dah sebab tengah reply msg. Hahaha. Then lalu pula nurse lelaki yang tengah tolak katil, seorang budak perempuan umur 6-7 tahun duduk atas katil tu. Adik ni sakit apa pula agaknya, muka sedih memang comfirm la. Sakit kot tak kan nak gelak.Then, lalu pula seorang mamat T-shirt kuning ni, dia pun jadi Usop Wilcha jugak! hahaha...muka boleh tahan. Handsome! Tapi...kaki kanan dia dah macam cerucuk kat construction site berceracak. Accident merempit ke bang? Nak je aku soal direct. Kalau tak ada orang dekat koridor tu memang aku dah tanya dengan tak malu. hahaha
Belum puas aku nak cuci mata merayap dalam hospital, urusan mak pun dah settle. Adoi, balik dah ke? Yelaa..aku pasrah, ye jom balik. Lagi sekali lalu sebelah Secret Recipe dengan hanya mampu memandang. Apa kan daya, poket tengah kering ni. kalau tak dah lama aku sebat je lunch dekat situ. On the way balik, Federal highway dah mula jammed, padahal belum pukul 4pm pun. Terpaksa laa pusing masuk Jalan Kelang Lama then keluar balik dekat Sg. Way. Hurmm, dari pagi tak makan apa-apa, so before hantar aku balik Melati. 1 family mentekedarah dulu dekat kedai, aku dah tak kira orang ramai ke apa, bujang ke siapa duduk depan meja aku makan. Slumber je aku makan dengan banyaknya. So what? Korang pun makan banyak kan? Hahahhaa
7 comments:
patot ar gemok...ahahha...makan bnyk!
For the time being je...especially ble dekat dgn fmly bru mkn byk..hahaha
ntah...makan byk :P
byk eh?
u tgk i amek byk mne kt cafe hr tu?
nice blog.. keep it up yaa.. sis..=P
Omar Faruqi - Thank you! :)
hye,snggah cni:)
Post a Comment