CC's Customer

Sunday, July 31

Ramadhan | Kenangan Puasa vol.1

Tak ingat bila mula pertama kali aku puasa, yang aku ingat, aku mula belajar puasa masa aku sekolah rendah lagi. Normal kan semua pun mula puasa masa sekolah rendah? However, kes aku berbeza sikit..okay sikit laa...

Ceritanya macam ni, aku mula belajar puasa dengan puasa setengah hari, yup..puasa pun ada half day macam orang kerja masa aku kecik-kecik. Bukan apa, sebagai latihan awal sebelum aku mula puasa penuh. Masa aku puasa setengah hari, aku bukannya bangun sahur pun, sahur aku dah nak pukul 7am, sebelum pergi sekolah, kira macam breakfast aku setiap pagi juga laa. Masa dekat sekolah kawan-kawan cina semua pergi makan kat kantin, aku dengan 5-6 orang lagi budak melayu pergi main-main kat tapak perhimpunan sekolah. Then, balik sekolah tu baru aku makan (buka puasa), hari demi hari, makin lewat petang aku berbuka sampai laa satu hari tu aku dah boleh puasa penuh (berbuka pada waktunya). 


The next year, houyeaahhh~ aku dah mula puasa macam orang lain! Damn, tipu laa kalau aku puasa penuh dulu-dulu kan?  Ada juga lompong, aku ponteng puasa and ada juga hari yang aku puasa sekerat hari, kes tak tahan sangat laa ni dah lapar. Ye laa masa tu kecik lagi, buat-buat penat then merajuk sikit nak buka, mesti mak bagi aku buka puasa awal. Kadang-kadang mak larang juga, mak suruh aku sabar sebab aku selalu nak buka puasa bila dah lepas Asar dekat-dekat nak Maghrib tu. “Sabar laa...sikit je lagi nak Maghrib. Sayang je Awie dah puasa dari siang tadi...buka nantilah ye...” pujuk mak.

Kalau aku tak puasa memang mak akan tahu aku tak nak puasa. Kalau kes aku curi-curi minum air kat bilik air, curi-curi makan tu, Alhamdullilah tak pernah dibuat dek aku. BUkan nak kata aku baik tapi memang tak pernah rasanya aku curi-curi minum kat bilik air time mandi, Cuma mak bising je laa bila aku mandi lama (normal sampai sekarang, parents aku cakap aku mandi lama. Hurmm). Yang tak boleh blah-nya, masa aku kat rumah nenek aku, mak cik-mak cik aku yang masih anak dara dan muda belia baru balik dari shopping raya, one of my auntie beli 1tin gula-gula FOX (gula-gula yang jernih tu ada macam-macam color & perasa, ingat tak iklan yang dia tengok orang lain through gula-gula tu jadi rupa macam buaya laa apa laa...).



Al kisah-nya, aku dengan mak cik aku yang bongsu ni boleh pula pergi buka tin gula-gula yang mak cik aku baru beli tu. Seorang ambil sebiji, buka wrapper plastic and wallaaaa masuk mulut sudah! Tengah sedap-sedap hisap kemanisan gula-gula FOX tu, aku pun terkedek-kedek dating kat mak aku yang tengah borak dengan nenek aku. “Awie, puasa kan? Apa kat dalam mulut tuh?” soal siasat mak. AKu jadi kalut, dalam hati baru aku teringat aku puasa, “Ehhh..gula-gula.” Kebingungan aku, tak tahu apa nak buat dah sebab aku tak sengaja pun makan gula-gula tu, seriously aku lupa yang aku tengah puasa. Cepat-cepat mak suruh aku keluarkan balik gula-gula tu and bersihkan lidah aku. Tak pasal mak cik aku yang bongsu tu pun kena marah dengan nenek dan mak.

8 comments:

J-Are said...

hihihi... kes dia hampir sama dengan aku. tp aku start puasa mmg dari kecik sblm tadika, tp cm ko cakp la standard la ada lompong.. berbalik kepada kes aku, aku tgk pisang atas meja spontan je amek makan.. dah abis sebjik (time kecik sbjk dah knyang kot) pastu baru sedar aku ngah puase.. hehehe

NuryBella said...

tu kau da telan..kira mmg rezeki la tuh..yg aku leh plak kantoi, mak dengan nenek aku nampak..x pasal bazir dh sebiji gula-gula..haha

J-Are said...

hahaha.. klu ingatkan balik lawak la.. tp cekelat tu kan sedap, tgk kaler die pon kte mesti terliur.

NuryBella said...

tp mahal laa Fox tu..dlu 1tin 4 rggt lbh..skrg xtau la lme x beli dh..haha

J-Are said...

takpe nnt ko jd engineer mesti mampu bli utk aku.. h ehehe

NuryBella said...

ehhh...apehal lak aku kne belikan utk kau? hellooo...lu sapa? muahaha :P

J-Are said...

hahaha.. giler gangster.

Deanzofq said...

hahah.. best2.. teringat time knk2.. sgt2 best!!