CC's Customer

Friday, July 8

Look’s Judgement: Menilai atau Menghukum?


Maaf, lama tak update blog sejak kebelakangan ini. Bukan apa, aku ada masalah sikit nak online dekat rumah jadi aku pun memutuskan untuk mengofflinekan diri buat sementara waktu (kes broadband kena barred dah lama tak bayar. Macam mana nak bayar? Aku hidup pun depends kat duit PTPTN semata tiada bantuan lain). Mungkin lepas cuti semester ni baru aku aktifkan diri balik dengan dunia blogging (dunia khayal alam maya yang tak maya pun…). Baik topik hari ni, Look’s Judgement: Menilai atau Menghukum?


Menilai – Kita membuat andaian sesuatu perkara itu dengan mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara. Tambah tolak bahagi darab semua kita kira untuk mendapatkan sesuatu nilai. Tak kira lah sesuatu perkara itu adalah harga barang, hartanah, saham dan apa jua sekali pun, mungkin juga harga diri? Mungkin, definisi menilai itu sendiri ada variasi tersendiri dalam perspektif yang berbeza, Dalam dunia seorang Quantity Surveyor, mereka akan menilaikan jumlah batu bata, pasir, simen, kayu, tiang dan sebagainya dalam kerja-kerja construction. Dalam dunia seorang akauntan pula, mereka akan menilai sejumlah wang yang dibelanjakan dan diperoleh, menilai untung rugi sesebuah syarikat berkisarkan nilai Ringgit Malaysia, US Dolar, Pounds, Euro dan sebagainya. Dalam kehidupan sesama manusia pula, seseorang individu itu akan cenderung menilai keperibadian pihak individu satu lagi. Ini bagi tindak balas otak yang merangsang individu tersebut sama ada menerima individu satu lagi sebagai seorang yang jujur, setia, tamak, sombong, peramah dan sebagainya.

Menghukum – Tindakan ini selalunya datang selepas kita membuat penilaian. Contohnya situasi di dalam sebuah mahkamah, si peguam akan mengeluarkan hujah-hujah bak hujan lebat seperti pepatah orang putih, raining cats and dogs. Ibarat anjing dengan kucing, si pembela keadilan dan si penuduh kejahatan bertikam lidah di depan sang pengadil yang menjadi hakim kepada pertelingkahan berpaksikan dacing keadilan hak asasi manusia, tidak ketinggalan memperjuangkan keadilan manusia bertunjangkan syariat agama masing-masing. Si pengadil (Hakim) akan membuat penilaian melalui hujah-hujah lebat yang telah didebatkan. Ditolak, ditambah, didarab, dibahagi, dipertimbangkan nilai kedua-dua belah pihak, salah satunya akhirnya dijatuhkan hukuman kerana didapati bersalah. Tetapi..ya, ada tetapinya, sejauh manakah keadilan dalam menghukum seseorang itu? Macam mana kalau peguam tu memperjuangkan pihak yang bersalah, malah insan naïf yang menjadi mangsa keadaan itu mendapat tubanya? Sebab tu orang cakap nak jadi peguam ni tak senang, ibarat sebelah kaki di syurga sebelah kaki di neraka. Begitu juga dengan kedudukan seorang pemimpin. Fikir-fikirkan, anda soal anda jawab. Semua dah dewasa kan?

Persoalan kita hari ini bukan nak bercerita tentang kerjaya seorang Quantity Surveyor, Akauntan, Peguam mahupun pemimpin ahli politik semasa. Look’s Judgement: Menilai atau menghukum? Kita nak bercakap tentang penilaian kita terhadap individu lain. Macam mana kita menilai seseorang yang kita baru kenal dalam hidup kita. Seseorang yang baru pertama kali kita melihatnya tanpa pernah bertegur siapa dengannya, hanya melalui pandangan mata. Apa yang kita akan nilaikan mereka melalui kaca mata kita sendiri? Kita menilai mereka melalui apa? Harta mereka? Rupa mereka? Penampilan mereka? Cara pertutran mereka? Memek muka mereka? Adakah seseorang itu akan dilabel sombong sekiranya individu berkenaan tidak menegur mahupun senyuman dilemparkan kepada anda? Adakah individu tersebut akan dikatakan seorang yang baik sekiranya individu berkenaan telah menumpangkan anda keretanya walaupun baru kenal selama satu jam? Tapi kita tak tahu kalau orang tu mungkin ada niat disebaliknya yang kita tak tahu. Macam mana kalau individu yang anda sangka sombong itu rupa-rupanya tengah sakit gigi so tak boleh nak cakap banyak? Macam mana kalau orang yang anda sangka sombong tu sebenarnya seorang yang pemalu tapi boleh jadi seorang yang peremah jika sudah kenal lama? Macam mana kalau orang yang disangka baik tu rupa-rupanya nak rogol anda? Macam mana kalau orang yang disangka baik itu juga rupanya ada niat nak merompak ataupun menipu?

Moral of the story, don’t judge a book by its cover! Jangan menilai seseorang itu melalui luarannya sahaja, jangan menilai melalui penampilan mereka sahaja. Itu tidak adil namanya, ia menjurus kepada membeir hukuman terhadap individu berkenaan. Yelah, adilkah kalau kita nak tolong orang tapi orang tu ingat kita nak ambil kesempatan ke atas dirinya. Contoh, seorang perempuan muda asyik diekori dari belakang selepas keluar dari bank. Oleh kerana rasa cemas dan takut, perempuan itu mempercepatkan langkahnya meninggalkan kawasan bank tersebut dan menuju ke tempat orang ramai yang berdekatan kerana perempuan itu menyangkakan ada perompak yang cuba merompak beliau. Melalui pantulan imej dari cermin di sepanjang deretan kedai yang dilaluinya, perempaun itu dapat melihat imej seorang lelaki yang selekeh sedang mengekorinya. Semakin cepat beliau berjalan, semakin cepat juga lelaki itu mengejarnya. Tiba-tiba ada satu tepukan tangan di bahu kanannya setelah sampai di hentian bas, rupa-rupanya lelaki selekeh yang disangka ingin merompaknya tadi ingin memulangkan kad ATMnya. Kalau nak pulangkan kad ATM kenapa tak jerit panggil perempuan tu? Kenapa kena ikut perempuan tu dalam keadaan mencurigakan? Sebenarnya, lelaki yang selekeh tu dia bisu  jadi macam mana dia nak jerit panggil perempuan tu, terpaksalah dia kejar perempuan tu sampai dapat. See? Lelaki selekeh yang disangka nak merompak rupa-rupanya seorang bisu yang jujur nak pulangkan kad ATM perempuan tu.

Baik aku bagi contoh situasi yang berikutnya, seorang pemuda kacukan mat saleh bernama Daniel (dah semua gila sangat nak bagi nama anak Daniel zaman sekarang kan..). Sekali lagi aku ulang, ini contoh sahaja, semua nama dan watak adalah rekaan semata-mata. Daniel dibesarkan di kota metropolitan Kuala Lumpur, mak ayah dia memang sibuk dengan kerjaya masing-masing jadi tak ada orang yang nak bimbing Daniel ni pasal bab-bab agama. Daniel hidup sendiri alpa dengan keduniaan, sebut je nama night club mana dia tak pernah masuk kat KL tu. Semua dah rasa dah, dadah, alkohol, perempuan and seks. You name it, he got it all. Suatu hari Daniel dapat hidayah untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah SWT. Daniel pun merantau mencari ilmu agama sampailah Daniel jumpa dengan seorang pak cik ni. Daniel pun tinggal dengan pak cik tu dekat pinggir kota, pak cik tu ada dua orang anak dara, Mariam dengan Norah. Mariam yang bertudung labuh (macam ustazah, yelaa bapak dia imam masjid…hee) layan Daniel dengan baik tanpa sebarang diskriminasi sebab Daniel adalah ZERO tentang agama Islam.  Mariam selalu tolong ayah dia ajarkan Daniel tanpa sebarang niat lain, semata-mata hanya kerana Allah SWT. Berbeza dengan Norah yang bertudung ringkas seperti gadis-gadis lain, Norah sangat membenci Daniel. Kononnya Daniel ni ‘kotor’ bergelumang dengan dosa, tak layak nak tinggal dengan mereka. Norah selalu menghina, memaki hamun Daniel setiap kali Daniel cuba bertegur siapa dengannya. Siapa sangka suatu hari Norah ditangkap berkhalwat di rumah sewa teman lelakinya.

Nah….aib bukan? Kita selalu bersangka anak orang-orang alim ulama ni selalunya baik budi pekertinya, sopan-santun, berhemah segalanya yang baik ada pada mereka. Yang buruk yang jahat itu selalunya ada pada golongan seperti Daniel. Bukan niat aku nak memburukkan orang-orang kuat agama, bukan juga niat nak back up golongan yang sosial ni tapi inilah yang cuba aku sampaikan, menilai atau menghukum? Dalam contoh situasi antara Daniel. Mariam dan Norah tadi, Mariam menilai Daniel dari mata hatinya, Mariam tahu bukan salah Daniel menjurumus ke lembah durjana bergelumang dosa itu, Daniel terabai terbiar terhanyut dalam dunianya tanpa pengawasan dan perhatian dari kedua-dua orang tuanya. Mariam memahami Daniel, dia faham Daniel sudah bertaubat dan ingin berubah, jadi Mariam dengan hati yang terbuka membantu Daniel mendekatkan diri dengan Tuhan, bukan dengan cara menghina Daniel seperti yan dilakukan oleh adiknya Norah. Melalui cerita masa lalu Daniel sahaja, Norah sudah menghukum Daniel seperti seorang hamba yang melakukan dosa besar seolah-olah tiada lagi keampunan untuk Daniel. Sebagai manusia, kita sapatutnya berfikiran terbuka dan rasional, kita tidak sepatutnya berfikiran kolot seperti Norah dalam contoh di atas, menilai seseorang berdasarkan penampilannya sahaja, berdasarkan sejarah hidup seseorang itu sahaja. Kita patut mengambil kira pelbagai aspek kehidupan untuk menilai seseorang sebelum membuat andaian terhadap seseorang. Apa pula rasanya pada diri sendiri jika orang menilai kita sebagai seorang yang negatif? Pasti sakit di hati bukan? Pasti anda sedih bila ada yang mengatakan yang bukan-bukan tentang diri anda walhal mereka tidak mengenali anda walau seinci pun.

Kalau zaman nenek moyang dan mak ayah kita dulu mungkin kita boleh menilai seseorang individu melalui penampilannya tetapi darsawarsa ini teori judge a person by their look dah tak boleh pakai. Teori ini boleh disangkal sama sekali. Dah tak ada logikanya untuk apliklasi pada kehidupan zaman teknologi di hujung jari yang segalanya mungkin tiada lagi mustahil sekarang ini. Kalau zaman P.Ramlee dahulu mungkin seorang yang berpakaian kemas dianggap seorang yang baik dan berkerjaya seperti majistrit, cikgu, doktor dan sebagainya. Lelaki yang memakai kemeja lengan baju disensengkan bertenggek di atas skuter dengan seluar bell bottom pada waktu dulu mungkin dianggap samseng kampung dusun, Sarip Dol. Wanita yang berpenampilan sopan juga dianggap seorang yang sopan dan baik budi pekertinya, apatah lagi yang bertudung menutup aurat dianggap calon isteri mithali yang solehah menjadi rebutan ramai untuk dijadikan menantu. Yang memakai pakaian seksi terdedah sana sini dilabel sebagai perempuan murahan.

Sebentar…bagaimana pula dengan keadaannya pada dunia sekarang? Tidakkah yang menayang muka penuh dalam laman sosial dengan aksi-aksi menggiurkan iman mana-mana lelaki juga boleh dikira sebagai perempuan murahan? Upload gambar dengan gaya ala-ala chic manja, bibir muncung itik merah/pink menyala (naik geli aku tengok…ieeeyuckkkkss!!!) penuh satu skrin untuk tontonan satu dunia, tak kira yang bertudung ataupun tidak. Perempuan dan lelaki, berdua-duaan meleseh dengan jantan kat tepi tasik, tepi shopping complex, dalam pawagam, dalam restoran. Bila dekat depan mak bapak punya laa baik pijak semut tak mati, ada juga yang dengan bf/gf pijak semut tak mati tapi dengan parents macam nak dimakannya. Aku pun pelik, kenapa korang yang meleseh-leseh suka gesek-gesek kat public ni tak masuk hotel or motel sahaja? Ohh..tak mampu barangkali mungkin, itu laa siapa suruh menggatal, mak ayah hantar belajar bagi duit belanja tiap-tiap bulan, lecturer bagi mini project submit hujung sem, korang buat project lain yang hujung sem kantoi kena dismissed sambil bawa perut buncit usung balik kampung tunjuk hasil kat depan mak ayah korang. Seriuosly, agak-agak masa tu mak ayah korang bangga tak dengan hasil pengajian korang tu?


Insaflah, berpada dalam memilih pasangan. Tak kira laa pilih pasangan as bf/gf/husband/wife. Nilai seseorang tu melalui mata hati bukan dengan naked eyes yang nampak orang secara nakednya. Zaman sekarang judge a person by their look memang kena buang tepi je laa. Pernah dengar, You are what you eat ataupun percakapan anda mencerminkan keperibadian anda? Zaman sekarang ni lebih sesuai kalau kita gunakan antara salah satu teori ni. You are what you eat – anda adalah apa yang anda makan, aku pun tak tahu nak terangkan macam mana supaya korang faham. Bunyinya lebih kurang begini, keperibadian seseorang boleh dinilai melalui cara pemakanan mereka, simple habit when someone eating in front of you, you already can predict how they are actually through their habit during eating. Susah untuk aku rungkaikan dalam bahasa melayu so aku tulis English sikit. Tak apa kan? Asalkan korang faham J Misalnya, melihat seseorang itu makan dengan gelojoh, individu berkenaan mungkin seorang yang gelojoh atau cemerkap (clumsy) atau sebagainya yang boleh dikaitkan dengan sifat gelojoh itu tadi. Jika seseorang itu makan dengan kemas dan tertib, beliau merupakan seorang yang perfectionist atau sememangnya berdisiplin.

Percakapan anda mencerminkan keperibadian anda – yang ini lebih mudah untuk diterangkan maksudnya. Keperibadian seseorang boleh dinilai terus melalui tutur katanya. Tak guna jika anda berpenampilan kemas, berkerjaya dengan pendapatan RM 7-20K sebulan tetapi anda mempunyai teknik komunikasi yang teruk. Contohnya, suka mencarut, memaki orang lain, memanggil orang lain dengan paggilan yang tidak baik. Pastinya, orang lain tidak akan menyukai anda bukan? Berbeza jika seseorang itu percakapannya berhemah, memanggil orang lain dengan panggilan yang baik, lembut dalam menuturkan kata-kata tak melenting pasti orang lain akan lebih senang dengan kehadiran orang sebegini. Ramai pelajar sekolah sekarang yang aku lihat tidak pandai berkomunikasi dengan baik bersama rakan-rakan malah tidak menghormati orang tua. Memanggil rakan sendiri dengan panggilan “Bodoh” “Babi” “C*%$@”, aku pun tak pernah guna perkataan-perkataan ni nak panggil orang. Ini merupakan tindakan manusia yang tak bertamadun, tapi sekarang dah ada mata pelajaran Sivik dekat sekolah kan? Mana aplikasinya dalam kehidupan seharian yang bakal melahirkan generasi muda bakal pemimpin masa hadapan yang berketerampilan baik.  Bagaimana dengan penilaian masyarakat dunia pada masa akan datang? Mahukah anda terus dihukum oleh masyarakat dunia sebelum mereka menilai kita rakyat Malaysia?

Baru-baru ini Malaysia digegarkan dengan berita perkahwinan kali keempat artis komedi tanah air yang juga merupakan DJ radio, Saleh Yaakob. Ramai yang mengecam perkahwinan keempatnya, dituduh nak menunjuk beliau berkahwin empat. Bila pihak media paparkan gambar beliau bersama keempat-empat isterinya, orang mengata beliau nak menunjuk yang dirinya boleh menyatukan keempat-empat isterinya.Terus dikecam lagi (Ini soalan salah seorang mak cik aku), 

         “kalau nak tolong perempuan, kenapa tak kahwin dengan ibu tunggal? Kenapa kahwin dengan yang anak dara?”
Jawab mak aku, “Suka hati dia laa nak kahwin janda ke anak dara, dia mampu. Kita tak tahu mungkin anak dara yang nak kat dia sebab perisian (keperibadian) dia bagus.
Soal mak cik lagi, “Kalau dia bagus, orang tau agama, ni kenapa dia biarkan bini dia ada seorang tak bertudung?
Jawab mak, “Yang tak bertudung tu pun tengok laa pakaian dia macam mana, baju labuhkan? Seluar pun tak ketat sangat, lebih sopan apa yang dipakai kalau nak dibandingkan dengan bini dia yang lain tu, bertudung sekadar bertudung, pakai seluar jeans ketat, T-shirt ketat, Nampak juga, tambah tolak dengan yang tak bertudung tu sama je total die…
Mak cik yang tak puas hati mempersoalkan lagi, “Dah tu kenapa dia (Saleh Yaakob) tak nak tegur bini dia suruh pakai tudung? At least yang lain-lain tu bertudung juga..
Mak tarik nafas dalam, “Ehh…kau ni menilai orang melalui penampilan orang tu saja ke?
Mak cik, “Ehh..yelaa, kita nilai orang mestilah tengok penampilan dia!
Mak, “Ohh..patutlah kau ni macam ni………..Hmm,kalau macam tu yang pakai tudung je, semestinya baiklah? Sekarang ni pun banyak kes orang bertudung, kau tau yang pakai jubah tudung labuh tu semestinya baik? Sebab dah ada kes dulu, yang bila kena selak jubah, ada lelaki kat dalam jubah tu. Hahh..apa kes tu?

Semasa persoalan ini berlaku, aku tak ada di tempat kejadian. Lihat balik persoalan-persoalan yang mak cik aku ajukan, jelas sangat mak cik aku ni antara yang masih dalam operating system zaman 60-an dan 70-an. Dia menilai orang melalui penampilan, pihak yang tertuduh oleh mak cik aku adalah antara mangsa hukuman Look’s Judgement. Mindset mak cik aku dah tetapkan orang yang bertudung tu baik tapi dia tak sedar pula yang sebaliknya. Dalam persoalan kenapa Saleh Yaakob tak suruh isteri dia yang seorang tu untuk bertudung, dalam agama Islam sendiri, Islam itu mudah, Isalm itu tiada paksaan. Fikir sendiri, tak kan seseorang tu harus dipaksa on the spot untuk berubah? Mesti ada time constraint yang diperlukan untuk seseorang berubah kan? Kalau aku ada kat tempat kejadian mesti aku dah bagi jawapan ni dekat mak cik aku tu, mesti dia senyap tak cakap apa-apa dah kalau aku yang dah bersuara.

Sudah terlalu banyak aku coretkan tentang menilai atau menghukum berkaitan dengan Look’s Judgement ni. Bulat kata, nilai seseorang itu melalui mata hati kita, naluri hati kita. Jangan terus menilai seseorang itu hanya dengan penampilan mereka, itu tidak adil. Pelbagai aspek dan sudut seseorang itu perlu diambil kira sebelum kita membuat keputusan penilaian. Jika tidak, itu adalah hukuman yang tak adil. Tak kenal maka tak cinta, ada juga yang berkata, tak kenal maka tak kenal, jadi berkenal-kenalanlah dengan mereka untuk mengenali mereka dengan lebih dekat tanpa menjatuhkan hukuman yang tak adil itu pada mereka. Beri ruang dan peluang untuk mereka memperkenalkan diri dengan secara tak langsung anda dapat menilai mereka secara psikologinya. Individu yang intelek tak akan berfikiran tertutup dalam menilai seseorang.

"Accept people for who they are."

“Jangan terlalu mudah menilai kualiti
berdasarkan apa yang dilihat oleh dustanya mata kasar.
Cantik dipandang,
tak semestinya indah untuk dipegang, apa lagi disimpan.”
Maharam Mamat, Novel: Tak Ingin Menangis Lagi                           

2 comments:

yad'z said...

yup.. its true.. never judge book by its cover... buruk luaran tak mustahil cantik dalaman.. ^^

NuryBella said...

thanx yad'z for ur comment :)
huu...ade jgk yg sudi bce sy membebel..hee