CC's Customer

Tuesday, December 14

RemedyMe

Songs that make my days and swing my way instead of mood:

NeYo - One In A Million
Love the way he move...love the rhythm & love the song!

Sara Barelleis - King Of Anything
She's rawks! Talented..nice song ''King of Anything''!

Taylor Swift - Speak Now
Love her hair...nice dress..nice song but she's skinny :P

Katy Perry - Fireworks
kinda motivated lyrics...cutie katy ^_^

Shirley Bassey - Kiss Me Honey Honey Kiss Me
Evergreen song that I suddenly playing in my mind like a broken record.

**Don't know why since yesterday, I keep saw a lot of Satria Neo car on road and it remind me to someone. Actually that someone don't even drive that type of car and I really don't have any idea why I remember that someone when I saw that car. Confusing right? Chipsmore on board may be...HAHAHA :))

Friday, December 10

Malam Jumaat

Okayy..mlm ni aku agk mls nk type full dgn ayt2 yg serba serbi indah sbb mlm ni mood swing jg hyper jap..muahaha!

Pagi2 smpai tmpt keje mcm bse aku on komputer zmn firaun tuh n update keje2 aku. Ble da bosan aku pn msuk line teman mmbr amek data utk scrap. Ok scrap ni mcm sisa bhn kerja (which is asal ny coil yg dipotong ikut saiz yg cmpany luar order) so abg2 yg potong bnde alah tu kne rekodkn detail psl scrap tuh. Ye r byg kn 1 hari kdg2 lbh 1ton scrap dr coil dihasilkan. Membazir kannn...? Klu kt workshop fkm blh wt sheet metal ny project kt bdk2 part1 dh kot...Ptg td blk keje pn lmbt xtau la nape rjn sgt g ikt sprvisor msuk line wt risk assessment. Ape yg aku detect asyk2 more to 5S ny problem so akhir ny aku diam dan lihat je cara keje dorg yg senior2 nih. Ohh, byk ny risiko keje kt industri nih. Bnde kecik but harmful.

Sesampai di umh, dpt call dr Wak, he inform me that plan utk lepak mlm td ON. I thought nk lepak mkn2 sje je...mmg aku yg propose utk lepak ptg td but don't aspect la dpt respon dr Wan sume...So aku pn ok je r dorg tgk movie. Around 830pm bru gerak g Bkt Raja, smpai2 je kt dpn TGV....perhhh~ pjg ny line beratur bli tiket. Ishhh...dh r TGV tgh renovate....movie pn x byk n sadis ny ape yg ktorg nk tgk sume fullhouse. Yela awl bln kn gaji da msuk, movie lak byk cte baru....yg tggl pn cte yg x bpe nk dpt smbutan..last2 kua dr line beratur, cmfrm org blkg bengang je tgk tp dlm hati ske gak kot cz kurg org beratur. Hahahaha. Pastu jln2 x tentu arah tuju kt dlm JJ cri tmpt mkn, last2 kedai pacik Ronald McDonald utk dinner. 1 DCB n 2QPB ktorg sebat. Nyummm3~ tgh2 mkn dtg lak sorg lg tetamu VIP yg x diundang dtg (ok die diundang sbnr ny). Thnx Dato sbb sudi dtg lepak dgn ktorg jgk even pnat bru baes skp n men bowling :)) btw, thnx jgk kpd mastermind yg nk tgk wyg td. terbaekkkk la movie td! Hahaha.

Plan nk g Uptown konon, blk2 hntr aku trus terpacak tayar limosin tu dekat dpn umh maka tercetuslah forum dgn ahli panel Dato, Wan n Wak. Aku? aku sbg pengantara....mcm2 cte kua, ksh2 pm, uitm, konvo, keje n etc. Tbe2 trase cm dh dewasa lak duk cte2 mcm tu td dgn Wak sume. Guys, ape kte cte2 td hope smpi situ je antara kte2 yg tahu ttg itu. Gelak2 jgk sometimes ade bnde yg kte share utk kte2 je. Ohh yaa Dato, agenda GFN kte mmg salu ny in Friday nyte n Friday itself kan? Last week yg kte lepak dgn Ms. D n DB tu pn friday nyte jgk. Ahaha...really love those days, times, hours and seconds. Thank you friends...can't wait for our  next meeting and hang out! Weeeee~

Pic mse MDS Asasi Mei 2010 dgn Wak, Fizee,Tikah n else.

Wednesday, December 8

Catatan Pena Merah 081210

8 Disember 2010, Rabu (Hujan)

1 4 3 2 H

Tak terlewat lagi rasanya untuk aku ucapkan Salam Maal Hijrah jepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. 2 Muharam 1432H. Berada di awal tahun Islam dan penghujung tahun masihi sudah kita pada hari ini. Azam baru dengan penghijrahan yang baru bermula semalam. Semoga diberkati dan diredhai Allah SWT, insyaAllah ;)

Tak banyak yang aku ingin kongsikan pada kali ini kerana tak banyak yang istimewa berlaku di sekeliling untuk aku coretkan untuk aku kongsikan. Sebelum fikiran aku melayang kepada hal-hal yang lain, sebelum tangan malas untuk menari di atas keyboard, aku ingin ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada Ms. D, Dato & DB yang sudi luangkan masa bersama-sama Khamis (021220102030) yang lepas di KFC Sek.7. Walaupun aku tahu masa kalian sangat berharga untuk aku pinjam tapi berbaloi untuk berjumpa kalian. Syukur Alhamdulillah, terubat juga rindu aku pada kalian ^_^ Terima kasih pada Dato yang sudi belanja kami, terima kasih DB yang sudi temankan Ms. D jalan kaki dari kolej, terima kasih Ms. D yang sudi bermalam di rumah sewa aku. Tak cukup makan, kita sambung dengan Karaoke, aktiviti wajib kalau dah keluar dengan DB! Oh ya, Dato telah meninggalkan kami waktu ini, tournament bowling dengan geng SKP beliau...WUEKKK! =P Lepas karaoke, aku teman Ms. D makan lagi di bawah rumah, lalu terjumpa mamat atau nama timangannya pada hp Ms. D, Baby Akim. (Jgn mrh ye Ms. D, kau da tukar balik kn nme tuh?)

Dalam minngu yang sama hari Selasa malam, aku bersama Cik R bersuka ria di Bukit Raja, dine in dinner at Old Town White Coffee & mid night movie - Harry Potter and The Deathlt Hollow. Kebetulan terserempak dengan kekanda tak rasmi aku, Opie, Kechik & Al-Hafiq. Malam itu aku pelajari sesuatu, perut terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:-

(1) Perut Puaka - jarang makan tapi sekali makan dalam jumlah yang banyak.
(2) Perut Biawak - kerap makan tapi dalam jumlah yang sedikit.
(3) Perut Lembu - kerap makan dalam jumlah yang banyak.
[Sumber dari Cik R dan rakan]

Hujung minggu, aku habiskan masa di rumah saja bersama ayah dan emak. Bahagianya tinggal di rumah, sebut saja nak makan apa, mak sedia memasaknya. Petang Jumaat aku balik rumah, mak telah menyediakan pulut kukus bersantan, balik singgah JJ wajib untuk beli daging untuk mak masakkan sedikit rendang. Ahhh~ sedapnya! Isnin, aku ke tempat kerja dari rumah. Dalam perjalanan pagi itu, ayah membebel, ''kilang kau ni tak reti nak bagi cuti ke? orang lain cuti la esok Awal Muharam.'' Sabar je laa ayahku, naka dara mu seorang ni memang suka menyusahkanmu. Maaf. Aku terlalu sayang untuk tinggalkan rumah kecil itu sehinnga rela untuk bersusah-susah begini. Balik kerja, terkandas dalam kesesakan lalu lintas, ''dan2 time ni lah plak lori ni nk rosak dpn traffic light, time ni lah die nk alih beam byk2 tu pkai kren. Hurmmm~'' omel aku di dalam hati (Ayah dengar sebenarnya aku membebel tu..huhuhuhu). Sesampai di rumah, seolah dalam mimpi, makanan tersedia untuk dijamah. Alangkah bahagianya hidup jika hari-hari begini (dah macam laki berharap bini masak kt umh lak aku..muahaha). Konon lepas maghrib ingin ku lelapkan mata sebentar, sebentar aku menjadi sejam. Sejam kemudian, cerita korea Oh! My Lady aku pun dah bermula. Mak tak kejutkan aku mungkin saja dia tahu aku letih tadi. Ouhhh..mom, you such a sweet and understanding person. Love you damn much! Muahhhxxx~

Semalam, secara rasminya Maal Hijrah disambut. Aku? Enak mengulit mimpi seperti biasa merehatkan diri yang tak pernah cukup rehat. Haishhh~ anak dara apa laa aku ni...baloq tul..baru bangun tidur, petang aku tidur lagi, bukan sejam dua tapi 3jam aku tidur tanpa sedar. Total hours of sleep is 12hours! Terpisat-pisat aku bangun dari tempat semayam, aku tekad untuk balik ke tanah jajahan Shah Alam selepas tamat Oh! My Lady. Aku fikir hanya ayah yang akan menghantar aku pulang rupanya emak juga tidak ketinggalan. Mungkin sudah bosan menghadap kain berela-ela di bilik jahit, tak sanggup melalui kesunyian malam di rumah sendiri dan tak rela membiarkan ayah balik bersendirian di tengah malam. Mak dan ayah sangat risaukan aku, aku paham mereka begitu kerana sayang. Terima kasih mak & ayah! Sayang kalian juga! <3

Hari bekerja aku hari ini agak baik. Masuk line memahami flow kerja setiap proses lebih mengenali abang-abang di dalam kilang. Setiap hari aku sangat menantikan waktu tengah hari, jam 3pm dan 530pm. Malangnya setiap petang musim hujan sekarang ni. Nasib baik jarak rumah sewa dan kilang tidak jauh. Sempat juga untuk diredah. Alhamdulillah, aku bersyukur, aku gembira hari ini. Sekali lagi terima kasih kepada semua yang membuatkan aku gembira hari ini yang sudi mendengar celoteh dan bebelan aku. Aku hargai itu semua rakan-rakan, kawan-kawan, para sahabat, apa pun jua panggilan kalian.

 Vielen Dank!
Tinta Pena Merah

Monday, November 29

Catatan Pena Merah 291110

29 November 2010. Isnin (Hujan)

Aku diam tak bermakna aku bisu, tuli mahupun buta untuk menidakkan segalanya apa yang aku dengar dan lihat. Memang aku tak mampu untuk lakukan sesuatu untuk bertindak kerana aku memikirkan kebaikan dan keburukan, aku menggunakan akal fikiran yang rasional bukannya mengikut nafsu di dalam diri yang membelenggu. Ikutkan hati mati, ikutkan mulut badan binasa...ikutkan nafsu? dosa yang menimbum. Aku memang tak sebaik Siti Khadijah, Umairah, Siti Fatimah atau sesiapa oun di zaman Rasullulah SAW. Aku memang jauh sekali jika dibandingkan dengan mereka. Aku jahil tentang itu dan ini. Tapi aku masih waras masih boleh membezakan mana yang baik mana yang buruk. Janganlah dek kerana cinta, anda menjadi buta akan halal dan haram dalam suatu perhubungan.

Bukan aku ingin katakan yang aku baik tapi secara logik akal, berteraskan adat sopan melayu dan pegangan Islam, iaitu Iman, tidakkah dikau tahu? Sesungguhnya kau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kukuh pegengan Islamnya, namun mengapa perilaku kau umpama orang hilang pedoman? Betul kata orang, cinta boleh membuatkan seseorang itu buta. Kalau tak, mana kan wujud ayat ''cinta itu buta''. Kau buta sebentar, kau hilang arah, mana pergi jati diri kau? Hidup kau bagaikan lalang. Kau hanyut dibawa arus cinta dan bahagia yang ditunjukkan oleh syaitan. Keluar malam balik pagi, 24/7 kau alpa dengan SMS itu dan ini. Jari-jemari kau tak pernah letih. Malam bagaikan siang, dunia ini seperti kau yang punya bersama tersayang. Sahabat terabai dek kerana kau terlalu mengejar cinta nafsu kau itu. Inikah yang dikatakan cinta suci? cinta setulus hati? Kau tertipu sebenarnya, dikaburi oleh tipu helah sang syaitan yang tak pernah putus asa menyesatkan kau, cucu-cicit Adam.

Aku tidak mengatakan diri aku baik, mahupun pakar dalam soal cinta yang berteraskan Islam. Sedia maklum, cinta yang hakiki hanya milik Allah SWT. Siapa aku untuk menyangkal perasaan itu yang bersarang di hati kau. Tapi apa yang aku telah ceritakan kepada ayahanda, ini responnya.

''Orang macam tu tengah kemaruk bercinta, batak kejap bila jumpa lelaki. Kat mata dia cuma ada lelaki sehingga sanggup meninggalkan sahabat. Dia tak sepatutnya bertindak macam tu, tinggalkan kau berseorangan hingga lewat malam. Sedangkan dia keluar dengan bf, dan kau macam penunggu di rumah. Itulah yang ayah khuatirkan anak muda zaman sekarang, kau jangan buat perangai macam tu. Sebab tu ayah dengan mak hantar kau duk asrama kat KL dulu supaya kau berhijrah dan berdikari. Pandai sesuaikan diri kat tempat orang, jadi tak ada laa culture shock ke  pape macam ni..Ayah tau kau tak ada pengalaman dalam cinta ke apa tapi ayah harap kau pandai bawa diri, kau dah besar fikirlah mana baik mana yang buruk. Kalau dah keluar berdua-duaan sampai tengah malam balik pagi-pagi tu ape kejadahnya? Mak ayah dia ada pernah datang tak tengok dia kat sini? Tu laa..mak bapak zaman sekarang, main lepas je anak keluar. Hmmm...''


Panjang lebar ayah bercakap, aku hanya mampu mendiamkan diri. Bukan niat aku untuk mengadu itu dan ini tapi memang hubungan aku dan ayah rapat, tiada rahsia (kecuali rahsia hati..mak pun tak tahu..aku pendamkan seorang). Apa yang ayah katakan itu benar, aku tak menyangkalnya. Bukan juga niat aku untuk menyinggung perasaan sesiapa, siapa makan cili dia terasa pedasnya. Kata-kata aku ini skeadar nasihat untuk mengingatkan sesama saudara Islam. Kita sudah pun maklum bahawa dengan mengirimkan SMS kepada bukan muhrim kita pun dah dikira menghampiri zina, inikan pula berdua-duaan. Keluar lewat tengah malam pula....sudah tiada siang kah di dunia ini? Banyak-banyak waktu kenapa tengah malam? Tidak manis bukan jika orang tua melihat atau mengetahuinya? Kau anak dara, aku juga begitu, pasti mak dan ayah risau jika melihat anak daranya keluar tengah malam tak pulang-pulang. Kita orang melayu, mana sopannya gadis melayu?

Kalian mungkin fikir aku ni konservatif ataupun kuno. Tak open minded. Katakan apa saja, aku tidak kisah, aku menulis dan menasihati berdasarkan pemerhatian, logik fikiran dan nasihat perilaku orang sekeliling aku. Walaupun aku jahil tentang agama, aku bukan anak melayu jati tapi aku masih tahu apa yang halal apa yang haram, apa yang baik apa yang tidak. Lakukan apa yang baik untuk diri kau, fikir-fikirkan apa yang kita lakukan sebelum bertindak. Apa yang baik kita kongsi, apa yang buruk sama-sama kita perbaiki. Tingkatkan prestasi, kurangkan segala kontroversi. Moleknya gadis bertudung jika kelakuannya sopan seindah gadis melayu dan cintanya seperti wanita di zaman Rasullulah SAW. Aku pasti itulah idaman setiap lelaki di luar sana.

''Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga;
            Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.''

Tinta Pena Merah

Friday, November 26

::LoVe ScEnE tRaGeDy [part 2]::

<<SCENE 3>>

Girl: ''Awk, sy rse lbh baik kte break je....utk kebaikan sme. Kte pun msh blaja, jauh lagi pjalanan kte, masing2 bru lps SPM. Sy hrp awk fhm laa...''
Boy: ''Erm..btul ke ni awk? Awk main2 je kan?'' (Boy dlm reaksi yg tkejut dan seakan x pcye dgn ape yg Girl ckp kn)
Girl: ''Sy x main2 la wak....sy serius ni...sy nk kte fokus kt life masing2..kte muda lg. Biar jodoh yg tentu kn segala ny..klu ade jodoh sy dgn awk ade laa.....klu xde, kte kwn je r tu pun klu awk x ksh.''
Boy: ''Hmmmm.....''

5 tahun kemudian.........

(i)
Boy: ''Awk free x mlm ni? jom lepak.''
Girl: ''Free..hmm, da smpai nnt bgtau laa.''

(ii)
Girl: ''Kte ni klaka laa...jmpe setahun skali..hahaha''
Boy: ''Ha'ah laa..bru prasan, dr dlu xnk jmpe..da bsr2 bru jmpe kan.'' (Boy tersenyum gembira dpt bertemu Girl semula.

Perbualan demi perbualan, rpe Boy nmpk happy je waktu tu. Girl tetap mcm dlu tiada perubahan, diri ny tetap yg dlu, xtau la ape yg Boy ske sgt kt Girl ni.

(iii)
Monolog Girl....
''Awak x ubah mcm dlu, mksd sy perasaan awk...da lme reak tp awk lyn sy mcm ehem2 awk tp maaf sy kte kn, sekulumit prasaan yg tu xde utk awk. Sy x rse pape pn ble ade dgn awk. Rse mcm bse je..ntah laa...sbb tu sy da pilih tuk break dgn awk dan kte kwn je, lbh baik sy kecewa kn awk dlu sblm awk kecewa di kemudian hr ble prasaan awk smakin mnebal. Sorry awk!''

PENGAJARAN:  Jadi org jgn berharap sgt ble dlm 1 relationship tuh dah putus. Perasaan x blh dipaksa ye, korg nk ke get together dgn the one yg xde prasaan cinta kt korg? It's like bertepuk sblh tgn tau. Dlm ni, Boy spatut ny sedar, dorg ny relationship just friend dh x leh laa nk ngade2 nk ngayat bagai kt Girl sbb obvious cara Girl lyn die mcm kwn2 bse je, laen la if Girl tu bg respon +ve. ;)


<<SCENE 4>>

Boy: ''Weh..cun x bdk pmpuan  tu? Cun kan? Ish..klu dpt jd gf aku best gak tuh..perhhh!''
Girl: ''Pegi r ngorat..ayat2 ck8..ne tau dpt no fon ke nnt..haha''
Boy: ''Xnak lah..aku malu la dgn pmpuan, x reti aku nk ngorat2 nih..''
Girl: ''DGn aku x malu plak? Abes tuh aku ni bkn pmpuan ke yg kau xtau nk malu tuh? Hehh, malu2 kucing knon..x reti ngorat. Ntah2 blkg aku buaya.''
Boy: ''Kau lain. Aku knl kau da lme, kau pn kdg2 x mcm pmpuan sbb tu aku x malu dgn kau! Hahaha''
Girl: ''Sengal! Aku ketuk jgk kau ni tau. Weh, aku pmpuan la!' (lengan Boy ditumbuh kasar..Hahh, rse kan!)
Boy: ''Hoi, sakit la! Tgk..mcm mne aku x ckp kau ni kdg2 x mcm pmpuan.Kasar! Ptut la xde bf..'' (Boy menjelirkan lidah & x pasal kne baling dgn pemadam lak)
Girl: ''Ahh..bia la aku nk ade bf ke x..yg kau sibuk nape?! Drpd org tu meleleh ayaq liuq ja tgk ank dara org, tp x brani nk ngorat..huhhh!''
Boy: ''Amboi, aku lak yg kne? Hoi, klu pupus skali pn pmpuan dlm dunia ni dan yg tggal cuma kau sorg, mmg x laa aku nk wt bini. Dah r kasar ganas xde sopan lgsg dgn aku.''
Girl: ''Ishhhh~ ckp bsr! Kau tgk la nnt, kau dtg melutut skali pn lum tentu aku nk terima kau mse tu nnt.''
Boy: ''Jap2..kau ckp2 cmni, kau ske aku ke weh?''
Girl: ''Jgn harap!''
Boy: ''AKu mmg x harap pun..watpe harap kt kau. Aku kan klu blh nk cri yg bla...bla...bla....'' (mamat ni klu mbebel describe psl dreamgirl die smpi kiamat pn x abes)
Girl: ''Berangan la kau....'' (Aksi menguap)

10 purnama berlalu.....

Boy: ''Weh..aku rindu la nk jmpe kau....nape la cuti ni lme sgt aku rse?''
Girl: ''Lme? 2mggu je kot cuti...bkn ny 2 bln mcm cuti sem..yg kau ni pehal ngade sgt nk rindu2 bagai x jmpe aku? Eeee~ geli la aku dgr..kau ni demam eh?''
Boy: ''Ye r demam x jmpe kau. Bosan gler x lepak dgn kau..ntah laa tbe2 rse hari aku x lengkap klu x kacau kau. Jgn2 aku da ske kt kau x?''
Girl: ''Hoi, mangkuk! klu kau x ske wtpe la kau kwn dgn aku slame ni..ade ke org kwn dgn org yg die x ske? pelek2 r kau ni..''
Boy: ''Aku serius ni weh...aku rse aku dh fall in love la dkt kau. Erkk~ '' (terlepas ckp sudah...)
Girl: ''Huhhhhh????'' (tercengang di hujung talian, seb bek Boy xley nmpk mulut tgh nganga sebesar-besarny!)


PENGAJARAN: Cinta x mengenal manusia..Erkk~ btul ke ayt aku nih..haha..ape2 je r, ape aku nk ckp sbnr ny, cinta ni ade kt mne2 je..mmg la pun...tp kte ni kdg2 x sedar sbnr ny cinta kte tu da lme ade kt dpn mata kte. Buta! pnye r bsr dpn mata leh x nmpk? Tu r ''semut di seberang nmpk, gajah dpn mata x nmpk'' lbh krg la peribahasa yg aku leh kaitkan. Lagi satu, jgn sombong sgt ckp bsr x pndg org dpn mata even last choice skali pn xnk. Propa je sume tuh! Sbnr ny ske kan?

Monday, November 22

Liku lekok pagi Isnin AKU

Pusing kiri pusing kanan, tak juga aku lelapkan sepasang mata degil milik aku ini. Mana kan tidak waktu cuti di rumah, mata aku hanya akan lelap sekitar jam 3 pagi dan hanya akan celik semula pabila matahari tegak di atas kepala. Bukan aku sengaja untuk bangun selewat itu tapi mak sengaja membiarkan aku terus lena bersama timbunan bantal-bantal, di atas katil dan bilik yang sejuk dan malap. It sooo HEAVEN when I'm sleeping in my own room in my home sweet home! Di rumah baru ini ( xde la baru sgt actually, rumah sewa yg aku pnh duduk jgk before this, accompany my fren yg practical skali dgn aku ), tersangatlah degil mata aku untuk lelap. Ruangan di depan TV menjadi 'bilik tidur' kami. Akhirnya, 6.15AM. Handphone aku berbunyi, my alarm clock! Terpisat-pisat aku untuk bangun, kemalasan menguasai diri sebebnarnya. ''Adoi, tak ada mood laa nak start kerja hari ni..!'' gumam hati aku. Namun, aku gagahkan juga diri ke bilik air mempersiapkan diri untuk segalanya. (Faham-fahamlah sendiri, tak kan aku nak cite detail dlm ni kan? hahaha). Hanya secangkir milo panas menjadi sarapan aku pagi ini, tiba-tiba terkenang sewaktu di rumah. Kat rumah, bangun je breakfast semua dah tersedia, mak memang tak pernah lupa sediakan untuk aku dan ayah. Perut tak pernah kosong kalau kat rumah, haishhh~ macam mana laa badan aku tak naik kalau cuti duduk kat rumah je.

Okay..melangkah saja keluar pintu rumah, dengan penuh keyakinan dan semangat. Huhuhu..butterfly in my stomach is the exact feeling during that moment actually. Saat selesai menuruni anak tangga bersama cik Yam, ''Alamak! hujan ke??? macam mana nak pergi kerja nih??'' ''Gerak je laa..tak lebat sangat ni..sempat je bukan jauh sangat pun nak pergi.'' kata aku menyedapkan hati yang sememangnya kami tak ada mood untuk mula bekerja hari ni (industrial training ktorg sbnr ny). Hujan diredah juga dalam kesibukan lalu lintas. Normal laa kan hari Isnin jalan jam pagi-pagi ni. Akhirnya dalam kelewatan. sharp on 8AM kami sampai di tempat kerja. Okay, this company have their morning assembly every Monday morning. Dah macam zaman sekolah pula aku rasakan, agak-agak ada nyanyi-nyanyi lagu Negaraku atau lagu sekolah ke....hee~ Selama 45minit, kami menunggu akak HR (nama dia Nori jgk! dekat2 n sme je dgn bunyi nama aku kan? adeyhh~) di pejabat. Suasana lengang dalam pejabat tu, yang ada hanya beberapa orang pekerja pejabat dan mak cik India sebagai tukang sapu. Makkkk aiiiii...........SEJUKnya aircond dia! Kesejukan menyelubungi kami yang tersedia separa basah terkena hujan dalam perjalanan sebentar tadi. Tak lama kemudian, kak Nori pun datang semula ke tempatnya selepas selesai morning assembly mereka. ''Maaf yaa...Encik Zaili yang uruskan awak berdua taka da la hari ni, dia ada kerja kat KL, audit dengan company *&^"%@ selama 2 hari. Datang balik 24hb ni boleh?'' Ya Allah, betul ke apa yang aku dengar ni? Datang balik kerja pada 24Nov? 2 hari off! Yahooo! macam tahu-tahu je akak ni aku memang tengah tak ada mood nak mula kerja. LOL~ (gelak guling-guling). Dengan langkah yang ala-ala happy, ouhh..agak sengal bunyinya di situ. Aku hampir tertekan butang loceng kebakaran instead of butang untuk buka pintu pejabat tu. Kalau aku tekan butang tu tadi, mesti kecoh satu bangunan tu ingat ada kebakaran. Hahaha...!
 

rainy mournday

Pintu rumah dikuak luas unutk memuatkan dua insan yang rasa hampa pergi kerja for nothing pagi ini. Tatkala aku meletakkan helmet ketempat asalnya, perut aku mula berkeroncong. Tengok TV, perut buat konsert lagi. Sambil online, perut aku makin rancak dengan konsert rock versi unplugged dia! Ohh goshhh! Aku sangat kebulur waktu ini. Jam belum menunjukkan angka 10 lagi, mana ada supermarket buka waktu-waktu begini. Di dapur kosong tiada makanan. Ahh..awalnya aku bangun hari ni, kedai tak buka lagi, kawan-kawan lain pun mesti tak bangun lagi waktu ini. Kalau ada yang dah bangun boleh juga aku ajak mereka untuk makan bersama, lagipun dah seminggu tak jumpa. Seminggu tak jumpa dah rindu?? Ok, agak over bunyinya bukan? kawan je pun..bukan special one pun nak rindu-rindu seminggu tak jumpa. Hahaha..nak buat macam mana, hubungan persahabatan kami memang rapat, macam adik-beradik. Dua hari bercuti lagi, apakah yang mingkin akan aku lakukan untuk mengisi waktu lapang aku di bumi jajahan Shah Alam ini?

Tuesday, November 16

Catatan Pena Merah 161110

16 November 2010, Selasa (Cerah+mendung)

Beberapa jam sebelum keberangkatan aku pulang ke rumah, aku menerima panggilan dari syarikat. Alhamdulillah, aku diterima untuk menjalani latihan praktikal di syarikat berkenaan. Aku gembira tap aku juga bersedih di dalam hati sebenarnya. Sedikit hampa, cuti semester yang baru bermula cuma bersisa seminggu saja lagi? Ya, aku diarahkan untuk memulakan latihan praktikal awal, mulai 22 November 2010 ini. Cuti semester = 1 minggu? Aku baru berfikir untuk berehat-rehat seketika di rumah, paling tidak aku memulakannya pada bulan Disember. Masa tidak mengizinkan aku nampaknya, mahu atau tidak aku terpaksa! Cuti semester aku harus korbankan juga! Ini merupakan kali ketiga cuti semester aku menjadi mangsa korban. Aku dan Ms. H ke syarikat berkenaan yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari seksyen 7. Segala urusan yang perlu diuruskan. Memang muktamad, kami akan mula bekerja Isnin hadapan.

November-Disember 2009, aku mengikuti kursus One Malaysia (OM) siri 4 dan 5, Sukarelewan Karnival IKTIRAF dan Minggu Mesra Siswa (MMS) Disember 2009. Hampir empat minggu sepanjang cuti pada waktu itu aku habiskan dengan mengikuti program-program anjuran HEP. Namun, aku tidak menyesal kerana pelbagai pengalaman dan ilmu yag aku tak akan perolehi di bilik kuliah. Perkenalan dengan sahabat handai dari pelbagai latar belakang dan kepakaran banyak membantu aku di kemudian hari. Kali kedua cuti semester aku terkorban, Mei-Jun 2010, Minggu Destini Siswa, MDS (Asasi) Mei 2010 dan MDS Jun 2010, sebelum MDS Jun 2010, kami menghadiri kursus pemimpin mahasiswa di UiTM Seri Iskandar. Sekali lagi aku bertemu rakan taulan yang baru, disamping memberi sokongan kepada rakan-rakan yang menerajui pimpinan MPP sesi 2010/2011. Aku ingin mengikuti program-program seperti ini lagi tapi....aku telah mempunyai agenda yang telah dirancang terlebih dahulu. Kursus anjuran HEP? bunyinya memang sakit...tapi percayalah, kalian tak akan menyesal menyertainya. Walaupun flow yang sama akan dilalui (bagi otai-otai MMS), hasilnya tidak bosan kerana kami mengikutinya untuk belajar, berbakti dan bersuka-ria. Belajar dari pengalaman dan kesilapan. Kepada peserta yang baru, jangan gusar, jangan gentar, sahut cabaran, pasti tidak menyesal malah ketagih! Hidup terasa sepi, bosan dan tidak bermakna bila bersara dari menyertai program-program seperti ini. The fact is, friendship that bond us together is stronger that you thought. Stronger that what you have with your BFF, classmates, coursemate, roomates..we are like SIBLING! We cares for each other and we love evryone of us.

Masuk hari ke-4 di rumah, rasa bosan kian menebal sebenarnya. Maka, keluarlah segala post-post merepek kat FB. Hairannya, ramai pula yang meng''like'' (haishhh~ nampak sangat sume pn xde keje da bosannnn sangattt). Handphone aku? Seperti biasa tercampak di merata-rata tempat, terutamanya dalam bilik, atas katil & bawah bantal. Jadi seribu kemaafan dipohon pada siapa-siapa yang menghantar SMS mahupun menelefon aku jika tidak menerima sebarang respon. (Hakikatnya, handphone aku memang tak bunyi pun kalau letak mana-mana pun coz there's no one who remember to contact me, I just don't exist to them in this sem break. ME=INVISIBLE to them, TQ!). Malam semalam, ada orang mengajak aku untuk keluar, movieeeee~ YiPpppEeee! My favourite part! But...I can't and I'm sorry dude. Kalau kau punyai kenderaan beroda empat itu, i mean sedan type of car or whatever, sure I'll accompany you to watch a movie. I know and you know, we know that we all was facing boredom illnesses after final exam. Tak mengapa, mungkin di lain waktu jika kita berkesempatan ye Dato...Sangat merindui GFN & 13B family. Jika sebelum cuti, keluar makan di luar hampir setiap minggu bersama Ms.D dan berjumpa berkumpul dengan DB, Ms.D dan Dato....tak lupa juga kekanda aku yang paling kejam (anak tiri Ms.D) dan kawan-kawannya. Keluar main boling, karaoke dan movie marathon saat-saat genting pada study week, sememangnya kenangan yang membuatkan aku bertambah rindu dengan kalian semua. Nanti dah balik Shah Alam, masing-masing free, especially on weekend, it is a MUST to hang out together. Kepada YB Dato dot dot dot...jangan lupa janji anda pada aku dan Ms.D plus buttercake yang roomate kau dah keluarkan dari tupperware last Friday evening. Hutang tetap hutang. Huhuhuhu ^_^

**Oh yaa....Mr. Chipsmore ada membalas SMS aku beberapa hari lepas, membalas mungkin kerna bosan yang membelenggu dirinya, Aku hairan, Mr. Chipsmore masih menipu atau memang benas, ''xde gf''? Tak tau nak cakap, aku happy atau meluat dengan sebaris ayat itu! Yang seorang lagi ini pula, relationship status ''seperated''? Manakala pasangannya pula, ''single''? Apa yang berlaku antara kau dan dia sebenarnya? Hurmm...macam-macam. Apa-apa pun, aku setia di sini untuk bersama kalian, untuk menghiburkan dan menemani hari-hari terang mahupun gelap kalian semua. Andai itu takdirnya aku yang bukan milik sesiapa tetapi aku sering hadir melindungi hidup kalian tatkala awan mendung menyelubungi mahupun terik matahari memancar diri kalian. Biar..biarlah aku yang basah, aku yang terbakar, asalkan aku gembira melihat kalian bahagia.

Tinta Pena Merah

Thursday, November 11

Catatan Pena Merah 111110

11 November 2010, Khamis (Cerah)

Akhirnya aku boleh menghembuskan nafas lega. Berakhir sudah bab 5 kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa UiTM. Jiwa aku meronta-ronta untuk dibebaskan, terbelenggu lama dengan timbunan nota-nota killer subject (Ceyhh~ xde la killer sgt tp blh tahan la klu kau mls study). Bayangkan, aku sepatutnya menamatkan bab 5 aku ini pada Isnin lepas tapi dek kerana kealpaan aku sendiri pada bab sebelum ini, menyebabkan aku tersembam di muka pintu ECE sekali lagi. Nah, padan muka aku! Dalam masa 2 hari aku bertungkus lumus (relax je sebenarnya, siap main-main, tengok movie dalam lappy & online bagai..dasar tak sedar diri dah repeat paper) untuk memahami dan mengkaji segala nota dan solution untuk soalan-soalan test dan final. Dalam 2 hari ni, semangat aku seakan pudar dan hilang, aku tercari-cari mana pergi semangat aku? Kertas A4 dan nota sedia terbentang di depan mata, tapi tangan aku terasa berat untuk mengangkat sebatang pen itu dan terasa lemah untuk memegangnya rapi. Kesilapan masa lalu menghantui minda, ''kau nak repeat lagi ke sem depan? Cukup laa 20jam kredit kau semester ni, tak larat rasanya nak belajar dah, macam-macam benda kena belajar dan buat. Ayuh, cepat berusaha! 1 paper je lagi..sekejap je..lepas ni merdeka laa!'' monolog aku sendiri. Kertas soalan aku buka dengan tenang, satu per satu soalan aku teliti, hmmm....... 1 jam sebelum waktu menjawab tamat, aduhhh~ perut memulas-mulas sakit, ditambah aircond yang sejuk di dewan peperiksaan ibarat sebuah bilik mayat telah mengecutkan saluran pundi kencing aku. Jari-jemari pun mula membeku dan biru. Lantas, tangan kanan aku angkatkan dengan harapan puan penjaga peperiksaan di muka pintu utama melihatnya. ''Toilet....hee~'' Lega bila segala hasrat yang terbantut ditunaikan sebentar, angin luar menyapa kulit aku, hangat! Suhu kulit kembali normal dan balik ke dewan peperiksaan untuk menjawab soalan yang terakhir. Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan tenang. Segalanya telah pun selesai. End of chapter 5.

Tanggal 9 November 2010 (Selesa) yang lepas, aku ada menulis ayat ini pada wall Facebook aku:

''missed my primary school time...x pnh pki bju kurg as my school uniform zmn tu..playing around with all those chinese friends at school..laki pmpuan maen sme2 happy gler ♥ typical malay might think my parents was bad anta ank skolah cina x cmpur mlayu..but hey, i end up here in uitm msih melayu ok! huhu''

Sejak waktu itu, rindu aku pada rakan-rakan SJK (C) Chung Wah, Sasaran Jeram semakin menebal. Aku menjadi tertanya-tanya, persoalan aku telah menjadi 1001 persoalan bila aku terfikirkan seorang demi seorang. Ya Allah, 9 tahun kami telah berpisah membawa diri dengan bahtera masing-masing pergi mencari kejayaan sendiri. Hanya beberapa orang yang aku pernah terjumpa di pekan lama itu, boleh dibilang dengan jari jumlahnya. Waktu itu aku masih belasan tahun bersekolah menengah, remaja hingusan yang hormon malunya dalam keadaan maksima. Ada yang cuba menegur aku sebab mak selalu ke kedai keluarganya menempah butang untuk jahitannya. Dari jauh dalam kesamaran malam, aku nampak rakanku itu melambai-lambaikan tangannya pada aku. ''Pergi la jumpa dia, dia selalu tanya pasal Awie..kan dah lama tak jumpa,'' kata mak pada aku di dalam kereta. ''Tak nak lah...! malu....'' balas aku pada mak tetapi perkataan terakhir itu hanya aku sebut perlahan di dalam hati. ''Hishh..tak baik la macam tu. Orang nak dekat jumpa balik kawan lama, awak sombong pulak!'' mak memarahi tindakan aku. Kalaulah aku boleh menjelaskan perasaan aku pada waktu itu pada mak, aku sebenarnya malu dan segan untuk bertemu rakan ku itu kembali. Tapi nak buat macam mana, tindakan aku lebih pantas dari fikiran aku pada detik itu. Dalam hati, aku dihamuk rasa bersalah, ya aku ingin sekali untuk menegur dia sebenarnya.

Selain insiden malam itu lebih kurang 5 tahun lepas, aku juga ada mendengar berita perkembangan tentang rakan-rakan ku dari mak. Biasa laa, rakan-rakan aku yang berbangsa cina ini kebanyakannya dari golongan berada. Semua anak tauke kedai, ada business sendiri, walaupun tak seberapa tapi mereka miliki segalanya. Namun aku gembira kerana mereka tidak memandang status untuk berkawan dengan aku. Aku puji tindakan mereka (bangsa cina). Tak disangkal sesetengah mereka akan memandang rendah pada orang melayu tetapi orang melayu akan dihormati oleh mereka jika kita mampu membuktikan kebolehan kita pada mereka. Masih segar di ingatan, mak bercerita pada aku suatu masa dulu sewaktu aku masih darjah 1 atau 2, ibu bapa mereka memandang rendah pada aku sebagai anak melayu. Tapi bila aku dapat menguasai semua mata pelajaran dalam mandarin dengan baik dan berjaya memintas peratusan pemarkahan kesuluruhan anak-anak mereka (bukan nak berbangga dengan kejayaan sendiri tapi ini hakikatnya situasi sebanar aku pada zaman itu), terus si ibu-ibu ini merelakan anak-anak mereka untuk berkawan dengan aku.

Secara rambang aku mencari profile mereka di Facebook, letih aku membuka satu demi satu profile yang mempunyai nama yang sama. Akhirnya, aku jumpa seseorang, Tee Jiao Mei, budak perempuan berkaca mata, berambut pendek & gaya yang sangat gurlish yang pernah bertandang ke rumah aku semata-mata untuk bermain set Barbie Doll aku pada 10 tahun dulu. Dia kini berubah. Aku teruja dia juga teruja! Bermula dengan dia dan kemudian rakan-rakan yang lain diperkenalkan oleh dia lagi. Agak rakus aku membuka profile mereka semua untuk mencari jawapan soalan teka-teki aku selama ini, ''okay kat UUM..kat UM..kat UK..UK lagi..kahwin dan kahwin?'' Apakah? Ya...setakat ini sudah dua orang (perempuan) rakan sekolah rendah aku telah berkahwin. Itu tidak termasuk yang aku tak jumpa lagi profile mereka, aku yakin mereka yang tak berpeluang melanjutkan pelajaran ke mana-mana, yang menghabiskan masa dan duit ibu bapa/gaji mereka masih setia di pekan lama itu, mungkin ada diantara mereka juga yang telah berkahwin. Terasa janggal pun ada bila berhubung kembali, jika dulu kami menggunakn mandarin untuk bertutur sekarang kami speaking! Yup, their english getting better and better, who knows if their english is better than me? They go abroad to further their study for sure they must fluently speak in english...poor me still looking forward for oppurtunity to go abroad.

Sudah! Belajar dalam negara ke luar negara ke, tetap sama. Misinya adalah untuk mendapatkan segulung ijazah yang bukan sekadar segulung ijazah tetapi kualiti seorang graduan yang dicari oleh pasaran kerja pada zaman teknologi sekarang ini. Mungkin bukan rezeki aku untuk jadi seperti mereka dan bukan takdir aku. Aku redha jika takdir aku hanya di sini saja kerana aku masih ada insan-insan tersayang dan yang menyayangi aku. Kegembiraan yang tak mampu dipamerkan pada wajah, hanya hati yang mampu memahami kegembiraan bukan kepalang ini. 9 tahun dahulu.............................<3

Tinta Pena Merah

Wednesday, November 10

MaliQue ft Lah Ahmad - Cuba Lagi (HQ Lirik)

Cuba lagi....! tak patah hati tiap kali gagal aku cuba lagi..!
Hayati bait-bait lirik ini dgn baik, satu motivasi untuk mereka-mereka yang tengah hilang semangatnya.

Sunday, November 7

Catatan Pena Merah 061110

6 November 2010, Sabtu (Cerah/agak mendung)

Dalam enak diulit mimpi yang aku sendiri tak akan pernah mengingati siri-siri kisah mimpi aku, seseorang membuat ''panggilan rindu''nya kepada aku. Okay...aku sedar sudah waktunya untuk aku bangun kerana panggilan itu isyarat untuk aku bangkit dari tempat semayam bak istana kayangan aku. ''Alorrr...kejap lagi laa..ngantuk lagi nih...few minutes more for me please?'' gumam hati sambil membalas sms si pengirim yang mengejutkan aku. Celik mata, maka celiklah segala email, facebook, formspring dan sebagainya. Itu adalah habit aku sejak meningkat umur 20-an. Bukan mengikut trend tetapi sudah sebati dengan hidup aku, itu sahaja pengantara aku dengan orang sekeliling. ''Mana laa tau..anything important was send by email from company or some friends...'' bisik hati yang bukanlah 100% jujur untuk menyatakannya.

Sejam kemudian selepas mengejutkan tuan puteri dari mimpi kosongnya, barulah aku sampai di fakulti. Janji telah terpateri antara aku dan kamu, dari sebelum study week lagi, ''study sama-sama ok nak final exam nanti!'' Itu permintaan kamu, lalu aku mempersetujuinya tanpa berfikir panjang, aku yakin ada baiknya kita mengulangkaji bersama. Kamu, insan cemerlang, you was gifted with what a brilliant brain that I was envy so much actually. Hee~ Tak macam aku, belajar sampai infinti sekali pun memory card aku tidak sebaik milik kamu. Hairan juga aku, bila benda bukan ilmiah aku boleh ingat dengan cepat dan baik tapi bila disentuh bab pelajaran....RAM's speed agak merudum kelajuannya sebentar. Pending......laju kembali bila disentak, biar aku dimarah kamu. Namun, aku tidak pernah kisah tentang itu semua, aku rela dimarah begitu oleh kamu sebab aku tahu, kamu menyayangi aku sebagai seorang sahabat dan kamu mahu aku turut berjaya bersama kamu. Terima kasih sahabat! =)

Aku pun tak tahu bagaimana perjalanan kisah persahabatan kita bermula. Kita tak sama kelas untuk semua subjek apatah lagi semester ini, kamu di sana, aku di sini. Hmm..2 semester lepas bukan segalanya bermula? kelas E dan kelas D (cukuplah initial je aku letak, kang semua orang tahu kelas apa yang kita sama dan mula membuat tekaan rambang), sumpah aku tak pernah perasankan kamu sewaktu zaman matrik 3tahun dulu. Siapa kamu? Siapa aku? Yang peliknya, kamu kenal pula aku pada waktu itu. (Hahaha...yelahh, budak perempuan free hair kat KMK dulu bukan ramai sangat pun, mesti la boleh kenal kan...Oops! ni bukan nada perasan yeee...) Mungkin kerana kita selesa untuk berkongsi cerita, lantas persahabatan kita bertambah utuh. Alhamdulillah, syukur...aku gembira kerana diberikan seorang sahabat seperti kamu oleh Allah SWT kepada aku. Kamu terlalu baik sahabat. Keep it up! I'm sure people will really love to have you around them. You cheer them up and make them smile just like the song that I dedicate to you when you was down. Hee~ Kamu, if there is anything to share, I'm here for you to lend my ears but not shoulder (bukan muhrim) hahaha. Chop! kenapa terlalu panjang aku menulis tentang diri kamu malam ini?Tiada apa yang perlu aku teruja memang suratannya sepanjang hari masa aku hari ini dihabiskan bersama kamu. Situasi ''anak murid dan cikgu'' kita hari ini sangat membantu aku.

Walaupun hati aku tak berapa sihat sebenarnya, namun aku kuatkan semangat dan gigihkan diri untuk tidak mengingati sekelumit pun tentang kau. (Makluman, kau dan kamu adalah individu berbeza). Tiada kesan sampingan nampaknya terhadapa aku, maaf virus yang kau kirimkan di angin lalu tidak berkesan di jiwa aku. Antibody (kawankawan) aku lebih kuat dari apa yang aku jangkakan nampaknya! Wuekkkk! =P Hidup aku hanya berkisar tentang kawan, kawan dan kawan, selain mak dan ayah yang aku sangat cintai di rumah. Oh, ya..aku baru saja membuat lawatan rasmi ke rumah agam aku Khamis lepas. Lepas sudah rindu yang terbeban nampaknya. Ayah dalam mood yang baik aku pasti, sempat ayah membuat jenakanya mengenakan aku di dalam talian tatkala aku menghubunginya untuk menjemput aku pulang. (Ayah memang suka buat lawak pun...tapi bila ayah tengah mood tak baik janganlah salah cakap dengan dia. Bannnggg! ibarat peluru tembakan yang berputar selaju 300km/hr menembusi jantung). Mak juga begitu, melayan aku seperti seorang puteri raja. Hmm..balik rumah memang aku tak akan risau tentang makan dan minum kerana segalanya tersedia. Terima kasih mak! Terima kasih ayah!

Sekadar gambar hiasan

**Pesanan buat kamu, sahabat:
Jgn nk malu2 sgt dpn aku ble dh t'bce ape aku tulis nih...u noe who u are ryte so x payah aku nk mention nme terang-terangan sgt. Thnx friend for being with me this final exam week, u help me a lot actually. Mcm2 kamu tlg aku dah..terharu sgt =') aku x reti nk wat ucapan terima kasih pjg2 mcm kt conference ke ape..mlalui tulisan aku ni, aku hrp kamu fhm..hehehehe~ (aku lak yg rse malu skrg nih kot..muahaha) 

Tinta Pena Merah

Thursday, November 4

Telahan Rasa

Aku bukan jenis yang suka meluahkan segalanya tak tentu masa. Aku lebih rela memendam walaupun aku tahu di hujung jalan ceritanya nanti aku yang sakit. Apa yang aku katakan itu dan ini tidak semestinya sama maksud dengan apa yang cuba aku sampaikan. Aku sendiri tak tahu mengapa, aku lebih suka menulis dari meluahkan isi hati yang terbeban melalui lisan. Mungkin lebih mudah untuk aku curahkan segalanya di sini, diri terasa tidak membebankan sesiapa.

Sebuah kehidupan, sememangnya begini. Entah bagaimana yang aku harapkan pun entahlah. Aku sendiri kabur akan jalan cerita kisah hidup aku. Terasa bagaikan hidup aku tiada apa yang menarik, apa yang aku ada semua orang ada. Yang membezakan cerita kita adalah watak-watak dalam cerita dan episod tersebut. Cinta datang dan cinta pergi, namun tiada satu pun yang mampu menetap di hati, sekadar menjadi tempat persinggahan burung-burung berhinggap. Lalu terbang begitu sahaja dan kadang-kadang meninggalkan kesan buruk itu di dahan hati aku lantas berbekas hingga menghitamkan hati aku. Ahhh~ burung tak guna! Astaghafirullahal'azim....itu kan makhluk Allah juga, lumrahnya begitu, kenapa aku perlu marah.

Duhai hati, tenanglah dikau. Suatu masa nanti kau akan ketemu juga pemegang kunci mangga yang merantai jiwa kau selama ini. Aku sering mendengar rintihan si hati yang meronta-ronta, aku menarik nafas sedalam-dalamnya, ''sabar hati''. Acap kali aku ucapkan untuk menyedapkan hati. Allah itu Maha Adil dan Maha Penyayang. Sedikit waktu lagi hati, aku akan bebaskan kau. Ya Allah, apakah rencanaMu untuk hambaMu ini? Aku cuma mampu berharap yang terbaik dariMu Ya Allah kerna aku yakin Kau adalah segala-galanya bagiku. Syukur, aku punyai teman-teman dan para sahabat yang setia bersama aku dalam apa jua keadaanku.

Emak, sesungguhnya anakmu ini sangat merindui belai kasih mak, kata-kata mak, amarah mak, aku rindui semua itu, aku tahu mak sayangkan aku sebenarnya. Aku pelajari sesuatu itu semasa aku hampir kehilangan mak sewaktu aku berumur 10 tahun, usia kanak-kanak mentah yang masih tidak faham erti berdikasi. Hidup aku tak keruan pabila mak membisu, aku tahu aku selalu menyakiti hati mak, maafkan anak tunggal mu ini mak! Ayah, aku juga rindu kucupan ayah di dahi aku setiap malam sebelum tidur. Hangat, sekejap aku terkhayal menjadi anak cilik yang ayah kendong suatu ketika dahulu. Walaupun ayah garang tapi aku tahu ayah tegas bersebab dengan aku, satu-satunya anak perempuan dan tunggalnya. Harta yang tidak ternilai bagi dirinya, satu-satunya waris keturunannya yang tak mungkin diwarisi sesiapa lagi kelak. Ayah dan mak, kalianlah segalanya pada aku! Aku tak mungkin sekuat ini untuk harungi selautan dugaan di depan ini tanpa pembakar semangat ayah dan emak. Tak dapat aku bayangkan hidup aku tanpa kehadiran kalian berdua suatu hari nanti. Na'uzubillah. Namun, aku redha dan aku sedar, suatu hari nanti ayah dan emak memang akan meninggalkan aku sendiri di dunia ini yang tinggal cuma kasih sayang kalian.

Dan cerita aku itu, biarkan saja. Tutup bab itu, kita mulakan bab kehidupan yang baru. Biarkan muka surat itu sekadar tatapan umum untuk dijadikan bahan sejarah lalu menjadi bahan artifak anak cucu aku puluhan waima ratusan tahun akan datang. Terima kasih aku ucapkan kepada semua watak-watak yang terlibat, sama ada yang menggembirakan, menyakitkan hati, menyedihkan, menolong dan sebagainya, pandai-pandailah kategorikan diri kamu semua. Siapa aku untuk melabel watak-watak yang wujud dengan gelaran itu dan ini.

Wednesday, November 3

The Choice - Aniboom Animation Drama



Memang drama sangat masa first time aku tengok video ni but it's meaningfull actually behind it.
Quite hard to understand the message behind it. The Choice? Aku pun tak tahu kenapa tajuknya macam tu.
Choice (Pilihan) - pengajarannya, jangan pandang (fikirkan) sesuatu tu terlalu jauh dan mendalam. Bukan tak menggalakkan korg untuk berfikir tapi tak semua perkara dalam dunia ni yang kita boleh agak. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. Yang penting bagi aku video ni ada mesej dia yang tersendiri aku pun tak tahu nak describe macam mana, just share it here untuk sape2 yang baca blog ni.
-Tinta Pena Merah-

Magic Box - Funny Animation


Some random animation just for fun.
Being a child long time ago was something u will never get to experienced it twice.
MEMORABLE & VALUEABLE

Tuesday, November 2

Catatan Pena Merah 021110

2 November 2010, Selasa (Cerah)


Pagi Selasa yang agak dingin dan tenang sebenarnya. Aku rasa penat sangat dengan apa yang jadi sekarang ni, bukan setakat penat dengan study untuk exam & surat L.I, aku juga penat dengan itu dan ini. Macam-macam itu dan ini aku itu, kadang-kadang itu ini yang simple boleh memberikan impak yang besar dalam fikiran aku. Hmm...jadilah manusia bukan jadi orang sahaja.


Kenapa dalam hidup kita mesti menipu? Jujur saja kan senang, orang pun tak marah. Penipuan mengundang amukan, sumpahan dan kemarahan orang lain. Kejujuran adalah prinsip aku. Jangan tipu dengan perasaan mahupun tutur kata kita sendiri. Celik dengan kehendak dan keinginan sendiri, bijak menilai dan memilih, jangankan pula kaca disangka permata, disayang tapi akhirnya melukai diri kita kembali. Jadilah manusia ibarat sepohon pokok rendang dan berbuah, dipandang sepi sekali pun, ditendang-tendang, ditoreh-toreh oleh manusia bengong sekali pun, pokok itu tetap menjadi tempat teduhan tatkala hujan malahan dibalas dengan buahnya. Hidup biar berbudi dan berbahasa.

Aku agak geram dengan dia semalam sebenarnya. Menjawab persoalan aku dalam keadaan terpaksa dan terdesak sebenarnya juga. Dia tiada pilihan lain, gagal melarikan dirinya kali ini, lalu memberikan alasan yang tak logik kepada aku. Dalam persoalan aku kepada dia, sudah jelas aku nyatakan jujurlah jika ada yang tidak kena atau tidak puas hati. Namun, kenapa dia perlu menipu dirinya sendiri? Aku bukan budak sekolah menengah lagi yang dia boleh tipu. Alasan dia? Orang tak siuman pun boleh tahu dia menipu. Dia ni pernah dengar lagu Agnes Monica atau tidak? Tentang logika. Arhhh~ aku benci dengan perasaan ni..geram! Bukan setakat geram, aku kecewa dengan dia. Persetankan! Kelakuan dia tak ubah seperti rakannya yang aku kenal lebih lama dan lebih terdahulu. Memang satu spesies ke?

Dalam geram, kecewa bagai datang teman-teman KMK. Hahahaha..mentang-mentang study week, aku tengah final. Rancak & hyperactive pula mereka. Oh Tuhan, aku rindukan mereka semua, aku rindukan zaman itu. Bahagianya kami semua, kehidupan tidak serumit sekarang.


 
Berbalik pada soal kejujuran, tipu menipu ni:


''There are no unresourceful people but there is unresourceful state.''

Bukan salah manusia, tidak aku tak salahkan dia mahupun diri aku sendiri, mungkin salah keadaan atau situasi kami yang menjurus dia untuk jadi begitu. Dari awal lagi, kemaafan telah pun aku ucapkan pada dia tapi kemaafan itu ibarat sepintas angin lalu yang tidak membawa kesan apa-apa pada dia.

Tinta Pena Merah

Sunday, October 31

Catatan Pena Merah 311010

31 Oktober 2010, Ahad (Cerah)

Semalaman aku asyik berborak dan bercerita tentang itu dan ini dengan Ms.D, terima kasih Ms.D sebab bermalam dekat bilik kayangan aku ni. Sedar atau tidak, hampir jam 4pagi kita membutakan mata pagi tadi. Sesi luahan rasa dan perkongsian ceritera lagenda, mungkin juga dongeng ataupun fiksyen sahaja. Dengan perut yang masih kenyang setelah diisi dengan nasi goreng cina+telur dadar, kuew teow goreng, sate ayam+daging...burppp~~~ Teringat kata-kata Mr.F waktu makanan tiba di meja kami pada malam semalam, ''Korang ni makan ke melantak?'' huhuhu...''ktorg lapar laaa...'' jawab aku dan Ms.D. Apa pun keadaannya, kekecohan orang ramai tentang Piala Malaysia 2010 antara si Kijang dan si Rusa tidak dihiraukan, yang aku tahu Kijang mengalahkan Rusa 2-1 tahun ni.

Ms.D datang ke bilik dengan beg, bantal bucuk dan seplastik snack. Rasa kematu jugak laa berjam-jam aku dan Ms.D duduk berbual di atas lantai sahaja. Ms.D tak pernah kering air liur untuk bercerita itu dan ini, aku juga tak bosan malah setia mendengar itu dan ininya. Laptop di depan mata tak kan aku biarkan sepi, segala update pada FB kami ambil peduli. Sub-activity! Ms.D nampak sesuatu dan dia masih ingat tentang sesuatu itu pada suatu ketika dulu (xde la ketika dulu sangat, baru je sem ni jugak sebenarnya). Lalu Ms.D berkata, ''kalau dia xde girlfriend, mesti korg dah on kan....'' Oops! itu fakta atau auta? Hahaha...mungkin ya atau tidak Ms.D, jangan kau cuba nak ulang ayat, ''cinta berputk kembali'' beberapa minggu lalu sebelum study week. Bukankah aku dah cakap malam tadi, kini bukan dia tapi dia yang lagi seorang. Yang ego, yang lembap, yang kering hati, yang tak faham akan perasaannya sendiri atau boleh aku katakan yang tak ingin faham kehendak dirinya sendiri.

Ms.D kejutkan aku sebelum dia beredar. Jam pada handphone, angka 7 dan...arhhhh~ mengantuk tak nampak pukul berapa. Lepas Ms.D balik, sempat aku tengok update pada FB lagi. Hmmm..dia online, wahh..sukanya mereka. Hmm...itu dan ini, biarkan saja. Adoiii~ buta hatikah dia? Biarkan...itu kata dari mulut tapi dalam hati..jeng jeng jeng...Pagi Ahad yang membosankan, termangu sendiri di ruangan petak kecil yang memuatkan dua katil dan perabot untuk dua orang. Okay, aku rindukan kamu, kamu dan kamu, kalian juga dan dia.


Tinta Pena Merah

Saturday, October 30

::Nota untuk Mr. ChIpSmOrE RoNaLdMoRe::

''Kejap ade...kejap xde!'' -Tagline femes iklan chipsmore



Dear Mr. Chipsmore Ronaldmore,

Kau memang ibarat sekeping biskut chocolate chip yang sangat sedap dan lebih dikenali dengan nama Chipsmore. Kenapa chipsmore? Cehhh~ dah geharu cendana pula, dah tau bertanya pula...kura2 dlm perahu, ke buat2 tak tahu? huhuhu~

Chipsmore - keras diluar tapi lembut di dalam..MANIS! RANGUP! SEDAP! walaupun rupa chipsmore tak seberapa jika dibandingkan dengan biskut2 lain (almond london, butter cookies, etc). Namun, kau tetap menjadi pilihan ramai..rupa chipsmore bukan lah kayu pengukurnya tetapi rasa dan karektormu itu yang digilai ramai. Erkk~ ramai ke?

Entah mengapa.....chipsmore juga yang ku cari-cari selama ini. Luaranmu keras, sekeras ego mu! Tapi aku yakin di sebalik kekerasan mu itu, terselit kelembutan. Dirimu cukup manis semanis chocolate chip yang ditaburkan bersama ramuan yang lain. Hahhh, jelas bukan aku mmg sukakan coklat! Dirimu juga rangup...tak bosan untuk aku menduga kekerasan dan kerapuhan mu....Hmm~ rangup, suka untuk aku katakan mengunyah diri mu. Yup! keras di luar lembut di dalam..rangup dan manis secukup rasa.

Kehadiranmu dlm hidupku juga...sebijik! sama mcm chipsmore! kejap ade..kejap xde!

Bila kau hadir, kegembiraanku kian terserlah..bahagia rasanya tatkala melihat kehadiranmu di depan mata. WOW! Chipsmore! nyummyyy~~~ (tiba-tiba teringat chocolate chip Famous Amous..Aromanya, menusuk ke kalbu laa wehhh!)

Bila kau tiada, hari-hari ku suram tanpa manis dan rangup mu itu. Makin lama makin aku lupa akan rasa itu, rindu rasanya untuk menikmati sekeping chipsmore yang dulu itu. Kapan lagi kau akan muncul sebagai chipsmore untukku?

Mungkinkah suatu hari nanti kau bakal hadir sebagai Mr. Chipsmore dalam menu pilihan aku? Semestinya chipsmore itu jadi pilihan utama aku! hehehe

Sekian sahaja dari aku untuk kau Mr. Chipsmore Ronaldmore. Metafora aku cukup pening untuk kau fahami jika dibaca dengan kerutan dahi yang dah macam kulit pokok tua yang kering. Tinta pena ku telah pun kering, sampai di sini saja dahulu. Terima kasih Mr. Chipsmore!

Yang Benar,
Ms. Candy Wonderland

Colbie Caillat - I Never Told You


I miss those blue eyes
How you kiss me at night
I miss the way we sleep

Like there's no sunrise
Like the taste of your smile
I miss the way we breathe

But I never told you
What I should have said
No, I never told you
I just held it in

And now,
I miss everything about you
Can't believe that I still want you
And after all the things we've been through
I miss everything about you
Without you

I see your blue eyes
Everytime I close mine
You make it hard to see
Where I belong to
When I'm not around you
It's like I'm alone with me

But I never told you
What I should have said
No, I never told you
I just held it in

And now,
I miss everything about you
Can't believe that I still want you
And after all the things we've been through
I miss everything about you
Without you

But I never told you
What I should have said
No, I never told you
I just held it in

And now,
I miss everything about you
Can't believe that I still want you
And after all the things we've been through
I miss everything about you
Without you