6 November 2010, Sabtu (Cerah/agak mendung)
Dalam enak diulit mimpi yang aku sendiri tak akan pernah mengingati siri-siri kisah mimpi aku, seseorang membuat ''panggilan rindu''nya kepada aku. Okay...aku sedar sudah waktunya untuk aku bangun kerana panggilan itu isyarat untuk aku bangkit dari tempat semayam bak istana kayangan aku. ''Alorrr...kejap lagi laa..ngantuk lagi nih...few minutes more for me please?'' gumam hati sambil membalas sms si pengirim yang mengejutkan aku. Celik mata, maka celiklah segala email, facebook, formspring dan sebagainya. Itu adalah habit aku sejak meningkat umur 20-an. Bukan mengikut trend tetapi sudah sebati dengan hidup aku, itu sahaja pengantara aku dengan orang sekeliling. ''Mana laa tau..anything important was send by email from company or some friends...'' bisik hati yang bukanlah 100% jujur untuk menyatakannya.
Sejam kemudian selepas mengejutkan tuan puteri dari mimpi kosongnya, barulah aku sampai di fakulti. Janji telah terpateri antara aku dan kamu, dari sebelum study week lagi, ''study sama-sama ok nak final exam nanti!'' Itu permintaan kamu, lalu aku mempersetujuinya tanpa berfikir panjang, aku yakin ada baiknya kita mengulangkaji bersama. Kamu, insan cemerlang, you was gifted with what a brilliant brain that I was envy so much actually. Hee~ Tak macam aku, belajar sampai infinti sekali pun memory card aku tidak sebaik milik kamu. Hairan juga aku, bila benda bukan ilmiah aku boleh ingat dengan cepat dan baik tapi bila disentuh bab pelajaran....RAM's speed agak merudum kelajuannya sebentar. Pending......laju kembali bila disentak, biar aku dimarah kamu. Namun, aku tidak pernah kisah tentang itu semua, aku rela dimarah begitu oleh kamu sebab aku tahu, kamu menyayangi aku sebagai seorang sahabat dan kamu mahu aku turut berjaya bersama kamu. Terima kasih sahabat! =)
Aku pun tak tahu bagaimana perjalanan kisah persahabatan kita bermula. Kita tak sama kelas untuk semua subjek apatah lagi semester ini, kamu di sana, aku di sini. Hmm..2 semester lepas bukan segalanya bermula? kelas E dan kelas D (cukuplah initial je aku letak, kang semua orang tahu kelas apa yang kita sama dan mula membuat tekaan rambang), sumpah aku tak pernah perasankan kamu sewaktu zaman matrik 3tahun dulu. Siapa kamu? Siapa aku? Yang peliknya, kamu kenal pula aku pada waktu itu. (Hahaha...yelahh, budak perempuan free hair kat KMK dulu bukan ramai sangat pun, mesti la boleh kenal kan...Oops! ni bukan nada perasan yeee...) Mungkin kerana kita selesa untuk berkongsi cerita, lantas persahabatan kita bertambah utuh. Alhamdulillah, syukur...aku gembira kerana diberikan seorang sahabat seperti kamu oleh Allah SWT kepada aku. Kamu terlalu baik sahabat. Keep it up! I'm sure people will really love to have you around them. You cheer them up and make them smile just like the song that I dedicate to you when you was down. Hee~ Kamu, if there is anything to share, I'm here for you to lend my ears but not shoulder (bukan muhrim) hahaha. Chop! kenapa terlalu panjang aku menulis tentang diri kamu malam ini?Tiada apa yang perlu aku teruja memang suratannya sepanjang hari masa aku hari ini dihabiskan bersama kamu. Situasi ''anak murid dan cikgu'' kita hari ini sangat membantu aku.
Walaupun hati aku tak berapa sihat sebenarnya, namun aku kuatkan semangat dan gigihkan diri untuk tidak mengingati sekelumit pun tentang kau. (Makluman, kau dan kamu adalah individu berbeza). Tiada kesan sampingan nampaknya terhadapa aku, maaf virus yang kau kirimkan di angin lalu tidak berkesan di jiwa aku. Antibody (kawankawan) aku lebih kuat dari apa yang aku jangkakan nampaknya! Wuekkkk! =P Hidup aku hanya berkisar tentang kawan, kawan dan kawan, selain mak dan ayah yang aku sangat cintai di rumah. Oh, ya..aku baru saja membuat lawatan rasmi ke rumah agam aku Khamis lepas. Lepas sudah rindu yang terbeban nampaknya. Ayah dalam mood yang baik aku pasti, sempat ayah membuat jenakanya mengenakan aku di dalam talian tatkala aku menghubunginya untuk menjemput aku pulang. (Ayah memang suka buat lawak pun...tapi bila ayah tengah mood tak baik janganlah salah cakap dengan dia. Bannnggg! ibarat peluru tembakan yang berputar selaju 300km/hr menembusi jantung). Mak juga begitu, melayan aku seperti seorang puteri raja. Hmm..balik rumah memang aku tak akan risau tentang makan dan minum kerana segalanya tersedia. Terima kasih mak! Terima kasih ayah!
Sekadar gambar hiasan
**Pesanan buat kamu, sahabat:
Jgn nk malu2 sgt dpn aku ble dh t'bce ape aku tulis nih...u noe who u are ryte so x payah aku nk mention nme terang-terangan sgt. Thnx friend for being with me this final exam week, u help me a lot actually. Mcm2 kamu tlg aku dah..terharu sgt =') aku x reti nk wat ucapan terima kasih pjg2 mcm kt conference ke ape..mlalui tulisan aku ni, aku hrp kamu fhm..hehehehe~ (aku lak yg rse malu skrg nih kot..muahaha)
Tinta Pena Merah
No comments:
Post a Comment