Beberapa jam sebelum keberangkatan aku pulang ke rumah, aku menerima panggilan dari syarikat. Alhamdulillah, aku diterima untuk menjalani latihan praktikal di syarikat berkenaan. Aku gembira tap aku juga bersedih di dalam hati sebenarnya. Sedikit hampa, cuti semester yang baru bermula cuma bersisa seminggu saja lagi? Ya, aku diarahkan untuk memulakan latihan praktikal awal, mulai 22 November 2010 ini. Cuti semester = 1 minggu? Aku baru berfikir untuk berehat-rehat seketika di rumah, paling tidak aku memulakannya pada bulan Disember. Masa tidak mengizinkan aku nampaknya, mahu atau tidak aku terpaksa! Cuti semester aku harus korbankan juga! Ini merupakan kali ketiga cuti semester aku menjadi mangsa korban. Aku dan Ms. H ke syarikat berkenaan yang terletak lebih kurang 10 minit perjalanan dari seksyen 7. Segala urusan yang perlu diuruskan. Memang muktamad, kami akan mula bekerja Isnin hadapan.
November-Disember 2009, aku mengikuti kursus One Malaysia (OM) siri 4 dan 5, Sukarelewan Karnival IKTIRAF dan Minggu Mesra Siswa (MMS) Disember 2009. Hampir empat minggu sepanjang cuti pada waktu itu aku habiskan dengan mengikuti program-program anjuran HEP. Namun, aku tidak menyesal kerana pelbagai pengalaman dan ilmu yag aku tak akan perolehi di bilik kuliah. Perkenalan dengan sahabat handai dari pelbagai latar belakang dan kepakaran banyak membantu aku di kemudian hari. Kali kedua cuti semester aku terkorban, Mei-Jun 2010, Minggu Destini Siswa, MDS (Asasi) Mei 2010 dan MDS Jun 2010, sebelum MDS Jun 2010, kami menghadiri kursus pemimpin mahasiswa di UiTM Seri Iskandar. Sekali lagi aku bertemu rakan taulan yang baru, disamping memberi sokongan kepada rakan-rakan yang menerajui pimpinan MPP sesi 2010/2011. Aku ingin mengikuti program-program seperti ini lagi tapi....aku telah mempunyai agenda yang telah dirancang terlebih dahulu. Kursus anjuran HEP? bunyinya memang sakit...tapi percayalah, kalian tak akan menyesal menyertainya. Walaupun flow yang sama akan dilalui (bagi otai-otai MMS), hasilnya tidak bosan kerana kami mengikutinya untuk belajar, berbakti dan bersuka-ria. Belajar dari pengalaman dan kesilapan. Kepada peserta yang baru, jangan gusar, jangan gentar, sahut cabaran, pasti tidak menyesal malah ketagih! Hidup terasa sepi, bosan dan tidak bermakna bila bersara dari menyertai program-program seperti ini. The fact is, friendship that bond us together is stronger that you thought. Stronger that what you have with your BFF, classmates, coursemate, roomates..we are like SIBLING! We cares for each other and we love evryone of us.
Masuk hari ke-4 di rumah, rasa bosan kian menebal sebenarnya. Maka, keluarlah segala post-post merepek kat FB. Hairannya, ramai pula yang meng''like'' (haishhh~ nampak sangat sume pn xde keje da bosannnn sangattt). Handphone aku? Seperti biasa tercampak di merata-rata tempat, terutamanya dalam bilik, atas katil & bawah bantal. Jadi seribu kemaafan dipohon pada siapa-siapa yang menghantar SMS mahupun menelefon aku jika tidak menerima sebarang respon. (Hakikatnya, handphone aku memang tak bunyi pun kalau letak mana-mana pun coz there's no one who remember to contact me, I just don't exist to them in this sem break. ME=INVISIBLE to them, TQ!). Malam semalam, ada orang mengajak aku untuk keluar, movieeeee~ YiPpppEeee! My favourite part! But...I can't and I'm sorry dude. Kalau kau punyai kenderaan beroda empat itu, i mean sedan type of car or whatever, sure I'll accompany you to watch a movie. I know and you know, we know that we all was facing boredom illnesses after final exam. Tak mengapa, mungkin di lain waktu jika kita berkesempatan ye Dato...Sangat merindui GFN & 13B family. Jika sebelum cuti, keluar makan di luar hampir setiap minggu bersama Ms.D dan berjumpa berkumpul dengan DB, Ms.D dan Dato....tak lupa juga kekanda aku yang paling kejam (anak tiri Ms.D) dan kawan-kawannya. Keluar main boling, karaoke dan movie marathon saat-saat genting pada study week, sememangnya kenangan yang membuatkan aku bertambah rindu dengan kalian semua. Nanti dah balik Shah Alam, masing-masing free, especially on weekend, it is a MUST to hang out together. Kepada YB Dato dot dot dot...jangan lupa janji anda pada aku dan Ms.D plus buttercake yang roomate kau dah keluarkan dari tupperware last Friday evening. Hutang tetap hutang. Huhuhuhu ^_^
**Oh yaa....Mr. Chipsmore ada membalas SMS aku beberapa hari lepas, membalas mungkin kerna bosan yang membelenggu dirinya, Aku hairan, Mr. Chipsmore masih menipu atau memang benas, ''xde gf''? Tak tau nak cakap, aku happy atau meluat dengan sebaris ayat itu! Yang seorang lagi ini pula, relationship status ''seperated''? Manakala pasangannya pula, ''single''? Apa yang berlaku antara kau dan dia sebenarnya? Hurmm...macam-macam. Apa-apa pun, aku setia di sini untuk bersama kalian, untuk menghiburkan dan menemani hari-hari terang mahupun gelap kalian semua. Andai itu takdirnya aku yang bukan milik sesiapa tetapi aku sering hadir melindungi hidup kalian tatkala awan mendung menyelubungi mahupun terik matahari memancar diri kalian. Biar..biarlah aku yang basah, aku yang terbakar, asalkan aku gembira melihat kalian bahagia.
Tinta Pena Merah
No comments:
Post a Comment