29 November 2010. Isnin (Hujan)
Aku diam tak bermakna aku bisu, tuli mahupun buta untuk menidakkan segalanya apa yang aku dengar dan lihat. Memang aku tak mampu untuk lakukan sesuatu untuk bertindak kerana aku memikirkan kebaikan dan keburukan, aku menggunakan akal fikiran yang rasional bukannya mengikut nafsu di dalam diri yang membelenggu. Ikutkan hati mati, ikutkan mulut badan binasa...ikutkan nafsu? dosa yang menimbum. Aku memang tak sebaik Siti Khadijah, Umairah, Siti Fatimah atau sesiapa oun di zaman Rasullulah SAW. Aku memang jauh sekali jika dibandingkan dengan mereka. Aku jahil tentang itu dan ini. Tapi aku masih waras masih boleh membezakan mana yang baik mana yang buruk. Janganlah dek kerana cinta, anda menjadi buta akan halal dan haram dalam suatu perhubungan.
Bukan aku ingin katakan yang aku baik tapi secara logik akal, berteraskan adat sopan melayu dan pegangan Islam, iaitu Iman, tidakkah dikau tahu? Sesungguhnya kau dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kukuh pegengan Islamnya, namun mengapa perilaku kau umpama orang hilang pedoman? Betul kata orang, cinta boleh membuatkan seseorang itu buta. Kalau tak, mana kan wujud ayat ''cinta itu buta''. Kau buta sebentar, kau hilang arah, mana pergi jati diri kau? Hidup kau bagaikan lalang. Kau hanyut dibawa arus cinta dan bahagia yang ditunjukkan oleh syaitan. Keluar malam balik pagi, 24/7 kau alpa dengan SMS itu dan ini. Jari-jemari kau tak pernah letih. Malam bagaikan siang, dunia ini seperti kau yang punya bersama tersayang. Sahabat terabai dek kerana kau terlalu mengejar cinta nafsu kau itu. Inikah yang dikatakan cinta suci? cinta setulus hati? Kau tertipu sebenarnya, dikaburi oleh tipu helah sang syaitan yang tak pernah putus asa menyesatkan kau, cucu-cicit Adam.
Aku tidak mengatakan diri aku baik, mahupun pakar dalam soal cinta yang berteraskan Islam. Sedia maklum, cinta yang hakiki hanya milik Allah SWT. Siapa aku untuk menyangkal perasaan itu yang bersarang di hati kau. Tapi apa yang aku telah ceritakan kepada ayahanda, ini responnya.
''Orang macam tu tengah kemaruk bercinta, batak kejap bila jumpa lelaki. Kat mata dia cuma ada lelaki sehingga sanggup meninggalkan sahabat. Dia tak sepatutnya bertindak macam tu, tinggalkan kau berseorangan hingga lewat malam. Sedangkan dia keluar dengan bf, dan kau macam penunggu di rumah. Itulah yang ayah khuatirkan anak muda zaman sekarang, kau jangan buat perangai macam tu. Sebab tu ayah dengan mak hantar kau duk asrama kat KL dulu supaya kau berhijrah dan berdikari. Pandai sesuaikan diri kat tempat orang, jadi tak ada laa culture shock ke pape macam ni..Ayah tau kau tak ada pengalaman dalam cinta ke apa tapi ayah harap kau pandai bawa diri, kau dah besar fikirlah mana baik mana yang buruk. Kalau dah keluar berdua-duaan sampai tengah malam balik pagi-pagi tu ape kejadahnya? Mak ayah dia ada pernah datang tak tengok dia kat sini? Tu laa..mak bapak zaman sekarang, main lepas je anak keluar. Hmmm...''
Panjang lebar ayah bercakap, aku hanya mampu mendiamkan diri. Bukan niat aku untuk mengadu itu dan ini tapi memang hubungan aku dan ayah rapat, tiada rahsia (kecuali rahsia hati..mak pun tak tahu..aku pendamkan seorang). Apa yang ayah katakan itu benar, aku tak menyangkalnya. Bukan juga niat aku untuk menyinggung perasaan sesiapa, siapa makan cili dia terasa pedasnya. Kata-kata aku ini skeadar nasihat untuk mengingatkan sesama saudara Islam. Kita sudah pun maklum bahawa dengan mengirimkan SMS kepada bukan muhrim kita pun dah dikira menghampiri zina, inikan pula berdua-duaan. Keluar lewat tengah malam pula....sudah tiada siang kah di dunia ini? Banyak-banyak waktu kenapa tengah malam? Tidak manis bukan jika orang tua melihat atau mengetahuinya? Kau anak dara, aku juga begitu, pasti mak dan ayah risau jika melihat anak daranya keluar tengah malam tak pulang-pulang. Kita orang melayu, mana sopannya gadis melayu?
Kalian mungkin fikir aku ni konservatif ataupun kuno. Tak open minded. Katakan apa saja, aku tidak kisah, aku menulis dan menasihati berdasarkan pemerhatian, logik fikiran dan nasihat perilaku orang sekeliling aku. Walaupun aku jahil tentang agama, aku bukan anak melayu jati tapi aku masih tahu apa yang halal apa yang haram, apa yang baik apa yang tidak. Lakukan apa yang baik untuk diri kau, fikir-fikirkan apa yang kita lakukan sebelum bertindak. Apa yang baik kita kongsi, apa yang buruk sama-sama kita perbaiki. Tingkatkan prestasi, kurangkan segala kontroversi. Moleknya gadis bertudung jika kelakuannya sopan seindah gadis melayu dan cintanya seperti wanita di zaman Rasullulah SAW. Aku pasti itulah idaman setiap lelaki di luar sana.
''Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga;
Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.''
Tinta Pena Merah
No comments:
Post a Comment