CC's Customer

Thursday, November 11

Catatan Pena Merah 111110

11 November 2010, Khamis (Cerah)

Akhirnya aku boleh menghembuskan nafas lega. Berakhir sudah bab 5 kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa UiTM. Jiwa aku meronta-ronta untuk dibebaskan, terbelenggu lama dengan timbunan nota-nota killer subject (Ceyhh~ xde la killer sgt tp blh tahan la klu kau mls study). Bayangkan, aku sepatutnya menamatkan bab 5 aku ini pada Isnin lepas tapi dek kerana kealpaan aku sendiri pada bab sebelum ini, menyebabkan aku tersembam di muka pintu ECE sekali lagi. Nah, padan muka aku! Dalam masa 2 hari aku bertungkus lumus (relax je sebenarnya, siap main-main, tengok movie dalam lappy & online bagai..dasar tak sedar diri dah repeat paper) untuk memahami dan mengkaji segala nota dan solution untuk soalan-soalan test dan final. Dalam 2 hari ni, semangat aku seakan pudar dan hilang, aku tercari-cari mana pergi semangat aku? Kertas A4 dan nota sedia terbentang di depan mata, tapi tangan aku terasa berat untuk mengangkat sebatang pen itu dan terasa lemah untuk memegangnya rapi. Kesilapan masa lalu menghantui minda, ''kau nak repeat lagi ke sem depan? Cukup laa 20jam kredit kau semester ni, tak larat rasanya nak belajar dah, macam-macam benda kena belajar dan buat. Ayuh, cepat berusaha! 1 paper je lagi..sekejap je..lepas ni merdeka laa!'' monolog aku sendiri. Kertas soalan aku buka dengan tenang, satu per satu soalan aku teliti, hmmm....... 1 jam sebelum waktu menjawab tamat, aduhhh~ perut memulas-mulas sakit, ditambah aircond yang sejuk di dewan peperiksaan ibarat sebuah bilik mayat telah mengecutkan saluran pundi kencing aku. Jari-jemari pun mula membeku dan biru. Lantas, tangan kanan aku angkatkan dengan harapan puan penjaga peperiksaan di muka pintu utama melihatnya. ''Toilet....hee~'' Lega bila segala hasrat yang terbantut ditunaikan sebentar, angin luar menyapa kulit aku, hangat! Suhu kulit kembali normal dan balik ke dewan peperiksaan untuk menjawab soalan yang terakhir. Alhamdulillah, aku dapat jawab dengan tenang. Segalanya telah pun selesai. End of chapter 5.

Tanggal 9 November 2010 (Selesa) yang lepas, aku ada menulis ayat ini pada wall Facebook aku:

''missed my primary school time...x pnh pki bju kurg as my school uniform zmn tu..playing around with all those chinese friends at school..laki pmpuan maen sme2 happy gler ♥ typical malay might think my parents was bad anta ank skolah cina x cmpur mlayu..but hey, i end up here in uitm msih melayu ok! huhu''

Sejak waktu itu, rindu aku pada rakan-rakan SJK (C) Chung Wah, Sasaran Jeram semakin menebal. Aku menjadi tertanya-tanya, persoalan aku telah menjadi 1001 persoalan bila aku terfikirkan seorang demi seorang. Ya Allah, 9 tahun kami telah berpisah membawa diri dengan bahtera masing-masing pergi mencari kejayaan sendiri. Hanya beberapa orang yang aku pernah terjumpa di pekan lama itu, boleh dibilang dengan jari jumlahnya. Waktu itu aku masih belasan tahun bersekolah menengah, remaja hingusan yang hormon malunya dalam keadaan maksima. Ada yang cuba menegur aku sebab mak selalu ke kedai keluarganya menempah butang untuk jahitannya. Dari jauh dalam kesamaran malam, aku nampak rakanku itu melambai-lambaikan tangannya pada aku. ''Pergi la jumpa dia, dia selalu tanya pasal Awie..kan dah lama tak jumpa,'' kata mak pada aku di dalam kereta. ''Tak nak lah...! malu....'' balas aku pada mak tetapi perkataan terakhir itu hanya aku sebut perlahan di dalam hati. ''Hishh..tak baik la macam tu. Orang nak dekat jumpa balik kawan lama, awak sombong pulak!'' mak memarahi tindakan aku. Kalaulah aku boleh menjelaskan perasaan aku pada waktu itu pada mak, aku sebenarnya malu dan segan untuk bertemu rakan ku itu kembali. Tapi nak buat macam mana, tindakan aku lebih pantas dari fikiran aku pada detik itu. Dalam hati, aku dihamuk rasa bersalah, ya aku ingin sekali untuk menegur dia sebenarnya.

Selain insiden malam itu lebih kurang 5 tahun lepas, aku juga ada mendengar berita perkembangan tentang rakan-rakan ku dari mak. Biasa laa, rakan-rakan aku yang berbangsa cina ini kebanyakannya dari golongan berada. Semua anak tauke kedai, ada business sendiri, walaupun tak seberapa tapi mereka miliki segalanya. Namun aku gembira kerana mereka tidak memandang status untuk berkawan dengan aku. Aku puji tindakan mereka (bangsa cina). Tak disangkal sesetengah mereka akan memandang rendah pada orang melayu tetapi orang melayu akan dihormati oleh mereka jika kita mampu membuktikan kebolehan kita pada mereka. Masih segar di ingatan, mak bercerita pada aku suatu masa dulu sewaktu aku masih darjah 1 atau 2, ibu bapa mereka memandang rendah pada aku sebagai anak melayu. Tapi bila aku dapat menguasai semua mata pelajaran dalam mandarin dengan baik dan berjaya memintas peratusan pemarkahan kesuluruhan anak-anak mereka (bukan nak berbangga dengan kejayaan sendiri tapi ini hakikatnya situasi sebanar aku pada zaman itu), terus si ibu-ibu ini merelakan anak-anak mereka untuk berkawan dengan aku.

Secara rambang aku mencari profile mereka di Facebook, letih aku membuka satu demi satu profile yang mempunyai nama yang sama. Akhirnya, aku jumpa seseorang, Tee Jiao Mei, budak perempuan berkaca mata, berambut pendek & gaya yang sangat gurlish yang pernah bertandang ke rumah aku semata-mata untuk bermain set Barbie Doll aku pada 10 tahun dulu. Dia kini berubah. Aku teruja dia juga teruja! Bermula dengan dia dan kemudian rakan-rakan yang lain diperkenalkan oleh dia lagi. Agak rakus aku membuka profile mereka semua untuk mencari jawapan soalan teka-teki aku selama ini, ''okay kat UUM..kat UM..kat UK..UK lagi..kahwin dan kahwin?'' Apakah? Ya...setakat ini sudah dua orang (perempuan) rakan sekolah rendah aku telah berkahwin. Itu tidak termasuk yang aku tak jumpa lagi profile mereka, aku yakin mereka yang tak berpeluang melanjutkan pelajaran ke mana-mana, yang menghabiskan masa dan duit ibu bapa/gaji mereka masih setia di pekan lama itu, mungkin ada diantara mereka juga yang telah berkahwin. Terasa janggal pun ada bila berhubung kembali, jika dulu kami menggunakn mandarin untuk bertutur sekarang kami speaking! Yup, their english getting better and better, who knows if their english is better than me? They go abroad to further their study for sure they must fluently speak in english...poor me still looking forward for oppurtunity to go abroad.

Sudah! Belajar dalam negara ke luar negara ke, tetap sama. Misinya adalah untuk mendapatkan segulung ijazah yang bukan sekadar segulung ijazah tetapi kualiti seorang graduan yang dicari oleh pasaran kerja pada zaman teknologi sekarang ini. Mungkin bukan rezeki aku untuk jadi seperti mereka dan bukan takdir aku. Aku redha jika takdir aku hanya di sini saja kerana aku masih ada insan-insan tersayang dan yang menyayangi aku. Kegembiraan yang tak mampu dipamerkan pada wajah, hanya hati yang mampu memahami kegembiraan bukan kepalang ini. 9 tahun dahulu.............................<3

Tinta Pena Merah

No comments: