CC's Customer

Tuesday, August 9

Share | Green Apple Kasturi

Semalam buka puasa dengan gigihnya aku buat air ni petang-petang. Orang lain anak dara sibuk masak yang aku ni sibuk buat air pula. Hari-hari dekat rumah buka dengan air sirap, air laici kordial je bosan juga kan even dah dipelbagaikan dengan campuran potongan lemon. So, aku pun teringat dengan Green Apple Kasturi yang aku minum dekat Secret Recipe (Favourite ni klu g mkn kt sne..mst order air ni..hehe).


Kecur air liur tengok puasa ni kann..?
Gambar hiasan lebih kurang laa hasilnya dengan apa yang aku buat semalam.



Bahan (2-3 orang minum):
2 biji epal hijau
2 1/2 sudu besar gula (kurangkan kalau tak suka manis)
3 gelas air sejuk (untuk elakkan warna jus berkarat nanti)
2 biji limau kasturi
3 biji asam boi (lebih kalau suka)


Cara penyediaan:
1) Potong epal dan buangkan bijinya.
2) Masukkan epal yang telah dipotong tadi ke dalam blender berserta dengan gula dan air sejuk. Blend-kan pada kadar kelajuan maksimum lebih kurang 1-2 minit.
3) Tapiskan jus yang epal yang telah di-blend tadi ke dalam jug kalau tak suka ada serdak epal tadi.
4) Rendamkan asam boi dengan air hangat atau panas.
5) Belah limau kasturi dan perahkan ke dalam jus epal tadi. [TIPS: Golekkan buah limau dengan tangan beberapa kali sebelum potong untuk dapatkan lebih jus! Perah je guna garfu senang no need penapis.]
6) Masukkan air rendaman asam boi berserta asam boi ke dalam jus epal kita.
7) Tambahkan ais untuk kesegaran yang lebih nyaman dengan Green Apple Kasturi anda!


Sedapkan dapat minum sejuk-sejuk lepas seharian puasa. Sesuai untuk orang yang nak diet (refer apa yang aku baca laa dekat blog orang...maybe la boleh sebab masam). Kalau korang makan benda-benda yang berlemak or rasa muak ke, sesuai laa minum air ni untuk 'potong lemak'. Anyway, thanx Shamil Anwar, one of FB friend for the tips pasal asam boi tu!


SELAMAT MENCUBA! :)

7 comments:

J-Are said...

kat sini aku takde blender, aku bli kat secret recipe je la ea..heheh.

nway, thanks for the recipe. i'll try kat kampung nnt.

NuryBella said...

kau kn kaya...takat mnum kt secret recipe ape laa sgt..hahaha

yup2..t blk kmpg try laa smthng new kan..

J-Are said...

hahaha. taw takpe.. secret recipe? urm biasa sajork. hehehe.

yup2... sbb sblom ni aku rasa mak aku ada buat air ni.. tp ak taw utk diet bagus, mmg aku akan buat la.

ame elms ! said...

wahhh . soon , ame pasti try ! grrr . sedap nye .

NuryBella said...

@iqmal: Semata-mata kau dgr bgus uk diet kau pn rajin kannn..hahahha..aku pn bru tau..

@ame: sedap! mst try...xyah dh bazir rm7-8 kt secret..buat sndri mnum puas2

badutz said...

arghh...meleleh air liur aku tgk...nk kena try buat nih...thanks NooriE...:3

NuryBella said...

Badutz: haha..ur welcome..buat jgn x buat! kecur liur kn...ais meleleh color hjau ade asam boi..rse masam manis..heee~