Tamatlah zaman persekolahan
Ku masih dihantui memori
Waktu Kecil waktu yang gemilangKu masih dihantui memori
Oh tuhan ku tak mahu pergi
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua
Kelak akan membesarBila kita semua
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua
Akan bersama selamanya
Honestly bila dengar lagu ni je aku akan teringat zaman sekolah aku. Memang indahkan kenangan masa dulu tu...Seriously tiba-tiba aku teringat betapa excited-nya fun-nyahidup jadi kanak-kanak riang ria Ribena ni bila aku tengok sepupu aku yang baru berumur 3 tahun masa lepas buka dekat rumah nenek aku tadi. Yup..rumah nenek (belah mak) aku dekat je, 15 minit perjalanan dengan kereta melalui jalan kampung yang sub-estate untuk short cut. Dari petang tadi, mak memang dah call mak cik aku untuk datang rumah nenek lepas buka sebab nak hantar baju sikit untuk dia tolong sikit. Mak cik aku cakap memang dari hari tu adik sepupu aku tu dah bising tak sabar tanya pasal baju raya dia.
My cousin, Adah masa baru setahun lebih. |
"Mama...mama ada duit kan? Bayarlah mak ngah (mak aku) siapkan baju adik..." celoteh sepupu aku, Syahadah.
Kadang-kadang mak cik aku yang lain akan menyakat dia juga berkenaan baju raya.
"Adah dah beli baju raya ke?" Soal mak cik
."Dah tapi baju kurung adik tak siap lagi." jawab si kecil.
"Alaa..mak ngah cakap dia tak sempat laa nak jahit baju Adah. Mak ngah sibuk tu..."
Semestinya perubahan pada wajah adik sepupu aku ni jadi sedih ditambah risau.
"Tak ada baju raya nanti macam mana?" soal Adah, favourite dia mest hujung persoalan tu ada 'macam mana?'
"Tak ada baju raya tak payah laa raya..." jawab mak cik ringkas.
"Nanti bibinya (baby) nanges macam mana?" sambil menjeling tajam sebagai tanda protes kepada penyataan mak cik aku tu.
Hahaha..Adah ni memang suka cakap dalam perut dia ada baby. Haihhh..kecik-kecik dah pandai tau ada baby dalam perut. Mak cik aku laa ni mengajar cakap camtu.
Tak cukup mak cik menyakat, aku pun sebagai kakak sepupu turut sama..aku memang suka sakat budak-budak kecik yang banyak mulut ni.
"Mak ngah..mak ngah....nanti jangan jahit baju raya Adah tau. Sape suh dia asyik nangis je bangun tidur." aku pura-pura bercakap dengan mak aku.
"Ha'ahh..nanti mak ngah tak nak laa jahit baju dia. Mak ngah nak cium dia tak bagi..nak jilat pipi dia pun tak bagi...Adah sombong." mak aku pun melayan.
Hahaha..mak aku suka ugut dia nak jilat pipi dia if dia tak bagi cium. Siapa tak geram bila ada budak kecik dalam family. Jadi bahan hiburan pula..Seronok kan tengok budak kecik. Best...hehehe..padahal mak aku cakap, masa aku dulu pun selalu kena sakat samapi jerit-jerit marah mak cik aku yang menyakat.
"Haa...baju Adah dah siap. Bak laa sini duitnya bayar upah. Tak bayar lagi macam mana nak pakai baju raya." Sahaja aku mengusik dia sambil berdiri di depan Adah yang berada dalam pangkuan mama.
"Mama bawa duitnya kan. Nanti bagi duitnya ye mama...." amboi, manis sungguh mulut kau adik. hahaha
Tadi bila tau baju raya dia dah siap, malu-malu laa pula bila semua orang dalam rumah nenek tu suruh dia try pakai. Mama dia dah panggil boleh pula dia lari masuk dalam, sampai abang-abang sepupu yang lain tarik dia kelur ke ruang tamu open air (beranda). Bila dah berdiri sebelah mama dia dengan tersenyum simpul serba tak kena macam tak tau dah nak senyum macam mana lagi, terlalu gembira agaknya bila tengok baju raya dia dah siap di tangan mama. Si mama pula sibuk berborak tatkala baju si anak dah ada pada tangan. Adah pandang je mama dia dan baju tu.
"Cepatlah mama...!"
Bila mama tunjukkan kesemua baju raya dia...tak semana-mana dia buat aksi 'pengsan' dia. "Hahhhhh~~"
"Tengok ni..banyaknya baju raya adik. Mama suruh mak ngah jahit 3 je...ni ada kenapa ada 4 pula?" soal mama yang musykil dengan kewujudan sepasang lagi baju kurung.
"Yang tu sedekah tak payah bayar upah...kakak Awie sedekah tu lebih baju dia." terang mak.
Tatkala baju disarungkan muka tersenyum berbunga-bunga lagi. Dua tangan dipegang erat di depan. Malu jadinya bila semua mak cik, pak cik, abang sepupu dan nenek menumpukan pandangan pada si cilik ni.
"Alamak...tanteknya...! Alamak...jalan cikit tengok Adah..pusing sini sikit..Alamak..cantik laa..." Haiii, bertambah-tambah laa bunga dalam hati Adah tu dipuji-puji.
"Fuyoo...cantik laa baju raya dia. Wak nak pinjam boleh tak?"
"Tak boleh.....!" sepantas itu jawabnya bila tak bagi orang pinjam baju dia.
Ke hulur ke hilir laa adik sepupu aku ni berjalan menggayakan 4 pasang baju raya dia tahun ni tadi. Yang kurung biasa, baju ala punjub, kurung moden tangan kedut..meleret-leret senyum dia. Habis hati laa tuh happy-nya dia baju dah siap. Pandai pula bila Abah dia cuba baju melayu yang mak aku jait, dia mengekek-ngekek gelak sampai tutup mulut. Kurang asam keping punya budak. Hahaha
Ni gambar dia sekarang. Taken on July 2011. |
p/s: Macam mana dengan puasa korang? Persiapan raya dah mula buat? Baju raya? Yang mana tak sempat nak tempah baju raya tu beli je r kat kedai..banyak yang cantik-cantik, lagi senang. Hehehe
4 comments:
so cute.. awie, aku takde baju raye lagi. pe kate ko tolong jaitkn utk aku ye.. hehehe.
Cute? Byk pe'el bdk kecik nih..bru 3 tahun dh pndai mntk make up bagai..alaa, bju rye kau beli dh laa...pe ssh..haha
budak2 baru nak membesar, pastu petah berkata2.. mmg kiut,macam anak sedara aku no 4, dia akan sound ko sesedap oren jer. hehehe.
alah nak rasa air tangan ko jugak.
Hahaha..tau xpe..tu laa die klu ade bdk kecik dlm fmly...seronok kan...
ehh3..klu jahitkn kt bju pn blh men rse2 air tgn eh? xtau r plak aku..bse dgr klu utk keje2 dapur je..haha
Post a Comment