CC's Customer

Showing posts with label chillax. Show all posts
Showing posts with label chillax. Show all posts

Thursday, July 3

Sandwich & Paris [Bab 11 & 12]

Bab sebelum <klik sini>

*        11        *

"AAA, IRIN, I ada hadiah sikit nak bagi dekat you. Ambillah, hadiah kecil je tak seberapa, ikhlas dari I." sebuah kotak kecil berbalut dengan kertas hadiah kilat berwarna merah, siap dengan reben comel berwarna merah juga di atasnya. Kotak hadiah dihulurkan kepada Irin dengan kedua-dua belah tangannya.

holiday gift present box red tape ribbon christmas

          Kotak diambil. Mereka saling bertukar senyuman. Hakim seperti malu-malu, serta-merta kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar, kepala tertunduk ke bawah. Kepala yang tidak gatal digaru pula. Irin memerhati kelakuan pelik Hakim. Dia juga jadi tak keruan. Dibelek-belek kotak hadiah yang sudah bertukar tangan, Irin sendiri tersenyum, tunduk malu. Akhirnya, mereka berdua ketawa serentak. Orang sekeliling di sekitar bandar tersebut tidak menghiraukan mereka.

          "Thanks for this." Irin menunjukkan kotak hadiah sambil mengukir senyuman yang paling manis belum pernah dilihat Hakim.

          "You are most welcome. Erm, jangan buka sekarang. Dah balik nanti baru buka hadiah tu, tahu?" Hakim mengarah. Entah apa yang dihadiahkan dalam kotak kecil yang tak seberapa itu.
          "Oh, okay." Irin mengerutkan dahi apabila mendengar permintaan Hakim itu. "Bukan benda pelik-pelik, kan? Payah pula I nak jawab dengan Imegresen nanti. Hehe." sambungnya sambil memasukkan kotak hadiah ke dalam beg galasnya.

          "No. Just something for you. Tak kan I nak susahkan you pula." Sepanjang pertemuan dengan Hakim di Eropah, dia tidak pernah lekang dengan senyuman, pemurah. Senyumannya itu membuatkan hari-hari yang kelam, redup dan mendung sepanjang keberadaan Irin di sana menjadi cerah.

          "So, you nak balik dah. Tinggallah I dekat sini lagi tiga bulan. You jaga diri baik-baik, okay? Apa-apa hal nanti contact I, I mean kalau you belum fly lagi. Kejap je rasa seminggu you dekat sini, kan?"

          "Hmm, I pun rasa sekejap sangat. Rasa tak nak balik pula, tak puas lagi jalan-jalan dekat sini. Alaa, tiga bulan tu kejap je, pejam celik, pejam celik dah habis nanti dah balik Malaysia. Hakim, terima kasih sebab bawa I jalan-jalan, temankan I, jaga I dekat sini. Really appreciate it walaupun I tahu, Kamal yang minta you jaga I. Thank you so much." Irin mengucapkan penghargaannya.

          "Eh, tak apalah. Kalau Kamal tak suruh pun, I memang akan jaga you. Lagipun, seronok juga sekali-sekala bawa orang Malaysia jalan-jalan. Daripada terperuk je dekat bilik buat research, buat report. Harap you seronok holiday dekat sini dengan adanya I yang penyibuk ni. Jujur, I gembira dapat jumpa you dekat sini.

          Irin hanya tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hakim, hatinya cukup tersentuh dan sangat bahagia di saat itu, walaupun tiada kata-kata cinta, tapi cukup untuk mengetahu Hakim senang dengan kehadirannya.

          Teksi yang dinantikan telah tiba di depan hotel, di mana Irin dan Hakim sedang berdiri menunggu. Pemandu teksi rakyat Jerman itu keluar dari kereta dan membantu Hakim memasukkan luggage ke dalam bonet. Hakim berbual serba sedikit dengan pemandu berkenaan dalam bahasa Jerman. Hakim membuka pintu belakang teksi dengan penuh gaya lelaki budiman untuk Irin, Irin dijemput masuk ke dalam teksi.

          "Well, vielen dank (Terima kasih banyak-banyak)," Irin berdiri di depan Hakim sebelum memasuki perut teksi.

          "Bitte sehr, Freu Irin (Sama-sama, Cik Irin)." Hakim menutupkan pintu teksi berkenaan. Irin membuka tingkap di tepinya.

          "Got to go, now. Good luck on your master. Auf Wiedersehen!" Mereka sempat berjabat tangan buat kali terakhir sebelum Irin bergerak ke lapanga terbang. Hakim hanya mengangguk sambil melepaskan perlahan tangan Irin, "Auf Wiedersehen!"

          Bukan Hakim tidak mahu menghantar Irin hingga ke lapangan terbang tetapi masa tidak membenarkan dirinya berbuat demikian. Temu janji dengan penyelia projek sudah ditetapkan sejak dua minggu lalu, tidak mungkin Hakim boleh tundakan temu janji berkenaan. Hakim hanya mampu menghantaar Irin ke pintu teksi di depan hotel sahaja.

          Sementara di dalam penerbangan pulang ke Malaysia, Irin teringat tentang kotak hadiah yang diberikan Hakim sebelum berangkat tadi. Irin mengeluarkan kotak kecil itu, tali reben ditarik untuk membuka. Balutan kertas hadiah juga dibuka denga berhati-hati. Irin menggoncang-goncang kotak yang sudah dibuka balutannya sebelum membuka, tiada bunyi malahan kotak itu agak ringan. Irin sudah tidak sabar lagi, kotak dibuka, penuh dengan renyukan kertas warna-warni. Renyukan kertas ditarik keluar ke atas ribaannya untuk tidak mengotorkan lantai kapal terbang. Ketika menarik keluar renyukan kertas-kertas itu, keluar sebuah rantai kunci berbentuk Menara Eiffel yang diperbuat daripada gangsa.


          Rantai kunci diangkat, ditenang sambil tersenyum. Senyumannya terhenti tatkala matanya terpandang sebentuk cincin plastik bertatah batu-batu kecil berwarna merah jambu yang turut disertakan dengan rantai kunci tersebut. Irin mengeluarkan cincin plastik itu dari gegelang rantai kunci lalu dia cuba menyarungkan di jari. Cincin plastik yang dipilih Hakim terlalu kecil untuk jari tengah mahupun jari manis milik Irin, muat-muat pada jari kelingking saja. Irin ketawa kecil mengenangkan Hakim yang tidak dapat mengagak saiz jari Irin. Renyukan kertas warna-warni cuba dimasukkan semula ke dalam kotak tetapi niatnya terhenti. Ada satu lipatan kertas di dalam kotak itu dengan tertera tulisan tangan "Irin Nadia".

          "Note apa pula Hakim ni?" Irin tertanya, dia menarik keluar lipatan kertas yang dilipat sekecil-kecilnya untuk dimuatkan ke dalam kotak oleh Hakim. "Tak ada kerja ke lipat kertas kecil-kecil macam ni?" Irin membebel sambil perlahan-lahan membuka satu per satu lipatan kertas itu. Irin membaca nota berkenaan dengan penuh penghayatan walaupun bukanlah surat rasmi dari mahkamah yang rumit untuk difahami. Beberapa baris ayat tulisan tangan lelaki bernama, Hakim yang ditemui dan diluangkan masa bersama selama tujuh hari itu dihayati sambil tersenyum. Baru saja membaca baris ayat pertama, Irin sudah ketawa sambil melihat cincin plastik merah jambu di jari kelingkingnya.  Lalu diteruskan bacaan nota ringkas yang disertakan oleh Hakim itu. Nasib baik tiada penumpang yang duduk di sebelahnya, pasti orang akan menyangka dirinya gila tersenyum seorang membaca nota sambil membelek-belek cincin plastik itu.

Irin Nadia,

First of all, sorry kalau cincin tu tak muat dekat jari you, I tak reti nak agak saiz jari you sangat. Harap you suka hadiah I yang tak seberapa tu, I beli keychain tu masa kita dekat Paris, just something for you to remember about us being together at Eiffel Tower few days ago. Walaupun baru pertama kali bersemuka dengan you tapi I dah cukup selesa dengan you. I tahu selama ni I tak pernah layan you dengan baik, maaf sebab I pernah sakitkan hati you. Bukan apa, I just need my space, I belum cukup bersedia waktu tu. Tapi 7 hari bersama dengan you, Irin Nadia, I cukup yakin kali ni, I tak silap lagi. Betul kata orang, cinta itu buta, walaupun baru kenal you dengan lebih dekat dalam 7 hari ni, I dah betul-betul jatuh cinta dengan you. Harap I belum terlambat untuk tawan hati you. Cincin yang tak seberapa ni sebagai tanda ikhlas cinta I untuk you. Kalau you sudi, tunggu I balik Malaysia lagi 3 bulan, then I, myself will put on a real ring, just for you, Irin Nadia binti Azmi as my future wife?

P/S: Ich liebe dich! ;)
Let me be your man,
Hakim Reza


*        12       *

JARI-JEMARI DIKETUK-KETUK di atas meja kerana bosan menantikan seseorang. Irin menyedut sedikit jus oren Twister yang dibeli semasa dalam perjalanan ke IKEA di Mutiara Damansara. Jam dipergelangan tangan dijeling sekilas, 2.30 pm. Sudah 30 minit dia berlegar-legar di sekitar IKEA, akhirnya Irin melabuhkan saja punggung di salah satu kerusi meja makan di restoran bahagian atas yang terkenal dengan hidangan Swedish Meatball.

          "Hai! Dah lama tunggu I? Sorry lambat, jalan jem dekat LDP tadi." ada sedikit mengah dalam nada suara itu. Hakim masih berdiri di depan meja Irin.

          "Hmm, tak ada laa lama sangat tunggu, dalam 45 minit. You nak air? Macam penat je, you lari eh tadi?" Irin menghulurkan jus oren Twister kepada Hakim, Hakim menyedut sedikit untuk membasahkan tekak yang kering.

          "Hah, lari sikit dekat parking bawah ni nak naik atas tadi, kesian dekat you dah tunggu I. Jom pergi beli makan, I memang belum makan ni." Hakim mengajak Irin ke kaunter untuk memilih makanan. Mereka telah sama-sama memilih set hidangan meatball yang terkenal di situ. Selepas membuat pembayaran, kebetulan ada meja kosong di hujung restoran, strategik di tepi tingkap, boleh nikmati pemandangan luar yang berhadapan dengan The Curve.

          "Alhamdulillah, finally dapat juga I makan meatball dekat sini. Rindu gila makanan dekat sini, tau tak? Masa study dulu, I selalu lepak makan dekat sini dengan kawan-kawan bila kitorang free." Hakim bercerita.

          "Aik? Dekat Jerman tak dapat makan meatball ke? Ingatkan you rindu makan nasi lemak ke, teh tarik ke..." sambut Irin yang sedang memotong kecil bebola daging untuk disuapkan ke mulut.

          "Ada juga dekat sana tapi suasana tak sama macam makan dekat sini, lagipun susah nak dapat yang halal. Nostalgia dekat sini. Hehe. Nak pula kali ni makan dengan you, berbeza keadaannya tu." sekaligus sebiji bebola daging dimasukkan penuh ke dalam mulut. Tamak sehingga ada comot sos meatball di bibir Hakim. Lantas, Irin menarik tisu yang diselitkan di bawah pinggannya lalu dihulurkan kepada Hakim.

          "Kenapa?" soal Hakim yang tidak mengerti. "Tu kat tepi mulut you, ada comot sikit. Gelojoh sangat makan, orang tamak." jawab Irin dengan sedikit memerli. Hakim meraba tepi bibirnya, baru dia faham lalu menyambut huluran tisu dari Irin.

          "Eh, nanti kejap." Hakim menarik tangan kanan Irin yang menghulurkan tisu itu tadi. Mata Hakim tertancap pada sebentuk cincin plastik merah jambu yang pernah dibelinya dulu. "Ohh my, you pakai cincin ni?" Hakim membelek cincin plastik yang berada di jari kelingking Irin itu.

          "Dah orang bagi, tak kan I nak buang pula." Irin menarik semula tangannya, tidak mahu dibiarkan terlalu lama dipegang Hakim.

          "Yelah tapi kalau dah cincin tu kecil kenapa pakai juga?" sambung soalan Hakim.

          "Sebab you yang bagi?" Irin meletakkan pisau dan garfu. Dia menongkat dagu dengan tangan kanannya untuk menunjukkan cincin plastik merah jambu itu kepada Hakim. Hakim hanya senyum. "So bila I boleh dapat cincin yang betul? Dan saiz yang betul?" sambung Irin berani sambil bertentang mata dengan Hakim.

          Hakim pula meletakkan pisau dan garfu, dia menghabiskan kunyahan di dalam mulut lalu menyedut sedikit air. Hakim merenung Irin di depannya dengan senyuman sinis. "Yang betul?" soal Hakim untuk kepastian yang bernada menduga. "Bila I boleh hantar rombongan I pergi rumah you?" sambungnya lagi yang tak lekang dengan senyuman.

          "Kalau macam tu, petang ni you boleh ikut I balik jumpa parents I dulu. Okay?" Irin memotong bebola daging lagi dan cuba disuapkan kepada Hakim.

          "Petang ni? Okay, deal. Lepas ni kita pergi beli cincin untuk rombongan I datang pinang you nanti." Hakim mengangakan mulut untuk disuap.

          "Wahh...confident je nak terus siap-siap beli cincin. Macam lah parents I dah accept you," seloroh Irin kepada Hakim yang begitu yakin.

          "Kenapa pula tak accept? Ehh, ni I kot, Hakim Reza, belum pernah ada calon mertua yang reject I, okay? Hahaha"

          Irin membuat muka meluat dengan kata-kata yang baru saja Hakim luahkan, "Hah! Baru first time nak pinang anak dara orang, memanglah belum pernah kena reject, kan? Macam tu, I nak suruh parents I reject you lah. Hahaha...ayah I garang tau."

         Hakim menelan air liur sebaik saja mendengar baris ayat akhir, "Alaaa...youuu...janganlah reject. But seriously, ayah you garang ke?"


PADA PETANG ITU juga, Hakim dan Irin memilih cincin tanda. Hakim telah mengikut Irin pulang ke rumah untuk diperkenalkan dengan kedua-dua orang tua Irin. Nampaknya keluarga irin dapat menerima Hakim dengan terbuka, begitu cepat Hakim dapat menyesuaikan diri dengan kedua-dua orang tua Irin, mungkin sikap Hakim yang pandai mengambil hati dan peramah membuatkan mak dan ayah Irin gembira dengan pilihan hatinya.

          Selang beberapa minggu, Hakim telah menghantar rombongan meminang sekaligus majlis pertunangan antaranya dengan Irin diadakan ringkas, cukup sekadar untuk pengetahuan saudara-mara terdekat. Kedua-dua belah keluarga sudah bersetuju nampaknya dengan perhubungan mereka. Irin sangat bahagia kerana akhhirnya dia mendapat apa yang diinginkan selama ini, impian tercapai.



Bersambung...

Monday, June 16

Sandwich & Paris [Bab 9 & 10]

Bab sebelum <klik sini>

*        9        *


BEBERAPA HARI BERADA di Frankfurt, semuanya selamat. Nasib baik Irin pernah ke sini dua tahun lepas bersama Nadin, waktu itu dia hanya menemani Nadin membentangkan projeknya di dalam satu konvensyen, kebetulan Irin menghabiskan cuti tahunannya. Tidak kekok kali kedua untuk berada di bumi Nazi ini, tiada lagi tentera Hitler yang perlu dirisaukan, semuanya dah selamat. Apa yang seronoknya berada di Jerman? Sudah tentu kepesatan perkembangan teknologinya, tidak kira industri automotif mahupun komersial. Mana ada mesin kitar semula kaca layan diri di Malaysia, yang mampu menghancurkan kaca itu secara automatik dan mengeluarkan jumlah wang bayarantertentu secara auto juga kepada orang yang masukkan botol kaca untuk dikitar semula. Whiteboard touch screen pun baru saja memasuki pasaran Malaysa tapi belum lagi diperluaskan teknologi mengenainya. Di sini meja mesyuarat juga merupakan skrin, tidak perlu menyebarkan minit mesyuarat, jimat kertas, segalanya boleh dipaparkan pada meja berkenaan. Hebat bukan?

          Hari ini, Irin bangun lebih awal untuk bersiap ke stesen kereta api. Akhirnya, dia akan ke negara jiran Jerman iaitu Perancis. Sudah tentu bandar Paris menjadi destinasi yang dituju. Irin ke kaunter membeli tiket untuk seorang, masih awal dari jadual perjalanan. Irin duduk dahulu di kerusi panjang sekitar stesen tersebut, secawan kopi ekspresso masih panas dihirup untuk memanaskan perut yang belum bersarapan. Poket beg galas diseluk mencari-cari pretzel yang dibeli semalam, tiada. Poket bahagian lain pula diseluk, biskut juga tiada. Irin mengeluh, dahinya berkerut, agak geram kerana kelalaian dirinya yang tidak memastikan ada bekalan kudapan untuk mengalas perut kosong.

          "Entschuldigung, ist hier noch frei (Maaf, tempat duduk ni kosong)?" satu suara lelaki menyapa dalam bahasa Jerman. Nasib baik Irin perah mengikuti kelas bahasa Jerman semasa pengajiannya dulu, jadi faham juga serba sedikit.

          "Ja klar, bitte (Ya, sudah tentu)." jawab Irin tanpa sempat memandang lelaki yang menyapanya.

          "Halo, ich bin Hakim aus Malaysia. Und du? Mache sie sandwich (Hello, nama saya Hakim dari Malaysia. Nama awak? Awak nak sandwich)?" lelaki yang duduk di sebelah Irin itu memperkenalkan dirinya, sebungkus sandwich juga dihulurkan kepada Irin.

          Sandwich di depan mata Irin, sandwich tidak bergerak tapi rupa sandwich itu memang menggoda sesiapa saja yang tengah kebulur belum bersarapan. Macam tahu-tahu saja Irin sedang lapar dan tidak mempunyai makanan untuk dimakan. Mata Irin tertancap pada sandwich. Dari sandwich ke tangan yang menghulur, dari tangan ke tuan badan yang menghulur, akhir sekali pada wajah lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Hakim.

          "Sandwich? You lapar tak breakfast lagi, kan, Irin Nadia?" lelaki itu bertutur dalam bahasa Melayu pula.

          "Hakim? Mohd Hakim Reza? Sepupu Kamal Zahari?" dahi Irin berkerut tatkala mengecilkan matanya melihat Hakim di sebelah.

          "Ya, I, Hakim yang you kenal dalam FB tu, sepupu Kamal yang you selalu mesej dulu tu. Nah, I beli sandwich ni tadi untuk you. I nampak you keluar dari hotel awal pagi tadi mesti belum breakfast, kan?" tangan kanan Irin ditarik lalu sandwich diletakkan pada tangan itu. Hakim melemparkan senyum. Dia tahu mesti Irin terkejut melihat dirinya di situ, untuk sekian kaliya.


          "You nampak I keluar dari hotel? You stalk I? Mana you tahu I dekat sini? Oh tidak, macam mana you ada dekat sini, buat apa dekat sini?" sekali lafaz soalan dari Irin macam peluru. Sandwich di tangan masih belum dibuka makan. "And thanks for this sandwich," sambungnya mengucapkan terima kasih.

          "Whoa, slow. Slow. You're welcome. You memang macam ni eh? Tanya orang macam peluru, terus je tembak bertubi-tubi?" kepala Hakim disengetkan sedikit bagi melihat wajah Irin yang tampak keliru berbaur terkejut. Hakim senyum lagi memandang Irin yang mula membuka bungkusan sandwich.

          "I buat master dekat sini, final semester. Kamal yang bagitahu you ada dekat sini. Dia bagi I alamat hotel you menginap. I tak stalk you pun, I just check dengan pihak hotel you selamat ada balik ke tak lepas keluar jalan-jalan, just nak make sure you selamat. Then, semalam Kamal cakap you nak pergi Paris hari ni so I ikutlah you sampai sini."

          "Ahah, jadi itu motif sebenar Kamal suruh I bagi detail pasal hotel I menginap dekat dia. Tapi dia tak pernah cerita pun you sambung master dekat sini? You tahu kan, dia dah kahwin dengan housemate I?" begitu berselera Irin mengunyah sandwich, lapar sangat barangkali.

          "Oh, dia lupa nak cerita dekat you kot, sibuk denga bini je. Yep, I know, mak I ada bagitahu hari tu." Hakim mengeluarkan sapu tangan dan dihulurka kepada Irin. Irin terpinga-pinga, kenapa pula. Hakim menunjukkan ada tanda comot sos mustard di bucu bibir Irin. Barulah Irin faham dan lekas dilap dengan sapu tangan yang dihulurkan Hakim.

          "Hahh, I ni memang clumsy. Makan pun boleh comot," Irin cuba membuang rasa malu. "Ishh, boleh pula comot depan Hakim! Malunya!!! Tapi mamat ni tak macam sepupu dia, kalau Kamal dulu mesti dah lapkan terus," rungut Irin dalam hati.

          "Hihi. Kadang-kadang yang clumsy, yang comot tu buat orang nampak comel. Err, you don't mind right? Kalau I temankan you pergi Paris kejap lagi? I boleh jadi bodygurad you, tourguide and photographer? I dah beli tiket, seat sebelah you." sekali lagi Hakim melemparkan senyuman yang tidak melenakan tidur malam Irin selama ini.

          "Hmm, dah beli tiket buat apa nak tanya I lagi. Bagus juga, tak ada laa awkward sangat I pergi jalan sorang-sorang."

          Ada bagusnya juga Kamal meminta Hakim menjaga Irin sepanjang keberadaannya di Jerman. Ini kerana Kamal amat pasti, Hakim tidak akan membiarkan Irin bersendirian di situ, Hakim pasti akan berjumpa dengan Irin, walaupun Kamal cuma memesan untuk perhatikan dari jauh sahaja. Inilah masanya untuk Kamal pertemukan Irin dan Hakim.

          Kereta api ke Paris sudah berlepas, Irin nampak gembira berbual dengan Hakim sepanjang perjalanan mereka. Pelbagai cerita dan pengalaman sepanjang Hakim berada di Jerman dikongsikan kepada Irin. Ini kali pertama mereka berjumpa, siapa sangka jauh di bumi asing pula. Pelbagai tempat menarik di Paris dilawati, tidak ketinggalan mercu tanda wajib, Menara Eiffel. Sebelum ke Menara Eiffel, Irin dan Hakim terlebih dahulu sudah membeli sedikit patisserie dan macaroon untuk dinikmati bersama kemudian. Puas Irin bergambar di depan menara Eiffel dengan pelbagai gaya, tidak cukup Irin, Hakim juga tidak melepaskan peluang yang sama. Mereka begitu serasi bersama, walaupun baru sekejap bersua namun kemesraan seperti sudah lama terjalin. Pemandangan senja di menara Eiffel dinikmati bersama sambil menikmati manisan macaroon di kawasan padang yang luas tidak jauh dari menara tersebut.

 

*        10      *


PETI SURAT DIBUKA, beberapa keping surat diambil dari dalam peti. Surat dari pihak bank, perkhidmatan telekomunikasi, bil utiliti dan sekeping sampul surat biasa yang tidak mempunyai apa-apa logo mahupun cop rasmi. Nadin membuka mangga jeriji besi pintu rumahnya. Dia membuka pintu lalu masuk ke dalam diikuti Kamal.

          "Surat siapa pula ni? Cop dekat setem macam dipos dari Selangor. Nak kata surat, surat apa pula keras besar macam ni, tebal kertasnya." Nadin membebel sendiri sambil mengoyakkan tepi sampul.

          "Surat? Ni bukan surat ni, kad jemputan kot." Kamal berdiri di sebelah tidak sabar melihat isi dalam sampul yang isterinya sedang buka. "Cepatlah buka...." sambung Kamal.

         "Sabarlah. Tengah buka laa ni, nanti rosak. Kad jemputan lah, bang." Nadin mengeluarkan kad dari sampulnya. "Walimatul Urus. Irin Nadia & Hakim Reza?"


          "Hah? Hakim Reza? Irin? Biar betul. Buka! Buka!" Kamal terkejut, dia seakan tidak percaya dengan nama pasangan yang tertera pada muka depan kad jemputan yang diterima.

          Kamal dan Nadin berpandangan selepas membaca keseluruhan kad jemputan yang diterima. Mereka senyum dengan penuh makna lalu ketawa serentak.

          "Misi berjaya! Kahwin juga akhirnya Irin." jerit Kamal kegembiraan. "Tapi pandai, eh Irin dengan Hakim simpan rahsia. Seorang pun tak ada cerita apa-apa selama ni, lepas Irin balik dari holiday tu. Irin ada cerita dekat awak ke, sayang?"

          "Haha. Tak ada juga. Selalunya dia cerita tapi tak ada pula sebut pasal Hakim. Hantu betul budak Irin ni. Haishh, senyap-senyap je dia. Ini betul-betul surprise macam ni, balas dendam kita surprise dekat dia nak bertunang dulu. Bukan main, dia bagi kad jemputan je terus."

          "Tahu tak apa. Mak andak pun tak ada bagitahu Hakim nak kahwin. Hakim pun tak cakap apa-apa dengan abang masa jumpa dia bulan lepas. Hahaha, pandai betul budak dua orang ni simpan rahsia."

          "Alhamdulillah. Dapat juga Irin jodoh dia, dengan orang yang memang dia dah lama suka pula tu. Tak sia-sia saya bagitahu awak dulu, tak ada lah selamanya Irin bertepuk sebelah tangan je." Nadin ke dapur mengambil dua gelas air. Segelas dihulurkan kepada Kamal yang sudah duduk bersandar selesa di atas sofa.

          "Nak tunggu Irin cakap sendiri dekat Hakim, memang macam tunggu kucing bertanduk lah. Yang Hakim pula, mahu tapi malu, tak tahu apa yang ditunggunya, bukan main lama dia senyap je biarkan Irin. Boleh tahan juga Hakim tu, tak diketuk tak gerak. Hai, kahwin juga diorang." Kamal mengulas lanjut tentang hubungan Irin dan Hakim sebelum ini.

          "Eh, kalau Irin kahwin dengan sepupu awak, Hakim. Maksudnya, Irin pun akan jadi saudara kita lah, kan? Pusing-pusing situ juga. Kawan, lepas tu jadi sepupu ipar awak, betulkah macam tu??"

          "Ha'ah, ye. Bersaudaralah kita semua nanti. Sepupu ipar? Hahaha. Lebih kuranglah tu, asalkan faham konsepnya. Alhamdulillah."

Bersambung...

Monday, February 10

Astonishing Dream


I never thought that I would come this far,
 
I go through this life that I never dream before, 
I never thought of being blissful like this, 
Of course I never thought of meeting you; 
Knowing you is something, 
Getting to know you is different. 
I'm confuse, I'm startle... 
Is it just me? 
Or we both feel the same? 
But lately I kept dreaming, 
Weird but astonished. 
Is it something special going to happen in my life? 
If it's you, the right one for me... 
Please just be honest with your heart, 
My dear...

Written by: Anonymous [January,2012] 

Wednesday, April 18

2nd Week

WIND SPEED PRELIMINARY MEASUREMENT

Objective: To record wind speed data at some target locations.
Mini Project: Wind Energy System Application
Venue: Engineering Complex, UiTM Shah Alam

At Tower 1 Level 21 (Front)
At Tower 1 Level 21 (Back)

 
LEFT: "Drawing the blue sky" | RIGHT: Measuring with Project Manager @ Tower 2 Level 11      

PUBLIC HOLIDAY-OUT (11/04)

Objective: Some personal mission to accomplish & spend leisure time with friends
Activities: Bills payments, Breakfast, Lepaking & Movie-ing
Venue: Maxis Centre & Subway at Sunway Pyramid, MBO Cinema at Space U8

Malaysia's First Eco Mall! :)
Some Green Applications: Sky Light Roof,
Big Ass Fan (Replace aircond),
Rain water harvesting, Solar PV system
Space U8 looks like | beautiful water features


Monday, April 2

Minggu Makan

End of March..yeah, last week for month of March. Hari-hari pun makan kat luar. Minggu makan, minggu masuk air, minggu gler. Mana tak ny...tengok je listing aku kat bawah lepas ni...

Isnin (26/3)
strawberry, passion fruit, chocolate & grape
Kelas half day je..nak masuk bengkel sambung projek belah pagi pun x sempat..ade plak member ajak keluar makan. Ingat nak lunch area dekat-dekat je..which I thought Shah Alam je..but them drive sampai ke IKEA plak. Dah nampak location tu, sendiri boleh fikir la apa menu best makan dekat IKEA tu kan..no need to mention dah kot. Yupp...meatball time. Promotion price 20 balls for only RM16..berbaloi la makan 2org share 20 meatballs. Dah kenyang tu jalan-jalan (proses menghadam makanan dan membakar kalori) la area The Curve, e@curve, Ikano Power Centre semua. Nasib baik laa One Utama tu jauh sikit nak berjalan.

On the way balik Shah Alam, singgah plak Empire Gallery Subang. Huhh..honestly tak ada pape pun yang menarik pasal Empire tu. Kalau gaji bulanan kau RM10K above memang elok sangat la hari-hari nak shopping kat situ. Kedai semua spesis butik-butik je..branded..restoran pun mostly high class. One thing menarik pasal Empire, lapang! Ye aku tau itu bukanlah sesuatu yang menarik sangat. Lapang orang tak ramai, may be sebab weekdays kot. So tak rasa serabut jalan-jalan dalam tu. Then, we are having high tea session at T Forty Two. Kedai ni cantik juga laa..kat belah dalam ada butik, so it is a boutique concept cafe. Yang nak santai-santai minum kopi./teh boleh duduk dekat luar. Ohh aku rasa la sikit red velvet cake member aku order, worth it la mahal pun, kek die sedap! ^_^ Aku pula order latte dengan macaroons.

Selasa (27/3)
FYP punya pasal....
Rezeki murah petang tu. Baru balik dari bengkel siapkan milling. Seharian tak makan, balik bilik lemau gler, baring-baring kejap, online. Tiba-tiba ada plak insan berhati mulia ni call ajak makan. 10 minit lagi orang tu sampai nak fetch ktorg baru die call, dengan peluh-peluh tak mandi lagi, aku bersiap je la mana yang dan petang tu. Abaikan...semua yang keluar makan tu pun mostly baru habis kelas petang, belum mandi juga. Hahaha..ye seterusnya, pengangkutan bertayar empat tu meluncur laju ke Seksyen 13. Pusing-pusing dah dekat maghrib ni, stop dekat Tupai-tupai sebab dah siap buat reservation. Yeahhh..makan steambot orang belanja! Alhamdulillah...walaupun aku bukan la spesis manusia yang kuat makan, gler makan benda-benda buffet and seafood ni..dah orang belanja telan la juga. Makan je apa yang boleh makan. As long jangan tamak sangat sampai tak habis. Balik dari makan memang la mata aku pun steam je ngantuk.

Rabu (28/3)
Yang hari Rabu ni tak ada la makan besar pun. Al-kisah nya, setaip Rabu aku memang tak ada kelas memang dah susun jadual cantik-cantik dengan partner nak buat FYP hari ni. Sekali co-SV dah ada kelas la plak kena mengajar Rabu pagi. So testing ktorgf pun postponed the next week. Memandangkan bosan tak ada buat apa-apa, sementara tunggu cik abang dia habis meeting FYP. Ktorg pun keluar makan cendol dekat Seksyen7 lama. Cendol pulut..mari! mari! Hehehe..petang-petang makan cendol pulut memang terbaik laa..melepak plak 3 anak dara ni makan cendol bawah pokok. Huhuhu

Khamis (29/3)
Thanks Timah & Yan =)
Seperti yang dijanjikan dari hujung sem lepas. selepas settle projek HVAC ktorg, ada hamba Allah ni janji nak belanja semua makan pizza. Bincang punya bincang nak buat temu janji semua (ecehhh...temu janji macam nak pergi dating plak). Hari yang dinantikan pun tiba. Pergi Pizza Hut Sek.7 lepas maghrib, early reservation have been done for 10pax! Ramai kan? Yepp memang meriah pizza hut malam tu, gamat dengan ktorg je..budak kecik pun kalah. Semua pun masuk air dah malam tu, macam-macam cerita..open table kan...memang best la malam tu. Semua gelak je keje. Datang chinese couples duduk meja sebelah ktorg lagi best budak-budak ni usha awek cina tu, mentang-mentang awek tu sexy pakai hot pants je dengan spageti. Usah kan budak laki, aku pun 2x5 je sama-sama galak usha awek. Oooppss! Aku straight lagi okay :P

Jumaat (30/3)
Pergi MCTF'12 by JobStreet Malaysia. Ni 2nd time aku pergi job fair ni, last year aku pernah datang tapi teman kawan aku je. So it's a new experience la bila kena pergi kat booth company tanya-tanya pasal peluang kerja mana yang minat tuh. Ada juga la 2-3 resume aku drop kat sana. Harapan, kalau ada rezeki dapat la panggilan interview ke kann...2jam suntuk ktorg terperap dalam exhibition hall Mid Valley tu. Lepas tu kebulur, jalan-jalan decide makan pizza lagi. Oh kali ni bukan Pizza Hut tapi ktorg pilih Domino. Arhhh...2 hari berturut-turut dinner makan pizza. Nasib baik Domino punya pizza lagi lembut and sedap dari Pizza Hut. Nyummy~ On the way balik Shah Alam malam tu pun masing-masing dah high dengan dunia sendiri. Merepek-repek sepanjang Federeal Highway tuh.

Sabtu (31/3)
Kes dah lama tak makan chicken chop, aku pun konon laa emo dengan mak aku yang ajak breakfast. Boleh plak mak aku ajak makan pizza....lagi...?! Mesti la aku tak nak sebab dah 2 hari asyik makan pizza. Penat je aku order chicken chop sekali belum ready lagi daa....Mana tak ny..first customer kedai tu kot. So waiter suggest aku order roasted quater chicken je..Yerrrr~ aku kurang gemar makan benda-benda banyak tulang nih. Memang take time untuk aku mengikis segala isi ayam yang bersisa pada tulang peha ayam tu. Nasib baik cream sos die sedap dengan mashed potato die..hurrmmm :)

Dekat rumah dinner makan nasi ayam kukus plak. My all time favourite! Menu sihat sangat, ayam pun mak tak goreng, semua style kukus. The next day, mak buat currypuff plak. Puff okay bukan karipap yang epok-epok beli kat gerai 2 RM1 tuh. Yang ni puff pastry, layer by layer tuh...sedap plak mak buat this time, sampai teringin nak makan lagi.

Ohh...banyaknya aku makan minggu ni, aku memang banyak makan pun KALAU dekat rumah. Dekat kolej time kerja or study aku tak ada laa makan banyak macam tuh. Kadang-kadang, sehari makan sekali je. Satu hari tak makan, just alas perut dengan roti / biskut pun okay je. Tak ada la satu hari tak dapat nasi boleh mati. Keh3

Wednesday, October 5

Seyes unplanned!

Kalau orang lain sibuk dengan Wordless Wednesday dorang, lantak pi laa aku tak nak letak gambar hari. I want to break the rule! Hahaha... XD Nak dijadikan cerita, hari aku ada satu kelas je yang berbentuk ilmiah santai...yea right, kelas Technopreneurship yang sempoi, lecturer masuk tak ajar tapi borak2 cakap pasal real life situation in business. So segar juga laa masuk kelas dia, kalau dia mengajar suh buka nota buka buku, sah-sah mata budak2 ni pun tertutup.

At first, Miss R text aku tanya kelas sampai pukul berapa. Ok fine, kelas aku sampai 10.30am je.....kononnya nak pulangkan novel aku yang dia pinjam dari cuti sem yang lepas. Alih-alih, boleh pula dia lupa nak bawa. Ciss...nasib baik dia cakap nak belanja iced blended. Nice! Dah lama tak ada orang belanja aku ni, air pun jadi laa kan...bak kata orang, rezeki jangan ditolak! Hohoho X)) Lpeas kelas terasa berat lak kaki nak berjalan turun bukit melintas jalan raya ke DC tu, bila ada geng cakap nak pergi DC. Okayy, DC...here I come! Aku, Aainaa, Ariff and Yan. 3 kuntum bunga sekor kumbang tapi aku tak ada laa stay click dengan dorang. Aku datang DC sama-sama je coz lepas tu as promised aku ngedate kejap dengan Miss R dekat

Sunday, August 7

Baju Raya Adah

Tamatlah zaman persekolahan
Ku masih dihantui memori
Waktu Kecil waktu yang gemilang
Oh tuhan ku tak mahu pergi


Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua
Kelak akan membesar
Alangkah indahnya dunia
Bila kita semua
Akan bersama selamanya

Honestly bila dengar lagu ni je aku akan teringat zaman sekolah aku. Memang indahkan kenangan masa dulu tu...Seriously tiba-tiba aku teringat betapa excited-nya fun-nyahidup jadi kanak-kanak riang ria Ribena ni bila aku tengok sepupu aku yang baru berumur 3 tahun masa lepas buka dekat rumah nenek aku tadi. Yup..rumah nenek (belah mak) aku dekat je, 15 minit perjalanan dengan kereta melalui jalan kampung yang sub-estate untuk short cut. Dari petang tadi, mak memang dah call mak cik aku untuk datang rumah nenek lepas buka sebab nak hantar baju sikit untuk dia tolong sikit. Mak cik aku cakap memang dari hari tu adik sepupu aku tu dah bising tak sabar tanya pasal baju raya dia.

My cousin, Adah masa baru setahun lebih.
"Mama...mama ada duit kan? Bayarlah mak ngah (mak aku) siapkan baju adik..." celoteh sepupu aku, Syahadah.
Kadang-kadang mak cik aku yang lain akan menyakat dia juga berkenaan baju raya.
"Adah dah beli baju raya ke?" Soal mak cik  
."Dah tapi baju kurung adik tak siap lagi." jawab si kecil. 
"Alaa..mak ngah cakap dia tak sempat laa nak jahit baju Adah. Mak ngah sibuk tu..."
Semestinya perubahan pada wajah adik sepupu aku ni jadi sedih ditambah risau.
"Tak ada baju raya nanti macam mana?" soal Adah, favourite dia mest hujung persoalan tu ada 'macam mana?' 
"Tak ada baju raya tak payah laa raya..." jawab mak cik ringkas. 
"Nanti bibinya (baby) nanges macam mana?" sambil menjeling tajam sebagai tanda protes kepada penyataan mak cik aku tu.
Hahaha..Adah ni memang suka cakap dalam perut dia ada baby. Haihhh..kecik-kecik dah pandai tau ada baby dalam perut. Mak cik aku laa ni mengajar cakap camtu.

Tak cukup mak cik menyakat, aku pun sebagai kakak sepupu turut sama..aku memang suka sakat budak-budak kecik yang banyak mulut ni.
"Mak ngah..mak ngah....nanti jangan jahit baju raya Adah tau. Sape suh dia asyik nangis je bangun tidur." aku pura-pura bercakap dengan mak aku. 
"Ha'ahh..nanti mak ngah tak nak laa jahit baju dia. Mak ngah nak cium dia tak bagi..nak jilat pipi dia pun tak bagi...Adah sombong." mak aku pun melayan. 
Hahaha..mak aku suka ugut dia nak jilat pipi dia if dia tak bagi cium. Siapa tak geram bila ada budak kecik dalam family. Jadi bahan hiburan pula..Seronok kan tengok budak kecik. Best...hehehe..padahal mak aku cakap, masa aku dulu pun selalu kena sakat samapi jerit-jerit marah mak cik aku yang menyakat.
"Haa...baju Adah dah siap. Bak laa sini duitnya bayar upah. Tak bayar lagi macam mana nak pakai baju raya." Sahaja aku mengusik dia sambil berdiri di depan Adah yang berada dalam pangkuan mama. 
"Mama bawa duitnya kan. Nanti bagi duitnya ye mama...." amboi, manis sungguh mulut kau adik. hahaha
Tadi bila tau baju raya dia dah siap, malu-malu laa pula bila semua orang dalam rumah nenek tu suruh dia try pakai. Mama dia dah panggil boleh pula dia lari masuk dalam, sampai abang-abang sepupu yang lain tarik dia kelur ke ruang tamu open air (beranda). Bila dah berdiri sebelah mama dia dengan tersenyum simpul serba tak kena macam tak tau dah nak senyum macam mana lagi, terlalu gembira agaknya bila tengok baju raya dia dah siap di tangan mama. Si mama pula sibuk berborak tatkala baju si anak dah ada pada tangan. Adah pandang je mama dia dan baju tu.
"Cepatlah mama...!"
Bila mama tunjukkan kesemua baju raya dia...tak semana-mana dia buat aksi 'pengsan' dia. "Hahhhhh~~"
"Tengok ni..banyaknya baju raya adik. Mama suruh mak ngah jahit 3 je...ni ada kenapa ada 4 pula?" soal mama yang musykil dengan kewujudan sepasang lagi baju kurung. 
"Yang tu sedekah tak payah bayar upah...kakak Awie sedekah tu lebih baju dia." terang mak.
Tatkala baju disarungkan muka tersenyum berbunga-bunga lagi. Dua tangan dipegang erat di depan. Malu jadinya bila semua mak cik, pak cik, abang sepupu dan nenek menumpukan pandangan pada si cilik ni.
"Alamak...tanteknya...! Alamak...jalan cikit tengok Adah..pusing sini sikit..Alamak..cantik laa..." Haiii, bertambah-tambah laa bunga dalam hati Adah tu dipuji-puji. 
"Fuyoo...cantik laa baju raya dia. Wak nak pinjam boleh tak?" 
"Tak boleh.....!" sepantas itu jawabnya bila tak bagi orang pinjam baju dia.
Ke hulur ke hilir laa adik sepupu aku ni berjalan menggayakan 4 pasang baju raya dia tahun ni tadi. Yang kurung biasa, baju ala punjub, kurung moden tangan kedut..meleret-leret senyum dia. Habis hati laa tuh happy-nya dia baju dah siap. Pandai pula bila Abah dia cuba baju melayu yang mak aku jait, dia mengekek-ngekek gelak sampai tutup mulut. Kurang asam keping punya budak. Hahaha

Ni gambar dia sekarang. Taken on July 2011.
Hmm..kalau diukutkan aku dulu pun macam tu juga, Tak boleh laa bila dapat baju baru, mesti aku akan pakai puas-puas dulu sebelum mak basuh. Tak kira masa kadang-kadang sampai pakai bawa tidur. Bila dah cuba tu, aku pun bergaya sakan laa ke hulur hilir dalam rumah, tak kira baju baru ke kasut ke apa...Asalkan baru mesti aku kemaruk. Dah puas melaram, mak basuh baru laa aku rela kan baju tu disimpan untuk raya atau sebagainya. Perangai budak-budak kan memang seribu satu macam. Zaman aku kecik-kecik dulu mungkin terhad dengan fesyen-fesyen atau trend pakaian ikut taste aku sebab ayah suka belikan baju tanpa bawa aku sekali pergi shopping complex. Bila dia balik kerja je kadang-kadang, surprise for me bila bangnun tidur mak tunjuk baju baru. Waktu tu aku mampu tersengih je. Zaman sekarang sepupu-sepupu aku untung, parents dorang bawa pergi beli sama-sama. Boleh pilih ikut suka hati dorang.Untuk Adah semestinya benda-benda color PINK jadi kegilaan dia. Tapi pelek gak kekadang tu even bawa anak sekali beli baju still sampai rumah tiba-tiba tak muat. Pelek bukan...? Ayah aku belikan aku dulu muat je......Hurmm...

p/s: Macam mana dengan puasa korang? Persiapan raya dah mula buat? Baju raya? Yang mana tak sempat nak tempah baju raya tu beli je r kat kedai..banyak yang cantik-cantik, lagi senang. Hehehe