Bab sebelum <klik sini>
* 9 *
BEBERAPA HARI BERADA di Frankfurt, semuanya selamat.
Nasib baik Irin pernah ke sini dua tahun lepas bersama Nadin, waktu itu dia
hanya menemani Nadin membentangkan projeknya di dalam satu konvensyen,
kebetulan Irin menghabiskan cuti tahunannya. Tidak kekok kali kedua untuk
berada di bumi Nazi ini, tiada lagi tentera Hitler yang perlu dirisaukan,
semuanya dah selamat. Apa yang seronoknya berada di Jerman? Sudah tentu
kepesatan perkembangan teknologinya, tidak kira industri automotif mahupun komersial.
Mana ada mesin kitar semula kaca layan diri di Malaysia, yang mampu
menghancurkan kaca itu secara automatik dan mengeluarkan jumlah wang
bayarantertentu secara auto juga kepada orang yang masukkan botol kaca untuk
dikitar semula. Whiteboard touch screen pun baru saja
memasuki pasaran Malaysa tapi belum lagi diperluaskan teknologi mengenainya. Di
sini meja mesyuarat juga merupakan skrin, tidak perlu menyebarkan minit
mesyuarat, jimat kertas, segalanya boleh dipaparkan pada meja berkenaan. Hebat bukan?
Hari ini,
Irin bangun lebih awal untuk bersiap ke stesen kereta api. Akhirnya, dia akan
ke negara jiran Jerman iaitu Perancis. Sudah tentu bandar Paris menjadi
destinasi yang dituju. Irin ke kaunter membeli tiket untuk seorang, masih awal
dari jadual perjalanan. Irin duduk dahulu di kerusi panjang sekitar stesen
tersebut, secawan kopi ekspresso masih panas dihirup untuk memanaskan perut
yang belum bersarapan. Poket beg galas diseluk mencari-cari pretzel yang dibeli
semalam, tiada. Poket bahagian lain pula diseluk, biskut juga tiada. Irin
mengeluh, dahinya berkerut, agak geram kerana kelalaian dirinya yang tidak
memastikan ada bekalan kudapan untuk mengalas perut kosong.
"Entschuldigung, ist hier noch frei
(Maaf, tempat duduk ni kosong)?" satu suara lelaki menyapa dalam bahasa
Jerman. Nasib baik Irin perah mengikuti kelas bahasa Jerman semasa pengajiannya
dulu, jadi faham juga serba sedikit.
"Ja klar, bitte (Ya, sudah tentu)."
jawab Irin tanpa sempat memandang lelaki yang menyapanya.
"Halo, ich bin Hakim aus Malaysia. Und du?
Mache sie sandwich (Hello, nama saya Hakim dari Malaysia. Nama awak? Awak
nak sandwich)?" lelaki yang duduk di sebelah Irin itu memperkenalkan
dirinya, sebungkus sandwich juga dihulurkan kepada Irin.
Sandwich
di depan mata Irin, sandwich tidak bergerak tapi rupa sandwich itu memang
menggoda sesiapa saja yang tengah kebulur belum bersarapan. Macam tahu-tahu
saja Irin sedang lapar dan tidak mempunyai makanan untuk dimakan. Mata Irin
tertancap pada sandwich. Dari sandwich ke tangan yang menghulur, dari tangan ke
tuan badan yang menghulur, akhir sekali pada wajah lelaki yang memperkenalkan
dirinya sebagai Hakim.
"Sandwich?
You lapar tak breakfast lagi, kan, Irin Nadia?" lelaki itu bertutur dalam
bahasa Melayu pula.
"Hakim?
Mohd Hakim Reza? Sepupu Kamal Zahari?" dahi Irin berkerut tatkala
mengecilkan matanya melihat Hakim di sebelah.
"Ya,
I, Hakim yang you kenal dalam FB tu, sepupu Kamal yang you selalu mesej dulu
tu. Nah, I beli sandwich ni tadi untuk you. I nampak you keluar dari hotel awal
pagi tadi mesti belum breakfast, kan?" tangan kanan Irin ditarik lalu
sandwich diletakkan pada tangan itu. Hakim melemparkan senyum. Dia tahu mesti
Irin terkejut melihat dirinya di situ, untuk sekian kaliya.
"You
nampak I keluar dari hotel? You stalk I? Mana you tahu I dekat sini? Oh tidak,
macam mana you ada dekat sini, buat apa dekat sini?" sekali lafaz soalan
dari Irin macam peluru. Sandwich di tangan masih belum dibuka makan. "And
thanks for this sandwich," sambungnya mengucapkan terima kasih.
"Whoa, slow. Slow. You're
welcome. You memang macam ni eh? Tanya orang macam peluru, terus je tembak
bertubi-tubi?" kepala Hakim disengetkan sedikit bagi melihat wajah Irin
yang tampak keliru berbaur terkejut. Hakim senyum lagi memandang Irin yang mula
membuka bungkusan sandwich.
"I buat master dekat sini, final
semester. Kamal yang bagitahu you ada dekat sini. Dia bagi I alamat hotel you
menginap. I tak stalk you pun, I just check dengan pihak hotel you selamat ada
balik ke tak lepas keluar jalan-jalan, just nak make sure you selamat. Then,
semalam Kamal cakap you nak pergi Paris hari ni so I ikutlah you sampai
sini."
"Ahah, jadi itu motif sebenar
Kamal suruh I bagi detail pasal hotel I menginap dekat dia. Tapi dia tak pernah
cerita pun you sambung master dekat sini? You tahu kan, dia dah kahwin dengan housemate I?"
begitu berselera Irin mengunyah sandwich, lapar sangat barangkali.
"Oh,
dia lupa nak cerita dekat you kot, sibuk denga bini je. Yep,
I know, mak I ada bagitahu hari tu." Hakim mengeluarkan sapu tangan dan
dihulurka kepada Irin. Irin terpinga-pinga, kenapa pula. Hakim menunjukkan ada
tanda comot sos mustard di bucu bibir Irin. Barulah Irin faham dan lekas dilap
dengan sapu tangan yang dihulurkan Hakim.
"Hahh, I ni memang clumsy. Makan
pun boleh comot," Irin cuba membuang rasa malu. "Ishh, boleh pula
comot depan Hakim! Malunya!!! Tapi mamat ni tak macam sepupu dia, kalau Kamal
dulu mesti dah lapkan terus," rungut Irin dalam hati.
"Hihi. Kadang-kadang yang clumsy, yang comot tu buat orang nampak comel. Err, you don't mind right? Kalau I temankan you pergi Paris kejap lagi? I boleh jadi bodygurad you, tourguide and photographer? I dah beli tiket, seat sebelah you." sekali lagi Hakim melemparkan senyuman yang tidak melenakan tidur malam Irin selama ini.
"Hmm, dah beli tiket buat apa nak
tanya I lagi. Bagus juga, tak ada laa awkward sangat I pergi jalan
sorang-sorang."
Ada bagusnya juga Kamal meminta Hakim
menjaga Irin sepanjang keberadaannya di Jerman. Ini kerana Kamal amat pasti,
Hakim tidak akan membiarkan Irin bersendirian di situ, Hakim pasti akan
berjumpa dengan Irin, walaupun Kamal cuma memesan untuk perhatikan dari jauh
sahaja. Inilah masanya untuk Kamal pertemukan Irin dan Hakim.
Kereta api ke Paris sudah berlepas,
Irin nampak gembira berbual dengan Hakim sepanjang perjalanan mereka. Pelbagai cerita dan pengalaman sepanjang Hakim berada di
Jerman dikongsikan kepada Irin. Ini kali pertama mereka berjumpa, siapa sangka
jauh di bumi asing pula. Pelbagai tempat menarik di Paris dilawati, tidak ketinggalan
mercu tanda wajib, Menara Eiffel. Sebelum ke Menara Eiffel, Irin dan Hakim
terlebih dahulu sudah membeli sedikit patisserie dan macaroon untuk dinikmati
bersama kemudian. Puas Irin bergambar di depan menara Eiffel dengan pelbagai
gaya, tidak cukup Irin, Hakim juga tidak melepaskan peluang yang sama. Mereka
begitu serasi bersama, walaupun baru sekejap bersua namun kemesraan seperti
sudah lama terjalin. Pemandangan senja di menara Eiffel dinikmati bersama
sambil menikmati manisan macaroon di kawasan padang yang luas tidak jauh dari
menara tersebut.
* 10 *
PETI SURAT DIBUKA, beberapa keping surat diambil dari
dalam peti. Surat dari pihak bank, perkhidmatan telekomunikasi, bil utiliti dan
sekeping sampul surat biasa yang tidak mempunyai apa-apa logo mahupun cop
rasmi. Nadin membuka mangga jeriji besi pintu rumahnya. Dia membuka pintu lalu
masuk ke dalam diikuti Kamal.
"Surat
siapa pula ni? Cop dekat setem macam dipos dari Selangor. Nak kata surat, surat
apa pula keras besar macam ni, tebal kertasnya." Nadin membebel sendiri
sambil mengoyakkan tepi sampul.
"Surat?
Ni bukan surat ni, kad jemputan kot." Kamal berdiri di sebelah tidak sabar
melihat isi dalam sampul yang isterinya sedang buka. "Cepatlah
buka...." sambung Kamal.
"Sabarlah.
Tengah buka laa ni, nanti rosak. Kad jemputan lah, bang." Nadin
mengeluarkan kad dari sampulnya. "Walimatul Urus. Irin Nadia & Hakim
Reza?"
"Hah?
Hakim Reza? Irin? Biar betul. Buka! Buka!" Kamal terkejut, dia seakan
tidak percaya dengan nama pasangan yang tertera pada muka depan kad jemputan
yang diterima.
Kamal dan
Nadin berpandangan selepas membaca keseluruhan kad jemputan yang diterima.
Mereka senyum dengan penuh makna lalu ketawa serentak.
"Misi
berjaya! Kahwin juga akhirnya Irin." jerit Kamal kegembiraan. "Tapi pandai,
eh Irin dengan Hakim simpan rahsia. Seorang pun tak ada cerita apa-apa selama
ni, lepas Irin balik dari holiday tu. Irin ada cerita dekat
awak ke, sayang?"
"Haha. Tak ada juga. Selalunya
dia cerita tapi tak ada pula sebut pasal Hakim. Hantu betul budak Irin ni.
Haishh, senyap-senyap je dia. Ini betul-betul surprise macam ni, balas dendam
kita surprise dekat dia nak bertunang dulu. Bukan main, dia bagi kad jemputan je terus."
"Tahu
tak apa. Mak andak pun tak ada bagitahu Hakim nak kahwin. Hakim
pun tak cakap apa-apa dengan abang masa jumpa dia bulan lepas. Hahaha, pandai
betul budak dua orang ni simpan rahsia."
"Alhamdulillah. Dapat juga Irin
jodoh dia, dengan orang yang memang dia dah lama suka pula tu. Tak sia-sia saya
bagitahu awak dulu, tak ada lah selamanya Irin bertepuk sebelah tangan
je." Nadin ke dapur mengambil dua gelas air. Segelas dihulurkan kepada
Kamal yang sudah duduk bersandar selesa di atas sofa.
"Nak tunggu Irin cakap sendiri
dekat Hakim, memang macam tunggu kucing bertanduk lah. Yang Hakim pula, mahu
tapi malu, tak tahu apa yang ditunggunya, bukan main lama dia senyap je biarkan
Irin. Boleh tahan juga Hakim tu, tak diketuk tak gerak. Hai, kahwin juga
diorang." Kamal mengulas
lanjut tentang hubungan Irin dan Hakim sebelum ini.
"Eh,
kalau Irin kahwin dengan sepupu awak, Hakim. Maksudnya, Irin pun akan jadi
saudara kita lah, kan? Pusing-pusing situ juga. Kawan, lepas tu
jadi sepupu ipar awak, betulkah macam tu??"
"Ha'ah, ye. Bersaudaralah kita
semua nanti. Sepupu ipar? Hahaha. Lebih kuranglah tu, asalkan faham konsepnya.
Alhamdulillah."
Bersambung...
No comments:
Post a Comment