CC's Customer

Showing posts with label creativity. Show all posts
Showing posts with label creativity. Show all posts

Tuesday, July 15

Hati Compang Camping

Tak mudah untuk aku jatuh cinta
Tak mudah untuk aku terima cinta
Tak mudah untuk aku lembut hati
Kerana aku pernah disakiti
Namun sekali lagi ia disakiti
Mana mungkin hati aku sekuat dulu

Puas aku jahit dan tampal
Sekeping hati ini
Yang mungkin tak pernah
Penting untuk sesiapa
Bukan aku tak serik
Aku cukup perit
Menahan selautan perasaan
Yang terbeban bercampur
Darah luka semalam

Belum hilang parut di hati
Kini bertambah lagi luka
Mudah untuk kau lepaskan
Membiarkan aku hanyut sendiri
Bersama buih-buih laut ditelan ombak
Tak ku tahu mana silapku
Lantas adilkah aku dihukum begini?

Apa aku tak punya perasaan?
Aku juga wanita yang punya rahim
Aku punya kasih dan sayang
Haruskah perasaan aku dipersia saja?
Luka dalam ibarat ditikam
Menjaht luka ini lebih pedih
Apa kau mengerti?
Sekeping hati compang-camping ini?


Monday, June 16

Sandwich & Paris [Bab 9 & 10]

Bab sebelum <klik sini>

*        9        *


BEBERAPA HARI BERADA di Frankfurt, semuanya selamat. Nasib baik Irin pernah ke sini dua tahun lepas bersama Nadin, waktu itu dia hanya menemani Nadin membentangkan projeknya di dalam satu konvensyen, kebetulan Irin menghabiskan cuti tahunannya. Tidak kekok kali kedua untuk berada di bumi Nazi ini, tiada lagi tentera Hitler yang perlu dirisaukan, semuanya dah selamat. Apa yang seronoknya berada di Jerman? Sudah tentu kepesatan perkembangan teknologinya, tidak kira industri automotif mahupun komersial. Mana ada mesin kitar semula kaca layan diri di Malaysia, yang mampu menghancurkan kaca itu secara automatik dan mengeluarkan jumlah wang bayarantertentu secara auto juga kepada orang yang masukkan botol kaca untuk dikitar semula. Whiteboard touch screen pun baru saja memasuki pasaran Malaysa tapi belum lagi diperluaskan teknologi mengenainya. Di sini meja mesyuarat juga merupakan skrin, tidak perlu menyebarkan minit mesyuarat, jimat kertas, segalanya boleh dipaparkan pada meja berkenaan. Hebat bukan?

          Hari ini, Irin bangun lebih awal untuk bersiap ke stesen kereta api. Akhirnya, dia akan ke negara jiran Jerman iaitu Perancis. Sudah tentu bandar Paris menjadi destinasi yang dituju. Irin ke kaunter membeli tiket untuk seorang, masih awal dari jadual perjalanan. Irin duduk dahulu di kerusi panjang sekitar stesen tersebut, secawan kopi ekspresso masih panas dihirup untuk memanaskan perut yang belum bersarapan. Poket beg galas diseluk mencari-cari pretzel yang dibeli semalam, tiada. Poket bahagian lain pula diseluk, biskut juga tiada. Irin mengeluh, dahinya berkerut, agak geram kerana kelalaian dirinya yang tidak memastikan ada bekalan kudapan untuk mengalas perut kosong.

          "Entschuldigung, ist hier noch frei (Maaf, tempat duduk ni kosong)?" satu suara lelaki menyapa dalam bahasa Jerman. Nasib baik Irin perah mengikuti kelas bahasa Jerman semasa pengajiannya dulu, jadi faham juga serba sedikit.

          "Ja klar, bitte (Ya, sudah tentu)." jawab Irin tanpa sempat memandang lelaki yang menyapanya.

          "Halo, ich bin Hakim aus Malaysia. Und du? Mache sie sandwich (Hello, nama saya Hakim dari Malaysia. Nama awak? Awak nak sandwich)?" lelaki yang duduk di sebelah Irin itu memperkenalkan dirinya, sebungkus sandwich juga dihulurkan kepada Irin.

          Sandwich di depan mata Irin, sandwich tidak bergerak tapi rupa sandwich itu memang menggoda sesiapa saja yang tengah kebulur belum bersarapan. Macam tahu-tahu saja Irin sedang lapar dan tidak mempunyai makanan untuk dimakan. Mata Irin tertancap pada sandwich. Dari sandwich ke tangan yang menghulur, dari tangan ke tuan badan yang menghulur, akhir sekali pada wajah lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Hakim.

          "Sandwich? You lapar tak breakfast lagi, kan, Irin Nadia?" lelaki itu bertutur dalam bahasa Melayu pula.

          "Hakim? Mohd Hakim Reza? Sepupu Kamal Zahari?" dahi Irin berkerut tatkala mengecilkan matanya melihat Hakim di sebelah.

          "Ya, I, Hakim yang you kenal dalam FB tu, sepupu Kamal yang you selalu mesej dulu tu. Nah, I beli sandwich ni tadi untuk you. I nampak you keluar dari hotel awal pagi tadi mesti belum breakfast, kan?" tangan kanan Irin ditarik lalu sandwich diletakkan pada tangan itu. Hakim melemparkan senyum. Dia tahu mesti Irin terkejut melihat dirinya di situ, untuk sekian kaliya.


          "You nampak I keluar dari hotel? You stalk I? Mana you tahu I dekat sini? Oh tidak, macam mana you ada dekat sini, buat apa dekat sini?" sekali lafaz soalan dari Irin macam peluru. Sandwich di tangan masih belum dibuka makan. "And thanks for this sandwich," sambungnya mengucapkan terima kasih.

          "Whoa, slow. Slow. You're welcome. You memang macam ni eh? Tanya orang macam peluru, terus je tembak bertubi-tubi?" kepala Hakim disengetkan sedikit bagi melihat wajah Irin yang tampak keliru berbaur terkejut. Hakim senyum lagi memandang Irin yang mula membuka bungkusan sandwich.

          "I buat master dekat sini, final semester. Kamal yang bagitahu you ada dekat sini. Dia bagi I alamat hotel you menginap. I tak stalk you pun, I just check dengan pihak hotel you selamat ada balik ke tak lepas keluar jalan-jalan, just nak make sure you selamat. Then, semalam Kamal cakap you nak pergi Paris hari ni so I ikutlah you sampai sini."

          "Ahah, jadi itu motif sebenar Kamal suruh I bagi detail pasal hotel I menginap dekat dia. Tapi dia tak pernah cerita pun you sambung master dekat sini? You tahu kan, dia dah kahwin dengan housemate I?" begitu berselera Irin mengunyah sandwich, lapar sangat barangkali.

          "Oh, dia lupa nak cerita dekat you kot, sibuk denga bini je. Yep, I know, mak I ada bagitahu hari tu." Hakim mengeluarkan sapu tangan dan dihulurka kepada Irin. Irin terpinga-pinga, kenapa pula. Hakim menunjukkan ada tanda comot sos mustard di bucu bibir Irin. Barulah Irin faham dan lekas dilap dengan sapu tangan yang dihulurkan Hakim.

          "Hahh, I ni memang clumsy. Makan pun boleh comot," Irin cuba membuang rasa malu. "Ishh, boleh pula comot depan Hakim! Malunya!!! Tapi mamat ni tak macam sepupu dia, kalau Kamal dulu mesti dah lapkan terus," rungut Irin dalam hati.

          "Hihi. Kadang-kadang yang clumsy, yang comot tu buat orang nampak comel. Err, you don't mind right? Kalau I temankan you pergi Paris kejap lagi? I boleh jadi bodygurad you, tourguide and photographer? I dah beli tiket, seat sebelah you." sekali lagi Hakim melemparkan senyuman yang tidak melenakan tidur malam Irin selama ini.

          "Hmm, dah beli tiket buat apa nak tanya I lagi. Bagus juga, tak ada laa awkward sangat I pergi jalan sorang-sorang."

          Ada bagusnya juga Kamal meminta Hakim menjaga Irin sepanjang keberadaannya di Jerman. Ini kerana Kamal amat pasti, Hakim tidak akan membiarkan Irin bersendirian di situ, Hakim pasti akan berjumpa dengan Irin, walaupun Kamal cuma memesan untuk perhatikan dari jauh sahaja. Inilah masanya untuk Kamal pertemukan Irin dan Hakim.

          Kereta api ke Paris sudah berlepas, Irin nampak gembira berbual dengan Hakim sepanjang perjalanan mereka. Pelbagai cerita dan pengalaman sepanjang Hakim berada di Jerman dikongsikan kepada Irin. Ini kali pertama mereka berjumpa, siapa sangka jauh di bumi asing pula. Pelbagai tempat menarik di Paris dilawati, tidak ketinggalan mercu tanda wajib, Menara Eiffel. Sebelum ke Menara Eiffel, Irin dan Hakim terlebih dahulu sudah membeli sedikit patisserie dan macaroon untuk dinikmati bersama kemudian. Puas Irin bergambar di depan menara Eiffel dengan pelbagai gaya, tidak cukup Irin, Hakim juga tidak melepaskan peluang yang sama. Mereka begitu serasi bersama, walaupun baru sekejap bersua namun kemesraan seperti sudah lama terjalin. Pemandangan senja di menara Eiffel dinikmati bersama sambil menikmati manisan macaroon di kawasan padang yang luas tidak jauh dari menara tersebut.

 

*        10      *


PETI SURAT DIBUKA, beberapa keping surat diambil dari dalam peti. Surat dari pihak bank, perkhidmatan telekomunikasi, bil utiliti dan sekeping sampul surat biasa yang tidak mempunyai apa-apa logo mahupun cop rasmi. Nadin membuka mangga jeriji besi pintu rumahnya. Dia membuka pintu lalu masuk ke dalam diikuti Kamal.

          "Surat siapa pula ni? Cop dekat setem macam dipos dari Selangor. Nak kata surat, surat apa pula keras besar macam ni, tebal kertasnya." Nadin membebel sendiri sambil mengoyakkan tepi sampul.

          "Surat? Ni bukan surat ni, kad jemputan kot." Kamal berdiri di sebelah tidak sabar melihat isi dalam sampul yang isterinya sedang buka. "Cepatlah buka...." sambung Kamal.

         "Sabarlah. Tengah buka laa ni, nanti rosak. Kad jemputan lah, bang." Nadin mengeluarkan kad dari sampulnya. "Walimatul Urus. Irin Nadia & Hakim Reza?"


          "Hah? Hakim Reza? Irin? Biar betul. Buka! Buka!" Kamal terkejut, dia seakan tidak percaya dengan nama pasangan yang tertera pada muka depan kad jemputan yang diterima.

          Kamal dan Nadin berpandangan selepas membaca keseluruhan kad jemputan yang diterima. Mereka senyum dengan penuh makna lalu ketawa serentak.

          "Misi berjaya! Kahwin juga akhirnya Irin." jerit Kamal kegembiraan. "Tapi pandai, eh Irin dengan Hakim simpan rahsia. Seorang pun tak ada cerita apa-apa selama ni, lepas Irin balik dari holiday tu. Irin ada cerita dekat awak ke, sayang?"

          "Haha. Tak ada juga. Selalunya dia cerita tapi tak ada pula sebut pasal Hakim. Hantu betul budak Irin ni. Haishh, senyap-senyap je dia. Ini betul-betul surprise macam ni, balas dendam kita surprise dekat dia nak bertunang dulu. Bukan main, dia bagi kad jemputan je terus."

          "Tahu tak apa. Mak andak pun tak ada bagitahu Hakim nak kahwin. Hakim pun tak cakap apa-apa dengan abang masa jumpa dia bulan lepas. Hahaha, pandai betul budak dua orang ni simpan rahsia."

          "Alhamdulillah. Dapat juga Irin jodoh dia, dengan orang yang memang dia dah lama suka pula tu. Tak sia-sia saya bagitahu awak dulu, tak ada lah selamanya Irin bertepuk sebelah tangan je." Nadin ke dapur mengambil dua gelas air. Segelas dihulurkan kepada Kamal yang sudah duduk bersandar selesa di atas sofa.

          "Nak tunggu Irin cakap sendiri dekat Hakim, memang macam tunggu kucing bertanduk lah. Yang Hakim pula, mahu tapi malu, tak tahu apa yang ditunggunya, bukan main lama dia senyap je biarkan Irin. Boleh tahan juga Hakim tu, tak diketuk tak gerak. Hai, kahwin juga diorang." Kamal mengulas lanjut tentang hubungan Irin dan Hakim sebelum ini.

          "Eh, kalau Irin kahwin dengan sepupu awak, Hakim. Maksudnya, Irin pun akan jadi saudara kita lah, kan? Pusing-pusing situ juga. Kawan, lepas tu jadi sepupu ipar awak, betulkah macam tu??"

          "Ha'ah, ye. Bersaudaralah kita semua nanti. Sepupu ipar? Hahaha. Lebih kuranglah tu, asalkan faham konsepnya. Alhamdulillah."

Bersambung...

Friday, November 29

Sandwich & Paris [Bab 1]

*        1        *


PINTU BILIK TERKUAK mengeluarkan bunyi nyilu engsel yang mula berkarat atau barangkali terlalu ketat. Bunyi pintu itu cukup mengganggu lena manusia yang sedang meleleh air liur basinya dan meringkuk memeluk bantal peluk. Matanya terkejat seketika, air liur likat di tepi bibir diseka dengan tangan walau mata masih enggan dibuka. Posisi tidur diubah, dari meringkuk kini terlentang, bantal peluk masih kemas dipeluk atas dada. Renjisan air terkena cantik di atas wajahnya. Sekali. Dua kali. Tiga kali. "Ishhhh...! Air apa pula ni? Gerimis ke?" omel manusia yang masih di atas katil tersebut, mata masih lagi rapat cuma tangan sibuk menyapu renjisan air yang tersisa.

                "Hoi...bangun! Dah subuh...." suara si tukang renjis.

          "Alahhh..kejaplah. Lima minit lagi eh..janji lima minit lagi aku bangunlah," kejutan si tukang renjis tak dihiraukan, cuma lima jarinya saja yang disuakan.

          "Lima minit konon. Kau punya lima minit tu memang tak bangun langsung la kan," Si tukang renjis bercekak pinggang. "Ini tak boleh jadi ni, tak boleh dibiarkan makhluk ni terus tidur," gumam si tukang renjis dalam hatinya. Selimut di kaki diselak, kedua-dua belah kaki si rakan kini dalam cengkaman sambil menarik kedua-dua belah kaki Irin dengan cengkamannya yang kuat dan kemas.

          "Oh mak kau kena tarik dengan hantu!" Irin terbangun duduk serta-merta dengan mata yang terbuntang dan rambut menggerbang. "Nadin! Astaghafirullahhal'azim...terkejut aku tiba-tiba kaki aku sejuk, kena tarik pula tu. Mati-mati aku ingat ada hantu tarik. Haishh," kepala yang tak gatal digaru-garu dengan muka yang sembab baru bangun tidur.

          "Banyaklah kau punya hantu. Hantu apa dah subuh ni. Dari tadi aku masuk, buka pintu bilik, renjis muka kau dengan air wuduk aku, kau buat derk je. Hah, siap minta lima minit lagi nak sambung tidur eh. Agak-agak kalau malaikat nak cabut nyawa kau tu boleh tak minta tangguh, cakap 'kejap'?" Nadin membebel dengan tangan yang memeluk tubuh. Wajahnya nampak tegang subuh ni.

          "Apa hal pula minah ni nak membebel panjang dekat aku. Mimpi buruk kah malam tadi?" dalam hati Irin menduga mood Nadin pagi ini. "Baik Ustazah Nadin Insyirah. Saya tahu saya salah. Terima kasih sebab kejutkan saya bangun subuh dan tarbiah ustazah tadi. Boleh kita berjemaah sama? Hee..." sebaris gigi yang masih belum digosok dipamerkan dengan muka busuk belum dicuci.

          "Yeee...busuknya muka kau. Cepatlah pergi cuci muka semua, ambil wuduk. Aku tunggu dekat ruang tamu, kita jemaah," segera hidung dan mulutnya ditutup sambil melarikan diri keluar dari bilik Irin, saja menyakat rakan serumahnya itu.

          "Busuk kau kata? Hei, orang cakap kalau nak tengok perempuan tu cantik ke tak, tengok rupa dia bangun pagi. Apa tak cantikkah aku? Busuk eh? Esok sebelum tidur aku pakai make up, pakai perfume dulu, biar bangun pagi nampak cantik. Hahahaha"

          "Hah iye, bakal suami kau tengok pun boleh pengsan. Hoi, cepatlah jangan nak merepek je!" Jerit Nadin dari luar.


NADIN SIBUK MENGGAUL nasi goreng yang dimasaknya di dalam kuali. Irin masuk ke dapur sambil menyanyi-nyanyi, datang dekat di belakang Irin.

          "Sedapnya bau....patutlah dari kat atas aku boleh bau. Kau masak nasi goreng rupanya. Rajinnya Nadin buat sarapan, bini siapalah ni nanti. Untung mak mentua." tangannya mencapai teko di atas rak dapur, lincah mencapai teh dan gula.

          "Ha'ah untung sangat tapi siapa dapat kau lagi untung. Hehehe. Kau nak telur goreng tak buat lauk?" Irin cuma mengangguk tanda mahu. Nasi goreng kini sedang dihidangkan dalam pinggan.

          Irin terhenti seketika, dia memandang Nadin dengan pandangan curiga. "Lagi untung? Maksud kau? Hehh, perli aku la tu tak pandai masak," ada sedikit nada berkecil hati. Nadin mengambil dua biji telur dari peti sejuk lalu dipecahkan satu per satu ke dalam kuali, dia tertawa kecil. "Haa, gelak! Yelah, aku tau la aku tak hebat macam kau, Nadin."

          "Mana ada aku gelak. Hehe. Siapa kata kau tak pandai masak? Sedap je aku makan kau masak bubur ayam dulu, maggi goreng, maggi rebus, pancake, kentang goreng, telur goreng, cheese cake, muffin. Hah, banyak apa kau masak. Pandailah tu." Wajah Irin yang sudah siap menuang air teh-o panas dipandang sekilas sebelum melabuhkan punggung duduk berhadapan dengannya.

          "Nadin, kau tau tak masakan yang kau sebutkan tu semua masakan jenis goreng, rebus and instant? I mean like, budak sekolah rendah pun boleh masak macam tu. Nak dibandingkan dengan kau, macam-macam masakan melayu kau pandai masak, mana je kelas memasak, kelas menjahit yang kau tak pergi."

          "Alaa, kau pandai masak la sebenarnya, cuma kau tu je yang nak dengan tak nak. Walaupun kau masak benda-benda simple tapi menjadikan? Sedap juga kan? Tak ada lah ke laut sangat macam Wawa masak. Nah telur kuning, kau suka kan?" kuning telur goreng ditebuk dan dialihkan ke pinggan Irin. Nadin tidak suka makan kuning telur.

          "Yeay, kuning telur! Kau ni baik tak payah makan telur macam ni. Hmm, still aku tak terror masak macam kau, mana ada mak mentua suka menantu yang tak reti masak, menantu macam kau ni Nadin memang terhangat di pasaran tau, especially skill masakan melayu tu, extra credit. Not to mention, Wawa masak memang tak selera aku. Tak ada rasa langsung, dah la aku ni cerewet bab makan." dengan penuh gaya pengkritik makanan profesional Irin mengkritik masakan rakan mereka.

          "Amboi bukan main kutuk Wawa masak. Memang...kau tu cerewet, itu tak makan ini tak makan. Simple but fussy. Macam mana nak masak masakan melayu, kau sendiri pun tak suka makan. Yang kau tahu, ayam masak merah, rendang, masak kicap. Ulam-ulam sayur semua kau 'allergic'."

          "Hahaha. Betul! Tau tak apa. Sebab tu aku tak suka. Alaa, tak apa lah nanti kalau husband aku suka makanan melayu, aku belajarlah masak untuk dia je. Kalau tak, hip-hip hoorayy lah saya cik Nadin. Haha."

          "Oh yeah, kejap lagi nak keluar pergi kenduri tu pukul berapa?" soal Nadin.

          "Nadin! Ya Allah, aku terlupa majlis Farah tu hari ni, hadiah tak beli lagi. Macam mana?"

          "Bertuah, aku dah bagi duit dari minggu lepas suruh share beli hadiah, kau tak beli lagi? Dah cepat, lepas makan ni kita keluar beli hadiah, then terus pergi kenduri tu."

          "Sorry...serious aku lupa. Mana entah aku letak kad jemputan dia, tu tak ingat. Kau pakai baju warna apa nanti? Aku nak pakai pink lah, eh tak, nak pakai biru. Oh no, biru aku dah pakai wedding Mizah bulan lepas kan? Hmm, merah lah, oh tak boleh juga merah nampak garang nanti tak ada orang berani nak ngorat aku. Pink, lembut sikit tapi aku tak suka pink. Eh, Nadin, pink okay tak? Ke kau nak pakai pink juga? Kalau kau pakai pink, aku tukar color lain tapi nak pakai color apa eh? Alaa....Nadin pilihkan untuk aku. Ni tak suka ni pergi kenduri kahwin, tak tahu nak pakai baju apa, warna apa. Arghhh...stress!"


          Irin membebel panjang lebar, dia selalu begini bila perlu pergi majlis perkahwinan, buntu keliru serabut. Nadin memekakkan telinga dengan slumber dia mengangkat pinggannya yang sudah kosong ke sinki untuk dicuci. Tangan yang basah setelah mencuci pinggan dilapkan pada kain yang tergantung. Irin masih membebel, pening memikirkan baju yang akan dipakainya. Nadin berbisik ke telinga Irin sebelum meninggalkan Irin menghabiskan nasi gorengnya,  "Pakai je warna apa-apa cik Irin, awak pakai warna apa pun cantik. Kalau ada yang lekat, rezeki. Kalau tak ada, sila cuba lagi. Hahahaha!" 


Bersambung . . . .

Monday, July 2

LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 12]


<<SCENE 16>>


So finally update utk "LoVeSt", sorry sebab entry kali ni mungkin panjang menjela sikit ceritanya tapi tak ada la sampai 1 ela. Hope enjoy reading it...haishh, setelah sekian lama tak menulis ni..


Dalam perjalanan pulang dari percutian di salah satu kawasan tanah tinggi Malaysia, jalan turun bukit bengkang bengkok. Siapa tak tahan boleh pening paling teruk muntah-muntah, mabuk! Yang ceria menyanyi sakan dalam kereta, yang mabuk terus termenung tersandar lemah menahan diri. Sampai di bawah, kawasan rawat dan rehat (R&R) lebuhraya jadi persinggahan untuk ambil angin, buang angin, isi perut, buang isi segala bagai. Di situ Girl dan rakan-rakannya berehat, mereka memilih untuk mangalas perut dengan sedikit kudapan sambil menikmati titisan air gula pelbagai perisa untuk tekak haus masing-masing.


Nelly: Perhhh...sedapnya dapat minum ais. <gaya pejam mata menikmati> 
Nad: Ya Allah! Aku lupa...tadi budak-budak tu message suruh tunggu kat sini. Diorang nak konvoi sekali balik dengan kita laa....Kejap ehh aku call diorang tanya dekat mana dah....<bangun menjauhkan diri sedikit sibuk buat panggilan misteri> 
Min: Huhhh? Siapa? Aku tak dengar bunyi fon pun dalam kereta sepanjang jalan tadi. Bila masa kau contact diorang tuh? 
Nelly: Haa...tu la kau mana tau. Dia silent fon la tuhh...nak secret-secret...kalau fon bunyi tak sudah, kita busybody nanti nak korek tau dia message dengan siapa. Hahaha. 
Min: Cehhhh..macam tu pula.  
Nad: <Jalan kembali ke meja sambil tersenyum-senyum> Okay..diorang dah dekat..kejap lagi sampai. Relax dulu naa...nak tambah makan nak minum lagi 2-3 tin air pun boleh..hehehe 
Min & Nelly: Babe...siapa?? <seloroh mereka serentak> 
Nad: Hishhh....ada laa...tunggu je laa....Nelly, shut up..you know what i mean...hee~ <wink> 
Min: Okayyy...ni konspirasi apa pula ni...Apa yang Nelly tau aku tak tau? Did the others with us here tau juga? 
Nelly: Sabar laa Min...wait and see je laa....kejap lagi diorang sampai. <Nad & Nelly berpandangan & bertukar-tukar senyuman 
Min: Okayyy...this is curious. Jangan plan benda-benda jahat sudah.
Beberapa minit kemudian...




Fiq: Hye girlsss...! <beberapa orang jejaka datang> 
Nad: Hye...! Apsal tak cakap you all holiday sekali kat tempat yang sama...? Kalau tak boleh jalan-jalan sekali, jadi bodyguard kitorang. Haha.. 
Nelly: Ehh...duduk laa dulu. Korang pun mesti penat kan. Nak minum apa-apa? I boleh tolong pergi belikan kejap belakang tuh. 
Zul: Ehh...tak ape...member seorang tu dah pergi beli dah pun. Tu hah kat belakang you bawak air...<semua pakat kalih tengok gerangannya> 
Nad: Panjang umur...baru nak kutuk tadi...Hahaha 
Naz: Like yeahhh...I boleh dengar dari sebatu tadi niat busuk dalam hati you tu nak kutuk I, Nad. <passing 100plus & Redbull kepada Zul & Fiq sambil melabuhkan punggung untuk duduk> 
Fiq: Arhhhh....refreshing sangat dapat 100 plus. Ehh..mana orang "tu" yang you cakap Nad? <gaya tertinjau-tinjau mencari seseorang> 
Nad: Gaya macam tak pernah minum air je...Ada..dia pergi toilet kejap. 
Naz: <monolog> Err...kenapa macam tak sedap hati ni ye...? kenapa jantung aku macam laju sangat pam darah ni..adrenaline rush? duduk minum air pun nak rush jugak ke? <muka ketat dah...meraba-raba dada sasa beliau>

Wednesday, August 24

7 Langkah Kurangkan Rasa Patah Hati

Hello everyone, loves, hates. cares and everything...!
Jumpa lagi malam ni...woohoo~ Makin giat nampaknya yang tengah sibuk buat kuih raya kat dapur tuh, yelaa minggu depan nak raya dah. Okay, ni bukam pasal cerita nak raya. Kita discuss atau usulkan langkah berhati-hati or dalam English Education kita sebut, precaution steps. Tak ada laa precaution sangat sebab malang tak berbau, hati membengkak busuk berulat pun kita tak boleh bau betul tak? Tapi kalau bau kuih tart nenas tengah bakar dalam oven, okay itu sebatu lagi aku dah boleh hidu...Hahhh~ sedapnya tart nenas. Hehehehe :)

Sumber: Favim.com
"Patah laa hati......." lagu dolu-dolu yang mendayu-dayu kesedihannya. Aku pun tak berapa ingat siapa penyanyi asalnya. Kalau tak silap, Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Dulu masa kat asrama, budak-budak ni suka nyanyi chorus part lagu ni bila hati tengah sedih, terluka lalu berparut bernanah. Feeling sangat cinta monyet...Ceitt~ Dan benda ni sampai bila-bila pun tak akan pernah terpisah dengan lumrah hati manusia. "Patah tumbuh hilang berganti" macam tu laa ibaratnya life cycle 'patah hati' dalam sebuah kehidupan. Not necessary patah hati sebab cinta. It can be anything else....apa-apa je yang melibatkan hati dan perasaan kita.

7 LANGKAH KURANGKAN RASA PATAH HATI

1) Menangis sampai lebam biji mata

"Once broken, consider sold" Ehh..tu tagline kalau jual barang kaca kat kedai. Baik ini yang sepatutnya, "Once hurt, just let it out all your tears and say good bye" Normally yang buat macam ni perempuan la kan, hati perempuan memang lembut dan rapuh. Girl's heart is fragile like a glass, easy to be broken, sensitive eventhough the glass looks hard on the outside. Kalau korang rasa sedih tu nangis je tak jadi dosa pun kalau nangis, yang lelaki pun kalau malu nak nangis depan orang sebab ego, it's okay cause you can cry it out when you are alone. Satu kelegaan akan dirasai lepas habis kita perah keluar air mata lesu tu. Lagipun ada fakta tentang kajian menangis ni bagus untuk mata kita, dapat keluarkan habuk/kuman etc dari mata kita. Walaubagaimanapun, jangan pula korang nangis putus cinta berendam air mata 7hari 7malam, nanti jadi Kasim Selamat pula. Huhuhu..paling lama pun nangis biarlah sehari je. Sejam nangis pun cukup lama dah.

Huduhh naa menangis sampi macam ni punya tahap..keh3
Sumber: Favim.com
2) Luahkan pada yang sudi

Sudi di sini bermaksud orang yang sudi mendengar luahan rasa hati kau. Kekecewaan ni akan jadi ringan sikit bebannya bila kita kongsikan masalah/cerita kita dekat orang-orang yang tertentu, selalunya orang yang dipercayai laa dalam hidup kita. Macam your mom, ayah, kakak, abang, best friend, bf/gf etc. Bila hati tengah sedih baru patah, kita mesti rasa macam berat hati terasa terbeban dengan keadaan tu. Dah menangis sepuasnya pun masih tak ada effect. Mula laa cari tempat mengadu. Kalau tak ada yang sudi nak dengar pun tak apa, kau cakap je dengan teddy bear atau dinding ke apa. Lagi senang sebab benda 'mati' tak akan bagi respon apa-apa, seolah-olah 'diorang' tu pendengar masalah kau paling setia. Kalau cerita kat orang ni nanti, mesti dapat feedback balik. If yang unsur +ve okay laa..kalau yang -ve ni kondem kita balik, buat tambah sakit hati je.

A good friend might help you a lot in this :)
Sumber: Favim.com
3) Aktiviti berseni (menulis/melalak/menyanyi)

Untuk sekian kalinya, kalau korang tak pernah menyanyi, this time korang cuba pula menyanyi. Melalak laa lagu apa pun (Reminder: Jangan sampai mengganggu ketenteraman awam!). Tak pun korang pergi nyanyi kat karaoke 100 lagu sampai serak suara tu habis menjerit. May be you should try dengan lagu jiwang melara dulu kot, untuk sesuaikan dengan mode 'patah hati' korang tu, then diikuti dengan lagu yang menggembirakan untuk ambil mood Happy balik. Masa dah masuk fasa lagu Happy tu, jangan pula korang masih nyanyi dengan nada sedih macam orang mati laki. Lupakan sedih-sedih tu semua, cuba ingat balik saat-saat bahagia korang sepanjang korang diberi peluang bernafas atas bumi ni.

Sumber: Favim.com
Itu part melalak menyanyi, cara ni pun boleh diguna pakai juga. Korang tak dapat nak luahkan dekat orang lain. Apa kata korang tulis apa yang korang pendam dalam hati tu pada sehelai kertas/buku/diari/jurnal ke. Tulis laa panjang mana pun sampai 1592 muka surat sekali pun. Korang nak kutuk maki hamun orang yang dah patahkan hati korang tu pun tak apa sebab tak ada siapa nak baca rulisan panjang menjela baca 1001 malam pun tak habis tu. Kalau korang takot ada orang gatal tangan baca, korang dah siap tulis tu bakar je kertas tu! Kalau sayang nak bakar, korang simpan dalam kotak/peti harta karun korang pastu sorok laa mana-mana, sure tak ada siapa yang jumpa. Cara moden pula, korang tulis dalam email kepada email address korang sendiri, lepas dah send email tu dan terima balik, JANGAN BUKA DAN BACA email tu BUT DELETE IT! Rasa lebih lega macam simbolik korang padamkan segalanya pasal 'patah hati' tu. This method I found out from my reading dalam majalah.

4) Flashback your sweet memory

Manusia lebih cenderung untuk mengimbau semula kenangan silam. Tak kira laa yang pahit ke manis. Bila dalam situasi patah hati ni, aku nasihatkan korang ingat atau imbau balik kenangan manis korang yang dah lepas tu. Mungkin saat korang pertama kali pergi sekolah, pertama kali pergi holiday dekat oversea, saat melangkah ke pentas masa majlis konvo atau terima anugerah pelajar terbaik ke. Kenangan gelak ketawa dengan kawan-kawan. Ingat yang manis-manis je tau! Bila kita ingat balik kenangan silam yang sweet-sweet, masa, manis ni, kadang-kadang mampu membuat kita mengukir secangkir senyuman semanis kopi susu yang dekat kopitiam tu. Yang sakit sedih-sedih tu jangan ingat dulu untuk sementara waktu. Kalau teringat juga, jadikan itu sebagai pengajaran ataupun motivasi untuk diri sendiri lebih berjaya dan menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Experiences is the best teacher to our life.

May be kenangan korang belajar naik basikal? Haishh, macam cerita korea pula :P
Sumber: Favim.com
5) Menyibukkan diri

Ehh..ehh..ehh..ni bukan menyibuk yang macam 'busybody' tu tau. Sibukkan diri korang dengan aktiviti berfaedah. Kalau sebelum ni korang paling malas nak join program (mungkin pada sesetengah pihak join program-program ni kerja budak skema), why not this time lepas patah hati ni korang cuba ikut sesuatu program dekat sekolah/kolej/fakulti ke apa-apa. Join program amal tolong bersihkan rumah orang tua ke, cat rumah anak yatim, aktiviti-aktiviti kebajikan ni pun bagus juga, disamping dapat pahala dari Allah sebab tolong orang, kita juga akan dapat kepuasan dalam diri kita bila kita ni ikhlas dalam mambantu orang. Ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara tu. Buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali. :)) Lagipun , mana laa tahu dalam korang sibuk-sibuk dengan program dan aktiviti ni dapat jumpa ehem-ehem baru yang jauh lebih baik dari sebelum ni? Tambahan pula, bila kita sibukkan diri kita macam ni buat macam-macam kerja, kita dapat lupakan seketika saat-saat pahit patah hati tu tadi, malah dapat menimba ilmu yang kita tak boleh dapat dalam kelas/kuliah, juga kenalan baru (socialize with people, sosial tak semestinya kena pergi clbbing cucuk langit minum air setan tu). Ini dinamakan, softskilss! 

Well...siasat kes kematian pun satu kerja menarik juga tuh kalau nak sibukkan diri.
Bolej jadi macam CSI..Awesome!
Sumber: Favim.com
6) Cuba hobi baru

Cara ni pun lebih kurang macam cara menyibukkan diri di atas. Tapi yang ni kita cuba cari satu hobi baru pula. Misalannya, sebelum ni korang kaki shopping, apa kata cuba duduk rumah pula tanam pokok bunga tanam sayur ke? Bela arnab kat belakang rumah. Belajar buat kek, masuk kelas menjahit, masuk kelas karate, pergi jamming dekat studio kalau selama hari ni memekak dengan gitar kapuk kat bawah pokok depan rumah je. Korang cuba pula melukis, melalui lukisan juga kita dapat mengekspresikan perasaan kita. Pergi menjelajah dunia ke? All around the world, siapa kaya boleh laa cuba hobi ni, kalau selama ni selalu holiday dalam Malaysia je, apa kata korang pergi travel kat oversea pula? kalau pergi sorang-sorang lagi mencabar korang punya travelling tu. Serious akan rasa puas hati nanti, Jauh perjalanan luas pemandangan, macam-macam dapat bila kita mengembara ni.

Try on photography hobby is not a bad idea! ;P
Sumber: Favim.com
7) Dekatkan diri pada Illahi

Saat kita bersedih, saat kita dalam kesusahan. Ya..memang mcam tu laa manusia, bila susah je baru laa nak ingat Tuhan. Sebab apa? sebab hanya Tuhan yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah sentiasa mendengar doa umatNya, Allah sentiasa melihat kita. Kita patah hati mungkin ini satu petunjuk bahawa kita dah mula jauh dari Allah, Allah sayangkan umatNya, mungkin Dia ingin berikan yang terbaik pada kita. Setiap kejadian tu ada.......ada apa? Ya...ada hikmahnya. Jadi tak perlu laa korang makan pil macam-macam, minum racun, minum syampu, panjang tiang billboard tepi highwat, panjat bangunan nak bunuh diri sebab Allah benci umat Dia buat macam tu. Mana pergi hilangnya iman korang? Just sebab putus cinta, korang patah hati, iman korang pun patah juga ke hancur berderai disapu pergi mengalir sama dengan air mata darah korang? Ingat Allah sentiasa disisi kita :) Setiap masalah ada penyelesaiannya. Teriama Qada' dan Qadar Allah, sekiranya itu jalan bagi terbaik bagi kamu. Jangan sesekali mempersoalkan kenapa tak begitu kenapa tidak begini. Itu kuasaNya. Subhanallah..La Illaha'illalah..

Sumber: Favim.com
Kesimpulannya kat sini, even korang patah hati sedih macam mana pun. Ingat, bukan korang sorang je yang tengah bersedih, bukan korang sorang yang alami benda patah hati ni. Orang lain pun penah alaminya. Ingat juga, korang bukan hadapinya seorang diri sebab Allah berada disisi kamu :)) Sahabat juga berada dibelakang kamu untuk berikan sokongan, sahabat yang baik tak akan biarkan kamu menangis seorang diri. Setidak-tidaknya, dia kaan menangis bersama kamu, Hadapi kesedihan, kekecewaan or patah hati ni dengan senyuman, walaupun dalam hati korang pedih berbalut kain kasa dengan iodin sebab terluka. Kepada kawan-kawan kepada si polan dan si polan yang tengah patah hati, korang jangan biarkan mereka bersendirian, temankan dorang. Hiburkan dorang, buat mereka tersenyum kembali walaupun korang bukan badut sarkas upahan mana-mana pihak. Laughter is the best medicine! Okay, tu aja nak tulis, bagi nasihat daripada insan tak berapa nak pakar sangat ni. Harap dapat membantu korang with some idea on how to overcome this problem. *SENYUM*

Friday, July 29

After 5 weeks

Salam,

Fuhh...lamanya tak update blog. Ini pun hasil belas ihsan sahabat-sahabat yang sudi membantu aku dalam keadaan mendesak untuk terdesak. Sorry korang......I owe you big, babe. Tak nak cerita panjang-panjang sebab jam kat dashboard aku ni pun dah pukul 3AM and im sure it will be exceed it after I finish up my writing here. Well...apa aku buat sepanjang 5 minggu bercuti di rumah lepas habis final exam intersesi?


Anyway, end of week aku habis exam tu adalah birthday aku. On my B-day, aku just pergi celebrate birthday adik-adik saudara aku kat rumah nenek. Agak sadis sebenarnya bila aku pergi celebrate birthday orang on my own birth date dan lepas tu, mak aku sendiri yang lahirkan aku boleh lupa tentang itu sebab dia ingat birthday aku on the next day. So untuk tebus rasa bersalahnya, on the next day tu, mak buat cupcake untuk aku. After few days baru aku dapat birthday present dari mak. Thanx mom! :)

Itu beberapa hari sekitar birthday aku tapi apa pula aku buat hari-hari berikutnya? Minggu seterusnya, aku menghabiskan waktu senggang yang ada dengan membace. Yup, membaca. Bukan laa baca buku ilmiah yang tebal-tebal pasal industrial management or buku campbell budak-budak hayat tu. Aku baca english novel "Love Love Love", dalam buku ni ada dua cerita berbeza, "Language of Love" dengan "Cupidity". Dalam satu minggu aku boleh habiskan satu cerita. Boring baca buku tu, aku tengok "St. Trinians" movie etc.


Program kat TV tak usah cakap laa...semua dah listed dalam otak aku. Remote control TV tu dalam kuasa tangan aku. Hahahaha. From Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday,Saturday and Sunday, macam-macam rancangan aku tengok. Rancangan wajib aku.....America's Next Top Model! Cerita Korea, National Geography, Selebriti Ideal semua tengok.

Tengok TV sahaja bosan juga ada masanya, memandangkan baju raya aku mak baru je dah siapkan dua pasang. Maka dengan rasa tak ada kerjanya, aku pun jahit laa manik-manik berkilau sebiji demi sebiji tersusun pada baju kurung aku tu. Kes terlebih rajin. Hohoho. Kalau orang upah pun aku tak sanggup nak jahitkan, penat sakit pinggang hadap jahit manik je walaupun aku tau upahnya lumayan juga.

Selain dari tu, tengah-tengah malam lepas tengok "My Fair Princess" siaran ulangan kat NTV7, aku pun gatal tangan menyelongkar laci meja kat bilik aku. Terjumpa kertas lukisan masa sem1 dulu belajar Engineering Drawing, berus lukisan dan water color masa form3 dulu. Teringat pula lukisan-lukisan potrait yang aku pernah lukis hampir 7 tahun dahulu. Musykil dengan kebolehan melukis sendiri, aku pun mula melukis balik muka-muka yang ada pada Galaxie. Masih boleh melukis, tangan aku masih mampu melakar dengan baik, rupa manusia masih seperti manusia tapi tak adalah sebiji macam fotostat aku lukis. Kalau muka Emma Watson tu mungkin jadi laa muka Fauziah Latiff. Hikhik.

Lepas ni ada lagi 6 minggu cuti semester, tak tahu laa apa pula yang akan aku lakukan. Dah nak masuk bulan puasa, semestinya kena jadi assistant mak kat dapur. Kemungkinan besar aku yang kena in charge kat dapur sepenuhnya sementara mak sibuk menyiapkan tempahan baju raya, Okay laa...Good night everyone (^_^)

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.
Selamat menjalani ibadah puasa, maaf zahir & batin.

Thursday, June 9

Cheese Cake | Recipe


Bahan-bahan:
1 tin susu pekat F&N
Cheese cracker (Julies etc.)
½ buku butter (Anchor/Buttercup etc - 250g)
1 Philadelphia cream cheese (250g)
Chocolate syrup (untuk hiasan)
*Nisbah cheese dgn butter = 2:1
** Cheese & pure butter are good combination of taste!

Alatan:
Pemukul telur (Mixer), Tray, Spatula, Peti sejuk, Food plastic wrap

Cara Penyediaan:
1)  Guna pemukul telur (mixer), kacau butter dan cream cheese sehingga sebati, kemudian masukkan setengah tin susu pekat (Kalau tak suka manis boleh kurangkan). Kacau lagi sampai adunan sebati dan halus. 
*Kacau adunan 1 arah sahaja untuk tekstur cream yang ‘smootie’.

2)  Cheese cracker dilembapkan dengan campuran air hangat dan susu pekat (1- 2 sudu). Susun biskut tadi menjadi beberapa lapisan di dalam tray sebagai base.

3)  Selepas selesai susunan biskut yang telah dilembapkan, lapiskan adunan cream cheese tadi di atas cracker menggunakan spatula untuk bakery. (Anda boleh buat selapis/2-3 lapisan cracker dan cream cheese)

4) Buat corak sebagai hiasan diatas lapisan terakhir cream cheese mengikut kreativiti anda. Untuk corak seperti gambar di atas, buat corak zigzag menggunakan chocolate syrup, kemudian gunakan lidi buat garisan arah berlawanan yang bertentangan dengan corak zigzag tadi.

5)  Lepas dah siap, tutup tray dengan food plastic wrap dan sejukkan kek dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Untutk hasil yang cukup sejuk dan tak terlalu lembik, simpan semalaman.
*Food plactic wrap – untuk elakkan kek daripada terkena air/akibatkan kerosakan lain.

6) Sedia dipotong dan dihidangkan. (Lebih sedap makan ketika sejuk, bila dah cair tak sedap cream cheese jadi cair.)


p/s: teknik pembuatan lebih kurang sama dengan kek batik tapi cheese cake ni tak perlukan api untuk memasak dan tak perlukan biskut dicampur dengan cream cheese, hanya dilapiskan sahaja. SELAMAT MENCUBA! Ohhh..anyway thanx to Cik Seha Haris (my classmate) for sharing this recipe! :)