CC's Customer

Monday, July 2

LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 12]


<<SCENE 16>>


So finally update utk "LoVeSt", sorry sebab entry kali ni mungkin panjang menjela sikit ceritanya tapi tak ada la sampai 1 ela. Hope enjoy reading it...haishh, setelah sekian lama tak menulis ni..


Dalam perjalanan pulang dari percutian di salah satu kawasan tanah tinggi Malaysia, jalan turun bukit bengkang bengkok. Siapa tak tahan boleh pening paling teruk muntah-muntah, mabuk! Yang ceria menyanyi sakan dalam kereta, yang mabuk terus termenung tersandar lemah menahan diri. Sampai di bawah, kawasan rawat dan rehat (R&R) lebuhraya jadi persinggahan untuk ambil angin, buang angin, isi perut, buang isi segala bagai. Di situ Girl dan rakan-rakannya berehat, mereka memilih untuk mangalas perut dengan sedikit kudapan sambil menikmati titisan air gula pelbagai perisa untuk tekak haus masing-masing.


Nelly: Perhhh...sedapnya dapat minum ais. <gaya pejam mata menikmati> 
Nad: Ya Allah! Aku lupa...tadi budak-budak tu message suruh tunggu kat sini. Diorang nak konvoi sekali balik dengan kita laa....Kejap ehh aku call diorang tanya dekat mana dah....<bangun menjauhkan diri sedikit sibuk buat panggilan misteri> 
Min: Huhhh? Siapa? Aku tak dengar bunyi fon pun dalam kereta sepanjang jalan tadi. Bila masa kau contact diorang tuh? 
Nelly: Haa...tu la kau mana tau. Dia silent fon la tuhh...nak secret-secret...kalau fon bunyi tak sudah, kita busybody nanti nak korek tau dia message dengan siapa. Hahaha. 
Min: Cehhhh..macam tu pula.  
Nad: <Jalan kembali ke meja sambil tersenyum-senyum> Okay..diorang dah dekat..kejap lagi sampai. Relax dulu naa...nak tambah makan nak minum lagi 2-3 tin air pun boleh..hehehe 
Min & Nelly: Babe...siapa?? <seloroh mereka serentak> 
Nad: Hishhh....ada laa...tunggu je laa....Nelly, shut up..you know what i mean...hee~ <wink> 
Min: Okayyy...ni konspirasi apa pula ni...Apa yang Nelly tau aku tak tau? Did the others with us here tau juga? 
Nelly: Sabar laa Min...wait and see je laa....kejap lagi diorang sampai. <Nad & Nelly berpandangan & bertukar-tukar senyuman 
Min: Okayyy...this is curious. Jangan plan benda-benda jahat sudah.
Beberapa minit kemudian...




Fiq: Hye girlsss...! <beberapa orang jejaka datang> 
Nad: Hye...! Apsal tak cakap you all holiday sekali kat tempat yang sama...? Kalau tak boleh jalan-jalan sekali, jadi bodyguard kitorang. Haha.. 
Nelly: Ehh...duduk laa dulu. Korang pun mesti penat kan. Nak minum apa-apa? I boleh tolong pergi belikan kejap belakang tuh. 
Zul: Ehh...tak ape...member seorang tu dah pergi beli dah pun. Tu hah kat belakang you bawak air...<semua pakat kalih tengok gerangannya> 
Nad: Panjang umur...baru nak kutuk tadi...Hahaha 
Naz: Like yeahhh...I boleh dengar dari sebatu tadi niat busuk dalam hati you tu nak kutuk I, Nad. <passing 100plus & Redbull kepada Zul & Fiq sambil melabuhkan punggung untuk duduk> 
Fiq: Arhhhh....refreshing sangat dapat 100 plus. Ehh..mana orang "tu" yang you cakap Nad? <gaya tertinjau-tinjau mencari seseorang> 
Nad: Gaya macam tak pernah minum air je...Ada..dia pergi toilet kejap. 
Naz: <monolog> Err...kenapa macam tak sedap hati ni ye...? kenapa jantung aku macam laju sangat pam darah ni..adrenaline rush? duduk minum air pun nak rush jugak ke? <muka ketat dah...meraba-raba dada sasa beliau>
Zul: Bro...kau okay tak ni? Tak sihat ke???  
Nelly: Tu pun dia...! Hoi..cik Dhia Yasmin cepat la sikit jalan tuh..melenggang pula dia balik toilet. 
Naz: <monolog> Dhia Yasmin? <masih tunduk, kaku membisu, kening bercantum dahi berkerut> 
Min: Ehh...suka hati aku laa...korang belum nak gerak pun kan...lek luuu~ 
Nad: Anyway, Min...kenalkan ni Fiq & Zul...diorang laa yang aku cakap nak tunggu tadi. Dan.....cik abang yang tunduk malu-malu depan kau tuh Naz...diorang ni rupanya holiday kat tempat yang sama dengan kita tapi diam-diam je tak cakap. Dalam kereta tadi, baru tau lepas Fiq ni message. Guys...meet Min, my super duper workaholic colleague.  
Fiq & Zul: Hye Min...! hehehehe <dua-dua buat muka gatal sambil lambai tangan> 
Nelly: Aikk..yang seorang ni dah kenapa pula macam patung cendana tak gerak-gerak tunduk je..malu ke?? <cucuk-cucuk bahu Naz> 
Naz: Hahhh...?? <Tersedar dari lamunan lepas dengar nama 'Dhia Yasmin', lalu berpaling untuk menegur Min di belakang> 
Min: Hye Na.......zzz... <jaw dropped in less than 1inch> Ohh, yaa..okay la I kena masuk kat kereta dulu. Nad, Nelly..aku lupa nak cakap, mak aku suruh balik rumah terus lepas balik dari holiday ni. So can we please cepat sikit? I'm so sorry guys...nice to know you all. Nanti kat jalan or next time kita borak-borak lagi ehh....really got to go...<bawak handbag terus pergi kat kereta> 
Nad, Nelly, Fiq & Zul: ? ? ? ? ? 
Naz: <monolog> dia lari...? sebab aku ke? Hurmmm, Dhia Yasmin... 
Nad: Bukan hari tu dia cakap, esok ada presentation dengan client ke? 
Nelly: I don;t know...apsal tiba-tiba je...? Ok..positive..baru dapat call kot...


Sebenarnya, motif Nad, Nelly, Fiq & Zul adalah untuk temukan Min dengan Naz. Diorang plan untuk 'kenen'kan Min dengan Naz ni, seems both dah lama single and seems match for each other. Hahh..tak ada kerja betul diorang ni duk jadi telangkai untuk Min & Naz. Idea dicetuskan oleh..siapa lagi kalau bukan Nad, dimeriahkan lagi oleh Fiq & Zul. Nelly? sekadar pengikut setia 'Misi Telangkai'. Walaubagaimanapun, diorang agak musykil dengan reaksi Naz & Min, especially Min sebab tiba-tiba terus rushing kata kena balik rumah cepat. Exactly lepas Naz pandang dia to say 'Hye'. Yang Naz pula macam 'hilang' sekejap bila dengar nama 'Dhia Yasmin' tu, ibarat tenggelam dalam dunia sendiri, siap pegang-pegang dada, nak kata ada sakit jantung, tak ada..sihat je. Apa yang tak kena dua orang ni ye?


2.5 bulan kemudian...



Keadaan bertambah pelik bila setiap kali nak keluar lepak sekali, Nad ajak mesti Min tak nak ikut bila dapat tau yang Fiq, Zul & Naz akan ada sekali. If tipu sekali pun buat random day out keluar dengan girls je then tiba-tiba Fiq & geng join in, mest Min cepat-cepat excuse. At that time, semua orang wondering apa masalah Min ni. Kenapa dia macam tak suka je dengan Fiq & geng, terutama bila dengar nama Naz. Sebut je nama Naz, mesti dia tukar topik...mata pandang lain, tak tentu arah. Kadang-kadang orang kata tanda-tanda tu, kiranya dia suka laa Naz sebanarnya kan? Perempuan kan literally inverted dengan lelaki. Perempuan suka bagi respon yang indirect, contradiction. Atau memang Min anti dengan Naz. Diorang ni ada sejarah hitam ke? Tapi tak pernah pula Min cerita dekat Nad atau Nelly pasal tu. She kept her dark secret? Wow...siapa Dhia Yasmin yang penuh misteri ni?


Waktu duduk rehat lepas joging tepi tasik di waktu petang... 
Nad: Min...aku tanya sikit jangan marah ye... 
Min: Apa dia...? 
Nad: Kenapa kau macam benci sangat dengan Naz? No laa...setiap kali kalau keluar ada diorang sekali mesti kau bagi macam-macam alasan. Nak lari dari Naz eh? Korang ada masalah apa-apa ke yang kitorang tak tau? 
Min: Erkk...Naz? Mana ada...aku tak benci dia pun laa..Aku okay je...to me they are fine..no problem. hee~ 
Nad: You lied! <Pegang bahu Min menghadap Nad> Kau tipu kann...tak okay sebenarnya ni..korang macam ada sorokkan sesuatu. Naz pun macam kau, bila kitorang tanya mesti dia cakap tak ada apa-apa masalah but he was better la because he was eagerly to meet you everytime he has the chance. Kau je yang sombong Min.... 
Min: Mana ada sombong....bukan aku tak jumpa diorang langsung. Aku jumpa je kann...cuma sekejap. 
Nad: Yeah right..and lepas tu ada je alasan kau. Min, kitorang boleh la kau 'klentong' dengan 1001 alasan kau tu tapi aku bukan boleh ditipu macam tu je Min. I know there's something wrong some where...I can smell it.... 
Min: Is it? Nampak sangat ke aku tipu bagi alasan tuh? <muka naive> 
Nad: Ya Allah, Min...obvious sangat kot kau nak lari dari Naz tuh. Bila Fiq & Zul je kau okay boleh happy-happy gelak-gelak semua tapi bila Naz ada kau senyap pastu belah...chow seen chee. 
Min: Hurmmm...jujur aku cakap, eh silap..aku mengaku..memang aku nak lari dari dia pun. <tunduk muka sedih> 
Nad: WHAT...????!!! but..but...WHY??

Next few days, masa Min kat pintu masuk di restoran seafood tepi pantai.

"Ehhh....Min..Hye! Buat apa dekat sini?" satu suara menegur Min. 
Min: Oh hye Naz...my boss nak belanja staff dia seafood so that's why I'm here...taaraa...<awkward sebab try jadi friendly> 
Naz: Untunglahh...jadi staff kesayangan boss. Ni mesti selalu kena belanja kann... 
Min: You pula buat apa kat sini?? 
Naz: Dating dengan you laa....ok tipu. I baru lepas makan dengan family, diorang semua dah balik dulu, I settle kan bill tadi. You ni, Min..cepat betul cuak. Relax laa...jangan la blushing. Hehehe 
Min: Arr....ermmm...excuse me, I tertinggal purse dalam kereta. 
Naz: Ouhhh..bahaya tu. I temankan you..gelap kat parking tu you nak jalan sendiri. 
Min: No, thanks..It's okay. I'm big enough...I boleh jalan sendiri, jaga diri sendiri. 
Naz: Defensive...hmm, okayyy. Baik-baik.


Setengah jam kemudian....




Naz: Min...??? Kenapa kat luar ni duduk kat tepi pantai ni sorang-sorang? 
Min: Arghhh...!! Why you again...? Bukan you sepatutnya dah balik ke tadi? 
Naz: And bukan ke you sepatutnya ada kat dalam restoran tu tengah makan, boss you belanja? <ada nada sarkastik plastik di situ> 
Min: Shut up....! 
Naz: I saja lepak mabil angin dulu duduk tepi pantai ni, best malam-malam, langit pun cerah boleh tengok banyak bintang. <duduk atas pasir sebelah Min tanpa dijemput> 
Min: <Mendengus..palingkan diri ke tempat lain> 
Naz: Tak baik tau membelangkan suami........ <suara halus separa berbisik> 
Min: You bukan husband I...so what? 
Naz: Hahaha...Min, you tak nak larikan diri ke....? macam selalu...? You kan suka larikan diri dari I setiap kali jumpa I...tadi tertinggal purse la bagai...mak suruh balik cepat laa..ada meeting laa..kucing sakit laa...kucing pun you tak ada, macam mana tuh?  
Min: Hishhh....sudah laa..... <bangun mengibas-ngibaskan seluar jeans yang dipakai membuang butir-butir halus pasir> 
Naz: Not this time Dhia Yasmin.... <sempat menangkan tangan mulus milik Min lalu direntap duduk> 
Min: Ouchh...you ni kenapa. Tadi suruh I larikan diri. I nak pergi tahan pula. <bengang> 
Naz: We need to talk, Min. Sepatutnya dari dulu lagi...since the first time we met after holiday hari tu. 
Min: <diam seribu bahasa cuba menjadi tenang, cuba jadi tabah, pandangan kini tertumpu pada ombak-ombak yang datang menghempas pantai> 
Naz: I dah lama perhatikan apa you buat ni. Kenapa you tak boleh buat biasa je..kenapa nak lari-lari dari I? Kesian dekat Nad..Nelly, Zul & Fiq..Diorang tak tau apa-apa pun pasal apa yang jadi dekat kita suatu masa dulu. It is obvious you know.... 
Min: Hahh..yes...I know and I realize that.... <macam robot bercakap> 
Naz: Then? kenapa you masih teruskan? May be it's okay untuk I tapi bukan kawan-kawan kita. You tau tak niat diorang temukan kita dekat R&R dulu tu sebenarnya sebab nak jodohkan you dengan I? Niat diorang baik...kalau pun you memang tolak I mentah-mentah but please don't make them dissapointed like this. You tak suka or tak nak pun cakap la terus terang..tak ada la diorang susah-susah arrange semua benda tu nak bagi kita jumpa. I tak salahkan diorang atau you...I pun silap...I shouldn't keep it on and on when I already realize you really put me away from your life..may be....bla bla bla....


Naz membebel sendiri, bukan Min tidak mendengar walaupun beliau khusyuk mendongak memandang bulan dan bintang di langit yang berkelipan di dada langit dalam kegelapan malam tu. Otaknya ligat berfikir, memproses semua bait-bait kata Naz lalu diintegrasikan dengan kesedaran hati, perasaan, logik dan realistik. Dang!!!


Naz: You lari jauh macam mana pun dari I...kalau Allah tu memang dah tulis jodoh I dengan you, you tetap akan jumpa........... <????>


Belum sempat menghabiskan ayat...sebelah bahu Naz terasa berat dalam suasana malam yang ditemani cahaya bulan, tidak jauh cahaya dari restoran berhamipan dapat dilihat juga


Min: Bulan dan bintang tak dapat dipisahkan. Hilang seri bulan tanpa kerlipan bintang...namun bintang setia menunggu kemunculan bulan di dada langit. Matahari memberikan kuasa cahayanya untuk bulan bersinar menemui bintangnya. Tanpa siang tiada malam maka tiada bulan dan bintang. Nad, Nelly, Fiq & Zul adalah matahari yang memberikan sinarannya, you ibarat bintang yang setia tu....I adalah bulan yang kadang-kadang hilang bila tiba fasa ia berpusing tersorok dari cahaya pantulan sang matahari. Tapi I yang lari dari matahari tu sekarang..... 
Naz: <Gulppp....bermadah pula...siap lentok lagi minah ni..hmm, layan je laa kejap..romantik juga camni...keh3> 
Min: I'm sorry Naz....I salah selama ni sebab I lari dari takdir yang dah tertulis...that actually I can't deny it that I still love you...sangat susah untuk I buat semua tu sebenarnya...hakikatnya I yang sakit... 
Naz: Tu la you suka sangat pendam perasaan....cuba cakap awal-awal ou sayang I lagi..tak payah laa you training jogging hari-hari nak larikan diri dari I macam lari pecut Olimpik tu....Hehehe 
Min: Demmmmm...mana you tau I jogging hari-hari nih? <dah tak lentok dah..jadi segar duduk tegak> 
Naz: You kot....macam I tak tau...ada masalah je tiba-tiba rajin pergi jogging. 
Min: Homaiii...stalker...! 
Naz: Shhhh...janganlah jerit...nanti orang ingat I nak apa-apa kan you pula kat sini...Hee~~ Min.....kita baik balik macam dulu ehh...I mean we get back together? We both know that we still love each other...this time I yakin, you are the one Allah created for me...kalau you sudi, by end of this month juga, I masuk meminang you... 
Min: hahhh...? tak dengar laa..kurang jelas...noch einmal bitte? 
Naz: Alaa...you ni tak kan nak suruh I jerit cam orang gila tepi pantai malam-malam macam ni.... 
Min: Why not.....haha 
Naz: Hahh..tu dengar pula! Ok I consider it as a YES! <senyum sampai tak cukup telinga>


1 bulan kemudian...


Nad: Sampai hati kau Min.....langsung tak cerita pun kat kitorang :( 
Nelly: Ha'ah laa...dalam diam je..rupa-rupanya sebelum ni dah pernah couple dengan Naz..kalau tau, tak ada laa kitorang match kan korang berdua dulu... 
Nad: Alaa..Nelly, jangan la cakap macam tu..aku yang rasa bersalah pula sebab aku yang mastermind. Alamak..kantoi plak...<gigit bibir bawah, muka kesal> 
Min: Ouhh..kau la ketua segala 'Misi Telangkai' yang entah apa-apa nih eh? Kejam! 
Nad: Mana nak tau kau pernah dengan dia..kalau tau aku match kan dengan orang lain....eleh, kejam-kejam aku..orang tu nak kahwin juga haa lepas penat main kejar-kejar lari-lari semua. 
Min: Amboi..... <buat muka masam> 
Nelly: Okay...okayyy...sudah..pengantin tak elok masam-masam muka macam ni. Kejap lagi nak nikah dah...senyum sikit aku nak touch up blusher kau ni, Min. 
Min: Hehehe...alaa, aku gurau je..anyway, <pegang tangan Nad & Nelly> thanks sebab jadi matahari aku! Thanks dekat Fiq & Zul juga...Nad..Nelly..aku sayang korang! <bangun memeluk kedua-dua rakannya...happy!> 
Nad & Nelly: Matahari.....????? Hahahaha! Apa-apa je laa..sayang kau juga, selamat pengantin baru! :D
Ok this is random sbb Irma Hasmie baru kawen kann...woohoo!

THE END




Oppss....belum habis lagi...ni bukan THE END untuk seluruh 'LoVeSt'. It is the end untuk scene 16, which is for this story only. Hahhh..semput jap menaip one shot terus habiskan cerita and ayat. Idea dah ada lama sebenarnya tapi tersimpan berhabuk so penat juga la nak recall balik cerita ni. Bukan Min je yang penat lari dari Naz, bukan Naz je yang penat kejar Min. Main kejar-kejar pula 'LoVeSt' kali ni. Hahaha. 


Al kisahnya, hidup ni kita tak boleh lari dari masalah, makin kita lari, masalah tu tetap kejar kita. Melarikan diri dari masalah bukan jalan penyelesaiannya. Confront masalah tu..baik buruk tu belakang cerita. Yang penting kena berani hadapi rintangan yang datang, jangan jadi macam Min dalam cerita ni. Act cool bila ada masalah (macam Naz), tak semestinya kena tunjuk ekespresi bermasalah tu pamer kat awam. Orang pun bukan suka sangat tengok ekspresi macam tu. 


Kita kena pandai control perasaan dan emosi kita dalam apa jua keadaan, kena pandai adapt dengan sekiling.Yes..we go on with the flow but please don't loose your own special characteristic that Allah have created for us. Limited edition okayyy..so proud to be yourself. Pengajaran lain? Pandai-pandailah fikir apa yang tersurat tersirat, semua lulus paper BM masa SPM kan? Hidup ni pun kena sentiasa KBKK (kemahiran berfikir secara kreatif & kritis). Orait...see you then in next part of 'LoVeSt'!


p/s: credits to my new baby cousin yg bru nk msuk 4bln cz pinjam nme die, Dhia Yasmin...hehehhee

1 comment:

badutz metalz said...

keep writing,hehe~