CC's Customer

Friday, August 19

Truth | Cinta Itu Membunuhku

Oops! First of all ni bukan pasal lagu D'Masive yang tajuk dia sama dengan tajuk entry ni. This is a different story of it. Ini cerita cinta seseorang yang pahit barangkali, aku pun tak sure orang ni kena dumb or memang ditinggalkan sebab orang ketiga. This is a true story shared from one of my friend. Well..aku memang selalu jadi tempat aduan dan konsultasi masalah hati perasaan ni. Hey...aku bukan Dr. Love ye..but yes a good friend always there to listen for their friends. Yang tahu detail story it's between us only ok. This true story is not 100% reveal till the end. Cukuplah part of it untuk kongsi dengan korang :)

Dua tahun lepas, Dee (gadis 19 thn, bukan nama sebenar) telah berkenalan dengan Jay (lelaki, 19 thn bukan nama sebenar juga) melalui satu night out dengan classmate Dee, Ella. Jay merupakan kawan baik bf kepada Ella. Night out tersebut adalah kerahsian Dee, jay dan Ella. Motif night out untuk cari hadiah hari jadi bf Ella ni. Dari perjumpaan kali pertama Dee dan Jay terus berhubung, terus juga mengatur pertemuan kedua mereka. Ella menjadi orang tengah dan menyokong kedua-dua pihak. Jay bukan budak kolej Ella dan Dee. Desription serba sedikit pasal Dee, normal girl tak ada laa cun sangat sampai jadi hot stuff kat kolej dia. Dee ni humble je orangnya. Before that pernah gak beberapa kali dia try couple tak menjadi pun. Then yang mamat nama Jay ni pula anak orang berada, kereta pun kakak sponsored. Plat number tak payah cakap laa sekali tengok pun tau tu kereta orang kaya (korang fahamkan maksud aku?). Biasalah anak orang kaya ni tak sewajibnya dilahirkan hensem gler bab%, Jay ni pun menurut cerita Dee tak hensem sangat. Tapi sebab dia kaya kot so bajet macam hensem sangat.

Orait get back to story, pertemuan kedua Dee dan Jay tak menghampakan malah membahagiakan bila dorang keluar berdua je. Dah keluar berdua mestilah kita panggil dating kan...? Pandailah korang ni bab-bab macam ni...hahaha. What to say, Dee bagitahu aku, dia pun tak aspect yang first date dia dengan Jay tengok movie pun dah couple seat. Sebab before this kalau dia keluar lepak dengan kawan-kawan lelaki lain pun dorang tengok movie berdua pun seat biasa je. Secoand day out and first date dengan Jay, Dee tak rasa pun Jay ni pendiam or pemalu seperti yang didakwa-dakwi oleh Ella. Pada mata Dee, jay ni okay laa tak ada laa boring sangat orangnya. baik pun baik Dee cakap. Habis lepas balik dating tu, Dee asyik kena sakat dengan Ella dan kawan-kawan lain.

Gambar hiasan (Taken from: Google)
Seminggu lepas first date tu, Jay bagitahu Dee yang dia suka dekat Dee dan Jay nak dorang jadi couple. Seriously, Dee terkejut gler masa tu. Yelaa...she don't even expect to be that soon. baru sekali dorang keluar dating then after 1week dah ajak couple, betul ke tak otak mamat nama Jay ni. Dee pun tanya-tnya laa pendapat awan-kawan dia termasuk aku masa tu. Aku pun tak tahu nak cakap apa sebab aku sendiri tak ada experience sangat dalam hal macam ni. Aku just nasihat dia, buat keputusan yang terbaik untuk diri sendir, kalau suka dan yakin aku suruh Dee go on je dengan relationship tu. Aku yang dengar khabar tu pun ragu-ragu juga dengan member seorang ni. Betul ke secepat tu hati orang boleh berubah? 1 week of duration time to ask someone be your gf/bf macam kelam kabut je, macam ada sesuatu yang tak kena tapi aku diam je tak ada laa cakap kat Dee masa tu.


Seperti yang aku jangkakan, Dee pun couple dengan Jay ni. They are happy couple for what I know from Dee that time. Hari-hari Dee dengan Jay message and calling. Bahagiakan saat orang baru-baru bercinta-cintun ni, semuanya indah, semuanya cantik, semuanya wangi. Air liur basi meleleh tepi bibir baru bangun tidur dengan mata sepet penuh tahi mata pun korang kata comel. Tak tahu laa aku kalau lepas tu masing-masing muntah tengok muka macam tu. Hahaha. Lepas sebulan couple, Jay dengan Dee pun keluar dating untuk kali kedua. Konon macam celebrate 1month anniversary laa nih....hahaha..biarlah orang aku tumpang happy je dengar. Dee dengan Jay ni rumah bukan dekat-dekat dalam satu kawasan so not all the time dorang dapat peluang nak dating macam ni. Ok we leave the dating scene sebab aku pun tak nak tahu apa dua ekor merpati sejoli ni buat time dating.

Taken from. Favim.com
Lebih kurang seminggu lepas second date, masa tu dah cuti semester. Jay pergi holiday temankan kakak dia pergi Hong Kong. Apa yang ada dekat Hong Kong? Korang agak-agak apa yang best kat sana? Yer..yer...aku dengar korang bagi jawapan tuh..apa dia? tak dengar laa...kuat sikit...! Hong Kong Disneyland? Ya..BETUL! Jay pergi jalan-jalan kat sana dengan kakak dia and dah janji ni dengan Dee nak belikan souvenir untuk gf tersayang dia , Dee. Walaupun before fly tu, Dee tak cakap pun dia nak apa-apa dari Hong Kong. Orang kalau bercinta mestilah akan ingat kat pasangan dia even pergi mana-mana kan. Mesti ingat nak bagi something dari tempat yang dorang pergi tu. Sama laa macam Jay ni juga as normal guy aku kira. Cakap dekat Dee nak pergi seminggu je tapi tak sampai seminggu dah balik Malaysia.


Exactly, sampai je rumah dari KLIA, Jay terus rembat handphone dia call Dee, cakap dah balik. Dee pun sibuk-sibuk laa tanya pasal Hong Kong, Disneyland, food and environment kat sana semua macam mana. Normal laa kan kalau kita tanya benda-benda macam tu kat orang? Bagi aku itu normal untuk bertanya pengalaman orang kat negara lain. Sebab tak semua orang bertuah macam Jay yang boleh all around the world dengan duit mak bapak dan kakak abang dia je. Tapi kesian dekat Dee, dia cerita kat aku yang Jay tak berapa nak share cerita-cerita dekat Hong Kong tu, dengan gf sendiri pun susah nak cerita. Tak pasal jadi   pergaduhan kecil pula antara Dee dengan Jay masa tu. Isunya Jay berat sangat mulut nak sahre cerita dengan Dee ni. Lepas gaudh mana-mana couple pun akan perang dingin 2-3jam or may be 2-3 hari juga.


Dee tak putus asa dan buangkan ego dia, Dee tak tahu salah siapa sampai dia dengan Jay gaduh sebab benda simple macam tu. Pagi-pagi buta tu juga, Dee hantar text dekat Jay minta maaf. Macam-macam gaya message Dee bagi kat Jay as to say sorry. Fine, Jay accepted her appology. Dee pun lega laa bila dah macam tu so Dee pun agak carefull bila cakap dengan Jay lepas insiden tu sebab tak nak Jay sentap lagi and gaduh macam malam tu. However, thing was different after that. Bebehari lepas dah minta maaf, Jay dah tak message or call Dee lagi. Terus senyap tanpa berita, Dee jadi risau. Dee ingat Jay masih marahkan dia, Dee pun confuse Jay ni marah atau masih sentap, so Dee pun biarkan saja dulu. Biar Jay sejuk sendiri. Dee mengadu kat aku, dia sedih bila Jay buat macam tu, seolah-olah dia dah buat kesalahan besar kat Jay. Sekali lagi, Dee put her ego's away, dia gagahkan diri juga hantar message dekat Jay lepas few call from her Jay tak jawab.

Taken from: Favim.com
Lucky, jay reply text dari Dee. Dee tanya Jay, marah lagi ke? Jay balas, tak. Dee lega laa tapi still Dee tahu there's something wronged with his bf sebab jarang sangat Jay balas message pendek macam tu. Just a "tak" membuatkan Dee tambah sedih, geram dan risau. Second text from Jay pula, Dee terus keluar dari folder inbox handphone dia and matikan handphone terus, tak balas dah text dari Jay. Dee menangis sepuas-puasnya. mana tak nangis, tak ada angin tak ada ribut, gaduh sikit pasal hal ciput macam tu Jay terus berubah hati. Nak tahu apa Jay tulis dalam second text tu? Dia cakap kat Dee, that may be they should be friend only. Not more than this kind of relationship. Mana tak patah hati Dee lepas baca ayat tu. The next day, Dee memang mengomel dekat telinga aku mangadu pasal hal ni. Dia sedih gler bila Jay buat macam tu kat dia. 


Hati siapa tak sedih bila break up dengan couple masing-masing tanpa sebab yang konkrit macam ni. Aku pun rasa tak logik mamat nama Jay tu tiba-tiba nak break up macam tu. Senang-senang dia je couple, sekali jumpa suka terus ajak dating, seminggu lepas dating ajak couple, lepas sebulan lebih couple nak break up pula. What the heck mann..?! Kau ingat kawan aku ni apa? Barbie doll? Bola? Boleh sepak suka-suka hati je..boleh campak tepi je bila dah bosan main. Bila Dee tanya kenapa suddenly nak break, senang ja mamat tu jawan sebab tiba-tiba tak ada rasa cinta dekat Dee dah. Hamboi. Kalau Jay tu kawan aku, dah lama aku sound dia depan-depan je. Senangnya kau nak bercinta ye macam pakai handphone, bila suka 1model tu berkejar-kejar pergi beli dan terus pakai, bila dah bosan ada model baru lebih canggih kau campak je phone lama tu tak pun trade in kat kedai ehh....Last-last that souvenir yang Jay beli untuk Dee pun entah ke mana entah. Hurmmm...

Taken from: Favim.com
Apa yang menariknya, lepas buka sem, Dee dapat 'menghidu' something pasal Jay ni lepas dah break up. Ohh..you boy been caught up already by your ex-gf! Cool....! Dee dapat tahu Jay dah couple dengan orang lain. See..few weeks lepas break up dengan Dee, Jay dah couple dengan orang lain. Senang bukan untuk Jay cari pengganti. The worst part is, the new gf 1kampus dengan Dee. Derhh..macam tak ada budak universiti lain. Yang satu lubok dengan Dee juga kau cari ye Jay. Tambah tragis bila that new gf is ex-roomate Ella semester before tu. Keciknya dunia. Bila Dee tanya Ella tahu apa-apa tak pasal isu ni. Ella nafikan dia tak tahu apa-apa. Isn;t it weird macam mana ex-roomate Ella boleh couple dengan Jay, walhal dorang tak pernah jumpa pun sebelum-sebelum tu. Surely kalau aku dekat tempat Dee pun aku fikir ada konspirasi sebalik dorang ni. Dari siapa lagi ex-roomate Ella tu nak dapat number Jay.


Bertambah Dee menyampah dan meluat bila that new gf tak sudah-sudah suruh Ella kirim salam dekat Dee. Ella dengan Dee kan classmate sure laa hari-hari jumpa kan....Pagi baru kirim salam nanti tengah hari habis kelas, kirim salam dekat Dee lagi. kalau korang bengang tak dengan perempuan macam ni? Motif sangat asyik nak kirim salam dekat Dee. Ada satu hari tu Dee dah tak boleh nak sabar dah bengang sangat dengan sikap annoying perempuan tu, Dee suruh Ella sampaikan pesan dekat that girl to kirim salam face to face dengan Dee. Confront je laa kan depan-depan kalau nak sangat cakap asyik kirim salam je. Dee pun perasan bila nampak perempuan tu kat mana-mana dalam area kampus, perempuan tu akan buat-buat tak nampak Dee and jauhkan diri. Erkk..takut ke apa perempuan ni lepas dah ambil bf orang?


Bukan Dee seorang, few of my other friends pun pernah alami kes yang sama, kes main kirim-kirim salam ni. Selalunya antara perempuan tu laa. Aku pun tak faham apa motif perempuan macam ni, nak show off ke that guy was your's? Hey...remember, love don't always belong to us. It might be someone's else out there. Nasib laa kawan-kawan aku ni jenis yang cool je semua, bukan jenis suka serang menyerang sebarangan. Korang ingat cool sangat ke play the game like that? Kirim salam kat opponent side as if tengah berebut jantan seorang tu. Serang-serang apa semua ni. Korang ni lelaki dalam dunia bukan ada satu. Kena ingat juga what goes around comes around. Tak mustahil satu hari nanti apa yang korang buat tu kena kat batang hidung korang balik. Masa tu hidung tak mancung, pipi pun tak mampu nak tolong sorong tauuu....Huuu~

Sekarang ni Dee masih single and she just focus on her study. Sebagai sahabat aku mampu support dia je, tak kan aku nak carikan bf untuk dia pula kan? Her love life let herself make the decision. Jay pula, aku dengar cerita dari sumber-sumber tertentu masih get together dengan that girl yang menjengkelkan. euww...euww...perempuan show off! You just making others annyed and pissed off with your attitude. Tak tahu laa apa yang Jay berkenan sangat dan bertahan relationship sorang sampai sekarang. It's ok Dee, keep it strong, girl :) One day, they must be one perfect guy just nice for you. Trust me :)


Taken from: Favim.com

7 comments:

J-Are said...

kesimpulannye, ella bukan kawan yg baik.. aku benci kes kawan makan kawan ni... dem.

NuryBella said...

kann....aku pn xtau laa cmne pmpuan tu leh knl dgn Jay..for sure ella kn sape lg nk temukn dorg..xkn Dee sndri..

J-Are said...

sengal gler, pastu buat2 tak taw. yg tak bleh blah, men2 kirim salam.klu aku kirim penampo, baru best. .

NuryBella said...

hahaha..tu laa die pmpuan..ble da dpt org pnye..even x dpt pn klu die rse tu pesaing die mula r men kirim2 salam...aku pn xfhm pesal ade yg cmtu..no need kot bnde tuh..haha

Mr.NS said...

erm hal pompuan...laki2 cam gua xelok masuk cmpur...kehkeh

LemonSusu Skyjuice said...

kuang asam jawe punye laki..kalau aku, aku bagi enampor bertubi2..cess..tell your friend, bnyak lagi insan2 ygbaik kat luar..Allah sentiasamnjanjikan yg terbaik tuk hambanya..:)

Read tgis : Cara nak mereject orang

NuryBella said...

Mr.NS - hahaha..tlg alert kn lelaki2 t luar tuh..jgn mudah n confident sgt nk bcinta ske2 hati..

LemonSusu - Sabar...sabar...ade hr nnt mst die dpt balasan...yep2, Allah sentiasa berikan yg terbaik :)