CC's Customer

Thursday, August 18

Ramadhan | Kenangan Puasa vol.3


Previously in Ramadhan | Kenangan Puasa, aku cakap pasal kenangan puasa zaman budak hingusan then we walk through the memory lane of senior year at hostel kenang puasa berbeza-beza dalam ranking umur yang berbeza. [Kindly refer this Vol.1 and Vol.2]

Taken from: KMK FB Group
Berbeza pula masa kat matrik, so dari rumah ke KL, dari KL ke Changlun Kedah. Mangaiiii....jauhnya, nak balik weekend buka puasa kat rumah pun no way! Hari pertama puasa dekat matrik, roommate aku semua balik, balik rumah balik kampung. Tinggal aku seorang dalam bilik untuk 4 orang tu. Hari pertama Ramadhan, aku sahur sorang-sorang, malam pertama tu rajin laa pergi terawih sebab ada member ajak, lepas tu? Lesap dah aku...jahat juga aku ni kan. Ya Allah, degilnya saya. Nasib baik, jiran depan bilik aku semua ada, one of them memang rapat dengan budak bilik aku. Anyway, she’s here with us at engineering of UiTM. Aku minta dia temankan aku kat bilik. First weekend dalam Ramadhan aku ditemani oleh beliau, terima kasih cik Marlisa Azmi. Puasa dekat matrik, walaupun jauh dari family,tetap yang terbaikkk!

Mana tak nya, dalam matrik ada buka bazaar Ramadhan, murah giler makanan, sedap-sedap pula tuh. Memang puas hati makan. Nasi Tomato, Char Kuay Pak Tunku, Donat, Puding Caramel Cafe C, Murtabak, Roti John etc. Setiap petang, semua pun jalan kaki merentasi padang astaka. Track balapan dah macam track kitorang yang pergi balik dari bazaar tu. Tengah-tengah padang, geng classmate aku main rugby. Tak kira puasa ke tak, rugby tetap rugby. Yang pakai kain pelekat pun sempat nak semak main rugby, makanan letak tepi tiang gol. Besides that, kebanyakan kelas buat jamuan buka puasa, tak ketinggalan kelas aku. Kitorang siap kutip duit, order makanan kat cafe. Hari berkenaan kitorang satu kelas buka puasa ramai-ramai. Meriah!

Few days before jamuan buka puasa tu, kitorang pakat-pakat kumpul duit tempah menu kat cafe C. Lepas habis lab kimia, kitoran brainstorm kat meja lab juga nak buka puasa makan apa...here comes the menu, ayam goreng wajib! Siap seorang classmate aku ni dah chop awal-awal nak bahagina peha sebab dia tak makan bahagian ayam yang lain. Merepek ada yang nak sayur kailan goreng dengan belacan laa...nak tepung goreng laa...On the evening of jamuan buka puasa, semua turn up datang kat cafe berbuka sama-sama. Memang best waktu tu. 

Our F2T2 Buka Puasa @ Cafe C, 2007
Kat dalam matrik kitorang ada masjid, budak-budak masjid pun tak ketinggalan dengan pihak pengurusan kolej buat majlis buka puasa kat masjid hari-hari bergilir-gilir dengan setiap level dan blok kolej kediaman. Dorang masak bubur lambuk ramai-ramai. Bila weekend, aku pun keluar juga dengan member aku pergi bazaar kat pekan Changlun. Boleh tahan gak food dekat sana, sedap sedap sedap! Murah pula tuh..memang untung laa duk sana. Last day buka puasa dekat Changlun is night when kitorang semua dah nak cuti balik beraya. Petang tu aku dengan Lin (classmate merangkap geng balik KL sama-sama), pakat buka puasa dekat luar sebab cafe and bazaar kat dalam matrik dah tak meniaga hari tu. Kitorang berbuka dekat surau C-mart je dulu dengan air dan roti sikit. Lepas solat maghrib tu baru laa kitorang pergi makan kat kedai makan luar C-mart. Sementara nak menunggu bas untuk balik kampung masing-masing sampai antara pukul 10-11 malam, mostly kitorang akan melepak kat area stesen bas Changlun, also deretan kedai depan stesen bas tuh.

Waktu kat matrik tu musim balik kampung raya memang terasa macam perantau nak balik kampung. NIkmat betul...! Perjalanan dalam bas waktu malam memang sunyi, bas pun laju je pacik bas bawa. Pukul 10.30 or 11 malam dari Changlun bertolak, around 4.30-5.00 pagi dah sampai Hentian Bas Jalan Duta KL. Sepanjang perjalanan dalam bas tu, Lin laa peneman aku. Boleh dikatakan satu bas tu penuh dengan budak-budak KMK nak balik raya kat rumah.

KMK dah berubah wajah!
Taken from
http://mukmin32.blogspot.com
First semester dekat UiTM, aku selalu buka puasa dengan roommate aku, especially yang tiga orang WANIE ni. Kenapa 3 Wanie? Sebab nama diorang, Wanisya, WanieS and Wanie G. Kitorang je tahu S dengan G tu stand for what. Selain cafe dekat kolej, dekat DC pun ada bazaar. Kebiasaannya, kitorang akan round bazaar tu untuk beli juadah berbuka. Serious Wanie G ni tamak sikit, semua dia nak beli, last-last tak habis pun dia makan, alas an dah kenyang, tak larat. Nanti dia pun kena bebel dengan kitorang. Nak jimat punya pasal, aku dengan WanieS decide beli cordial je buat air sendiri untuk buka, so just kena beli ais sahaja petang tu. Masih situasi yang sama, aku minum susu or milo panas dengan roti or biskut je untuk sahur. But WanieS akan pergi beli nasi kat cafe kolej yang dibuka sampai 3 pagi kalau tak silap.

Orait till here then...nanti aku sambung balik cerita kenangan berpuasa masa dekat UiTM.
Damn..just this is my final year kat UiTM tapi cuti sem pula,
tak dapat merasakan nikmat puasa kat UiTM
untuk kali terakhirnya as srudent kat situ,
Rindu.....! Hehehehe :)

No comments: