CC's Customer

Monday, August 8

Ramadhan | Kenangan Puasa vol.2

Previously (Klik SINI) itu cerita zaman sekolah rendah, zaman baru kenal apa tu puasa. Bila dah sekolah menengah, aku kena duk asrama. Nasib baik masa form1 sampai form3 dapat puasa kat rumah je, kan cuti hujung tahun masa tu. But yang form3 tu agak tak aci sebenarnya, sebab lepas pulangkan buku SPBT after PMR, aku terus balik rumah holiday sakan lebih dari orang lain. Sampai cikgu BM aku, Datin Aslindawati hantar kad raya kat aku. Ingat lagi antara ucapan dia dalam kad raya family dia,
Kenapa balik awal? Tak sempat nak jumpa
Perhhh, sedikit sebanyak rasa bersalah juga laa. Sentap jap...Hehehe

Kiri: Hari Anugerah Cemerlang Yayasan Selangor @ Grand Blue Wave | 25.06.05
Kanan: Majlis Jamuan Hari Raya ATPN | 11.11.06
Start form4, beberapa minggu puasa dijalankan di asrama, masih dalam hari persekolahan. Itulah kali pertama aku puasa dekat asrama, jauh dari family. Sedih tau bila bangun sahur pagi-pagi, beratur kat dewan makan asrama dengan baju tidur masing-masing, muka sememeh baru bangun tidur nak sahur. Makan bukan sedap mana pun, bayangkanlah pagi-pagi sahur makan nasi panas dengan lauk yang ringkas je. Aku ni dah laa jenis tak reti sangat nak makan nasi campur, dah terbiasa dari kecik makan benda-benda berasaskan gandum. Disebabkan aku tak selera sangat nak sahur kat dewan makan, mak bekalkan aku dengan susu tepung, jadinya aku just bangun pagi tu ambil air panas kat water cooler then minum susu je dengan biskut or roti.

Tahan je aku puasa sampai buka puasa, bila buka puasa ni yang meriah. Dekat-dekat pukul 7pm, mula laa dewan makan tu kena serang, budak-budak mula ambil makanan untuk buka puasa. Masing-masing ambil port kat meja makan, Kadang-kadang dah cop tempat, tinggalkan makanan, orangnya hilang ke kantin sebelah bawah beli kuih dan air yang lebih sedap. Ada masanya, pegawai atasan asrama akan dating melawat kitorang dan buka puasa bersama. Bila ada orang atasan, kitorang pun kena laa behave sikit time buka puasa, bukan apa takut kantoi kalau ada apa-apa yang tak kena. Biasalah remaja, tak best kalau duk asrama tapi tak pernah buat jenayah. Kes seludup handphone dalam asrama laa biasanya. Siapa pernah duk asrama mesti ada pengalaman buat kerja-kerja menyeludup barang haram ni. Mostly budak-budak form4 and form5 masa batch aku, kitorang dah mula ada yang bawa handphone. Cara-cara penyeludupan? Ada laa....hahaha

Bila solat terawih, selalunya kitorang akan berjemaah kat surau sendiri je. Ustazah jadi imam, kadang-kadang kakak senior yang bergilir jadi imam terawih. Memang best waktu tu dapat berjemaah ramai-ramai dengan kawan-kawan. Ada masa tu, ustazah uzur kea pa-apa, kitorang yang student perempuan ni akan pergi kat surau asrama lelaki jemaah dengan dorang. Yes..gelap-gelap dengan telekung putih masing-masing berjalan berlegar merentas padang bola yang memisahkan asrama perempuan dengan asrama lelaki. Kenapa ada dua surau? Sebenarnya, asrama kitorang ni dua asrama berbeza di bawah naungan yang sama. Cuma dibezakan dengan nama asrama dan sekolah-sekolah. Jadinya, asrama lelaki bersaing hebatlah dengan asrama perempuan, tapi padang dengan library kitorang share je kemudahan tu. Ada program besar, kitorang combind je.

Kategori gambar masuk muzium daa.....seb baek junior ade smpan lg gmbr ktorg ni
Muka masing-masing selekeh low profile lagi nih...buwok glerrr! ngeh3
Ramadhan masa form5 the best! Mana tak-nya, zaman super senior aku kot tahun tu. Form 5 kat asrama aku ada 19 orang je. Memang kitorang rapat. Ingat lagi masa tu, ustazah keluarkan senarai nama untuk giliran jadi imam dengan bilal untuk terawih, lepas tu setiap petang sebelum Asar akan ada tadarus Al-Quran berkumpulan. Rajin tak rajin juga laa aku masuk surau join benda tu kan.Honestly, aku ni bukanlah tau sangat pasal hal-hal agama ni, setakat jadi imam untuk solat yang 5 waktu tu insyaAllah boleh laa tapi kalau untuk yang special macam terawih ni aku surrender awal-awal. Aku tak mampu untuk ke tahap tu, bukan apa aku sendiri pun bukan betul sangat macam mana nak jadi imam untuk terawih? Apa lagi aku pujuk la kawan aku untuk gantikan aku malam tu, kebetulan aku pun Allah bagi cuti, ABC hari tu, luckily ada kawan yang baik dan tak kisah dengan relanya gantikan tempat aku. Fuhhh. 

Anyway, ada masa aku dengan kawan-kawan pun tuang terawih juga, especially time banyak homework, lepas jemaah Maghrib je cepat-cepat kitorang keluar dari saf lari ke belakang surau tanggalkan telekung semua. Siap-siap belek betulkan tudung terus cabut lari dari pintu belakang surau. Disebabkan tak nak kantoi ustazah yang kat depan Nampak kitorang melintas kat koridor, sanggup kitorang pusing ikut jalan jauh sikit untuk balik ke kelas prep. Pak guard pun tak cakap apa dah, faham sangat kenakalan budak-budak ni.

Selepas habis misi tadarus Al-Quran mesti ada majlis khatam kan? Jadi, misi tadarus AL-Quran yang ustazah aku aturkan ni sebenarnya usaha sama dengan Kelab Rakan Muda. Nak dijaikan cerita, majlis khatam Al-Quran tu diadakan di masjid As-Syakirin KLCC. Lepas solat Asar, semua pelajar form5 diwajibkan pergi, kitorang pun bertolak ke sana dengan bas asrama. Rupa-rupanya, budak-budak asrama lelaki pun pergi juga. Yup, majlis diadakan petang tu sebelum berbuka, kitorang semua berbuka dekat masjid. Haiii..makanan free kot, sedap pula tu, berbuka bersama jemaah-jemaah yang lain. Dari solat Maghrib, Isyak sampailah terawih, kitorang berjemaah dekat masjid tu. Untuk budak asrama, dapat keluar campur dengan orang luar macam tu mestilah agak excited. Besides terawih dekat surau sendiri, surau asrama lelaki, masjid As-Syakirin, sesekali kitorang pergi berjemaah dekat masjid yang tak jauh dari asrama kitorang. Tak ingat masjid tu under kariah Kampung Pandan or Taman Maluri sebab dekat je kitorang boleh jalan kaki kalau tertinggal bas yang pak cik driver hantar.



Ok itu laa panjang lebar kenangan aku berpuasa masa zaman asrama. Banyak lagi sebenarnya cerita-cerita menarik tapi tak apa laa aku simpan sendiri je dulu. Ada masa nanti aku cerita lagi. Kita ni kalau dah bercampur dengan ramai orang, mesti ada banyak pengalaman menarik dalam hidup. Hmm..macam-macam, aku sendiri pun boleh tersenyum sorang-sorang bila terimbau balik kisah lama as budak sekolah. Seronoknya zaman tu dulu........

11 comments:

meor iszwan said...

mana satu noorie??? tak cam la?? hahaha

NuryBella said...

xyah nk cam2 sgt..hahahhaha..buat pengecaman sndri..dh tau mne diam2 sudah..haha

meor iszwan said...

gambar yang atas tak cam.. yg bawah cam jer... haha alaa manisnya dia pakai tudung... :P

NuryBella said...

Hahahaha...senyap laa meor! ni ntah bpe kali zoom r kau tgk gmbr tu kn cri aku...

Wawa Zolkepli said...

auwww..sweet jer korang rapat kan time form 5..aku xdpt rase semua tuh. but aku totally agree kes seludup2 tuh. time form 4 bukak puase senyap2 dlm bilik. hahha. miss those moments kan...neway, slamat berpuasa. =)

NuryBella said...

Zuria: Haa..tu laa die kenangan ny..part yg wt jenayah yg plg berkesan zmn ni..hahaha..."ayam oh ayam"

piouspdosh said...

siyes gambar atas tu i tak perasan mna u..last2 baru dpt wat pengecaman..alahai, sweet nyer..siyes!!!

NuryBella said...

@piouspdosh: mmg sje bg korg susah nk wt pengecaman..lalalalalala~

ainondreamergirl♥ said...

rindu zaman2 mcm neyy :D

honeyda anems~ said...

waahhh....rndu2....jom terawikh same2 jom..haha =P

NuryBella said...

@ainondreamergirl: haa..rindu kan smn2 skolah cmni

@anem: rindu siot..terasa gler nikmat ny puasa mse zmn ni....lengkap terawih sume berjemaah..mkn pn jemaah..wushhh :')