Taken from: www.agendadaily.com |
Kepada bekas-bekas pelajar Yayasan Selangor, apa perasaan korang bila baca tajuk ni? Bila sebut nama Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) dengan Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI), apa yang anda semua akan ingat?
ATPN & ATDI (2008) Taken from: PAYS |
Kawan-kawan, ingat tak hari pertama kita menjejakkan kaki ke asrama ni masa nak masuk form1 dulu? Yang menangis depan mak ayah, adik-berasik sibuk tolong mengangkut baldi, bantal dan beg baju semua. Kali pertama makan dekat dewan makan kena beratur panjang ambil makanan letak dalam tray dengan sepasang baju asrama (yang macam color baju pengawas sekolah tu, biru muda dengan kain/seluar biru tua).
Kita semua akan ke sekolah dengan bas sekolah khas untuk kita, dipandu oleh pak cik-pak cik yang mesra dan baik hati, ada juga yang berjalan kaki je ke sekolah (budak SMK Aminuddin Baki & SMK Jalan Cochrane). Pergi balik sekoalh berjemput. Bilik yang memuatkan 12 orang penghuni dekat setiap aras. Korang ingat lagi tak nombor-nombor bilik yang ada dekat aras 1,2 dan 3? Nama-nama kelas prep kita? Anjung Ilmu yang menjadi port terbaik melepak depan TV bila hujung minggu? Court Badminton yang meriah bila malam minggu disimbahi cahaya lampu kalimantang depan rumah penguasa. Kantin tepi padang yang jual makanan sedap-sedap, tak ketinggalan Auntie Iza & Mak cik Non yang tak pernah merungut layan kerernah kita semua yang nak Mc Egg, Maggi, Kacang panjang dengan telur, ayam goreng dan snek. Saat kita ponteng berjemaah kat surau, semua pakat lari pergi menyorok dekat library ATDI. Padang yang jadi saksi kita bersuka ria main bola tampar, roundess, bola sepak & netball.
Tak kira ATPN atau ATDI, semuanya hanya yang terbaik untuk anak Selangor. St. John Institution, Victoria Institution, Convent Bukit Nanas, Seri Bintang Utara, Methodist Boy School, Sekolah Aminuddin Baki, Sekolah Jalan Cochrane, Assunta, Seri Aman, Bukit Bintang Boy School dan La Salle. Semuanya Top School in Malaysia. Dengar nama saja dah gah, apatah lagi dapat peluang bersekolah dekat situ. "Kami anak bertuah, tunas yayasan gagah" itu sebaris lirik dalam lagu rasmi Yayasan Selangor. Yup, kita memang anak bertuah yang terpilih untuk mengejar impian kami di bandar ini. Tapi bagaimana pula dengan nasib adik-adik kita kelak?
Sebaik sahaja kerajaan pembangkang menjadi peneraju negeri Selangor, sistem pentadbiran Yayasan Selanor juga tidak terkecuali dengan pengambil alihan kuasanya. Kini tiada lagi Hj. Takril Tasuki selaku pengurus besar YayasanSelangor (YS). Kini bertukar wajah baru. Baru beberapa tahun mentadbir YS, macam-macam skandal yang aku dengar. Isu perlantikan pengurus besar baru yang disangsi kredibalitinya, ATPN & ATDI yang asalnya berasingan kini disatukan menjadi Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (AYSKL), majlis sambutan ulang tahun ke-40 YS yang mendapat perhatian media kerana YM Sultan Selangor enggan mencemarduli ke majlis tersebut, pembaziran wang jutaan ringgit dalam kejohanan memancing juga dipertikaikan. Sekarang timbul pula isu merobohkan dua asrama pusat yang suatu masa dulu merupakan rumah kedua kita wahai kawan-kawan.
Sebenarnya isu nak roboh ni dari zaman kita sekolah lagi dah dengar desas-desusnya (around 2004-2006). Tak disangkal Kampung Pandan memang banyak membangun, mengalami perubahan wajah. Pembinaan terowong bawah tanah SMART, perlebaran jalan di belakang asrama kita. Perobohan rumah-rumah kerajaan yang lama. Seakan-akan ATPN dan ATDI agak terpinggir jika dilihat dari Jalan Tun Razak ke Pandan Indah. Pembangunan yang pesat mungkin benar kata admin YS sekarang, ia sudah tidak sesuai. Isu keselamat adik-adik kita perlu dititik beratkan tapi masalah jalan jam bukan satu kekangan serius. Jalan dekat KL memang hari-hari sesak. Selain tu, khabarnya YS bercadang nak bina Kolej Yayasan Selangor di Bestari Jaya, Kuala Selangor pula. Hello......gebang je tak cukup laa kalau tanpa bukti yang kukuh. Aku rasa dari dulu lagi aku dengar cerita nak buat kolej ni tapi sampai sekarang, aku pun nak final year degree dah tapi satu butir habur sebesar zarah pun aku tak nampak. Kalau nak buat betul-betul mesti dah keluar berita kan? Mungkin ada majlis pecah tanah ke..perbincangan dengan kementerian ke...
Sumber: Web site Yayasan Selangor |
Melalui sumber artikel yang aku baca dan setelah menyiasat isu ni dekat page group Alumni YS (PAYS) dekat FB, tahun 2011 ni merupakan tahun akhir kewujudan ATPN dan ATDI, selepas ini semua adik-adik kita (lebih 450 orang pelajar) akan dipindahkan ke asrama YS yang lain. FYI, mostly tinggal asrama luar bandar. Alasannya, sekolah dekat mana-mana sama sahaja. Tetapi TIDAK bagi kita kan kawan-kawan? Siapa yang pernah menghuni ATPN dan ATDI lebih arif akan perbezaannya. Sekolah kitorang lebih bagus dan lebih hebat pencapaian akademiknya. CBN, St John, VI. SAB, Seri Aman contohnya merupakan antara sekolah kluster dalam negara kita. Teknik pengajaran cikgu pun berbeza. Ok, customer mak aku yang tempah baju mostly cikgu kat depan rumah aku ni, aku nampak dengan jelas dan mak pun berpendapat sama dengan aku, sekolah dekat bandar tak sama dengan luar bandar.
Cikgu zaman sekarang mengajar aci ajar je, asalkan cukup bulan dapat gaji. Beza dengan cikgu sekolah kita duly, mengajar dengan penuh dedikasi dan ikhlas, mana tak nya dekat sekolah kita ramai anak VIP (anak Menteri, Dato,Tan Sri, Puan Sri etc), semestinya sekolah di bandar macam sekolah-sekolah kita harus menjaga imej dan kualiti pelajar. One more thing, sekolah dekat bandar ada peluang yang lebih cerah untuk masa depan, misalannya kemasukan ke IPTA ataupun matrikulasi lepas SPM. Boleh dikatakan majoriti daripada kita yang duduk kat ATPN dan ATDI mendapat tempat untuk teruskan pengajian, tiada yang tercicir, sebab kita semua cemerlang. Competition antara pelajar bandar dengan luar bandar sangat berbeza, walaupun sama-sama dapat 10A dalam SPM. Performance budak bandar dengan luar bandar berbeza. Bukankah kualiti yang begitu baik yang diperlukan oleh anak-anak YS untuk membangunkan negeri Selangor ni pada masa akan datang? Kalau admin YS berpendapat mana-mana sekolah, dorang silap sama sekali, bukanlah dorang tu golongan terpelajar juga, hidup pun dah lama tapi kenapa tak dapat nak bezakan kebaikannya? Kurang makan garam mungkin...
Sumber: Web site Yayasan Selangor |
Okay, if admin YS dah nampak tapak ATPN dan ATDI berpotensi untuk dibangunkan seiring dengan pembangunan sekitarnya. Kenapa tak dari dulu siap sedia dengan back up plan? So tak adalah isu nak campak adik-adik kitorang ke sekolahh luar bandar pula. Sepatutnya, perancangan pembinaan Kolej Yayasan Selangor tu dah lama dimulakan, setidak-tidaknya bila sampai tahap macam ni, tak perlu laa adik-adik kitorang tu bersusah payah. Duit yang dihamburkan untuk program yang tak berfaedah dan kerakusan nafsu serakah admin YS yang menyeleweng duit anak Selangor tu seharusnya dibelanjakan pada jalan yang betul, sepatutnya digunakan untuk merealisasikan perancangan itu dan bukannya omong kosong yang macam tin kosong. Please laa kerajaan negeri, isu amanah YS untuk anak-anak Selangor pun nak dipolitikkan ke? Aku tak tahulah makhluk mana yang pangkah pembangkang masa PRU13 ni dulu. Memang bodoh laa korang. Sekarang anak Selangor yang merupakan kaum kerabat korang ni gigit jari dekat tanah sendiri. Amacam? next PRU nak undi siapa? Aku ingat satu ayat senior aku ni kat UiTM, "Jangan gigit balik tangan orang yang suap kita." Korang fikirlah sendiri, patut tak patut anak Selangor diperlakukan macam ni? Mungkinkah nama YS akan pupus lepas ni? Korang nak ke ATPN dengan ATDI lenyap macam tu je?
No comments:
Post a Comment