CC's Customer

Tuesday, May 3

Life Potrait 0305

3 Mei 2011, Selasa  (Mendung)

Semalam dah terlebih tidur duk kat rumah ni, jadi tengah malam tadi agak payah untuk aku lelapkan mata. Natijahnya sangat payah juga aku nak buka mata bangun pagi ni. Seawal 8 am, aku dah bertolak dari rumah ke Shah Alam. Trafik agak sesak juga pagi-pagi ni, hari bekerja kan. Nasib baik rumah bukan dekat KL, kalau tak mesti lagi sesak. Menara 1 Kompleks Kejuruteraan yang menempatkan pejabat am FKM di aras9 menjadi sasaran aku. Macam biasa lif terlampau advance dekat bahagian menara ni lebih lembap dari yang dekat blok lain. Advance? ok sistem lif dekat kompleks kejuruteraan ni semua main button kat luar. Nak pergi level berapa so kena siap-siap tekan dekat luar. Dalam lif tu cuma ada button buka tutup pintu dengan button kecemasan je. Jadi nasib laa siap-siapa yang tak biasa dengan sistem ni. Aku biasa jumpa lif macam ni dekat bangunan kerajaan negeri SUK je.

Sesampai dekat aras9, sebaik saja pintu lif terbuka dan aku melangkah keluar, kebetulan dekan pun keluar dari pejabat dia. Errrkk~ bye Prof! Aku tau dia memang ada dekat fak sebab nampak kereta Mercedes biru dia yang baru ada kat foyer. "Tinggggg!" gatal tangan tekan loceng dekat office tu sebagai tanda, aku perlukan bantuan staff. Seorang perempuan bangun dari cubic beliau. Aku sangkakan Kak Nana sebab tu memang tempat Kak Nana dulu. Tapi yang datang ke kaunter ni bukan Kak Nana, aku pasti ini staff baru. Staff-staff lain yang aku dah biasa jumpa seorang pun aku tak nampak kelibatnya. Pergi jaga exam ke? Dari fakulti aku jalan balik ke kolej, pergi office kolej pula bertanyakan tentang prosedur permohonan kolej untuk intersesi ni. Keadaan dalam office kolej juga lengang. Ke mana je laa semua staff dalam UiTM ni? "Amek borang dekat UKK dulu ye dik." akak Melati jawab dengan mesra. Nasib beik hari ni semua staff yang berurusan dengan aku dalam mode baik hati.


Okay ayah, kita pergi Budisiswa pula. "Erkk~ menara lama" ayah aku ni dah biasa dekat semua bahagian bangunan dalam UiTM. Dulu selalu bawa student masa jadi driver teksi. Maka, aku pun dengan sedaya upaya menapak mendaki tangga dari FBM naik ke Unit Kemudahan Kolej (UKK), Bnagunan Budisiswa. Betul-betul depan office HEP. Hadoi, dah lama rasanya aku tak datang bahagian menara dan Budisiswa ni. Cuaca mendung membuatkan keadaan sekitar menjadi redup sejuk. Haishh, dah la atas bukit. UiTM ni kaya dengan bukit laa. =.=' Urusan dgn UKK tak sampai 5 minit pun. "Ok lepas ni nanti adik pergi dekat fakulti dapatkan pengesahan kat bawah ni, lepas tu hantar balik borang ni dekat sini." ramah je akak ni explain dekat aku. Ulang balik pergi office dekat fak, dalam hati akak tadi "Ishhh,,muka budak ni lagi." AKu pun dengan slumber sua kan borang yang dah lengkap diisi tadi kepada beliau. "Pegawai tak ada laa sekarang ni dik, cuba pergi kat sebelah minta pengesahan dari KP (ketua program) tapi sebelum tu biar akak check dulu student ID adik." Akak tu ambil borang aku pergi check student ID aku dekat PC dia. MEC 522 dicatatkan pada bahagian ats borang berkenaan menggunakan pensel.

Bilik KP dihampiri. Dari tepi aku nampak bilik itu terang, ada wap-wap air dari air cond yang telah mengalami kondensasi (condensation in english tak faham jugak g bukak balik buku sains sekolah dulu!). Seorang lelaki sedang leka membelek dan menulis pada kertas-lertas yang bersepah di atas mejanya. Wajahnya diangkat tatkala aku mengetuk pintu dan masuk memberi salam kepada beliau. "Ehhh? KP baru ke? bukan Dr. J ke sepatutnya?" dalam hati sedikit terkejut bila KP yang didepan aku sekrang ni adalah KP baru. Goshhh~ baru 1sem tinggalkan fakulti, KP pun dah tukar orang baru. Tak banyak cakap, just tanya beberapa soalan, beliau check senarai nama pelajar yang buat intersesi terus borang aku ditandatangan dan disahkan. Terima kasih Encik! (aku tak dapat baca dengan jelas nama beliau, something macam Encik Ahmad Husaini Abdul Hamid kot, nama bapak dia je aku dapat baca dengan jelas. Hehehehe).

Borang dah disahkan aku pun pergi balik mendaki tangga ke UKK semula. Ok settle satu bahagian, tak ada laa settle sangat sebab aku pun belum tau kepututsan permohonan kolej tu lagi untuk intersesi ni, akak tu cakap dalam seminggu ni nanti pihak UKK akan tampal senarai nama depan office tu. Hopefully semuanya berjalan lancar. Aminnn~ Intersesi = settled! yuran pun aku dah bayar tadi. Tinggal kolej ni je. Then, aku pun balik kolej angkat sisa barangan yang masih berbaki dekat bilik, nak clearance hari ni dah buat appoinment pun dekat PIC level blok aku. Once again, aku sapu bersih bilik aku. Pukul 11 abang ni tak juga datang bilik aku untuk pemeriksaan bilik. Aikk~ abang-abang ni pergi minum pagi nak extend sampai lunch ke lupa kerja? "Tak boleh jadi ni, kesian ayah tunggu aku lama dekat bawah even semua barang aku dah hantar kat kereta tadi. Turun je laa pergi kat bilik TV tu pulangkan kunci bilik. Wat bodoh je dengan harapan abang tu malas nak naik check bilik dan lepaskan aku buat clearance."

Obviously this is not my room but something like this laa...room for two.

Pintu bilik aku kunci terus turun bawah pergi bilik TV mencari PIC yang sepatutnya, which is Abang Dzukhairi. Anyway, Melati ni banyak staff lelaki, mostly semua memang abang-abang bujang. Dari aku semester 4 lagi, bilik aku atas bilik rehat dorg so selalu la dengar abang-abang ni bising kat bawah. Know what? Sebaik je aku sampai kat bilik TV tu, abang tu ada je dekat kaunter duduk jaga kaunter clearance dengan akak-akak dan macik-macik Melati yang lain. Sabor je lerr,..kalau aku tunggu juga kat atas tadi memang sampai hujung sem laa dia tak check. "Abang, saya nak buat clearance ni, appoinment pun dah buat hari tu nak clearance hari ni pukul 11 which is sekarang." Abang tu pun gelabah selak buku appoinment, kantoi bang nampak sangat kau tak check appoinment date and time yang aku tulis dalam tu. =.='

"Okay, jom naik atas!" dengan semangatnya abang tu bangun dan meninggalkan kaunter yang dia sibuk duk jaga tu. Kami pun jalan sama-sama ke arah lif untuk naik ke atas. Ciss~ time ni la juga tak ada budak lain nak naik lif, maka tinggal laa aku berdua-duaan dengan abang tu dalam lif sampai laa dekat bilik kayangan aku tu. Depan pintu bilik, aduyaiii..sopannya laa abang ni buka kasut dia, nasib baik kau pakai stoking hitam. Kalau stoking colourful gambar cartoon ke memang bantai gelak laa aku depan dia masa tu. "Boleh masuk ye ni..." erkk~ masuk je laa cik abang oi bukan ada orang pun, roomate aku pun tak ada masa tu. Everything is clean and clear tak ada item unsur 18sx dah semua aku sorokkan bagi pihak roomate aku tu. Sempat lagi nak beramah mesra dengan aku, "Nak balik mana ni?" aku jawab je la sejujurnya. Mesti abang tu pelik, hari tu dalam lif dia tanya aku rumah dekat mana aku jawab lain, hari ni aku jawab lain pula. Alaa..detail alamat rumah semua dah tercatat dalam kad tu bang. Pandai-pandai la bca nak nilai aku tipu ke apa. 


Dah ambil segala kad dan surat akujanji bagai berserta kunci bilik, boleh pula abang ni nak blah macam tu je? "Ehh..abang, bilik ni kena kunci la dulu kawan saya tak clearance lagi." Tu la siap suruh semangat sangat check detail dalam kad clearance aku tu nak sign bagai, nak kunci pintu pun bagi kat aku balik kunci bilik tu. Walau macam mana pun, terima kasih abang terima kasih Melati! Kolej Melati memang patut kekalkan staff-tsaff lelaki yang bujang dan mesra pelajar. Hahahaha..mode gatal dah on. No laa..honestly staff dekat Melati ni baik, senang nak kerjasama dengan dorg :)

  

Gambar hiasan semata-mata, kena work hard baru leh kumpul duit dapatkan bilik macam ni :)

2 comments:

yad'z said...

wahhhh.... like purple!!!! (^_^)

MissyNursy ♥ said...

adeeiii..bilik purple 2 yg xtahan 2!!hee..