CC's Customer

Sunday, May 22

Life Potrait 2205

22 Mei 2011, Ahad (Cerah)


This few days kat rumah, aku memang tak ada mood nak update apa-apa. Mungkin faktor kesihatan mempengaruhi aku kali ni. Jumaat lepas, singgah JJ Bukit Raja macam biasa, mak mesti ikut beli barang dapur semua. Dah nak balik siap bayar semua, sekali hujan lebat daaaaa.....tunggu juga kat dalam sementara hujan ank reda. Lepas dah reda sikit tak lebat sangat baru aku pergi bayar parking ticket, masalahnya kereta yang ayah parking jauh dari laluan berbumbung. So ayah just drive dekat sikit dengan pathway tu but still kena redah hujan tu untuk sampai ke kereta, ditambah pula kena buka booth kereta untuk masukkan barang-barang beli kat supermarket tadi. Mak awal-awal dah buat muka bengang dia dengan ayah, yelah hujan-hujan nak suruh ktorg redah je. Aku memang laa redah je hujan pun tak kisah. Tapi tak sampai setengah jam kena hujan, aku dah mula rasa oening kepala.

Sampai je rumah, aku angkut keluar barang dari kereta semua, terus aku pengsan atas katil sampai maghrib. Teruk kan aku? Lama gila tidur, tak larat dowhh...bajet nak tidur sekejap je. Bangun tidur tu aku rasa memang badan dah panas, hingus mula mencair macam ice berg titanic yang mencair akibat global warming. Hahaha. Jumaat malam, relax tak makan ubat pun. Sabtu, ohh susahnya aku nak buka mata pagi tu, kepala berat, petang-petang pun rasa nak tutup je bola mata yang hangat. Sabtu malam, aku selongkar bekas ubat mak kat dapur, 2 biji panadol aku telan. Pagi Ahad, masih tiada kesan, mukus masih cair dengan kelikatan yang sama macam semalam dan kelmarin. Sekarang pun masih dalam kondisi yang sama, dah makan ubat pun tak ada perubahan. Haishh, harap-harap esok okay sikit laa nak pergi kelas Dr.Low. Aku tengah in mood nak belajar Laplace Transformation, Partial fraction bagai.

Oh ya, semalam (21/5/2011, Sabtu), hari pendaftaran pelajar kemasukan Asasi dan Diploma UiTM. WELCOME new siblings! Welcome to the UiTM family. Untuk UiTM Puncak Alam tahun ni ada tiga kali kemasukan pendaftaran mulai semalam sampai Isnin ni. Intake lebih kurang 4800 orang pelajar. Tahun lepas punya intake 2800 orang. Good luck kepada semua PM-PM yang bertugas kat Puncak Alam. Jangan sakit-sakit, kekalkan kekuatan anda untuk tempuhi kerenah hampir 5000 adik-adik baru ni. Jadi contoh yang terbaik ok depan adik-adik PB! :)

Bawah ni gambar-gambar kenangan jadi PM MDS Asasi 2010 tahun lepas....




Okay, here are links FB group MDS Sesi mei 2011 UiTM Puncak Alam:

Adik-adik yang masuk Puncak Alam tu boleh la join group ni
untuk dapatkan informasi dari abang-abang dan akak-akak PM MDS ni.

No comments: