CC's Customer

Showing posts with label impression. Show all posts
Showing posts with label impression. Show all posts

Tuesday, July 15

Hati Compang Camping

Tak mudah untuk aku jatuh cinta
Tak mudah untuk aku terima cinta
Tak mudah untuk aku lembut hati
Kerana aku pernah disakiti
Namun sekali lagi ia disakiti
Mana mungkin hati aku sekuat dulu

Puas aku jahit dan tampal
Sekeping hati ini
Yang mungkin tak pernah
Penting untuk sesiapa
Bukan aku tak serik
Aku cukup perit
Menahan selautan perasaan
Yang terbeban bercampur
Darah luka semalam

Belum hilang parut di hati
Kini bertambah lagi luka
Mudah untuk kau lepaskan
Membiarkan aku hanyut sendiri
Bersama buih-buih laut ditelan ombak
Tak ku tahu mana silapku
Lantas adilkah aku dihukum begini?

Apa aku tak punya perasaan?
Aku juga wanita yang punya rahim
Aku punya kasih dan sayang
Haruskah perasaan aku dipersia saja?
Luka dalam ibarat ditikam
Menjaht luka ini lebih pedih
Apa kau mengerti?
Sekeping hati compang-camping ini?


Thursday, July 3

Sandwich & Paris [Bab 11 & 12]

Bab sebelum <klik sini>

*        11        *

"AAA, IRIN, I ada hadiah sikit nak bagi dekat you. Ambillah, hadiah kecil je tak seberapa, ikhlas dari I." sebuah kotak kecil berbalut dengan kertas hadiah kilat berwarna merah, siap dengan reben comel berwarna merah juga di atasnya. Kotak hadiah dihulurkan kepada Irin dengan kedua-dua belah tangannya.

holiday gift present box red tape ribbon christmas

          Kotak diambil. Mereka saling bertukar senyuman. Hakim seperti malu-malu, serta-merta kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar, kepala tertunduk ke bawah. Kepala yang tidak gatal digaru pula. Irin memerhati kelakuan pelik Hakim. Dia juga jadi tak keruan. Dibelek-belek kotak hadiah yang sudah bertukar tangan, Irin sendiri tersenyum, tunduk malu. Akhirnya, mereka berdua ketawa serentak. Orang sekeliling di sekitar bandar tersebut tidak menghiraukan mereka.

          "Thanks for this." Irin menunjukkan kotak hadiah sambil mengukir senyuman yang paling manis belum pernah dilihat Hakim.

          "You are most welcome. Erm, jangan buka sekarang. Dah balik nanti baru buka hadiah tu, tahu?" Hakim mengarah. Entah apa yang dihadiahkan dalam kotak kecil yang tak seberapa itu.
          "Oh, okay." Irin mengerutkan dahi apabila mendengar permintaan Hakim itu. "Bukan benda pelik-pelik, kan? Payah pula I nak jawab dengan Imegresen nanti. Hehe." sambungnya sambil memasukkan kotak hadiah ke dalam beg galasnya.

          "No. Just something for you. Tak kan I nak susahkan you pula." Sepanjang pertemuan dengan Hakim di Eropah, dia tidak pernah lekang dengan senyuman, pemurah. Senyumannya itu membuatkan hari-hari yang kelam, redup dan mendung sepanjang keberadaan Irin di sana menjadi cerah.

          "So, you nak balik dah. Tinggallah I dekat sini lagi tiga bulan. You jaga diri baik-baik, okay? Apa-apa hal nanti contact I, I mean kalau you belum fly lagi. Kejap je rasa seminggu you dekat sini, kan?"

          "Hmm, I pun rasa sekejap sangat. Rasa tak nak balik pula, tak puas lagi jalan-jalan dekat sini. Alaa, tiga bulan tu kejap je, pejam celik, pejam celik dah habis nanti dah balik Malaysia. Hakim, terima kasih sebab bawa I jalan-jalan, temankan I, jaga I dekat sini. Really appreciate it walaupun I tahu, Kamal yang minta you jaga I. Thank you so much." Irin mengucapkan penghargaannya.

          "Eh, tak apalah. Kalau Kamal tak suruh pun, I memang akan jaga you. Lagipun, seronok juga sekali-sekala bawa orang Malaysia jalan-jalan. Daripada terperuk je dekat bilik buat research, buat report. Harap you seronok holiday dekat sini dengan adanya I yang penyibuk ni. Jujur, I gembira dapat jumpa you dekat sini.

          Irin hanya tersenyum mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Hakim, hatinya cukup tersentuh dan sangat bahagia di saat itu, walaupun tiada kata-kata cinta, tapi cukup untuk mengetahu Hakim senang dengan kehadirannya.

          Teksi yang dinantikan telah tiba di depan hotel, di mana Irin dan Hakim sedang berdiri menunggu. Pemandu teksi rakyat Jerman itu keluar dari kereta dan membantu Hakim memasukkan luggage ke dalam bonet. Hakim berbual serba sedikit dengan pemandu berkenaan dalam bahasa Jerman. Hakim membuka pintu belakang teksi dengan penuh gaya lelaki budiman untuk Irin, Irin dijemput masuk ke dalam teksi.

          "Well, vielen dank (Terima kasih banyak-banyak)," Irin berdiri di depan Hakim sebelum memasuki perut teksi.

          "Bitte sehr, Freu Irin (Sama-sama, Cik Irin)." Hakim menutupkan pintu teksi berkenaan. Irin membuka tingkap di tepinya.

          "Got to go, now. Good luck on your master. Auf Wiedersehen!" Mereka sempat berjabat tangan buat kali terakhir sebelum Irin bergerak ke lapanga terbang. Hakim hanya mengangguk sambil melepaskan perlahan tangan Irin, "Auf Wiedersehen!"

          Bukan Hakim tidak mahu menghantar Irin hingga ke lapangan terbang tetapi masa tidak membenarkan dirinya berbuat demikian. Temu janji dengan penyelia projek sudah ditetapkan sejak dua minggu lalu, tidak mungkin Hakim boleh tundakan temu janji berkenaan. Hakim hanya mampu menghantaar Irin ke pintu teksi di depan hotel sahaja.

          Sementara di dalam penerbangan pulang ke Malaysia, Irin teringat tentang kotak hadiah yang diberikan Hakim sebelum berangkat tadi. Irin mengeluarkan kotak kecil itu, tali reben ditarik untuk membuka. Balutan kertas hadiah juga dibuka denga berhati-hati. Irin menggoncang-goncang kotak yang sudah dibuka balutannya sebelum membuka, tiada bunyi malahan kotak itu agak ringan. Irin sudah tidak sabar lagi, kotak dibuka, penuh dengan renyukan kertas warna-warni. Renyukan kertas ditarik keluar ke atas ribaannya untuk tidak mengotorkan lantai kapal terbang. Ketika menarik keluar renyukan kertas-kertas itu, keluar sebuah rantai kunci berbentuk Menara Eiffel yang diperbuat daripada gangsa.


          Rantai kunci diangkat, ditenang sambil tersenyum. Senyumannya terhenti tatkala matanya terpandang sebentuk cincin plastik bertatah batu-batu kecil berwarna merah jambu yang turut disertakan dengan rantai kunci tersebut. Irin mengeluarkan cincin plastik itu dari gegelang rantai kunci lalu dia cuba menyarungkan di jari. Cincin plastik yang dipilih Hakim terlalu kecil untuk jari tengah mahupun jari manis milik Irin, muat-muat pada jari kelingking saja. Irin ketawa kecil mengenangkan Hakim yang tidak dapat mengagak saiz jari Irin. Renyukan kertas warna-warni cuba dimasukkan semula ke dalam kotak tetapi niatnya terhenti. Ada satu lipatan kertas di dalam kotak itu dengan tertera tulisan tangan "Irin Nadia".

          "Note apa pula Hakim ni?" Irin tertanya, dia menarik keluar lipatan kertas yang dilipat sekecil-kecilnya untuk dimuatkan ke dalam kotak oleh Hakim. "Tak ada kerja ke lipat kertas kecil-kecil macam ni?" Irin membebel sambil perlahan-lahan membuka satu per satu lipatan kertas itu. Irin membaca nota berkenaan dengan penuh penghayatan walaupun bukanlah surat rasmi dari mahkamah yang rumit untuk difahami. Beberapa baris ayat tulisan tangan lelaki bernama, Hakim yang ditemui dan diluangkan masa bersama selama tujuh hari itu dihayati sambil tersenyum. Baru saja membaca baris ayat pertama, Irin sudah ketawa sambil melihat cincin plastik merah jambu di jari kelingkingnya.  Lalu diteruskan bacaan nota ringkas yang disertakan oleh Hakim itu. Nasib baik tiada penumpang yang duduk di sebelahnya, pasti orang akan menyangka dirinya gila tersenyum seorang membaca nota sambil membelek-belek cincin plastik itu.

Irin Nadia,

First of all, sorry kalau cincin tu tak muat dekat jari you, I tak reti nak agak saiz jari you sangat. Harap you suka hadiah I yang tak seberapa tu, I beli keychain tu masa kita dekat Paris, just something for you to remember about us being together at Eiffel Tower few days ago. Walaupun baru pertama kali bersemuka dengan you tapi I dah cukup selesa dengan you. I tahu selama ni I tak pernah layan you dengan baik, maaf sebab I pernah sakitkan hati you. Bukan apa, I just need my space, I belum cukup bersedia waktu tu. Tapi 7 hari bersama dengan you, Irin Nadia, I cukup yakin kali ni, I tak silap lagi. Betul kata orang, cinta itu buta, walaupun baru kenal you dengan lebih dekat dalam 7 hari ni, I dah betul-betul jatuh cinta dengan you. Harap I belum terlambat untuk tawan hati you. Cincin yang tak seberapa ni sebagai tanda ikhlas cinta I untuk you. Kalau you sudi, tunggu I balik Malaysia lagi 3 bulan, then I, myself will put on a real ring, just for you, Irin Nadia binti Azmi as my future wife?

P/S: Ich liebe dich! ;)
Let me be your man,
Hakim Reza


*        12       *

JARI-JEMARI DIKETUK-KETUK di atas meja kerana bosan menantikan seseorang. Irin menyedut sedikit jus oren Twister yang dibeli semasa dalam perjalanan ke IKEA di Mutiara Damansara. Jam dipergelangan tangan dijeling sekilas, 2.30 pm. Sudah 30 minit dia berlegar-legar di sekitar IKEA, akhirnya Irin melabuhkan saja punggung di salah satu kerusi meja makan di restoran bahagian atas yang terkenal dengan hidangan Swedish Meatball.

          "Hai! Dah lama tunggu I? Sorry lambat, jalan jem dekat LDP tadi." ada sedikit mengah dalam nada suara itu. Hakim masih berdiri di depan meja Irin.

          "Hmm, tak ada laa lama sangat tunggu, dalam 45 minit. You nak air? Macam penat je, you lari eh tadi?" Irin menghulurkan jus oren Twister kepada Hakim, Hakim menyedut sedikit untuk membasahkan tekak yang kering.

          "Hah, lari sikit dekat parking bawah ni nak naik atas tadi, kesian dekat you dah tunggu I. Jom pergi beli makan, I memang belum makan ni." Hakim mengajak Irin ke kaunter untuk memilih makanan. Mereka telah sama-sama memilih set hidangan meatball yang terkenal di situ. Selepas membuat pembayaran, kebetulan ada meja kosong di hujung restoran, strategik di tepi tingkap, boleh nikmati pemandangan luar yang berhadapan dengan The Curve.

          "Alhamdulillah, finally dapat juga I makan meatball dekat sini. Rindu gila makanan dekat sini, tau tak? Masa study dulu, I selalu lepak makan dekat sini dengan kawan-kawan bila kitorang free." Hakim bercerita.

          "Aik? Dekat Jerman tak dapat makan meatball ke? Ingatkan you rindu makan nasi lemak ke, teh tarik ke..." sambut Irin yang sedang memotong kecil bebola daging untuk disuapkan ke mulut.

          "Ada juga dekat sana tapi suasana tak sama macam makan dekat sini, lagipun susah nak dapat yang halal. Nostalgia dekat sini. Hehe. Nak pula kali ni makan dengan you, berbeza keadaannya tu." sekaligus sebiji bebola daging dimasukkan penuh ke dalam mulut. Tamak sehingga ada comot sos meatball di bibir Hakim. Lantas, Irin menarik tisu yang diselitkan di bawah pinggannya lalu dihulurkan kepada Hakim.

          "Kenapa?" soal Hakim yang tidak mengerti. "Tu kat tepi mulut you, ada comot sikit. Gelojoh sangat makan, orang tamak." jawab Irin dengan sedikit memerli. Hakim meraba tepi bibirnya, baru dia faham lalu menyambut huluran tisu dari Irin.

          "Eh, nanti kejap." Hakim menarik tangan kanan Irin yang menghulurkan tisu itu tadi. Mata Hakim tertancap pada sebentuk cincin plastik merah jambu yang pernah dibelinya dulu. "Ohh my, you pakai cincin ni?" Hakim membelek cincin plastik yang berada di jari kelingking Irin itu.

          "Dah orang bagi, tak kan I nak buang pula." Irin menarik semula tangannya, tidak mahu dibiarkan terlalu lama dipegang Hakim.

          "Yelah tapi kalau dah cincin tu kecil kenapa pakai juga?" sambung soalan Hakim.

          "Sebab you yang bagi?" Irin meletakkan pisau dan garfu. Dia menongkat dagu dengan tangan kanannya untuk menunjukkan cincin plastik merah jambu itu kepada Hakim. Hakim hanya senyum. "So bila I boleh dapat cincin yang betul? Dan saiz yang betul?" sambung Irin berani sambil bertentang mata dengan Hakim.

          Hakim pula meletakkan pisau dan garfu, dia menghabiskan kunyahan di dalam mulut lalu menyedut sedikit air. Hakim merenung Irin di depannya dengan senyuman sinis. "Yang betul?" soal Hakim untuk kepastian yang bernada menduga. "Bila I boleh hantar rombongan I pergi rumah you?" sambungnya lagi yang tak lekang dengan senyuman.

          "Kalau macam tu, petang ni you boleh ikut I balik jumpa parents I dulu. Okay?" Irin memotong bebola daging lagi dan cuba disuapkan kepada Hakim.

          "Petang ni? Okay, deal. Lepas ni kita pergi beli cincin untuk rombongan I datang pinang you nanti." Hakim mengangakan mulut untuk disuap.

          "Wahh...confident je nak terus siap-siap beli cincin. Macam lah parents I dah accept you," seloroh Irin kepada Hakim yang begitu yakin.

          "Kenapa pula tak accept? Ehh, ni I kot, Hakim Reza, belum pernah ada calon mertua yang reject I, okay? Hahaha"

          Irin membuat muka meluat dengan kata-kata yang baru saja Hakim luahkan, "Hah! Baru first time nak pinang anak dara orang, memanglah belum pernah kena reject, kan? Macam tu, I nak suruh parents I reject you lah. Hahaha...ayah I garang tau."

         Hakim menelan air liur sebaik saja mendengar baris ayat akhir, "Alaaa...youuu...janganlah reject. But seriously, ayah you garang ke?"


PADA PETANG ITU juga, Hakim dan Irin memilih cincin tanda. Hakim telah mengikut Irin pulang ke rumah untuk diperkenalkan dengan kedua-dua orang tua Irin. Nampaknya keluarga irin dapat menerima Hakim dengan terbuka, begitu cepat Hakim dapat menyesuaikan diri dengan kedua-dua orang tua Irin, mungkin sikap Hakim yang pandai mengambil hati dan peramah membuatkan mak dan ayah Irin gembira dengan pilihan hatinya.

          Selang beberapa minggu, Hakim telah menghantar rombongan meminang sekaligus majlis pertunangan antaranya dengan Irin diadakan ringkas, cukup sekadar untuk pengetahuan saudara-mara terdekat. Kedua-dua belah keluarga sudah bersetuju nampaknya dengan perhubungan mereka. Irin sangat bahagia kerana akhhirnya dia mendapat apa yang diinginkan selama ini, impian tercapai.



Bersambung...

Monday, February 10

Astonishing Dream


I never thought that I would come this far,
 
I go through this life that I never dream before, 
I never thought of being blissful like this, 
Of course I never thought of meeting you; 
Knowing you is something, 
Getting to know you is different. 
I'm confuse, I'm startle... 
Is it just me? 
Or we both feel the same? 
But lately I kept dreaming, 
Weird but astonished. 
Is it something special going to happen in my life? 
If it's you, the right one for me... 
Please just be honest with your heart, 
My dear...

Written by: Anonymous [January,2012] 

Friday, November 29

Sandwich & Paris [Bab 1]

*        1        *


PINTU BILIK TERKUAK mengeluarkan bunyi nyilu engsel yang mula berkarat atau barangkali terlalu ketat. Bunyi pintu itu cukup mengganggu lena manusia yang sedang meleleh air liur basinya dan meringkuk memeluk bantal peluk. Matanya terkejat seketika, air liur likat di tepi bibir diseka dengan tangan walau mata masih enggan dibuka. Posisi tidur diubah, dari meringkuk kini terlentang, bantal peluk masih kemas dipeluk atas dada. Renjisan air terkena cantik di atas wajahnya. Sekali. Dua kali. Tiga kali. "Ishhhh...! Air apa pula ni? Gerimis ke?" omel manusia yang masih di atas katil tersebut, mata masih lagi rapat cuma tangan sibuk menyapu renjisan air yang tersisa.

                "Hoi...bangun! Dah subuh...." suara si tukang renjis.

          "Alahhh..kejaplah. Lima minit lagi eh..janji lima minit lagi aku bangunlah," kejutan si tukang renjis tak dihiraukan, cuma lima jarinya saja yang disuakan.

          "Lima minit konon. Kau punya lima minit tu memang tak bangun langsung la kan," Si tukang renjis bercekak pinggang. "Ini tak boleh jadi ni, tak boleh dibiarkan makhluk ni terus tidur," gumam si tukang renjis dalam hatinya. Selimut di kaki diselak, kedua-dua belah kaki si rakan kini dalam cengkaman sambil menarik kedua-dua belah kaki Irin dengan cengkamannya yang kuat dan kemas.

          "Oh mak kau kena tarik dengan hantu!" Irin terbangun duduk serta-merta dengan mata yang terbuntang dan rambut menggerbang. "Nadin! Astaghafirullahhal'azim...terkejut aku tiba-tiba kaki aku sejuk, kena tarik pula tu. Mati-mati aku ingat ada hantu tarik. Haishh," kepala yang tak gatal digaru-garu dengan muka yang sembab baru bangun tidur.

          "Banyaklah kau punya hantu. Hantu apa dah subuh ni. Dari tadi aku masuk, buka pintu bilik, renjis muka kau dengan air wuduk aku, kau buat derk je. Hah, siap minta lima minit lagi nak sambung tidur eh. Agak-agak kalau malaikat nak cabut nyawa kau tu boleh tak minta tangguh, cakap 'kejap'?" Nadin membebel dengan tangan yang memeluk tubuh. Wajahnya nampak tegang subuh ni.

          "Apa hal pula minah ni nak membebel panjang dekat aku. Mimpi buruk kah malam tadi?" dalam hati Irin menduga mood Nadin pagi ini. "Baik Ustazah Nadin Insyirah. Saya tahu saya salah. Terima kasih sebab kejutkan saya bangun subuh dan tarbiah ustazah tadi. Boleh kita berjemaah sama? Hee..." sebaris gigi yang masih belum digosok dipamerkan dengan muka busuk belum dicuci.

          "Yeee...busuknya muka kau. Cepatlah pergi cuci muka semua, ambil wuduk. Aku tunggu dekat ruang tamu, kita jemaah," segera hidung dan mulutnya ditutup sambil melarikan diri keluar dari bilik Irin, saja menyakat rakan serumahnya itu.

          "Busuk kau kata? Hei, orang cakap kalau nak tengok perempuan tu cantik ke tak, tengok rupa dia bangun pagi. Apa tak cantikkah aku? Busuk eh? Esok sebelum tidur aku pakai make up, pakai perfume dulu, biar bangun pagi nampak cantik. Hahahaha"

          "Hah iye, bakal suami kau tengok pun boleh pengsan. Hoi, cepatlah jangan nak merepek je!" Jerit Nadin dari luar.


NADIN SIBUK MENGGAUL nasi goreng yang dimasaknya di dalam kuali. Irin masuk ke dapur sambil menyanyi-nyanyi, datang dekat di belakang Irin.

          "Sedapnya bau....patutlah dari kat atas aku boleh bau. Kau masak nasi goreng rupanya. Rajinnya Nadin buat sarapan, bini siapalah ni nanti. Untung mak mentua." tangannya mencapai teko di atas rak dapur, lincah mencapai teh dan gula.

          "Ha'ah untung sangat tapi siapa dapat kau lagi untung. Hehehe. Kau nak telur goreng tak buat lauk?" Irin cuma mengangguk tanda mahu. Nasi goreng kini sedang dihidangkan dalam pinggan.

          Irin terhenti seketika, dia memandang Nadin dengan pandangan curiga. "Lagi untung? Maksud kau? Hehh, perli aku la tu tak pandai masak," ada sedikit nada berkecil hati. Nadin mengambil dua biji telur dari peti sejuk lalu dipecahkan satu per satu ke dalam kuali, dia tertawa kecil. "Haa, gelak! Yelah, aku tau la aku tak hebat macam kau, Nadin."

          "Mana ada aku gelak. Hehe. Siapa kata kau tak pandai masak? Sedap je aku makan kau masak bubur ayam dulu, maggi goreng, maggi rebus, pancake, kentang goreng, telur goreng, cheese cake, muffin. Hah, banyak apa kau masak. Pandailah tu." Wajah Irin yang sudah siap menuang air teh-o panas dipandang sekilas sebelum melabuhkan punggung duduk berhadapan dengannya.

          "Nadin, kau tau tak masakan yang kau sebutkan tu semua masakan jenis goreng, rebus and instant? I mean like, budak sekolah rendah pun boleh masak macam tu. Nak dibandingkan dengan kau, macam-macam masakan melayu kau pandai masak, mana je kelas memasak, kelas menjahit yang kau tak pergi."

          "Alaa, kau pandai masak la sebenarnya, cuma kau tu je yang nak dengan tak nak. Walaupun kau masak benda-benda simple tapi menjadikan? Sedap juga kan? Tak ada lah ke laut sangat macam Wawa masak. Nah telur kuning, kau suka kan?" kuning telur goreng ditebuk dan dialihkan ke pinggan Irin. Nadin tidak suka makan kuning telur.

          "Yeay, kuning telur! Kau ni baik tak payah makan telur macam ni. Hmm, still aku tak terror masak macam kau, mana ada mak mentua suka menantu yang tak reti masak, menantu macam kau ni Nadin memang terhangat di pasaran tau, especially skill masakan melayu tu, extra credit. Not to mention, Wawa masak memang tak selera aku. Tak ada rasa langsung, dah la aku ni cerewet bab makan." dengan penuh gaya pengkritik makanan profesional Irin mengkritik masakan rakan mereka.

          "Amboi bukan main kutuk Wawa masak. Memang...kau tu cerewet, itu tak makan ini tak makan. Simple but fussy. Macam mana nak masak masakan melayu, kau sendiri pun tak suka makan. Yang kau tahu, ayam masak merah, rendang, masak kicap. Ulam-ulam sayur semua kau 'allergic'."

          "Hahaha. Betul! Tau tak apa. Sebab tu aku tak suka. Alaa, tak apa lah nanti kalau husband aku suka makanan melayu, aku belajarlah masak untuk dia je. Kalau tak, hip-hip hoorayy lah saya cik Nadin. Haha."

          "Oh yeah, kejap lagi nak keluar pergi kenduri tu pukul berapa?" soal Nadin.

          "Nadin! Ya Allah, aku terlupa majlis Farah tu hari ni, hadiah tak beli lagi. Macam mana?"

          "Bertuah, aku dah bagi duit dari minggu lepas suruh share beli hadiah, kau tak beli lagi? Dah cepat, lepas makan ni kita keluar beli hadiah, then terus pergi kenduri tu."

          "Sorry...serious aku lupa. Mana entah aku letak kad jemputan dia, tu tak ingat. Kau pakai baju warna apa nanti? Aku nak pakai pink lah, eh tak, nak pakai biru. Oh no, biru aku dah pakai wedding Mizah bulan lepas kan? Hmm, merah lah, oh tak boleh juga merah nampak garang nanti tak ada orang berani nak ngorat aku. Pink, lembut sikit tapi aku tak suka pink. Eh, Nadin, pink okay tak? Ke kau nak pakai pink juga? Kalau kau pakai pink, aku tukar color lain tapi nak pakai color apa eh? Alaa....Nadin pilihkan untuk aku. Ni tak suka ni pergi kenduri kahwin, tak tahu nak pakai baju apa, warna apa. Arghhh...stress!"


          Irin membebel panjang lebar, dia selalu begini bila perlu pergi majlis perkahwinan, buntu keliru serabut. Nadin memekakkan telinga dengan slumber dia mengangkat pinggannya yang sudah kosong ke sinki untuk dicuci. Tangan yang basah setelah mencuci pinggan dilapkan pada kain yang tergantung. Irin masih membebel, pening memikirkan baju yang akan dipakainya. Nadin berbisik ke telinga Irin sebelum meninggalkan Irin menghabiskan nasi gorengnya,  "Pakai je warna apa-apa cik Irin, awak pakai warna apa pun cantik. Kalau ada yang lekat, rezeki. Kalau tak ada, sila cuba lagi. Hahahaha!" 


Bersambung . . . .

Monday, July 2

LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 12]


<<SCENE 16>>


So finally update utk "LoVeSt", sorry sebab entry kali ni mungkin panjang menjela sikit ceritanya tapi tak ada la sampai 1 ela. Hope enjoy reading it...haishh, setelah sekian lama tak menulis ni..


Dalam perjalanan pulang dari percutian di salah satu kawasan tanah tinggi Malaysia, jalan turun bukit bengkang bengkok. Siapa tak tahan boleh pening paling teruk muntah-muntah, mabuk! Yang ceria menyanyi sakan dalam kereta, yang mabuk terus termenung tersandar lemah menahan diri. Sampai di bawah, kawasan rawat dan rehat (R&R) lebuhraya jadi persinggahan untuk ambil angin, buang angin, isi perut, buang isi segala bagai. Di situ Girl dan rakan-rakannya berehat, mereka memilih untuk mangalas perut dengan sedikit kudapan sambil menikmati titisan air gula pelbagai perisa untuk tekak haus masing-masing.


Nelly: Perhhh...sedapnya dapat minum ais. <gaya pejam mata menikmati> 
Nad: Ya Allah! Aku lupa...tadi budak-budak tu message suruh tunggu kat sini. Diorang nak konvoi sekali balik dengan kita laa....Kejap ehh aku call diorang tanya dekat mana dah....<bangun menjauhkan diri sedikit sibuk buat panggilan misteri> 
Min: Huhhh? Siapa? Aku tak dengar bunyi fon pun dalam kereta sepanjang jalan tadi. Bila masa kau contact diorang tuh? 
Nelly: Haa...tu la kau mana tau. Dia silent fon la tuhh...nak secret-secret...kalau fon bunyi tak sudah, kita busybody nanti nak korek tau dia message dengan siapa. Hahaha. 
Min: Cehhhh..macam tu pula.  
Nad: <Jalan kembali ke meja sambil tersenyum-senyum> Okay..diorang dah dekat..kejap lagi sampai. Relax dulu naa...nak tambah makan nak minum lagi 2-3 tin air pun boleh..hehehe 
Min & Nelly: Babe...siapa?? <seloroh mereka serentak> 
Nad: Hishhh....ada laa...tunggu je laa....Nelly, shut up..you know what i mean...hee~ <wink> 
Min: Okayyy...ni konspirasi apa pula ni...Apa yang Nelly tau aku tak tau? Did the others with us here tau juga? 
Nelly: Sabar laa Min...wait and see je laa....kejap lagi diorang sampai. <Nad & Nelly berpandangan & bertukar-tukar senyuman 
Min: Okayyy...this is curious. Jangan plan benda-benda jahat sudah.
Beberapa minit kemudian...




Fiq: Hye girlsss...! <beberapa orang jejaka datang> 
Nad: Hye...! Apsal tak cakap you all holiday sekali kat tempat yang sama...? Kalau tak boleh jalan-jalan sekali, jadi bodyguard kitorang. Haha.. 
Nelly: Ehh...duduk laa dulu. Korang pun mesti penat kan. Nak minum apa-apa? I boleh tolong pergi belikan kejap belakang tuh. 
Zul: Ehh...tak ape...member seorang tu dah pergi beli dah pun. Tu hah kat belakang you bawak air...<semua pakat kalih tengok gerangannya> 
Nad: Panjang umur...baru nak kutuk tadi...Hahaha 
Naz: Like yeahhh...I boleh dengar dari sebatu tadi niat busuk dalam hati you tu nak kutuk I, Nad. <passing 100plus & Redbull kepada Zul & Fiq sambil melabuhkan punggung untuk duduk> 
Fiq: Arhhhh....refreshing sangat dapat 100 plus. Ehh..mana orang "tu" yang you cakap Nad? <gaya tertinjau-tinjau mencari seseorang> 
Nad: Gaya macam tak pernah minum air je...Ada..dia pergi toilet kejap. 
Naz: <monolog> Err...kenapa macam tak sedap hati ni ye...? kenapa jantung aku macam laju sangat pam darah ni..adrenaline rush? duduk minum air pun nak rush jugak ke? <muka ketat dah...meraba-raba dada sasa beliau>

Saturday, December 3

Falling Tears

I admit this few weeks I was so busy. I was messed up with lot's of things to do. Project, project and project. Assignment, assignment and assignment. Test, presentation, quiz and bunch of reports etc. Tu belum lagi bila selalu kena marah dalam kelas Dr. D, "your group bla bla bla....macam mana ni bla bla bla....meeting suppose macam ni bla bla bla..Noorie Nabila, faham tak ni? bla bla bla...." Ye naik sebu lubang telinga aku setiap minggu pun nama aku meniti di bibir orang tua ni. Padahal yang dia complain tu hasil tulisan cantik secretary aku. Mula-mula okay la aku bertahan senyum je laa kena marah walaupun tu bukan la kesalahan aku sorang. Lama-kelamaan, masuk hati juga aku kadang-kadang dengan orang tua ni. Habis satu group terasa macam 'black ship of the family'

Monday, September 19

Serenity

Stress mode this few weeks
even though it's only my 2nd week of new sem
but a bad start for me
just because of this one major issue.
I don't know how to explain?
I don't know who should I talk to?
Only Allah and my Bunny know me well, how I feel.

I would sit here for hours and hours
beside the river watching and observing the surrounding.

Same thing to do here
It's more peaceful for me to be here alone
to calm and rest myself for few days maybe weeks too!

Really hope to get out from this awkward situation A.S.A.P!
Set my goal now to save some money
I want to fly away from here
searching my own serenity and tranquility place to calm myself.

Thanks for those who alway be my side.
Who understand me well.
Who care for me till now.
Love you all :)

Sunday, September 11

Summer Break [MaLaiSeeYa Version]

Haishh..haishhh..kacau daun laa..serious i can't do anything when someone arounds me. Aku bru nak amek mood update blog cikai nih...mak plak masuk terjah bilik. Choyyy~~ abes laa rahsia kerajaan nanti..tak tau ke aku ni perisik profesional negara? Hohoho *in ur dream!*

Sekolah dulu suka tengok cartoon ni..every Sunday on TV3.
Agak-agak watak mana satu sesuai dengan aku? hahaha
Finally, summer break versi Malaysia has to come to an end. Lepas 4 bulan bercuti sakan..ehh, aku cuti 3 bulan je. Esok semester baru pun bermula. I can smell new book, new pen, new raya clothes and shoes too! Hahaha..new spirit also! Hmm..hmm..4 bulan cuti lama tuh, kalau orang pregnant pun perut dah besar tu, yang dah bersalain pun ada. Apatah lagi kitorang yang practical tak masuk kelas 10 bulan. Lecturer ada anak baru pun tak perasan tauuu..hahaha

For the first time kan, KPT tetapkan summer break macam ni. Macam laa Malaysia ni ada musim panas, hari-hari pun panas je kot Tropicana Malaysia Khatulistiwa ni. Apsal tak cuti je the whole year summer break? Ahaha...ingat lgi mula-mula dulu dapat tau macam bengang gak. Apsal lama sangat cuti sem ni? Gler bosan kot cuti lama-lama, untuk orang yang bermalas-malasan may be syokk laa cuti lama-lama. Tapi untuk aku no wayyy laa..tepu otak aku je cuti lama-lama ni take time kot nak warm up balik system nak run balik as usual. Final year ni lagi laa kena kerah otak untuk idea-idea baru projek nanti.

Lepas practical on April, bercuti sebulan dekat rumah. Take time to rest, waktu kecederaan to recover mood kerja and belajar. On month of May aku buat intersesi (short course/short sem) sebulan gak laa sampai Jun. Sebulan je menghilangkan diri dari Shah Alam then i came back for class for 1 month. Alhamdulillah terisi juga ruang cuti aku belajar balik kejap. At least tak ada laa tepu sangat otak aku kann..kannn? Tepu dengan engineering and calculus equation laa kot...mati laa saya kalau lecturer tanya teori etc mesti kena tmebak kalau tak dapa jawab. "Awak ni dah final year pun tak boleh jawab soalan fundamental macam ni? Dah blaja lum sbjek ni dulu? ishh3" *shoot*

"You better prepare to answer my question or I shoot you!"
Jangan lecturer aku gler macam ni dah laa...
Habis exam intersesi, 1 paper je pun..helowww~ 1 paper pun killer subjek gak untuk final year student okayy..4 crdt hour lagi kalau tak lulus memang drop teruk laa pointer hujung sem. JeEzz..I passed that paper with not so flying colours yang plus plus with star laa..but okay laa untuk first timer yang amek sbjek tu. Then sambung balik cuti 2 bulan. Menetap tetap sebagai penghuni tetap rumah pagi petang siang malam. Nak keje part time, memang susah laa pelusuk rumah aku yang ala-ala country side ni untuk dapat public transport. Nak buat macam mano lesen pun non-adowww...nak buat lessn blaja drive pun duit non-adowww layiee..keno kumpol laa dah kejo nanti..ehh, apsal cakap mcm nogoghii lak ni? bukan nihongo yerpp  :P

Still remember fresh in mind macam mana cuaknya aku bila ayah balik dari klinik gtau aku, mak masuk ward! What derhhh...? Actually tak ada laa cuak mana.....aku macam dah boleh agak dah benda tu...hujung bulan 6 yang lepas, mak aku ni gatal nak pergi sangat klinik kerajaan kat tempat aku nak check darah tinggi kononnya nak dapatkan ubat free laa. Nak wat camne...ubat makin mahal sekarang, ubat mak aku bukan sejenis je..berjenis-jenis dalam bekas ubat dia. Budak-budak tengok mesti ingat gula-gula. Hahaha. Dengar sangat macik aku cakap, klinik tu okay, pesakit macam mak aku yang dah biasa makan ubat mesti doktor faham tak akan hantar wad kecemasan punya.

Macik dgn pak long aku pernah masuk wad kecemasan gara-gara darah tinggi angkara penyakit keturunan..Nee Nooo Nee Nooo ambulans hantar kauuu...So bila ayah aku balik tanpa mak, i already aspected, "mak masuk wad?" sedikit risau dalam hati tapi muka nak cool je. Kalot juga laa aku yang tengah kemas almari kat bilik, kemas baju mak aku lak nak bawa pergi hospital. Doktor kat klinik kerajaan tu memang kecoh...darah tinggi mak aku naik sikit pun sibuk nak hantar hospital bagai. Sampai hospital bukan buat apa pun..bagi ubat suruh baring je nak pantau kadar tekanan darah tu. Lastly mak aku kena balik juga tak jadi masuk wad pun. Huhuhu..haru juga bila ingat balik.

Bulan puasa tahun ni pun okay best dapat buka puasa free kat rumah je disamping kelurga bukan lagi dendang perantau kat kampus. Yang tak meriahnya tak ada kawan-kawan sekali buka puasa dengan makanan yang best-best kat tasik or padang rumput hijau kitorang. Dalam tempoh cuti ni juga dah few times mak aku buat chicken chop sendiri lepas aku find out satu produk sos untuk chicken chop. Naik muak juga laa makan bila mak aku dah gian asyik nak buat chicken chop. Hohoho..yang peliknya part sos je mesti aku yang kena settlekan padahal tambah air panas je didihkan atas api. Burppp~ oOopss! sorry bau ayam lak..hikhik :P

Raya raya Raya! cheitt dah lepas raya baru merasa kuih raya homemade..day before raya aku sorang-sorang jadi buruh kasar berishkan rumah and berkemas-kemasan. Tak ada langsung kerja macam pompuan kan duk dapur buat kuih..huhu..so not me nak melekat kat dapur tu kalau bukan mak bising suruh tolong. Heyy..at least i help okayy. Nak handle sendiri memang tak laa..mak selalu tak bagi tolong, biasa laa orang tua rimas ada assistant yang lembap macam saya ni =.=' kurang cekap. Haii...near 10years merantau je jarang kat rumah macam mana nak tau terms dapur yang mak aku guna, pastu aku juga yang kena bebel balik. Haishh..tahan je r telinga ni. kadang-kadang tu terlepas gak kata-kata tak puas hati. Sorry aku memang cepat panas, also cepat sejuk. No worries kalau aku termarah sesiapa yang berkenaan tu. Marah aku marah bersebab. Tegas aku tegas bersebab. Tolong bezakan tegas dengan garang ye adik-adik, abang-abang, kakak-kakak semua :)

Now is about time for new semester. Will begin officially tomorrow (12 Sept 2011), everyone....! good luck yawww...all the best..set ur goal n bare in mind. Jangan lupa diri lak bila duit PTPTN/JPA dah masuk ni nanti joli katak sana sini. Jangan ingat elaun PaMa can settle everything down okayy? Ingatlah penat PaMa kita cari duit tau..senang-senang je kita nak joli duit dorang. Suruh belajar laa bukan lagho terOVER. Yess..sometimes kita kena spend time untuk diri sendiri for leisure tapi bukan laa everyday every week. NI kolej pun aku tak dapat lagi, first week new semester ni serabut laa aku. Kena ulang alik dari rumah je nasib baik permenant driver (my daddy ada je kat rumah). Harap-harap waiting list rayuan aku tu diterima. Ada laa bilik kosong untuk aku..Aminnn~ (kalau korang 'amin'kan lagi banyak pahal korang dapat sbb doakan sama-sama untuk aku..tqvm! Hee~)


Sudah, mak aku excited pula nak buatkan birthday cake untuk cousin aku si Pinky Freak tu...tadi dah belikan candy bentuk love kot. Ni nak buatkan kek pula? Malam esok nak buat birthday party dia yang ke-3. 3tahun je....huhhh~ *bau hangus kejelesan diri melanda* Birthday aku hari tu tak ada pun nak excited macam ni :( Siap lupa lagi birthday aku bila, she thought 1day after actual date. Makkk! sendiri beranak pun lupa ke? Yelaa beranak sekali je kan anak satu je mana nak ingat sangat, ditambah lak hormon-hormon menopause yang ada. Haishh...even 1day after my birthday baru mak buat cupcake celebrate birthday aku as her apologized. Sedikit sebanyak terasa tersentap touching laa juga aku kejap. First time ni lupa. Sob3 T.T Betul laa orang cakap, orang yang nampak cekal dan tabah, happy kat luar ni, dalam hati dalam diri dia sebenarnya sebaliknya. Hanya Tuhan dan tuan badan je kanal diri dia. Hurmm..hurmmm..

Esok aku ada satu kelas je petang pula tu from 4pm - 6pm, HVAC Systems. Jom blaja pasal air conditioning. Weee~ cool to be cold. Ahahaha. Lenjan laa my daddy, pagi hantar mak check darah tinggi, petang sikit escort aku pergi class, malam nak pergi rumah nenek pula? Tu pun kalau dia baik hati laa mood ada baik nak drive malam tu. If not say bubye je aku membuta untuk next class on the next day. Ffiuuhhhh! My class are going to start! Let's get it started! Yeahhh~


Thursday, August 25

Random Thought

Looking back at that, makes me wondering how are you now? Walking down the memory lane, I still remember it fresh in mind. Every single words, every single seconds, every single things, you do to me I won't forget and I won't regret. No matter how far you are, no matter what you've done, no matter where you are. Never thought of revenge. I forgive you, I never hate you but thanks to you cause teaching me this. To be strong, to be cool, to be care, to be love. You teach me about this life, to be accepted or to be rejected.

Feelings change, memories don't.

Yesterday is history, tomorrow is a mystery and today is a gift.
That's why it's called the present.

10.05.2009 - 18.06.2009
Sumber: Favim.com