CC's Customer

Showing posts with label tragedy. Show all posts
Showing posts with label tragedy. Show all posts

Tuesday, July 15

Hati Compang Camping

Tak mudah untuk aku jatuh cinta
Tak mudah untuk aku terima cinta
Tak mudah untuk aku lembut hati
Kerana aku pernah disakiti
Namun sekali lagi ia disakiti
Mana mungkin hati aku sekuat dulu

Puas aku jahit dan tampal
Sekeping hati ini
Yang mungkin tak pernah
Penting untuk sesiapa
Bukan aku tak serik
Aku cukup perit
Menahan selautan perasaan
Yang terbeban bercampur
Darah luka semalam

Belum hilang parut di hati
Kini bertambah lagi luka
Mudah untuk kau lepaskan
Membiarkan aku hanyut sendiri
Bersama buih-buih laut ditelan ombak
Tak ku tahu mana silapku
Lantas adilkah aku dihukum begini?

Apa aku tak punya perasaan?
Aku juga wanita yang punya rahim
Aku punya kasih dan sayang
Haruskah perasaan aku dipersia saja?
Luka dalam ibarat ditikam
Menjaht luka ini lebih pedih
Apa kau mengerti?
Sekeping hati compang-camping ini?


Friday, November 29

Sandwich & Paris [Bab 1]

*        1        *


PINTU BILIK TERKUAK mengeluarkan bunyi nyilu engsel yang mula berkarat atau barangkali terlalu ketat. Bunyi pintu itu cukup mengganggu lena manusia yang sedang meleleh air liur basinya dan meringkuk memeluk bantal peluk. Matanya terkejat seketika, air liur likat di tepi bibir diseka dengan tangan walau mata masih enggan dibuka. Posisi tidur diubah, dari meringkuk kini terlentang, bantal peluk masih kemas dipeluk atas dada. Renjisan air terkena cantik di atas wajahnya. Sekali. Dua kali. Tiga kali. "Ishhhh...! Air apa pula ni? Gerimis ke?" omel manusia yang masih di atas katil tersebut, mata masih lagi rapat cuma tangan sibuk menyapu renjisan air yang tersisa.

                "Hoi...bangun! Dah subuh...." suara si tukang renjis.

          "Alahhh..kejaplah. Lima minit lagi eh..janji lima minit lagi aku bangunlah," kejutan si tukang renjis tak dihiraukan, cuma lima jarinya saja yang disuakan.

          "Lima minit konon. Kau punya lima minit tu memang tak bangun langsung la kan," Si tukang renjis bercekak pinggang. "Ini tak boleh jadi ni, tak boleh dibiarkan makhluk ni terus tidur," gumam si tukang renjis dalam hatinya. Selimut di kaki diselak, kedua-dua belah kaki si rakan kini dalam cengkaman sambil menarik kedua-dua belah kaki Irin dengan cengkamannya yang kuat dan kemas.

          "Oh mak kau kena tarik dengan hantu!" Irin terbangun duduk serta-merta dengan mata yang terbuntang dan rambut menggerbang. "Nadin! Astaghafirullahhal'azim...terkejut aku tiba-tiba kaki aku sejuk, kena tarik pula tu. Mati-mati aku ingat ada hantu tarik. Haishh," kepala yang tak gatal digaru-garu dengan muka yang sembab baru bangun tidur.

          "Banyaklah kau punya hantu. Hantu apa dah subuh ni. Dari tadi aku masuk, buka pintu bilik, renjis muka kau dengan air wuduk aku, kau buat derk je. Hah, siap minta lima minit lagi nak sambung tidur eh. Agak-agak kalau malaikat nak cabut nyawa kau tu boleh tak minta tangguh, cakap 'kejap'?" Nadin membebel dengan tangan yang memeluk tubuh. Wajahnya nampak tegang subuh ni.

          "Apa hal pula minah ni nak membebel panjang dekat aku. Mimpi buruk kah malam tadi?" dalam hati Irin menduga mood Nadin pagi ini. "Baik Ustazah Nadin Insyirah. Saya tahu saya salah. Terima kasih sebab kejutkan saya bangun subuh dan tarbiah ustazah tadi. Boleh kita berjemaah sama? Hee..." sebaris gigi yang masih belum digosok dipamerkan dengan muka busuk belum dicuci.

          "Yeee...busuknya muka kau. Cepatlah pergi cuci muka semua, ambil wuduk. Aku tunggu dekat ruang tamu, kita jemaah," segera hidung dan mulutnya ditutup sambil melarikan diri keluar dari bilik Irin, saja menyakat rakan serumahnya itu.

          "Busuk kau kata? Hei, orang cakap kalau nak tengok perempuan tu cantik ke tak, tengok rupa dia bangun pagi. Apa tak cantikkah aku? Busuk eh? Esok sebelum tidur aku pakai make up, pakai perfume dulu, biar bangun pagi nampak cantik. Hahahaha"

          "Hah iye, bakal suami kau tengok pun boleh pengsan. Hoi, cepatlah jangan nak merepek je!" Jerit Nadin dari luar.


NADIN SIBUK MENGGAUL nasi goreng yang dimasaknya di dalam kuali. Irin masuk ke dapur sambil menyanyi-nyanyi, datang dekat di belakang Irin.

          "Sedapnya bau....patutlah dari kat atas aku boleh bau. Kau masak nasi goreng rupanya. Rajinnya Nadin buat sarapan, bini siapalah ni nanti. Untung mak mentua." tangannya mencapai teko di atas rak dapur, lincah mencapai teh dan gula.

          "Ha'ah untung sangat tapi siapa dapat kau lagi untung. Hehehe. Kau nak telur goreng tak buat lauk?" Irin cuma mengangguk tanda mahu. Nasi goreng kini sedang dihidangkan dalam pinggan.

          Irin terhenti seketika, dia memandang Nadin dengan pandangan curiga. "Lagi untung? Maksud kau? Hehh, perli aku la tu tak pandai masak," ada sedikit nada berkecil hati. Nadin mengambil dua biji telur dari peti sejuk lalu dipecahkan satu per satu ke dalam kuali, dia tertawa kecil. "Haa, gelak! Yelah, aku tau la aku tak hebat macam kau, Nadin."

          "Mana ada aku gelak. Hehe. Siapa kata kau tak pandai masak? Sedap je aku makan kau masak bubur ayam dulu, maggi goreng, maggi rebus, pancake, kentang goreng, telur goreng, cheese cake, muffin. Hah, banyak apa kau masak. Pandailah tu." Wajah Irin yang sudah siap menuang air teh-o panas dipandang sekilas sebelum melabuhkan punggung duduk berhadapan dengannya.

          "Nadin, kau tau tak masakan yang kau sebutkan tu semua masakan jenis goreng, rebus and instant? I mean like, budak sekolah rendah pun boleh masak macam tu. Nak dibandingkan dengan kau, macam-macam masakan melayu kau pandai masak, mana je kelas memasak, kelas menjahit yang kau tak pergi."

          "Alaa, kau pandai masak la sebenarnya, cuma kau tu je yang nak dengan tak nak. Walaupun kau masak benda-benda simple tapi menjadikan? Sedap juga kan? Tak ada lah ke laut sangat macam Wawa masak. Nah telur kuning, kau suka kan?" kuning telur goreng ditebuk dan dialihkan ke pinggan Irin. Nadin tidak suka makan kuning telur.

          "Yeay, kuning telur! Kau ni baik tak payah makan telur macam ni. Hmm, still aku tak terror masak macam kau, mana ada mak mentua suka menantu yang tak reti masak, menantu macam kau ni Nadin memang terhangat di pasaran tau, especially skill masakan melayu tu, extra credit. Not to mention, Wawa masak memang tak selera aku. Tak ada rasa langsung, dah la aku ni cerewet bab makan." dengan penuh gaya pengkritik makanan profesional Irin mengkritik masakan rakan mereka.

          "Amboi bukan main kutuk Wawa masak. Memang...kau tu cerewet, itu tak makan ini tak makan. Simple but fussy. Macam mana nak masak masakan melayu, kau sendiri pun tak suka makan. Yang kau tahu, ayam masak merah, rendang, masak kicap. Ulam-ulam sayur semua kau 'allergic'."

          "Hahaha. Betul! Tau tak apa. Sebab tu aku tak suka. Alaa, tak apa lah nanti kalau husband aku suka makanan melayu, aku belajarlah masak untuk dia je. Kalau tak, hip-hip hoorayy lah saya cik Nadin. Haha."

          "Oh yeah, kejap lagi nak keluar pergi kenduri tu pukul berapa?" soal Nadin.

          "Nadin! Ya Allah, aku terlupa majlis Farah tu hari ni, hadiah tak beli lagi. Macam mana?"

          "Bertuah, aku dah bagi duit dari minggu lepas suruh share beli hadiah, kau tak beli lagi? Dah cepat, lepas makan ni kita keluar beli hadiah, then terus pergi kenduri tu."

          "Sorry...serious aku lupa. Mana entah aku letak kad jemputan dia, tu tak ingat. Kau pakai baju warna apa nanti? Aku nak pakai pink lah, eh tak, nak pakai biru. Oh no, biru aku dah pakai wedding Mizah bulan lepas kan? Hmm, merah lah, oh tak boleh juga merah nampak garang nanti tak ada orang berani nak ngorat aku. Pink, lembut sikit tapi aku tak suka pink. Eh, Nadin, pink okay tak? Ke kau nak pakai pink juga? Kalau kau pakai pink, aku tukar color lain tapi nak pakai color apa eh? Alaa....Nadin pilihkan untuk aku. Ni tak suka ni pergi kenduri kahwin, tak tahu nak pakai baju apa, warna apa. Arghhh...stress!"


          Irin membebel panjang lebar, dia selalu begini bila perlu pergi majlis perkahwinan, buntu keliru serabut. Nadin memekakkan telinga dengan slumber dia mengangkat pinggannya yang sudah kosong ke sinki untuk dicuci. Tangan yang basah setelah mencuci pinggan dilapkan pada kain yang tergantung. Irin masih membebel, pening memikirkan baju yang akan dipakainya. Nadin berbisik ke telinga Irin sebelum meninggalkan Irin menghabiskan nasi gorengnya,  "Pakai je warna apa-apa cik Irin, awak pakai warna apa pun cantik. Kalau ada yang lekat, rezeki. Kalau tak ada, sila cuba lagi. Hahahaha!" 


Bersambung . . . .

Monday, July 2

LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 12]


<<SCENE 16>>


So finally update utk "LoVeSt", sorry sebab entry kali ni mungkin panjang menjela sikit ceritanya tapi tak ada la sampai 1 ela. Hope enjoy reading it...haishh, setelah sekian lama tak menulis ni..


Dalam perjalanan pulang dari percutian di salah satu kawasan tanah tinggi Malaysia, jalan turun bukit bengkang bengkok. Siapa tak tahan boleh pening paling teruk muntah-muntah, mabuk! Yang ceria menyanyi sakan dalam kereta, yang mabuk terus termenung tersandar lemah menahan diri. Sampai di bawah, kawasan rawat dan rehat (R&R) lebuhraya jadi persinggahan untuk ambil angin, buang angin, isi perut, buang isi segala bagai. Di situ Girl dan rakan-rakannya berehat, mereka memilih untuk mangalas perut dengan sedikit kudapan sambil menikmati titisan air gula pelbagai perisa untuk tekak haus masing-masing.


Nelly: Perhhh...sedapnya dapat minum ais. <gaya pejam mata menikmati> 
Nad: Ya Allah! Aku lupa...tadi budak-budak tu message suruh tunggu kat sini. Diorang nak konvoi sekali balik dengan kita laa....Kejap ehh aku call diorang tanya dekat mana dah....<bangun menjauhkan diri sedikit sibuk buat panggilan misteri> 
Min: Huhhh? Siapa? Aku tak dengar bunyi fon pun dalam kereta sepanjang jalan tadi. Bila masa kau contact diorang tuh? 
Nelly: Haa...tu la kau mana tau. Dia silent fon la tuhh...nak secret-secret...kalau fon bunyi tak sudah, kita busybody nanti nak korek tau dia message dengan siapa. Hahaha. 
Min: Cehhhh..macam tu pula.  
Nad: <Jalan kembali ke meja sambil tersenyum-senyum> Okay..diorang dah dekat..kejap lagi sampai. Relax dulu naa...nak tambah makan nak minum lagi 2-3 tin air pun boleh..hehehe 
Min & Nelly: Babe...siapa?? <seloroh mereka serentak> 
Nad: Hishhh....ada laa...tunggu je laa....Nelly, shut up..you know what i mean...hee~ <wink> 
Min: Okayyy...ni konspirasi apa pula ni...Apa yang Nelly tau aku tak tau? Did the others with us here tau juga? 
Nelly: Sabar laa Min...wait and see je laa....kejap lagi diorang sampai. <Nad & Nelly berpandangan & bertukar-tukar senyuman 
Min: Okayyy...this is curious. Jangan plan benda-benda jahat sudah.
Beberapa minit kemudian...




Fiq: Hye girlsss...! <beberapa orang jejaka datang> 
Nad: Hye...! Apsal tak cakap you all holiday sekali kat tempat yang sama...? Kalau tak boleh jalan-jalan sekali, jadi bodyguard kitorang. Haha.. 
Nelly: Ehh...duduk laa dulu. Korang pun mesti penat kan. Nak minum apa-apa? I boleh tolong pergi belikan kejap belakang tuh. 
Zul: Ehh...tak ape...member seorang tu dah pergi beli dah pun. Tu hah kat belakang you bawak air...<semua pakat kalih tengok gerangannya> 
Nad: Panjang umur...baru nak kutuk tadi...Hahaha 
Naz: Like yeahhh...I boleh dengar dari sebatu tadi niat busuk dalam hati you tu nak kutuk I, Nad. <passing 100plus & Redbull kepada Zul & Fiq sambil melabuhkan punggung untuk duduk> 
Fiq: Arhhhh....refreshing sangat dapat 100 plus. Ehh..mana orang "tu" yang you cakap Nad? <gaya tertinjau-tinjau mencari seseorang> 
Nad: Gaya macam tak pernah minum air je...Ada..dia pergi toilet kejap. 
Naz: <monolog> Err...kenapa macam tak sedap hati ni ye...? kenapa jantung aku macam laju sangat pam darah ni..adrenaline rush? duduk minum air pun nak rush jugak ke? <muka ketat dah...meraba-raba dada sasa beliau>

Wednesday, February 1

LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 11]



<<SCENE 15>>

4 bulan yang lalu....

Girl: Hahh...ni apa hal nak jumpa aku tiba-tiba? Mendung tak, angin tak, ribut taufan tak, tsunami pun tak...
Boy: Aku nak minta tolong kau ni....please, antara hidup dan mati aku ni weh...!
Girl: Tolong apa? Kau ni tak habis-habis laa...hidup penuh dengan masalah. <kening bercantum, dahi berkedut, mendengus>
Boy: Alorr...please..! Kali ni je aku minta tolong. Okay2...I promise, this will be the last.
Girl: Yelaa..tapi apa dia? Kau ni tak pernah nak menjawab ikut kehendak soalan laa....aku kan tanya, tolong apa?
Boy: Errr....kira kau nak tolong aku laa ni kann? kann....? <muka separa gembira>
Girl: Haishhh..aku tampar juga mamat sengal ni kang....cepat laa cakap, apa dia..????!!
Boy: Hehehee..kau ni makin marah, garang-garang macam ni lagi cantik laa....
Girl: <gaya tangan nak menampar dah...muka tak payah cakap laa dah merah berapi, wap-wap kemarahan mula meluap> kau nak cakap ke tak sekarang?
Boy: Ehhh...sabar..sabar..sabar....<tangan Girl ditarik pantas, diturunkan ke bawah> Okay, macam ni sebenarnya, aku nak minta tolong kau ....................


3 bulan 3 minggu yang lalu....

Wednesday, November 2

.::LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 10]::.

Arahan: Baca tulisan di bawah sambil dengar lagu ni as background music untuk dapatkan 'FEEL' yang lebih baik. Trimas :) <KLIK SINI> 

<<SCENE 14>>
5 tahun dahulu.....

Boy: Ishhh..hari-hari tengok muka kau, bosan laa...
Girl: Dah tu..nak buat macam mana, dah nama pun classmate..
Boy: Memang laa..classmate..tapi..kat mana-mana pelusuk aku pergi pun ada muka kau..apa cer?
Girl: Erkk...dah kau yang ajak aku ikut kau, mintak teman beli barang laa..makan laa...salah aku juga ke?
Boy:  Hahahaha...yelah! Dah kau pun nak je ikut mana-mana aku pergi kenapa..kalau kau tak nak, boleh je aku ajak orang lain.
Girl: Okayyy...fine. Lepas ni aku tak ikut kau dah..
Boy: Hahaha..tacing lak dia..tolonglahh, ni bukan Girl yang aku kenal nak tacing-tacing. Dah cepatlah tolong aku bawa barang ni masuk lab.
Girl: Lorr...tolak laa sendiri....<menyenseng lengan kemeja lalu membantu Boy mengankat kotak>

Wednesday, October 5

Seyes unplanned!

Kalau orang lain sibuk dengan Wordless Wednesday dorang, lantak pi laa aku tak nak letak gambar hari. I want to break the rule! Hahaha... XD Nak dijadikan cerita, hari aku ada satu kelas je yang berbentuk ilmiah santai...yea right, kelas Technopreneurship yang sempoi, lecturer masuk tak ajar tapi borak2 cakap pasal real life situation in business. So segar juga laa masuk kelas dia, kalau dia mengajar suh buka nota buka buku, sah-sah mata budak2 ni pun tertutup.

At first, Miss R text aku tanya kelas sampai pukul berapa. Ok fine, kelas aku sampai 10.30am je.....kononnya nak pulangkan novel aku yang dia pinjam dari cuti sem yang lepas. Alih-alih, boleh pula dia lupa nak bawa. Ciss...nasib baik dia cakap nak belanja iced blended. Nice! Dah lama tak ada orang belanja aku ni, air pun jadi laa kan...bak kata orang, rezeki jangan ditolak! Hohoho X)) Lpeas kelas terasa berat lak kaki nak berjalan turun bukit melintas jalan raya ke DC tu, bila ada geng cakap nak pergi DC. Okayy, DC...here I come! Aku, Aainaa, Ariff and Yan. 3 kuntum bunga sekor kumbang tapi aku tak ada laa stay click dengan dorang. Aku datang DC sama-sama je coz lepas tu as promised aku ngedate kejap dengan Miss R dekat

Sunday, September 25

.::LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 9]::.

<<SCENE 13>>

Previously in LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 8].......

C untuk cinta? Aku nak cakap C untuk 'complicated' boleh tak? Ehh..blog aku suka hati aku laa nak cakap C tu untuk Cinta ke Complicated ke haape...! Nak juga cakap cinta itu 'complicated'. Yeahh..apa kejadah pula nak cakap cinta itu 'complicated' atau dalam bentuk bahasa Melayu bakunya, cinta itu rumit. Fullstop. Apa yang rumit? Tak tahulah....kadang-kadang manusia tu sendiri yang merumitkan keadaan tu. Kadang-kadang juga, terdapat situasi yang menjadi konklusi kerumitan sampai Avril Lavigne pun buat lagu tajuk 'Complicated'. Okay, right I start talking crap. Let's move on....itu yang korang semua nantikan betul tak, fanz LoVe.S.t aku? Puihhh...bajet macam banyak sangat je kipas susah mati karya LoVe.S.t aku ni. EHh...nama baru laa, okay tu short form tajuk mahakarya dewata LoVe ScEnE tRaGeDy ni, LoVe.S.t!

[i]
Boy: Sorry awak. Saya dah ada orang lain.
Girl: Maksud awak? <buat-buat blurr, tak faham>
Boy: Hati saya dah dimiliki. So saya tak boleh kawan dengan awak dah. <muka confident habis keluarkan statement>
Girl: Huhhh??? <both in silence, watching each other eye to eye with big question mark on Boy's head>
Boy: I got someone else. Saya tengah cuba untuk dapatkan beliau.
Girl: Sampai perlu putuskan persahabatan kita? Macam tu? <garu kepala>
Boy: <tangan seluk poket belakang jeans> I'm so sorry. Saya nak tumpukan perhatian pada dia.
Girl: Semudah tu? Then, apa guna kita kawan selama ni? Sebab ada orang lain, awak tak nak kawan dengang saya dah? Ridiculous laa alasan awak tu.
Boy: Tak boleh. Saya tak boleh terus jadi kawan awak. Tolonglah faham.
Girl: Ishhh...tak fahamlah saya dengan awak ni sebab perempuan lain yang awak dah suka sampai kawan pun awak sanggup buang. Kejam!
Boy: Saya tak ada niat pun nak buang awak. Cuma bagi saya masa, please? 
Girl: <long pause> Okay, fine. Terima kasih sebab sudi fokus jadi kawan saya selama ni.<turn away leaving Boy with tears dropping>
Boy: Erkkkk.......<termangu sendiri macam kaki dipasak pada bumi kuat, melihat Girl pergi jauh>
Boy: (monolog) Awak, saya tak habis cakap lagi......sebenarnya, awak laa orang yang miliki hati saya tu! Sekarang awak dah bawa hati saya pergi bersama dengan awak..macam mana saya nak hidup tanpa awak?
Girl: (monolog) Doesn't he know? That I really love him since I have a crush on him? May be this is the end for me....ahhhh, peritnya! Sakitnya hati...dia tak nampak aku ke???? Sob :'(


[ii]
Boy: You...I nak cakap something dengan you ni.
Girl: Yepp...apa dia Boy? Cakap je laa.....
Boy: Ermm...personally boleh tak? You and me je? This is too public for me...hee~
Girl: Ehh? Sejak bila pula you nak private2 nih? Selama ni elok je you cakap dengan I kat public.
Boy: No..this time is different...may I? <hand sign, beri laluan 'ladies first' to make a move>
Girl: Hmm, okay. Kat sini boleh? So apa dia yang you nak cakap dengan I private sangat ni?
Boy: Arrr.........arr...ermm...aaa....
Girl: Apa dia?
Boy: Arr....macam ni....ermmmm.....<Gulppp! Muka pucat sikit maintain cool lagi> Macam ni, sebenarnya I nak cakap, I......you.....<jari telunjuk bergilir tunjuk diri sendiri dan pada Girl>
Girl: Ahuhhhh....<mengangguk perlahan> you..I...kenapa?
Boy:  Err..you tau kan I selalu sakat you? selalu usik you, sakitkan hati you semua tu.
Girl: Hahaha..iye, I noticed that. Tak apa, I tak ambil hati pun, I tak kisah.
Boy: Really? So you tak ada laa marahkan I ke apa-apa kan?
Girl: Hmmm..tak marah pun. I happy je you usik-usik I, kena sakat semua tu. You make my day what...hee
Boy: (monolog) Ada chance! So...isn't okay, kalau I cakap I suka you? Actually, selama hari ni I usik you bukan apa, sebab I suka tengok you marah. Sehari tak sakat tak usik you, tak lengkap hari I. Same to ypu, you make my day, Girl. I love you?? Okay, sorry for being so straight forward.
Girl: Whoahhhhhh..stop! You cakap apa tadi? You suka I? <sign language again>
Boy: Yupp...<angguk-angguk, geleng-geleng> I ada salah cakap ke?
Girl: Sangat straigt forward. I like it. But sorry? You boleh suka I but you tak boleh love I <making heart shape sign depan Boy> faham?
Boy: Tapi kenapa? Tak faham...tadi you kata, I like it, boleh suka tapi kenapa tak boleh nak love you pula? <kerut dahi>
Girl: <gigit bibir comel dengan muka simpati yang pathetic>
Boy: <Janganlah gigit bibir depan aku pompuan! Tau tak itu laa yang buat aku tertarik tengok kau, comel!>
Girl: You can't love me coz I got this! <tunjuk cincin di jari manis> I'm taken by someone. Kami akan bertunang tak lama lagi.
Boy: You tipu.....you mana ada boyfriend selama I kenal you. You tak pernah cerita pun.
Girl: Is it necessary untuk I ceritakan semuanya kat korang sebagai kawan-kawan I? Sorry, I memang rahsiakan relationship I dengan my boyfriend.
Boy: All right then. I'm sorry. I salah orang nampaknya. Anggap je apa yang terjadi ni tak pernah berlaku. Anggap je I tak pernah cakap dekat you. Ignore it. Sorry again. Good bye.


**PENGAJARAN: Cinta itu rumit. Sampai susah kita nak clarify status cinta kita tu. Tapi apa yang jadi batu penghalang masalahnya? Kita sendiri tak tahu bukan? Dalam situasi pertama tadi, Girl tak dengar habis oun apa Boy nak cakap, kurang kesabaran diri nampaknya Girl tu. Yang Boy pula kalau nak confess pun tak payah laa sampai complicated macam tu, buat pening Girl je. Hasilnya makan diri balik. Tak perlu kreatif sanagat dalam meluahkan perasaan kepada pasangan korang. Boleh tu boleh untuk variety kan, kalau semua trend sama je nak confess kat awek bosan juga kaum-kaum Hawa semua ni dengar. Tapi kreatif berpada laa jangan sampai complicated macam tu, habis putar belit alam ni kau buat wahai jejaka teruna duda semua. Hahaha. Dalam situasi kedua pula, tak tahu laa nak kategorikan macam mana. Cinta tak kesampaian? yeah...mungkin itu yang lebih tepat. Then, apa yang rumitnya? Rumitnya, bila kau cintakan seseorang yang status dirinya kau sendiri tak dapat nak kenal pasti, lepas tu confident je confess kan? kannn...? tapi tak salah pun bagi aku nak confess ni, confess je laa..and being straight forward macam Boy tu kena tengok keadaan juga, ada orang tak kisah, ada orang boleh mati terkejut dengar kau confess tiba-tiba, ada juga yang mau gelak guling-guling dengar kau buat macam tu. Yes, confessing your love also complicated sometimes. Complicated sebab kau kena sedia dengan keputusan kebarangkalian yang 50-50. Nasib laa..untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Once rejected jangan nak feeling down to earth tahap masuk perut bumi, walk straight and look up. There is still someone right for you waiting in front, peepz!

Untuk LoVe ScEnE tRaGeDy series yang lain klik SINI


Friday, August 19

Truth | Cinta Itu Membunuhku

Oops! First of all ni bukan pasal lagu D'Masive yang tajuk dia sama dengan tajuk entry ni. This is a different story of it. Ini cerita cinta seseorang yang pahit barangkali, aku pun tak sure orang ni kena dumb or memang ditinggalkan sebab orang ketiga. This is a true story shared from one of my friend. Well..aku memang selalu jadi tempat aduan dan konsultasi masalah hati perasaan ni. Hey...aku bukan Dr. Love ye..but yes a good friend always there to listen for their friends. Yang tahu detail story it's between us only ok. This true story is not 100% reveal till the end. Cukuplah part of it untuk kongsi dengan korang :)

Dua tahun lepas, Dee (gadis 19 thn, bukan nama sebenar) telah berkenalan dengan Jay (lelaki, 19 thn bukan nama sebenar juga) melalui satu night out dengan classmate Dee, Ella. Jay merupakan kawan baik bf kepada Ella. Night out tersebut adalah kerahsian Dee, jay dan Ella. Motif night out untuk cari hadiah hari jadi bf Ella ni. Dari perjumpaan kali pertama Dee dan Jay terus berhubung, terus juga mengatur pertemuan kedua mereka. Ella menjadi orang tengah dan menyokong kedua-dua pihak. Jay bukan budak kolej Ella dan Dee. Desription serba sedikit pasal Dee, normal girl tak ada laa cun sangat sampai jadi hot stuff kat kolej dia. Dee ni humble je orangnya. Before that pernah gak beberapa kali dia try couple tak menjadi pun. Then yang mamat nama Jay ni pula anak orang berada, kereta pun kakak sponsored. Plat number tak payah cakap laa sekali tengok pun tau tu kereta orang kaya (korang fahamkan maksud aku?). Biasalah anak orang kaya ni tak sewajibnya dilahirkan hensem gler bab%, Jay ni pun menurut cerita Dee tak hensem sangat. Tapi sebab dia kaya kot so bajet macam hensem sangat.

Orait get back to story, pertemuan kedua Dee dan Jay tak menghampakan malah membahagiakan bila dorang keluar berdua je. Dah keluar berdua mestilah kita panggil dating kan...? Pandailah korang ni bab-bab macam ni...hahaha. What to say, Dee bagitahu aku, dia pun tak aspect yang first date dia dengan Jay tengok movie pun dah couple seat. Sebab before this kalau dia keluar lepak dengan kawan-kawan lelaki lain pun dorang tengok movie berdua pun seat biasa je. Secoand day out and first date dengan Jay, Dee tak rasa pun Jay ni pendiam or pemalu seperti yang didakwa-dakwi oleh Ella. Pada mata Dee, jay ni okay laa tak ada laa boring sangat orangnya. baik pun baik Dee cakap. Habis lepas balik dating tu, Dee asyik kena sakat dengan Ella dan kawan-kawan lain.

Gambar hiasan (Taken from: Google)
Seminggu lepas first date tu, Jay bagitahu Dee yang dia suka dekat Dee dan Jay nak dorang jadi couple. Seriously, Dee terkejut gler masa tu. Yelaa...she don't even expect to be that soon. baru sekali dorang keluar dating then after 1week dah ajak couple, betul ke tak otak mamat nama Jay ni. Dee pun tanya-tnya laa pendapat awan-kawan dia termasuk aku masa tu. Aku pun tak tahu nak cakap apa sebab aku sendiri tak ada experience sangat dalam hal macam ni. Aku just nasihat dia, buat keputusan yang terbaik untuk diri sendir, kalau suka dan yakin aku suruh Dee go on je dengan relationship tu. Aku yang dengar khabar tu pun ragu-ragu juga dengan member seorang ni. Betul ke secepat tu hati orang boleh berubah? 1 week of duration time to ask someone be your gf/bf macam kelam kabut je, macam ada sesuatu yang tak kena tapi aku diam je tak ada laa cakap kat Dee masa tu.


Seperti yang aku jangkakan, Dee pun couple dengan Jay ni. They are happy couple for what I know from Dee that time. Hari-hari Dee dengan Jay message and calling. Bahagiakan saat orang baru-baru bercinta-cintun ni, semuanya indah, semuanya cantik, semuanya wangi. Air liur basi meleleh tepi bibir baru bangun tidur dengan mata sepet penuh tahi mata pun korang kata comel. Tak tahu laa aku kalau lepas tu masing-masing muntah tengok muka macam tu. Hahaha. Lepas sebulan couple, Jay dengan Dee pun keluar dating untuk kali kedua. Konon macam celebrate 1month anniversary laa nih....hahaha..biarlah orang aku tumpang happy je dengar. Dee dengan Jay ni rumah bukan dekat-dekat dalam satu kawasan so not all the time dorang dapat peluang nak dating macam ni. Ok we leave the dating scene sebab aku pun tak nak tahu apa dua ekor merpati sejoli ni buat time dating.

Taken from. Favim.com
Lebih kurang seminggu lepas second date, masa tu dah cuti semester. Jay pergi holiday temankan kakak dia pergi Hong Kong. Apa yang ada dekat Hong Kong? Korang agak-agak apa yang best kat sana? Yer..yer...aku dengar korang bagi jawapan tuh..apa dia? tak dengar laa...kuat sikit...! Hong Kong Disneyland? Ya..BETUL! Jay pergi jalan-jalan kat sana dengan kakak dia and dah janji ni dengan Dee nak belikan souvenir untuk gf tersayang dia , Dee. Walaupun before fly tu, Dee tak cakap pun dia nak apa-apa dari Hong Kong. Orang kalau bercinta mestilah akan ingat kat pasangan dia even pergi mana-mana kan. Mesti ingat nak bagi something dari tempat yang dorang pergi tu. Sama laa macam Jay ni juga as normal guy aku kira. Cakap dekat Dee nak pergi seminggu je tapi tak sampai seminggu dah balik Malaysia.


Exactly, sampai je rumah dari KLIA, Jay terus rembat handphone dia call Dee, cakap dah balik. Dee pun sibuk-sibuk laa tanya pasal Hong Kong, Disneyland, food and environment kat sana semua macam mana. Normal laa kan kalau kita tanya benda-benda macam tu kat orang? Bagi aku itu normal untuk bertanya pengalaman orang kat negara lain. Sebab tak semua orang bertuah macam Jay yang boleh all around the world dengan duit mak bapak dan kakak abang dia je. Tapi kesian dekat Dee, dia cerita kat aku yang Jay tak berapa nak share cerita-cerita dekat Hong Kong tu, dengan gf sendiri pun susah nak cerita. Tak pasal jadi   pergaduhan kecil pula antara Dee dengan Jay masa tu. Isunya Jay berat sangat mulut nak sahre cerita dengan Dee ni. Lepas gaudh mana-mana couple pun akan perang dingin 2-3jam or may be 2-3 hari juga.


Dee tak putus asa dan buangkan ego dia, Dee tak tahu salah siapa sampai dia dengan Jay gaduh sebab benda simple macam tu. Pagi-pagi buta tu juga, Dee hantar text dekat Jay minta maaf. Macam-macam gaya message Dee bagi kat Jay as to say sorry. Fine, Jay accepted her appology. Dee pun lega laa bila dah macam tu so Dee pun agak carefull bila cakap dengan Jay lepas insiden tu sebab tak nak Jay sentap lagi and gaduh macam malam tu. However, thing was different after that. Bebehari lepas dah minta maaf, Jay dah tak message or call Dee lagi. Terus senyap tanpa berita, Dee jadi risau. Dee ingat Jay masih marahkan dia, Dee pun confuse Jay ni marah atau masih sentap, so Dee pun biarkan saja dulu. Biar Jay sejuk sendiri. Dee mengadu kat aku, dia sedih bila Jay buat macam tu, seolah-olah dia dah buat kesalahan besar kat Jay. Sekali lagi, Dee put her ego's away, dia gagahkan diri juga hantar message dekat Jay lepas few call from her Jay tak jawab.

Taken from: Favim.com
Lucky, jay reply text dari Dee. Dee tanya Jay, marah lagi ke? Jay balas, tak. Dee lega laa tapi still Dee tahu there's something wronged with his bf sebab jarang sangat Jay balas message pendek macam tu. Just a "tak" membuatkan Dee tambah sedih, geram dan risau. Second text from Jay pula, Dee terus keluar dari folder inbox handphone dia and matikan handphone terus, tak balas dah text dari Jay. Dee menangis sepuas-puasnya. mana tak nangis, tak ada angin tak ada ribut, gaduh sikit pasal hal ciput macam tu Jay terus berubah hati. Nak tahu apa Jay tulis dalam second text tu? Dia cakap kat Dee, that may be they should be friend only. Not more than this kind of relationship. Mana tak patah hati Dee lepas baca ayat tu. The next day, Dee memang mengomel dekat telinga aku mangadu pasal hal ni. Dia sedih gler bila Jay buat macam tu kat dia. 


Hati siapa tak sedih bila break up dengan couple masing-masing tanpa sebab yang konkrit macam ni. Aku pun rasa tak logik mamat nama Jay tu tiba-tiba nak break up macam tu. Senang-senang dia je couple, sekali jumpa suka terus ajak dating, seminggu lepas dating ajak couple, lepas sebulan lebih couple nak break up pula. What the heck mann..?! Kau ingat kawan aku ni apa? Barbie doll? Bola? Boleh sepak suka-suka hati je..boleh campak tepi je bila dah bosan main. Bila Dee tanya kenapa suddenly nak break, senang ja mamat tu jawan sebab tiba-tiba tak ada rasa cinta dekat Dee dah. Hamboi. Kalau Jay tu kawan aku, dah lama aku sound dia depan-depan je. Senangnya kau nak bercinta ye macam pakai handphone, bila suka 1model tu berkejar-kejar pergi beli dan terus pakai, bila dah bosan ada model baru lebih canggih kau campak je phone lama tu tak pun trade in kat kedai ehh....Last-last that souvenir yang Jay beli untuk Dee pun entah ke mana entah. Hurmmm...

Taken from: Favim.com
Apa yang menariknya, lepas buka sem, Dee dapat 'menghidu' something pasal Jay ni lepas dah break up. Ohh..you boy been caught up already by your ex-gf! Cool....! Dee dapat tahu Jay dah couple dengan orang lain. See..few weeks lepas break up dengan Dee, Jay dah couple dengan orang lain. Senang bukan untuk Jay cari pengganti. The worst part is, the new gf 1kampus dengan Dee. Derhh..macam tak ada budak universiti lain. Yang satu lubok dengan Dee juga kau cari ye Jay. Tambah tragis bila that new gf is ex-roomate Ella semester before tu. Keciknya dunia. Bila Dee tanya Ella tahu apa-apa tak pasal isu ni. Ella nafikan dia tak tahu apa-apa. Isn;t it weird macam mana ex-roomate Ella boleh couple dengan Jay, walhal dorang tak pernah jumpa pun sebelum-sebelum tu. Surely kalau aku dekat tempat Dee pun aku fikir ada konspirasi sebalik dorang ni. Dari siapa lagi ex-roomate Ella tu nak dapat number Jay.


Bertambah Dee menyampah dan meluat bila that new gf tak sudah-sudah suruh Ella kirim salam dekat Dee. Ella dengan Dee kan classmate sure laa hari-hari jumpa kan....Pagi baru kirim salam nanti tengah hari habis kelas, kirim salam dekat Dee lagi. kalau korang bengang tak dengan perempuan macam ni? Motif sangat asyik nak kirim salam dekat Dee. Ada satu hari tu Dee dah tak boleh nak sabar dah bengang sangat dengan sikap annoying perempuan tu, Dee suruh Ella sampaikan pesan dekat that girl to kirim salam face to face dengan Dee. Confront je laa kan depan-depan kalau nak sangat cakap asyik kirim salam je. Dee pun perasan bila nampak perempuan tu kat mana-mana dalam area kampus, perempuan tu akan buat-buat tak nampak Dee and jauhkan diri. Erkk..takut ke apa perempuan ni lepas dah ambil bf orang?


Bukan Dee seorang, few of my other friends pun pernah alami kes yang sama, kes main kirim-kirim salam ni. Selalunya antara perempuan tu laa. Aku pun tak faham apa motif perempuan macam ni, nak show off ke that guy was your's? Hey...remember, love don't always belong to us. It might be someone's else out there. Nasib laa kawan-kawan aku ni jenis yang cool je semua, bukan jenis suka serang menyerang sebarangan. Korang ingat cool sangat ke play the game like that? Kirim salam kat opponent side as if tengah berebut jantan seorang tu. Serang-serang apa semua ni. Korang ni lelaki dalam dunia bukan ada satu. Kena ingat juga what goes around comes around. Tak mustahil satu hari nanti apa yang korang buat tu kena kat batang hidung korang balik. Masa tu hidung tak mancung, pipi pun tak mampu nak tolong sorong tauuu....Huuu~

Sekarang ni Dee masih single and she just focus on her study. Sebagai sahabat aku mampu support dia je, tak kan aku nak carikan bf untuk dia pula kan? Her love life let herself make the decision. Jay pula, aku dengar cerita dari sumber-sumber tertentu masih get together dengan that girl yang menjengkelkan. euww...euww...perempuan show off! You just making others annyed and pissed off with your attitude. Tak tahu laa apa yang Jay berkenan sangat dan bertahan relationship sorang sampai sekarang. It's ok Dee, keep it strong, girl :) One day, they must be one perfect guy just nice for you. Trust me :)


Taken from: Favim.com

Friday, August 5

.::LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 8]::.

<<SCENE 12>>
Maaf scene kali ni panjang sangat aku rasa. teruskan baca kalau korang berminat nak tahu tragedy kali ni. Yang malas nak baca boleh tutup je browser kat atas tu.

Pernah tak korang rasa kecewa dengan tindakan kawan-kawan korang yang lebih pentingkan bf/gf dari friendship korang? Sometimes mesti terasa diri terasing macam dipinggirkan, nak pula melibatkan orang yang rapat dengan kita. Kadang-kadang rasa meluat juga bila member asyik bercerita pasal bf/gf dorang 24/7 bagai tiada lagi esok, sikit-sikit bf dorang, sikit-skit gf dorang. Semuanya asyik pasal kisah cinta dorang tu. Member pun diam dengar je laa segala omelan si sahabat tadi, sabar je laa..nak cakap banyak kawan. Tapi lagi makan hati kalau dapat jenis kawan yang lupa kawan bila dah bercinta. Hmm..dengan harapan dan doa, satu hari nanti sedar diri laa balik ye...ingat dan cari balik kawan lama tu.

In a phone call lepas SPM......
Boy: Babe, so how was ur SPM result?
Girl: Arghhh...result I biasa je laa tak gempak pun..u punya result mesti gempak kan?
Boy: Ahaha..damn! I dapat B4 for my History laa, kalau laa I tak tertidur masa jawab paper tu.
Girl: Lorhh..yeke? Than yang lain macam mana? Hmm, dah tak rezeki la tu u punya Sejarah.
Boy: I got 9A's babe! My parents nak belikan I notebook as present.
Girl: (Untungnya kau weh...apsal laa kau pandai sangat? Envy you!) Ohhh, congratz Boy!

Setahun kemudian....
Boy: Gler lama tak borak-borak dengan u! Serious rindu u tau....
Girl: Mana nak borak dengan I dah..u kan busy dengan study, dengan gf..hahaha (kau memang, in love je hilang laa..)
Boy: Ehh..yeke I macam tu? Haha..sorry laa, ni pun I ingat kat kawan I sorang ni terus call tau. Anyway pasal confession dulu tu just let it be laa, u tetap akan jadi kawan I like forever! I appreciate it. Hee..U tengah buat apa?
Girl: (YoyoO~ sangatlah kau tu..ni mesti ada pape nih tak pernah-pernah rajin nak call aku) I tengah susun dokumen ni hahh, next week nak g daftar kat UTM.
Boy: Wahh..cepatnya. Congratz u masuk UTM, dapat course apa?
Girl: Dapat chemical  engineering. U dah habis ke prep dekat kolej? Bila nak fly pergi France?
Boy: Wow! engineer...boleh laa I suruh umi pinang u bila dah habis study nanti. Hee...Nope, I ada setahun lagi prep before fly pergi sana.
Girl: Pinang I? Buat apa? Girlfriend u kan ada....(saja menguji, aku dapat agak Boy ni kalau tak ada problem dengan gf tak adanya serajin ni nak cakap dengan aku)
Boy: Yelaa..sure nanti kerja gaji u tinggi. Boleh laa I tumpang kaya sekali..hehehe. Babe, u tau tak tadi I call siapa?
Girl: (Tak cakap kat aku lagi siapa, mana laa aku tau..sengal laa budak ni..!)
Boy: Tadi I called Mel, u tau tak dia...bla...bla...bla..blaa...(panjang lebar cerita pasal ex-gf yang baru dia call sebelum tu dekat Girl.)
Girl: Ohh ye? Ahahhh...Hmmm...Ohh...Really..Lepas tuh? Okay..Haa...U tak..bla..blaa..blaa..(layankan aje laa...aku dah agak Boy ni mesti ada motif macam ni..lepas cerita pasal pompuan A keluar pasal cerita pompuan B, dasar womanizer member sorang ni.)
Boy: Hahh..thanx babe! U are the best girl friend I ever have. Thanx sudi layan I borak tengah-tengah malam ni. Love u.

Setahun kemudian lagi...


Girl: Hye...how are u? Buat apa sekarang?
Boy: Hey..Im fine. I tak jadi fly pergi France laa. I dekat .......................baru je masuk.
Girl: Ehh..u tak jadi fly? Kenapa? Hmm..tu laa dah lama tak in touch kan kita. So how was ur love? Korang still together is it?
Boy: Ahaha..later laa I cerita kat u kenapa ehh..? It's a long story. Dengan siapa? Ohh..I dah break up laa dengan Lya but still deep in my heart I love her so much.
Girl: Hehh? Then apsal break?
Boy: Tak tahu laa...I tau salah I and I rasa tak boleh nak maafkan diri I. Terlalu sayangkan dia. U tau I dah pergi rumah dia jumpa parents dia pun, dia tak nak jumpa I.
Girl: (Hmm..bukan aku tak tau kau ni Boy dan aku juga tau apa yang berlaku antara korang sebenarnya even kau tak cerita kat aku. Aku tau kawan aku ni persis apa...what u give, u get back...Hurmm)

Dua tahun kemudian....
Dalam sebuah kereta yang dipandu Boy untuk keluar dinner dengan one of their old friend juga.

Boy: Kenapa u tak pakai baju kurung? (tiba-tiba soal memecahkan kesunyian suara manusia dalam kereta)
Girl: Laa..kita kan nak keluar makan je. Lagipun dah malam kot.
Boy: Hmm..I suka tau tengok perempuan pakai baju kurung ni. Manis je tengok..(Tersenyum sendiri)
Girl: Boy...u dah okay?
Boy: U mean?
Girl: I mean ur relationship laa..siapa nama budak tu? Lupa laa...tu laa u banyak sangat girl friend, Mel laa..Lya laa..siapa-siapa entah lagi..huhu
Boy: Haha..I dah single okay sekarang. Baru break up last month dengan sorang pompuan ni. Cakap pasal Lya, u tau tak dia dah ada pengganti I? Yang I geram tu, tak boleh blah betul..boleh pula dorang amek gambar sama-sama dengan port kitorang amek gambar dulu with same pose.
Girl: Ahahh..so u sakit hati laa ni?
Boy: Jealous kot...lantak laa malas I nak fikir dah.....bla...bla..blaa..(masih dengan cerita-cerita Pencinta Wanita beliau). I kalau nak kahwin nanti, I nak buat check up untuk detect HIV. Kalau I ada, I tak nak kahwin, yela kesian dekat bini I nanti. Tak pasal je...
Girl: Tapi sekarang kan memang kena buat before kahwin test tu. Bagus gak u ni kan fikir juga bab macam tu.
Boy: Alaa..u ingat I ni jahat sangat ke? I dah berubah laa..I dah baik kan sekarang???
Girl: Orang baik tak akan mengaku diri sendiri baik okay. Hahaha..macam I baru kenal u sehari dua.


Di restoran bersama kawan lama...
Boy: Come on Girl...u pun tau kan I memang dari dulu suka kat Didi ni. (Mangkuk ABC ditolak kepada Girl)
Girl: (Perlahan-lahan menghakis kepalan ais bersama air gula ABC) Ye I tau dari sekolah u suka dia, sampai gaduh-gaduh dekat library dulu.
Boy: U memang terbaik laa..semua pasal I, u tau kan.

Boy: Girl, u nak order pape order laa dulu ye I nak borak dengan Didi ni.
Girl: (Hmm...misi nak masuk jarum la tuh flirting moment.)
Didi: Hehehe..u ni kesian laa Girl. Dia pun kawan I juga, kitorang pun nak borak-borak lama tak jumpa.
Boy: Alaa...I lagi nak borak dengan u. Dah lama I tunggu saat ni nak jumpa u. Lama sangat tak jumpa kot. U dah cantik laa sekarang. Dulu bla..blaa...blaa...I dah berubah laa. I dah baik sekarang. Serious. U kalau tak percaya, u tanya je Girl pasal I. She know me well.
Girl: Ha'ahh..u nak tau pasal apa, tanya je. (Senyum sinis. Dalam hati, jantan macam kau bukan boleh percaya sangat. Elok sangatlah Boy dengan Didi ni, secocok sangat, dua-dua sama. Dua-dua buaya.)

Sebulan kemudian....
Girl: Boy...korang dah couple eh?
Boy: Apa dia? mana ada couple...
Girl: Iye...u dah couple kan dengan Didi? Both of u tkr status serentak kat FB ni hahh...don't expect me didn't see anything okay...
Boy: Mana ada couple. I cakap tak ada, tak ada laa...
Girl: Alaa..u ni dengan I kawan dah lama pun nak sorok ke? Bukan I nak marah pun kalau korang couple. Just be honest laa..korang kawan I juga..
Boy: Tak ada.
Girl: U tak nak ngaku eh? Okay, tak apa. Thanx!

Tiga bulan kemudian...
Girl: (Bisik hati) Aikk..dah break up? Kejapnya couple budak-budak ni. Tapi Boy senyap je lepas dah break up..dah lama dia tak contact aku. Senyap terus lepas aku hari tu...Hmm, kau pun satu Boy, cari girl friend tu cari laa yang senonoh sikit. Didi tu dah lain, tak macam dulu dah, lebih sosial dari kau, Boy. Aku cakap dia dah ada boy friend, kau cakap, "kapal terbang pun orang boleh hijack". Nasib kau laa Boy. Degil, aku nasihat tak dengar. Yelaa..aku ni siapa. Best friend kau bila tak ada tempat nak kaunseling cinta je. Kau okay ke tak kat sana study agaknya...? Nak call kau pun tak dapat, tukar number pun tak bagitahu dah. 

**PENGAJARAN: "Lelaki yang baik diciptakan untuk wanita yang baik, wanita yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik" begitulah sebaliknya pula bukan? Kita ni dalam hubungan dengan pasangan tu kena laa ikhlas. Definisi CINTA tu sendiri subjektif. Ada orang bercinta untuk bersuka ria, bercinta untuk kepuasan nafsu, bercinta untuk mendapat semangat hidup, bercinta untuk berkongsi dan sebagainya. Kalau kita berbuat jahat kat orang, suatu hari akan terbalas balik dekat kita. Hukum karma sedia menanti. What you give, you get back. Cinta itu buta tak memandang paras rupa, tapi tetap ramai yang dikaburi dengan cinta pada mata. Pandangan luaran rupa fizikal menggoda si cucu cicit Adam melakukan maksiat. Ya...pasti ramai anak muda akhir zaman ni yang telah berzina, rosak keimanan diri direnggut Iblis. Cinta bukan pada kepuasan nafsu semata. Bila buku bertemu dengan ruas, si teruna yang tak teruna bercinta dengan si dara yang dah tak dara. Apa rasanya yang terjadi antara mereka? Masing-masing pantang nampak si dahi licin, maka kecundanglah percintaan mereka itu tadi. Nasihat kawan tak dengar, dilupakan kawan tu tadi sebab lebih pentingkan dunianya sendiri. Hargailah kawan-kawan anda, sebab cinta belum tentu dapat menjamin kebahagiaan kita dalam hidup ni. Kawan masih diperlukan jua. -peace-


Untuk LoVe ScEnE tRaGeDy series yang lain klik SINI