CC's Customer

Wednesday, October 5

Seyes unplanned!

Kalau orang lain sibuk dengan Wordless Wednesday dorang, lantak pi laa aku tak nak letak gambar hari. I want to break the rule! Hahaha... XD Nak dijadikan cerita, hari aku ada satu kelas je yang berbentuk ilmiah santai...yea right, kelas Technopreneurship yang sempoi, lecturer masuk tak ajar tapi borak2 cakap pasal real life situation in business. So segar juga laa masuk kelas dia, kalau dia mengajar suh buka nota buka buku, sah-sah mata budak2 ni pun tertutup.

At first, Miss R text aku tanya kelas sampai pukul berapa. Ok fine, kelas aku sampai 10.30am je.....kononnya nak pulangkan novel aku yang dia pinjam dari cuti sem yang lepas. Alih-alih, boleh pula dia lupa nak bawa. Ciss...nasib baik dia cakap nak belanja iced blended. Nice! Dah lama tak ada orang belanja aku ni, air pun jadi laa kan...bak kata orang, rezeki jangan ditolak! Hohoho X)) Lpeas kelas terasa berat lak kaki nak berjalan turun bukit melintas jalan raya ke DC tu, bila ada geng cakap nak pergi DC. Okayy, DC...here I come! Aku, Aainaa, Ariff and Yan. 3 kuntum bunga sekor kumbang tapi aku tak ada laa stay click dengan dorang. Aku datang DC sama-sama je coz lepas tu as promised aku ngedate kejap dengan Miss R dekat
kedai Entrepreneur Club UiTM (kedai ni kat tepi DC je..belah kiri kalau dari bus stop. Jual iced blended yang pelbagai rasa, top up, biskut and kudapan sikit). Mula-mula nak mintak iced blended rasa vanilla (feveret nih...) tapi tak ada pula, so I changed to Tiramisu flavour. Sedap..sedap..sedap...! Benda free sedap laa kann..hahaha..Thanks Miss R, nanti bila-bila kalau kau kat situ aku pun free, aku datang tolong dorang meniaga okay. Hahaha. Masa tengah melepak kat pondok dengan Miss R sambil minum Tiramisu tu, nampak pula sorang abg blogger nih merangkap junior yang tapi sebaya. Camne tu ehh? Fikir laa korang...hahahha...minggu ni je dah 2 kali dia nampak aku lepak kat wakaf tapi aku tak nampak dia. It's fair and petak now, aku pula nampak dia tapi dia tak perasan aku. Fine! Then kitorang jalan balik fak sama-sama.

Aku balik fak balik bukan apa sebab beg dan buku aku tinggal dekat wakaf tadi, member jagakan kejap. Belum 12.30pm pun masa yang sepatutnya kelas habis untuk tengahari tapi matluthfi89 dah turun dulu. So apa nak buat ni? Aku dah free, Yan pun free..dia pun free. Planned before, nak pergi drive thru McD dengan pergi CaIREX2011 dekat Menara SAAS. Unfortunately....benda yang ktorg angan-angankan dari few weeks before popped up...
"Movie?" "Nak tengok cerita apa?" "Johnny English?" "Dekat mana?" "Bukit Raja ke Bukit Tinggi?" "Bukit Tinggi jom...aku tak pernah pergi..." "Haahh..Bukit Raja seat sempit tegak lak tu..tak best!" "So...?" "Aku tak tahu jalan..." "Free GPS ada...." "Kau tunjuk jalan kat aku..." "Okay je..nak jalan lurus ke bengkok-bengkok? Nak tol ke tak nak? U-turn?" "Please enligthen my way....."
*bengongggggg*
Biar laa org da tgk..ktorg bru ngegeh nk tgk
mmg ske delayed ck8 tgk org x rmai sgt dh..hahaha
Itu laa dia antara dialogss ktorg berdiskusi tadi. Memang movie laa kan kalau before pergi dah siap online check showtime apa semua. Settle! Maka, dengan ini secara rasminya, aku menjadai GPS tanpa skrin dan hanya berbentuk arahan sahaja terhasil. Nice...aku semakin mengenali jalan-jalan utama sekitar Klang dengan mesra, dah tak terlajak simpang or anything dah. Smooth dah sampai je pergi balik dengan selamat. Dah nama pun GPS sah-sah laa aku kena jadi co-pilot as usual untuk mana-mana driver yang tak familiar dengan Klang Valley ni,even though diri sendiri tak ada lesen and tak reti drive. 


Sesampai kat Bukt Tinggi, aku dah macam unpayable Tourist's Guide dah bawa dorang jalan kat situ. Im leading the to everywhere. Macam mak-mak pun ada, sampai-sampai je simpankan parking ticket, then pergi kat ATM withdraw duit, anak dengan bapak tunggu kat depan. Pastu naik escalator pergi beli tiket movie pun mummy kat depan mummy pergi beli mummy pergi mana ikut je, dapat pula spesies anak yang ke sana ke sini nak itu nak ini jenis deman..mengada betul! huhhh...hahahha..pastu dapat daddy pula jenis tak mahu layan anak bini, buat derk dia je. Sumpah kelakar kot tadi, geli pun ada. Boleh pula fikir macam tu, main-main. Actually 'daddy' jadi tak reti nak melayan 'anak bini' tu bukan apa. On the way pergi tu tadi dalm hujan mendung tu, dia dapat 'berita baik' terkejut terkedu terkaku terkelu tu keras sikit masa keluar. Konspirasi jiwa dalaman. Perhhh..perhhh...tengok cerita lawak pun macam tak lawak sangat dah. Tapi thanks laa sedia mengorbankan sweater untuk kami berdua. Hahaha.


Sumber: Favim.com
Before movie start, ktorg jalan-jalan dulu, masuk Popular semata ada orang nak beli highlighter. Asyik kena bahan je 'daddy' dengan 'mummy' and 'anak'. Mula-mula, teddy bear, then baju sejuk, dekat Popular satu tajuk buku ni menjadi bahan juga. Kesian 'daddy' tertindas sikit petang tadi, nasib baik dia cool je dengan adanya orang-orang seperti kami yang menceriakan hari mendung anda. Hahaha. Habis movie, ktorg pun balik, dah petang dah pun. Elok laa..pergi aku tunjuk jalan lain, balik ikut jalan lain sebab nak elak traffiv jammed dekat Bandar Klang tuh. "Memang aku tak ingat laa jalan macam ni...." Weehoo~ kalau kau ikut jalan lurus tadi pun dah okay dah, tu jalan paling senang and dekat kau naka guna just kena pandai agak laa timing nak lalu sebab situ time2 pergi balik office hour memang sangkut pun.


Seyes dalam kereta pun aku dah tak boleh nak gelak, otot-otot kat pipi aku dah tegang, sakit dah asyik gelak je. Bukan gelak tengok Johnny English je. Gelak dengan 'watak' mainan ktorg hari ni. Bluwekkkk~ apsal tetiba panggil 'daddy' 'mummy' and 'adek' nih? AiyooooOOO~~~ apa-apa pun thanks to 'daddy' ktorg hari ni. Tak ada dia, tak ada laa sampai Bukit Tinggi and tengok movie tu. Sorry terlebih terkurang tergurau terasa ke pape. Lebih kurang duit apa semua, halal eh? Heee~


**Balik bilik dengar pula roomate pasang lagu Nera AF9 - Hatimu Milikku. Okayy...1 2 3 Sentap! tu laa happy2 gelak2 sangat kan dah touching bila dengar lagu ni..sob3 :(


Whatever happen, I'll keep waiting for you T.T

No comments: