"AAA,
IRIN, I ada hadiah sikit nak bagi dekat you. Ambillah, hadiah kecil je tak
seberapa, ikhlas dari I." sebuah kotak kecil berbalut dengan kertas hadiah
kilat berwarna merah, siap dengan reben comel berwarna merah juga di atasnya. Kotak
hadiah dihulurkan kepada Irin dengan kedua-dua belah tangannya.
Kotak diambil. Mereka saling bertukar
senyuman. Hakim seperti malu-malu, serta-merta kedua-dua tangannya dimasukkan
ke dalam poket seluar, kepala tertunduk ke bawah. Kepala yang tidak gatal
digaru pula. Irin memerhati kelakuan pelik Hakim. Dia juga jadi tak keruan.
Dibelek-belek kotak hadiah yang sudah bertukar tangan, Irin sendiri tersenyum,
tunduk malu. Akhirnya, mereka berdua ketawa serentak. Orang sekeliling di
sekitar bandar tersebut tidak menghiraukan mereka.
"Thanks for this." Irin
menunjukkan kotak hadiah sambil mengukir senyuman yang paling manis belum
pernah dilihat Hakim.
"You are most welcome. Erm,
jangan buka sekarang. Dah balik
nanti baru buka hadiah tu, tahu?" Hakim mengarah. Entah apa yang
dihadiahkan dalam kotak kecil yang tak seberapa itu.
"Oh,
okay." Irin mengerutkan dahi apabila mendengar permintaan Hakim itu.
"Bukan benda pelik-pelik, kan? Payah pula I nak jawab dengan Imegresen
nanti. Hehe." sambungnya sambil memasukkan kotak hadiah ke dalam beg
galasnya.
"No.
Just something for you. Tak kan I nak susahkan you pula." Sepanjang pertemuan dengan Hakim di Eropah, dia tidak
pernah lekang dengan senyuman, pemurah. Senyumannya itu membuatkan hari-hari
yang kelam, redup dan mendung sepanjang keberadaan Irin di sana menjadi cerah.
"So,
you nak balik dah. Tinggallah I dekat sini lagi tiga bulan. You jaga diri
baik-baik, okay? Apa-apa hal nanti contact I, I mean kalau you belum fly lagi. Kejap je rasa seminggu you dekat sini, kan?"
"Hmm,
I pun rasa sekejap sangat. Rasa tak nak balik pula, tak puas lagi jalan-jalan
dekat sini. Alaa, tiga bulan tu kejap je, pejam celik, pejam celik dah habis
nanti dah balik Malaysia. Hakim, terima kasih sebab bawa I
jalan-jalan, temankan I, jaga I dekat sini. Really appreciate it walaupun I
tahu, Kamal yang minta you jaga I. Thank you so much." Irin mengucapkan
penghargaannya.
"Eh, tak apalah. Kalau Kamal tak
suruh pun, I memang akan jaga you. Lagipun,
seronok juga sekali-sekala bawa orang Malaysia jalan-jalan. Daripada
terperuk je dekat bilik buat research, buat report. Harap you seronok holiday
dekat sini dengan adanya I yang penyibuk ni. Jujur, I gembira dapat jumpa you
dekat sini.
Irin hanya tersenyum mendengar
kata-kata yang keluar dari mulut Hakim, hatinya cukup tersentuh dan sangat
bahagia di saat itu, walaupun tiada kata-kata cinta, tapi cukup untuk mengetahu
Hakim senang dengan kehadirannya.
Teksi yang dinantikan telah tiba di depan hotel, di mana Irin dan Hakim
sedang berdiri menunggu. Pemandu teksi rakyat Jerman itu keluar dari kereta dan
membantu Hakim memasukkan luggage ke dalam bonet. Hakim berbual serba sedikit
dengan pemandu berkenaan dalam bahasa Jerman. Hakim membuka pintu belakang
teksi dengan penuh gaya lelaki budiman untuk Irin, Irin dijemput masuk ke dalam
teksi.
"Well, vielen dank (Terima kasih
banyak-banyak)," Irin berdiri di depan Hakim sebelum memasuki perut teksi.
"Bitte sehr, Freu Irin (Sama-sama, Cik
Irin)." Hakim menutupkan pintu teksi berkenaan. Irin
membuka tingkap di tepinya.
"Got to go, now. Good luck on
your master. Auf Wiedersehen!" Mereka sempat berjabat tangan buat kali terakhir sebelum Irin
bergerak ke lapanga terbang. Hakim hanya mengangguk sambil melepaskan perlahan
tangan Irin, "Auf Wiedersehen!"
Bukan
Hakim tidak mahu menghantar Irin hingga ke lapangan terbang tetapi masa tidak
membenarkan dirinya berbuat demikian. Temu janji dengan penyelia projek sudah
ditetapkan sejak dua minggu lalu, tidak mungkin Hakim boleh tundakan temu janji
berkenaan. Hakim hanya mampu menghantaar Irin ke pintu teksi di depan hotel
sahaja.
Sementara
di dalam penerbangan pulang ke Malaysia, Irin teringat tentang kotak hadiah
yang diberikan Hakim sebelum berangkat tadi. Irin mengeluarkan kotak kecil itu,
tali reben ditarik untuk membuka. Balutan kertas hadiah juga dibuka denga
berhati-hati. Irin menggoncang-goncang kotak yang sudah dibuka balutannya
sebelum membuka, tiada bunyi malahan kotak itu agak ringan. Irin sudah tidak sabar
lagi, kotak dibuka, penuh dengan renyukan kertas warna-warni. Renyukan kertas
ditarik keluar ke atas ribaannya untuk tidak mengotorkan lantai kapal terbang.
Ketika menarik keluar renyukan kertas-kertas itu, keluar sebuah rantai kunci
berbentuk Menara Eiffel yang diperbuat daripada gangsa.
Rantai
kunci diangkat, ditenang sambil tersenyum. Senyumannya terhenti tatkala matanya
terpandang sebentuk cincin plastik bertatah batu-batu kecil berwarna merah
jambu yang turut disertakan dengan rantai kunci tersebut. Irin mengeluarkan
cincin plastik itu dari gegelang rantai kunci lalu dia cuba menyarungkan di
jari. Cincin plastik yang dipilih Hakim terlalu kecil untuk jari tengah mahupun
jari manis milik Irin, muat-muat pada jari kelingking saja. Irin ketawa kecil mengenangkan
Hakim yang tidak dapat mengagak saiz jari Irin. Renyukan kertas warna-warni
cuba dimasukkan semula ke dalam kotak tetapi niatnya terhenti. Ada satu lipatan
kertas di dalam kotak itu dengan tertera tulisan tangan "Irin Nadia".
"Note
apa pula Hakim ni?" Irin tertanya, dia menarik keluar lipatan kertas yang
dilipat sekecil-kecilnya untuk dimuatkan ke dalam kotak oleh Hakim. "Tak
ada kerja ke lipat kertas kecil-kecil macam ni?" Irin membebel sambil
perlahan-lahan membuka satu per satu lipatan kertas itu. Irin membaca nota
berkenaan dengan penuh penghayatan walaupun bukanlah surat rasmi dari mahkamah
yang rumit untuk difahami. Beberapa baris ayat tulisan tangan lelaki bernama,
Hakim yang ditemui dan diluangkan masa bersama selama tujuh hari itu dihayati
sambil tersenyum. Baru saja membaca baris ayat pertama, Irin sudah ketawa
sambil melihat cincin plastik merah jambu di jari kelingkingnya. Lalu diteruskan bacaan nota ringkas yang
disertakan oleh Hakim itu. Nasib baik tiada penumpang yang duduk di sebelahnya,
pasti orang akan menyangka dirinya gila tersenyum seorang membaca nota sambil
membelek-belek cincin plastik itu.
Irin Nadia,
First of all, sorry kalau cincin tu tak muat
dekat jari you, I tak reti nak agak saiz jari you sangat. Harap you suka hadiah
I yang tak seberapa tu, I beli keychain tu masa kita dekat Paris, just something
for you to remember about us being together at Eiffel Tower few days ago.
Walaupun baru pertama kali bersemuka dengan you tapi I dah cukup selesa dengan
you. I tahu selama ni I tak pernah layan you dengan baik, maaf sebab I pernah
sakitkan hati you. Bukan apa, I just need my space, I belum cukup bersedia
waktu tu. Tapi 7 hari bersama dengan you, Irin Nadia, I cukup yakin kali ni, I
tak silap lagi. Betul kata orang, cinta itu buta, walaupun baru kenal you
dengan lebih dekat dalam 7 hari ni, I dah betul-betul jatuh cinta dengan you.
Harap I belum terlambat untuk tawan hati you. Cincin yang tak seberapa ni
sebagai tanda ikhlas cinta I untuk you. Kalau you sudi, tunggu I balik Malaysia
lagi 3 bulan, then I, myself will put on a real ring, just for you, Irin Nadia
binti Azmi as my future wife?
P/S: Ich liebe dich! ;)
Let me be your man,
Hakim
Reza
JARI-JEMARI DIKETUK-KETUK di atas meja kerana bosan
menantikan seseorang. Irin menyedut sedikit jus oren Twister yang dibeli semasa
dalam perjalanan ke IKEA di Mutiara Damansara. Jam dipergelangan tangan
dijeling sekilas, 2.30 pm. Sudah 30 minit dia berlegar-legar di sekitar IKEA,
akhirnya Irin melabuhkan saja punggung di salah satu kerusi meja makan di
restoran bahagian atas yang terkenal dengan hidangan Swedish Meatball.
"Hai!
Dah lama tunggu I? Sorry lambat, jalan jem dekat LDP tadi." ada sedikit
mengah dalam nada suara itu. Hakim masih berdiri di depan meja Irin.
"Hmm,
tak ada laa lama sangat tunggu, dalam 45 minit. You nak air?
Macam penat je, you lari eh tadi?" Irin menghulurkan jus oren Twister
kepada Hakim, Hakim menyedut sedikit untuk membasahkan tekak yang kering.
"Hah, lari sikit dekat parking
bawah ni nak naik atas tadi, kesian dekat you dah tunggu I. Jom pergi beli
makan, I memang belum makan ni." Hakim mengajak Irin ke kaunter untuk
memilih makanan. Mereka telah sama-sama memilih set hidangan meatball yang
terkenal di situ. Selepas membuat pembayaran, kebetulan ada meja kosong di
hujung restoran, strategik di tepi tingkap, boleh nikmati pemandangan luar yang
berhadapan dengan The Curve.
"Alhamdulillah, finally dapat
juga I makan meatball dekat sini. Rindu gila makanan dekat sini, tau tak? Masa
study dulu, I selalu lepak makan dekat sini dengan kawan-kawan bila kitorang
free." Hakim bercerita.
"Aik? Dekat Jerman tak dapat
makan meatball ke? Ingatkan you rindu makan nasi lemak ke, teh tarik
ke..." sambut Irin yang sedang memotong kecil bebola daging untuk disuapkan
ke mulut.
"Ada juga dekat sana tapi suasana
tak sama macam makan dekat sini, lagipun susah nak dapat yang halal. Nostalgia
dekat sini. Hehe. Nak pula kali ni makan dengan you, berbeza keadaannya
tu." sekaligus sebiji bebola daging dimasukkan penuh ke dalam mulut. Tamak
sehingga ada comot sos meatball di bibir Hakim. Lantas, Irin menarik tisu yang
diselitkan di bawah pinggannya lalu dihulurkan kepada Hakim.
"Kenapa?" soal Hakim yang
tidak mengerti. "Tu kat tepi mulut you, ada comot sikit. Gelojoh sangat makan, orang tamak." jawab Irin
dengan sedikit memerli. Hakim meraba tepi bibirnya, baru dia faham lalu
menyambut huluran tisu dari Irin.
"Eh,
nanti kejap." Hakim menarik tangan kanan Irin yang menghulurkan tisu itu
tadi. Mata
Hakim tertancap pada sebentuk cincin plastik merah jambu yang pernah dibelinya
dulu. "Ohh my, you pakai cincin ni?" Hakim membelek cincin plastik
yang berada di jari kelingking Irin itu.
"Dah orang bagi, tak kan I nak
buang pula." Irin menarik semula tangannya, tidak mahu dibiarkan terlalu
lama dipegang Hakim.
"Yelah tapi kalau dah cincin tu
kecil kenapa pakai juga?" sambung soalan Hakim.
"Sebab you yang bagi?" Irin
meletakkan pisau dan garfu. Dia menongkat dagu dengan tangan kanannya untuk
menunjukkan cincin plastik merah jambu itu kepada Hakim. Hakim hanya senyum.
"So bila I boleh dapat cincin yang betul? Dan saiz yang betul?" sambung Irin berani sambil
bertentang mata dengan Hakim.
Hakim pula
meletakkan pisau dan garfu, dia menghabiskan kunyahan di dalam mulut lalu menyedut
sedikit air. Hakim merenung Irin di depannya dengan senyuman sinis. "Yang
betul?" soal Hakim untuk kepastian yang bernada menduga. "Bila I
boleh hantar rombongan I pergi rumah you?" sambungnya lagi yang tak lekang
dengan senyuman.
"Kalau
macam tu, petang ni you boleh ikut I balik jumpa parents I dulu. Okay?"
Irin memotong bebola daging lagi dan cuba disuapkan kepada Hakim.
"Petang ni? Okay, deal. Lepas ni
kita pergi beli cincin untuk rombongan I datang pinang you nanti." Hakim mengangakan mulut untuk disuap.
"Wahh...confident
je nak terus siap-siap beli cincin. Macam lah parents I dah
accept you," seloroh Irin kepada Hakim yang begitu yakin.
"Kenapa pula tak accept? Ehh, ni
I kot, Hakim Reza, belum pernah ada calon mertua yang reject I, okay? Hahaha"
Irin
membuat muka meluat dengan kata-kata yang baru saja Hakim luahkan, "Hah! Baru
first time nak pinang anak dara orang, memanglah belum pernah kena reject, kan?
Macam tu, I nak suruh parents I reject you lah. Hahaha...ayah I garang
tau."
Hakim menelan air liur sebaik saja
mendengar baris ayat akhir, "Alaaa...youuu...janganlah reject. But
seriously, ayah you garang ke?"
PADA
PETANG ITU juga, Hakim dan Irin memilih cincin tanda. Hakim telah mengikut Irin
pulang ke rumah untuk diperkenalkan dengan kedua-dua orang tua Irin. Nampaknya
keluarga irin dapat menerima Hakim dengan terbuka, begitu cepat Hakim dapat
menyesuaikan diri dengan kedua-dua orang tua Irin, mungkin sikap Hakim yang
pandai mengambil hati dan peramah membuatkan mak dan ayah Irin gembira dengan
pilihan hatinya.
Selang beberapa minggu, Hakim telah
menghantar rombongan meminang sekaligus majlis pertunangan antaranya dengan
Irin diadakan ringkas, cukup sekadar untuk pengetahuan saudara-mara terdekat.
Kedua-dua belah keluarga sudah bersetuju nampaknya dengan perhubungan mereka.
Irin sangat bahagia kerana akhhirnya dia mendapat apa yang diinginkan selama
ini, impian tercapai.
Bersambung...
1 comment:
UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
Post a Comment