CC's Customer

Saturday, December 3

Falling Tears

I admit this few weeks I was so busy. I was messed up with lot's of things to do. Project, project and project. Assignment, assignment and assignment. Test, presentation, quiz and bunch of reports etc. Tu belum lagi bila selalu kena marah dalam kelas Dr. D, "your group bla bla bla....macam mana ni bla bla bla....meeting suppose macam ni bla bla bla..Noorie Nabila, faham tak ni? bla bla bla...." Ye naik sebu lubang telinga aku setiap minggu pun nama aku meniti di bibir orang tua ni. Padahal yang dia complain tu hasil tulisan cantik secretary aku. Mula-mula okay la aku bertahan senyum je laa kena marah walaupun tu bukan la kesalahan aku sorang. Lama-kelamaan, masuk hati juga aku kadang-kadang dengan orang tua ni. Habis satu group terasa macam 'black ship of the family'
manakan tidak? Dalam kelas tu group aku je asyik kena fire dengan dia padahal group lain pun legih kurang je macam kitorang. 

Biasalah kan orang tua, mestilah tak nak kalah. Ada sekali tu kaw-kaw kena dalam kelas, memang nama aku yang jadi bahan dia je. Siot pedih hati kot, aku sabar je dalam hati. Satu kelas senyap. Actually tak ada laa unsur marah yang maki-maki tu just bebelan orang tua ni boleh tahan panas gak laa, ada je kesalahan kat mata dia. Nak back up diri sendiri pun memang tak ada harapan laa mesti dia potong cakap kita. Lepas 1group kena marah, "Ehh..Noorie, janganlah nangis..." pujuk group member yang perihatin. Demmm..ada rupa aku tengah nangis ke masa tu? Mungkin wajah aku tak menunjukkan sebarang ekspresi sedih tapi cukup la hati yang agak sentap saat tu. Sabar je laaa....lepas tu memang kitorang try hard la nak tebus balik maruah yang tercalar..perhhh~ ayat tak boleh belah. Memang kitorang berusaha la masuk bengkel start buat projek semua. Balik dah malam berpanas berhujan datang bengkel nak siapkan produk. Alhamdulillah, progress presentation dah pun dijalankan Khamis lepas. Hampir kena fire lagi tapi kurang laa..at least ada pujian kali ni. Lega. Siap kena belanja lagi oleh beliau. Harap-harap lepas ni tak kena marah lagi =.=' 

Seyes before present tu lawak, semua kalot nak present depan Dr. D tu, slide banyak kali check tak nak ada grammatical and spelling error, lecturer ni english dia tahap Oxford, cerewet sangat kalau kita salah cakap/tulis. Nak masuk office dia pun bertolak-tolak kau la masuk dulu, "kau la..kau laa..kau ketua...s/u la masuk dia suka tulisan kau cantik"..entah apa-apa je padahal semua lelaki ni kecuali aku la dalam kumpulan tu. "Wehh..sat lagi masuk bilik dia langkah kaki kanan dulu.." "Wehh..baca la doa dulu..takot laa..." Sampai tahap tu sekali gerunnya nak hadap Dr. D ni.


Mungkin di situ hilang 2% beban di bahu tapi beban-beban lain terus terbeban dekat aku. Adohh...dalam diam bila aku list down kan semua tugasan yang aku kena settlekan dalam bulan ni ada lebih dari 10 and moslty adalah report. Paling sakit report FYPI, baru nak meraba buat report FYP, SV dah email mintak slide untuk presentatipn FYPI..Mangaiiii...! Meeting dengan SV pun aku dah lama tak pergi dengan partner aku, kitorang pun masing-masing sibuk. Baru petang semalam, aku terjumpa dengan SV aku dekat bengkel masa aku tengah mencari rod yang sesuai untuk part's product design kitorang. "Shit..! Apsal jumpa kat sini..tak leh nak lari..erkkk~" dalam hati. Maka dengan tak sengajanya, termeterailah juga perjanjian untuk masuk lab start FYP testing minggu depan. Tu pun dah habis nego dengan co-SV nak masuk lambat sikit. Haru awal minggu depan banyak kerja kot. Serabutlah...FYP ni pun satu hal juga. Ahhh~

Mengikut firasat aku atau dalam bahasa industrial managementnya, forecasting, mungkin aku tak akan balik ke rumah sampai semua benda settle before study week hujung bulan ni. Walaupun ak tau Isnin depan cuti am Hari Keputeraan Sultan Selangor, tapi esoknya aku ada test management, sah-sah kalalu aku balik rumah satu kerja pun tak berjalan. Hari ni pun menghadap laptop seharian, menyerabutkan otak yang sedia tepu dengan kerja-kerja paraphrasing journal untuk dimasukkan dalam report FYP. I really need brush up for my English, I'm not really good in paraphrasing sentences. Lepas update ni, aku nak siapkan report SRI visit then report visit kat Puncak Alam untuk HVAC System pula. Waduhh..banyaknya keja menunggu.

My very loving & supportive parents! Missing them always :')
Seharian duduk dalam bilik dengan timbunan kerja, menghadap softboard polkadot biru putih. Aku pun dial num parents aku dekat rumah. Suara lelaki menjawab panggilan, ya itu ayah. Dah lama tak cakap dalam fon dengan ayah, selalunya mak yang call. Kalau ayah yang cakap ni memang menyentuh perasaan laa jawabnya, dia duk bagi nasihat bagi kata-kata semangat dekat aku. Tanya pasal study macam mana, ok ke tak kerja dah siap belum. Demmm..serta merta ayaq mata keluar hang tau dak?!! Even tengah taip pasla ayah aku sekarang ni pun mata aku bergenang. I don't know whether he noticed my voice change or not. Sebab aku try cover masa cakap tadi tak nak bagi dia perasan, suara aku suara orang tengah tahan sebak nak nangis. Dia nak pass fon dekat mak pun aku tak nak dah, tak nak kacau mak buat kerja alasannya padahal air mata dah tumpah tadi. Erkkk~ Ya saya budak cengeng! Especially bila menyentuh isu family. 

Falling tears, aku pun tak tahu kenapa aku boleh nangis tadi, may be sebab aku homesick tak dapat balik rumah minggu ni, may be aku baru terasa tekanan belajar as final year student yang terbeban bila aku mula mencari ayah dan emak untuk meluahkan. Banyak sangat kebarangkaliannya. Yeah, aku ego. Aku tak suka nangis depan orang. Padahnya hati sendiri yang merintih pedih dan pilu. Harapan kedua belah orang tua aku dari sekolah memjadikan aku untuk bertanggungjawab dengan apa jua yang aku lakukan. Mungkin aku menangis tadi tapi aku tak akan ceritakan masalah aku dekat ayah dan emak sebab aku tak nak dorang risaukan aku. Cukuplah aku ada Tuhanku di sisi. Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat ku! Berikan aku kekuatan Ya Allah.....


3 comments:

MissyNursy ♥ said...

oh maii..seriaunye ngan DR D ko 2 noorie oii...hehe..

same la..klu time ayah yg call, cpat je sebak kn..

btw, chaiyokkk2!! slamat mjalani keje2 yg menimbun 2..oh stresss!

NuryBella said...

Sob3..ye keje2 yg meng'stress'kan..oh tidak! Hahaha..thank akak missy :P

perjalanan pulang said...

ohhhhhhh... sabooooooo