''Kejap ade...kejap xde!'' -Tagline femes iklan chipsmore
Dear Mr. Chipsmore Ronaldmore,
Kau memang ibarat sekeping biskut chocolate chip yang sangat sedap dan lebih dikenali dengan nama Chipsmore. Kenapa chipsmore? Cehhh~ dah geharu cendana pula, dah tau bertanya pula...kura2 dlm perahu, ke buat2 tak tahu? huhuhu~
Chipsmore - keras diluar tapi lembut di dalam..MANIS! RANGUP! SEDAP! walaupun rupa chipsmore tak seberapa jika dibandingkan dengan biskut2 lain (almond london, butter cookies, etc). Namun, kau tetap menjadi pilihan ramai..rupa chipsmore bukan lah kayu pengukurnya tetapi rasa dan karektormu itu yang digilai ramai. Erkk~ ramai ke?
Entah mengapa.....chipsmore juga yang ku cari-cari selama ini. Luaranmu keras, sekeras ego mu! Tapi aku yakin di sebalik kekerasan mu itu, terselit kelembutan. Dirimu cukup manis semanis chocolate chip yang ditaburkan bersama ramuan yang lain. Hahhh, jelas bukan aku mmg sukakan coklat! Dirimu juga rangup...tak bosan untuk aku menduga kekerasan dan kerapuhan mu....Hmm~ rangup, suka untuk aku katakan mengunyah diri mu. Yup! keras di luar lembut di dalam..rangup dan manis secukup rasa.
Kehadiranmu dlm hidupku juga...sebijik! sama mcm chipsmore! kejap ade..kejap xde!
Bila kau hadir, kegembiraanku kian terserlah..bahagia rasanya tatkala melihat kehadiranmu di depan mata. WOW! Chipsmore! nyummyyy~~~ (tiba-tiba teringat chocolate chip Famous Amous..Aromanya, menusuk ke kalbu laa wehhh!)
Bila kau tiada, hari-hari ku suram tanpa manis dan rangup mu itu. Makin lama makin aku lupa akan rasa itu, rindu rasanya untuk menikmati sekeping chipsmore yang dulu itu. Kapan lagi kau akan muncul sebagai chipsmore untukku?
Mungkinkah suatu hari nanti kau bakal hadir sebagai Mr. Chipsmore dalam menu pilihan aku? Semestinya chipsmore itu jadi pilihan utama aku! hehehe
Sekian sahaja dari aku untuk kau Mr. Chipsmore Ronaldmore. Metafora aku cukup pening untuk kau fahami jika dibaca dengan kerutan dahi yang dah macam kulit pokok tua yang kering. Tinta pena ku telah pun kering, sampai di sini saja dahulu. Terima kasih Mr. Chipsmore!
Yang Benar,
Ms. Candy Wonderland
No comments:
Post a Comment