18 Disember 2010, Sabtu (Hujan)
Hujung minggu seperti biasa di rumah bersama mak dan ayah. Mood aku agak tidak baik pagi itu. Aku menjadi bengang dan marah bila mak ingin ke rumah nenek. ‘’Asyik-asyik umh nnk, x puas-puas ke pg umh nnk tu tiap-tiap minggu? Bkn tiap minggu, tiap 2-3 hari mst pg…xkan hujung minggu Awie blk umh pn nk pg jgk? Mne lg penting? Umh nnk da selalu pg..Awie ni blk seminggu skali..dah laa dr form1 anta duk asrama jarang lekat kt umh..’’ itu rintihan aku setiap kali mak ke rumah nenek untuk bersama nenek dan mak cik-mak cik aku. Aku jadi bosan bila ditinggalkan sendiri bersama Ayahanda di rumah, mahu aku turutkan ke sana, aku juga letih ingin berehat di rumah saja. Jika sekadar bertandang menziarah seketika, boleh juga aku terima. Pintu kayu rumah aku tutup dengan kuat setelah grill dikunci dan kereta ayah meluncur keluar. Itu tanda protes aku. Pintu tertutup rapat sehinggalah mak dan ayah pulang lepas Zohor. Yup..aku bersendirian menonton tv dan berehat di rumah tanpa jiran di kiri kanan rumah waktu itu.
Mak balik dengan membawa barangan runcit yang dibelinya semasa pulang dari rumah nenek tadi. Beberapa batang aiskrim pelangi Paddle Pop dikeluarkan di depan aku yang masih memandang kosong rancangan di kaca tv. ‘’Nah…nak makan tak? Tak nak mak simpan dulu,’’ kata mak. Aku hanya memandang bungkusan sejuk berwarna pink di atas meja, ‘’Pergi laa bagi nenek aiskrim tuh.’’ Ringkas jawabku. Ternyata masih ada nada merajuk dalam tutur kata aku. Aku dengar mak mendengus, faham benar dia akan perangai anaknya yang cuma seorang ini. Kalau dah merajuk, cakap pun memang menyakitkan hati. “Astaghafirullah……aku dah tak buat jangan laa kau cakap macam tu. Mak buat betul-betul nanti baru tau…’’ mak berlalu ke dapur menyimpan aiskrim.
Selang beberapa ratusan minit, aku menyelongkar peti sejuk mencari aiskrim kegemaran aku sejak kecil itu. Aku ambil sebatang dan dengan slumber aku menikmatinya di depan tv sambil menonton filem Hindustan di TV3 ‘’Jab We Met’’ lakonan Shahid Kapoor dan Kareena Kapoor. Okay, mak nampak aku makan aiskrim tu sebab mak pun tengah tengok tv juga. Mak hanya diam, seperti biasa dia akan berpura-pura tidak nampak apa yang aku lakukan. Tahulah mak yang rajuk aku mula reda. Begitulah aku dengan mak, merajuk dan marah macam puting beliung (Mak aku sendiri yang bagi description mcm tu ye…) tapi sekejap je semua itu. Tapi lain pula jika aku merajuk dengan ayahandaku yang tercinta (my 1st bf ever), perang dingin akan dilancarkan antara aku dan ayah untuk sehari, kadang-kadang boleh jadi dua hari.
Jika ayah dengan mak pula yang bergaduh, maka suasana rumah ibarat selepas dilanda tsunami sunyi dan sepi. Ayah dengan mogok laparnya dan mak akan jadi bisu seketika, waktu itu aku akan menjadi orang tengah untuk mak bertanyakan tentang ayah yang mahu makan atau minum. Aku juga yang akan membancuh secangkir kopi untuk ayah walaupun aku tahu kebarangkalian untuk tidak diteguk sangat tinggi saat-saat begitu. Mak akan berkata, ‘’Tu kan ayah kau..pergi laa layan, tanya nak makan ke tak…’’ setiap kali aku rasa malas dan takut sebenarnya apabila perlu berhadapan dengan ayah dalam moodnya yang tidak baik itu.
Walau apa pun situasinya, kadang-kadang aku terfikir, inikah yang akan berlaku pada hari tua aku esok? Asam garam hidup suami isteri agaknya. Kadang-kadang manis, kadang-kadang masam. Ayah ada berkata pada aku sekali selepas dia membebel tentang tingkah mak di dalam perjalanan menghantar aku pulang ke kolej (aku berdua je dgn ayah time tu..membebel sbb mak delay waktu nk kua umh je), ‘’sbb tu ayh slalu x sependapat dgn mak kau…mmg slalu bercanggah dgn mak.’’ Aku terus terfikir, mungkin sebab itu Tuhan pertemukan mereka untuk saling melengkapi kekurangan masing-masing. Setiap kejadian itu ada hikmahnya.
Tinta Pena Merah
No comments:
Post a Comment