24 Disember 2010, Jumaat (Cerah)
Cuaca cerah? Panas jangan disangka panas hingga ke petang, nanti tiba-tiba hujan di tengah hari pula. Cuaca hujung tahun ni bukan boleh dijangka sangat, selalunya hujan pada sebelah petang. Kalau dekat oversea, musim salji laa agaknya nak chrismast ni. Suasana di syarikat agak lengang hari ini, kebanyakan staff sedang sibuk mebuat persiapan di Intekma Resort untuk Annual Dinner pada petang ini. Yang bersisa hanya beberapa orang kuat yang merupakan tulang belakang syarikat. GM sudah siap dengan suit nampaknya, mungkin beliau malas untuk balik ke rumah untuk bertukar pakaian atau mungkin beliau akan menghadiri mesyuarat di luar. Macam-macam telahan dibuat, yang pasti tiada kaitannya beliau dengan aku.
Tanggal 23 Disember 2010 (semalam), keputusan PMR dikeluarkan secara rasminya. Pencapaian terbaik sepanjang 4 tahun sejak kepimpinan kementerian yang baru. So? Yang 6 tahun lepas pencapaian tak cukup baik? Hmm..PMR jerr….tak membawa apa-apa kesan sangat pun pada masa depan, belum cukup untuk menjanjikan kejayaan yang cemerlang dalam hidup. Teringat detik keputusan PMR dikeluarkan pada tahun 2004. Malaysia digemparkan dengan berita tragedi tsunami terlebih dahulu pada 26 Disember. Tsunami juga menenggelamkan berita pencapaian cemerlang kami pada 28 Disember 2004. Tiada liputan tentang pencapaian kami, yang penuh di dada akhbar dan kaca tv adalah ombak yang menghempas pantai dan kesannya yang seperti padang jarak padang terkukur di Pantai Barat Utara Semenanjung, Kepulauan Sumatera & Sri Lanka. Segalanya kecoh tentang tsunami.
Aku pelajar asrama Yayasan Selangor (YS). Walaupun aku bersekolah di SMK Convent Bukit Nanas, KL (Top Girl School in Town…sekarang, one of the Cluster School in country). Sekolah kluster tu apa? Fyi, sekolah kluster adalah sebuah sekolah yang mempunyai rekod pencapaian akademik dan kokurikulum yang cemerlang setiap tahun (Nak tau detail lagi pegi kt Google search ye ^^, ). Dalam negara ni seingat aku ada dalam 30 buah atau lebih senarai sekolah kluster yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Berbalik pada isu keputusan PMR aku (tahun 2004), kami pelajar YS hanya mengambil keputusan kami di pejabat pengurusan asrama. Petang itu, penuh rakan-rakan seperjuangan aku di depan pejabat penguasa menantikan keputusan kami. Dup dap dup dap! Berdebar-debar rasanya masa tu. Mana kan tidak, di sebelah dan sekitar kawasan asrama, mak dan ayah sedang menunggu.
Tiba masanya, pintu pejabat penguasa dibuka, seorang demi seorang nama dipanggil masuk untuk mendapatkan slip keputusan kami. Kaki melangkah lesu ke ruangan pejabat. Penguasa asrama, Pn. Siti Rukiah (kami memanggilnya dengan gelaran Ibu) duduk selesa di kerusinya. Penolong penguasa, Kak Shiela memegang semua slip keputusan kami dan dia jugalah yang melihatnya lalu mengumumkan keputusan kami di depan penguasa satu per satu. ‘’NXXXXX NXXXXXX, 3 CBN…’’ dia berhenti seketika dan memandang tepat ke wajahku. ‘’Awak? Dapat 8A? Macam tak percaya jer…tengok ni Ibu.’’ Ada nada teruja seakan tidak percaya di situ (agak memandang rendah dengan kehebatan aku pun ada jugak sebenarnya), dia menghulurkan slip aku itu kepada Ibu. Ibu mengambil slip keputusan aku dan dia tersenyum lalu mengucapkan tahniah kepadaku dengan salaman. Aku tak mampu berkata panjang, ‘’Terima kasih, Ibu.’’ Ringkas.
Aku pun keluar dari pejabatnya setelah slip berada di dalam tanganku. Aku membuka slip, selagi aku tidak melihat apa yang tertera pada slip keputusan itu dengan mata aku sendiri aku tak akan percaya. ‘’A….! 1 2 3 4 5 6 7 8…semua A!’’ dalam hati aku berkata, serentak air mata bergenang. Rakan-rakan lain sibuk bertanyakan tentang keputusan aku di sepanjang laluan. ‘’Straight A’s.’’ jawabku sambil terkejar-kejar pergi mendapatkan mak yang duduk di bangku tepi pejabat menunggu aku. Lantas aku mengambil tempat di sebalah mak dan aku tunjukkan slip keputusan PMR aku kepada mak. ‘’Alhamdulillah…’’ reaksi mak selepas melihat keputusan aku. Bahu aku dipaut dan dipeluk, pipi kiri aku juga dicium hangat oleh mak. Menitis beberapa butir air mata yang bergenang tadi. Setelah beberapa minit di situ melihat reaksi rakan-rakan yang lain, ada yang menjerit kegembiraan ada juga yang meraung sedih dengan keputusan yang diperoleh. Aku dan mak berjalan keluar ke kereta mendapatkan ayah pula untuk pulang. ‘’8A ayah.’’ Kata mak sesampai kami di kereta dan aku menunjukkan slip kepadanya. Itulah kenangan detik keputusan PMR keluar pada zaman sekolahku.
Apa yang cuba aku sampaikan ialah cemerlang mana pun kita dalam PMR, dalam SPM dan seterusnya belum tentu kita boleh mengekalkan pencapaian cemerlang yang pernah kita perolehi. Ya…aku pernah dianugerahkan pelajar cemerlang PMR di sekolah dan YS tetapi malangnya, aku kecundang dalam SPM aku. Orang sekeliling memberikan harapan yang tinggi pada aku dalam SPM, semua mengharapkan aku mendapat 6A ke atas. Hakikatnya, aku hanya mendapat 3A1, 6B dan 1C dalam SPM 2006 yang lalu (Biologi memang buat aku biol sampai dapat C). Mak dan ayah memang hampa dengan aku waktu itu. Aku juga kecewa dengan diri aku sendiri, lama benar aku asyik menyalahkan diri sendiri kerana lalai. Waktu di matrikulasi dan sekarang degree, Alhamdulillah CGPA aku masih dalam keadaan yang baik. Aku bersyukur walaupun tak secemerlang yang lain tapi aku masih bertahan dan aku masih di sini. Usah berputus asa, terus berusaha dan jangan alpa dengan kecemerlangan yang pernah dikecapi. Berjaya sekali tak bermakna anda akan berjaya selamanya. Begitu juga jika anda gagal, kejayaan tak akan dicapai tanpa kegagalan.
Tinta Pena Merah
No comments:
Post a Comment