CC's Customer

Tuesday, January 4

Life Potrait 0301

3 Januari 2011, Isnin (Hujan+Mendung)



Berlabuh sudah tirai tahun 2010. Pejam celik pejam celik setahun sudah berlalu perjalanan aku dengan program-program dalam kampus. Program HEP, program fakulti, kelab & luar. Hahh…penat tapi menarik. Rasa nak join lagi sebab aku rindukan kawan-kawan dalam program tapi nak buat macam mana? Dah tiba masanya untuk aku mengundurkan diri dan lebih fokus dengan practical yang tak seberapa ni. Aku lagi suka pergi kelas hari-hari macam biasa, practical ni best cuma sebab tiada assignment, test & final exam.



Malam Tahun Baru disambut hambar di rumah sahaja. Family aku memang tak suka bersesak-sesak, berhimpit-himpit dengan orang ramai. Lebih selesa menonton sambutan tahun baru di rumah je. Siang tu dapat info, duit dah masuk. Alhamdulillah, akhirnya masuk juga duit aku! Yahoo! Tapi nak balik kolej on the next day pun bukannya office buka, public holiday kot. Aku tundakan niat itu. Apa kan daya, Year End Sales akan berakhir pada 2 Jan, pantas mak mengajak aku dan ayah ke Jakel sek7. Hurmm..kain, jarum, benang dan mak, memang tak dapat dipisahkan, cukup sinonim. Hahaha. Aku fikir, mak yang nak beli kain untuk diri sendiri. Alih-alih 3 pasang untuk aku dan sepasang je untuk dia. Indian cotton, English cotton, kasa rubiah & organza menjadi pilihan mak. Kopak duit sampai 3 angka (normal laa klu mak da masuk kedai kain, mmg cmtu…lepas tu pagi Raya pun belum tentu dia sempat nak jahit habis). Anyway, semua tu bukan mak yang support pun, lepas keluar dari kedai, aku pergi ATM bayar yuran kolej kena keluarkan duit lagi untuk ganti duit mak bayar tadi. Kesimpulannya, beli kain banyak-banyak pun duit aku juga. Apa pun duit tu tak ke mana, sebab kalau beli-beli barang, mak tak kisah pun bayarkan untuk aku selalunya.

Duit Mak = Duit Aku



Hari Ahad yang membosankan, tiada rancangan yang menarik sangat uuntuk ditonton tahun baru ni setelah semua tentatif rancangan dirombak. Bosannya……Ok, we skip the story on Sunday. Hari ni pula (anyway hari ni company aku mmg cuti – opening school holiday! Orang pg clz aku sedap je relax2), aku balik ke kolej seperti biasa. Sampai-sampai kat kolej, terjumpa my ex roommate masa kat KMK, Ku Siti Syahidah (Part6 – EE). Lama gler tak jumpa dia ni. Lepas da angkat barang semua ke bilik kayangan diraja aku (kt level9..level plg tggi kt kolej, blh nmpk view i-City sikit, fak depan mata I can see clearly everything), pergi bayar broadband. Hishh..lembap tul kaunter, dah la orang ramai. Once again, aku baru nak angin dengan orang yang ambil nombor depan aku, ‘’Ishh…blocking laa mamat ni. Dah amek tu tepi r ck8 org lain nk amek lak.’’ Aku mengomel sendiri dalam hati. Kan bagus kalau dia dengar. Aku pun selit masuk depan dia, tekan button untuk ambil nombor. ‘’Noorie!” Aku kalih ke arah suara tu. ‘’Lah…kau ke? Watpe kat sini?’’ Orang yang aku angin tadi Ejat rupanya. Hahaha…sorry termarah kau dalam hati tadi weh. Macam ni la aku, pergi mana-mana dalam Shah Alam rasa nak pakai topeng muka lain je. Mana-mana ada budak UiTM yang aku kenal, tak boleh laa aku nak buat jahat sikit macam ni. Huhuhu



Balik dari bayar broadband and etc…aku naik bilik terus online, bukannya nak kemas lambakan barang dulu. Baju pun tak tukar then datang idea nak keluar makan. Nasib baik Fafa & Na free petang tu. Fa jalan kaki dari PuKom, Na dari Anggerik & aku dari Melati, fair and square semua jalan kaki untuk jumpa kat mid point yang dijanjikan then baru sama-sama naik bas rapid keluar makan. Ada orang nak makan western and tak pernah makan kat sek2, agak sadis sedikit di situ. Ktorg pun bawa laa yang sorg tu tadi pergi sek2 cari kedai western food. ‘’Sorry babe, ur western tutup ptg ni.” Otak mula fikir, nak pergi mana ni? SACC? Last-last, jalan pergi makan dekat McD je. Naik makan kat tingkat atas, ‘’Eh…PB dec 09 laa…bdk muzik..ahaha, ye Fira Mentor laa…alaa, ade ku ksh sape pn kau? Org bkn knl kau sgt pun.’’ Getus hati tatkala terpandangkan gadis itu di belakang meja kami. Nice view, langit senja, lampu neon kat jalan dengan alunan muzik (lagu slow, ngantuk aku dengar bila dah kenyang!) tapi Fafa kata, macam orang kaya duduk makan nampak view luar dengan muzik bagai. Berangan je budak ni! Hahahaa…Dah bertahun kot aku dengan Fafa tak jumpa Na, nama je sama-sama kat UiTM tapi kelibat pun susah nak jumpa. Akhirnya terimbau juga kenangan ktorg zaman-zaman kegemilangan kat ATPN dulu. Na as my bed partner (pmpuan ni hnye akn bangun tdo ble kne campak bntal kt muka oleh aku) & Fa is our roomate yang selalu digoda oleh Lis. Perangai tak ubah-ubah ktorg ni, memekak, gler & kuat perasan. Hahaha... Bestnya sekolah masa tu!


Tinta Pena Merah

No comments: