30 Disember 2010, Khamis (Mendung)
Secra rasminya diumumkan esok bersamaan 31 Disember 2010 adalah cuti umum bersempena dengan kemenangan pasukan Malaysia dalam AFF Suzuki Cup Football Tournament. YES! Ini bermakna aku bakal cuti esok, Sabtu, Ahad dan Isnin (31/12/2010 – 3/1/2011). Malangnya, duit tak masuk akaun lagi. Cuti tanpa duit aku ni nampaknya, hampa jap…nak enjoy pun tak boleh. Pagi ni aku ok sikit sebab baru ada kerja, hujung bulan macam biasa stock take. Aku digandingkan dengan Dayah (staf company), kena kira stock untuk raw material dekat warehouse depan kilang. 208 biji coil dikira dalam masa 3jam lebih saja oleh dua orang perempuan di celahan coil. Ahahh~ hebat tak? Abg2 dalam ni pun cakap, ktorg kira cepat. Laluan celah coil memang sempit, muat-muat orang nak lalu je. Stock take kali ni okay laa…mula banyak cakap dengan Dayah, kalau sebelum ni diam tak banyak cakap dengan partner, hari ni great.
Tengah hari lunch sama-sama dengan Dayah, Wani, Zamran, Fiza, Ecah dan Dayah lagi. Hahaha…Baru terasa kemesraan dengan staf yang lain, selama ni aku rasa agak dingin hubungan dengan dorg. Tak tahu laa kalau lepas ni hambar balik. Mintak2 kekal laa…Yang aku rasa nak tergelak tak boleh blah sangat, si pencinta wanita ni nak kacau number aku, hantar msg tapi tak menjadi sebab tak reti nak menipu. Dia tanya aku tengah buat apa, aku jawab la ‘’tgh kre stock’’. Okay aku bold kan kat situ perkataan stock. Boleh lak dia tanya balik, ‘’stock take tu apa?’’ Sah-sah laa kantoi, aku tau orang dalam company ni juga nak kenakan aku. Tanya Dayah number siapa, hmm…’’Abg Zam”. Terus geli hati rasanya. Ada-ada je orang tua ni. Haha
Petang semalam balik kerja konon malas nak keluar, lepas mandi Ms. D msg ajak keluar makan. Okay, ikut je laa…aku pun duduk kat rumah tak buat pape..bosan kot. Tapi nak makan kat mana? Kedai mamak? Sure penuh orang tengok bola. Memang betul jangkaan ktorg, Hakim sek7 penuh orang sampai ke jalan, kereta parking tepi jalan besar. Last-last pergi PKNS beli sate kajang, bungkus dan makan dengan DB kat Perindu. Ahaha..jadi penceroboh jap perempuan masuk kolej lelaki (Minggu MDS, masuk pergi bilik gerakan je….bukan masuk bilik budak-budak tu pun). DB pula bawa donut dari Big Apple. Akhirnya dapat lepaskan kempunan makan sate. Tengah makan datang pula, Farah, Atul, Haikal, Biela & Johan. Thanx S/U Perindu sebab sudi luangkan masa anda yang memang terlebih tu makan dengan aku dan Ms. D. =)
sumber: Ms. D album...Thanx ya!
Kononnya nak hantar aku balik rumah tapi tukar plan bila Farah ikut sekali, a night walk at i-City! Masuk laa i-City malam tadi, jalan-jalan kat dalam tu dengan orang sesak, bawa kotak Big Apple (donut DB tak makan lagi). Pose sana sini, candid sikt. Lepas tu Ms. D main game kat mini funfair, pancing itik la apa lagi, malangnya satu pun tak mengena. Hahaha! Tapi aku salute mamat yang jaga pancing itik tu, pandai gler berlakon, muka memang meyakinkan orang. Dah nak balik dekat pukul 11 malam baru la ktorg menjamah donut tadi kat tengah-tengah side walk yang ada pokok krismas besar warna putih tu. Kena balik awal sebab aku nak kerja pagi ni, yang Farah pula ada post mortem pukul 11.30, kalau lambat kena marah lak dengan tuan pengarah. Haishh~ tiap-tiap hari ada aktiviti malam. My night life is back guyz! Hahaha
Tinta Pena Merah
No comments:
Post a Comment