CC's Customer

Friday, August 12

Ting Tong Lost Time

Lama dah rasanya aku tak buat luahan rasa kat blog aku ni. Tak tahu kenapa sejak 2 3 hari ni feel like something missing in me. Cuba untuk aku cari tapi tak ketemu jua. Macam menarik rambut dalam tepung. Susahnya untuk aku rungkaikan. Soalan lazim bila orang tahu aku ni anak tunggal, "tak bosan ke sorang-sorang?" Korang nak aku jawab apa? Mestilah aku bosan wehhh....! Masa kecik-kecik dulu mungkin la aku tak kisah sorang-sorang, lagi suka kot dulu rasa macam alangkah bertuahnya aku tak ada adik beradik, tak payah aku kena jaga adik, tak payah nak kongsi-kongsi barang dengan adik, boleh main ikut suka hati limpa hempedu aku je kat rumah tak ada nak gaduh-gaduh.

Thing is different when you reaching age of 17 and above. Masa sekolah mungkin aku tak terasa sunyi sangat sebab sibuk hari-hari pergi sekolah kan...ada kawan-kawan yang ramai, masuk asrama ada life sendiri dengan kawan-kawan lain. Bila habis SPM kena duduk rumah hampir 5 bulan, seriously aku rasa bosan gler! Dapat msuk matrik intake Mei punya laa bersyukur, berakhirnya kebosanan aku kat rumah. Dah zaman universiti aku terperangkap balik dengan masalah kebosanan dan keseorangan tu bila tiba masa cuti semester. Pejam celik dunia aku terperap kat rumah ni je laa...aku keluar pun dengan parents aku je. Nak keluar lepak dengan member, aku kena disoal siasat mengalahkan FBI yang pengakhirannya, "tak payah laa keluar...nanti buka sem jumpa juga kawan-kawan tu." Waktu tu apa perasaan kalau korang? Sakit hati tak? Nak keluar jumpa kawan tak bagi, bila buka sem aku spend time jumpa kawan-kawan, dorang membebel juga. Orang tua..biarkan je laa.

Again, hati aku rasa ada sesuatu yang tak lengkap. Kosong. Tak macam hari-hari biasa. Aku sendiri tak tahu apa yang sekeping hati milik aku cari sebenarnya. Keliru jap....ada masanya aku terbuai dengan kenangan dolu-dolu. Haa..gambar zaman muda mudi, zaman kegemilangan jadi mangsa aku. Kadang-kadang google map pun jadi mangsa kau untuk cari apa yang 'hilang' tu. Seolah-olah tak ada sebab konkrit untuk aku tersenyum dan gembira sedia kala. Mana pergi mood happy-go-lucky aku? Mana pergi mood looney-funny-doofy aku dulu? Segalanya macam hambar sudah. Tawar tak ada perasa blueberry, cuppocino, strawberry, lemon, mint semua.

Taken from Google
Aku imbau kenangan lama mungkin untuk mencari gizi senyuman seimbang milik hati sang gadis gila dulu. Hampa, kechiwa...warghhhh! :'( Masih tak ketemu lagi. Apa patut aku buat ni? Aku cuba buat-buat sibuk, melekakan diri aku dengan dunia ciptaan aku sendiri. Cuma satu motif aku, tak nak fikir sangat pasal hal ni, merosakkan hati dasn emosi aku je nanti kalau diikutkan sangat. Pandangan sekeliling aku teliti, aku amati satu persatu. Di mana aku? Mana kawan-kawan aku? Aku tahu Allah itu wujud, sentiasa ada dekat pada aku. Tapi aku masih lagi tercari-cari sesuatu yang 'hilang' tu. Perlukah untuk aku teruskan pencarian ni? Mampukah aku temui apa yang 'hilang' tu? Walaupun aku tahu peluangnya cuma 50-50? Siapa pula yang mampu ubatkan 'sakit; aku ni? Yang mampu mengisi ruang kosong dalam hati aku untuk sementara waktu ni? Serious, aku tak suka cuti lama-lama macam ni sebab aku paling tak suka bila keadaan macam ni jadi kat diri aku. Aku tak suka hidup sorang-sorang tanpa buat apa-apa. Seksa beb! Ingat aku kuat sangat ke nak hadap semua ni? 

Mengada-ngada kan aku ni? Lantak laa korang nak cakap apa pun. Setiap orang perasaan lain-lain tak sama.  What you feel duduk sorang-sorang kat rumah, you the only one age of 20s living with parents? Can't simply do this and that as you want. Feel restricted. Being out there for study at college or working , the way to get a bit of freedom. Waktu-waktu macam ni mula laa aku melayan lagu-lagu melayu. Oh..damn. Apsal winamp aku keluar lagu LaLuna-Selepas Kau Pergi pula....?! Pfffttt~ Maybe sebab kena dengan mood aku malam ni kot...Hohoho..talking crap again!

 Ami Chan...! Slap Rei Hino peh-lishhhh! -SOS-

Taken from favim.com (edited again)

4 comments:

ami-chan said...

apa ni noorie.....
baik ko chill2...nanti x pasal2 kena depression type 1...
parent memg la mcm tu..dia syg kat kita..kita xrasa perasaan tu sbb xde anak lagi..

pape pun, jangan stress2...cara terbaik, cari hobi baru utk luangkan masa..tiada alasan utk tidak mencari hobi...

NuryBella said...

word of wisdom yg bse aky dgr sal hobi tuh...hahaha..tp kau da translate bm lak...

ye hobi aku skrg mrepek mbebel dlm blog! keh3 X))

ami-chan said...

perkayakan bahasa melayu...ko kan memg suka membebel..ko buat la entry pasal kawan2..satu ari satu entry satu kawan...hobi baru: bebel pasal kawan hahahahhaha

NuryBella said...

ahhh...malas! hahah