CC's Customer

Thursday, May 26

Dambaan Nur

Hari ni post Islamic sikit. Perhhh..tiba-tiba aku jadi baik kejap.
Honestly aku cakap, aku bukan laa someone yang terbentuk dengan didikan agama yang banyak.
Aku tak dapat didikan rasmi pasal agama pun, dulu sekolah cina tak pergi sekolah rendah agama pun.
Belajar asas agama semua dari Ustaz yang sekolah cina  jemput khas untuk ajar pelajar-pelajar Islam dia.
See? Even sekolah cina pun, dorg tak biarkan pelajar Islam dia lupa pasal agama sendiri.

Okayyy!
Kembali ke tajuk asal entry kita hari ini.
Dambaan Nur
Apsal? Nur (cahaya) dekat diri sendiri dah tak cukup ke?
Tamak gilaa aku dengan Nur, dah laa nama sendiri pun maksud "Cahayaku".
Bukan tamak dan memang tak cukup pun.
Oleh kerana diri ini yang tak berapa kukuh dengan ilmu agama.
Maka aku terfikir untuk mencari seseorang yang boleh diharap untuk membimbing aku kelak.


Dalam solat, especially tiap kali lepas usai solat.
Dalam keadaan duduk tahiyat akhir bersama telekung putih tu,
rasa jiwa tenang gila, diri rasa tiba-tiba kerdil di hadapan Allah.
Banyaknya yang aku tak tahu,
well process of learning: the more you learn the more you have to learn.
Dalam keadaan berteleku atas sejadah lagi, aku terfikir.
Bayangkan, alangkah bagusnya kalau aku dapat solat berimamkan suami sendiri.
Pasti terasa nikmatnya hidup dalam Islam dan of course bersama husband kau sendiri pula kan?

Oh well, lepas solat biasa laa mesti salam si dia yang jadi imam kita tu kan.
Anyway aku paling suka part kucupan di dahi, 
ayat "umbun-umbun kepala dikucup hangat" dari novel-novel macam tak boleh blah je kan kalau baca,
Goshhh~ memang itu part yang sangat tak terungkap betapa bahagianya rasa hidup ni.
Ohhh...rindunya bila Ayah selalu cium dahi aku sebelum tidur,
anyway dah besar ni pun kadang-kadang ayah buat juga rutin tu.


Back to the story,
si dia yang jadi imam dalam solat aku tadi,
dengan hati yang terbuka, penuh kasih sayangnya dan rendah diri (bukan niat nak perli orang yang rendah..hee)
mengajar aku mengaji dan mungkin sama-sama mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.
Dah macam scene muallaf baru belajar tentang Islam kan?
Sweet tak rutin tuh kalau buat sama-sama kan?
Hahahahahaha
OH TIDAK!

Kenapa aku ajak korg berimaginasi lagi tapi tak apa kan?
Alangkah indahnya hidup semua wanita-wanita kat luar sana
kalau dapat calon suami yang macam ni.
Bukanlah nak suruh semua cari yang Islamic.
Kesian pula yang lelaki yang ala kadar biasa-biasa je kat luar tu.
Mana tau luaran je macam sosial, suka enjoy bagai
who know?
Mereka mampu berubah lepas kahwin.

Kalau tanya mana-mana orang pasal pasangan hidup,
mesti semua pun akan jawapan
"nak cari yang beriman."
Pendapat aku, kalau semua nak yang beriman
kalau diri sendiri pun tunggang langgang
nak harap pasangan yang tolong "iman"kan korg ke jalan yang diredhai.
Habis tu yang tak beriman tu siapa nak bawa dorg ke jalan Allah pula?
Siapa yang nak selamatkan hidup dorg?
Sepatutnya kita kena sama-sama berusaha untuk perbaiki diri sendiri.

Gambar hiasan semata-mata.
Couples are made for each other to complete each other.
Sebab tu aku cakap kena usaha sama-sama.
Yang pasangan tu pun jangan laa merendah-rendahkan kekurangan pasangan anda satu lagi tu.
Be humble, be warm heart.
There is no limitation of age for learning.
Learning is boundless matter of study.
Indahnya Islam untuk dihayati.

Sebelum aku merepek dengan quotes yang aku reka sendiri,
itu laa dia Dambaan Nur yang aku maksudkan.
"Process of finding the Nur itself together with the one you trust and the one you love."
SEKIAN

*Renung-renungkan dan selamat beramal*

4 comments:

Fairuz Zainal said...

hik3. tgok gamba kawen tu rase tak saba nak kawen plak. kui3 :P

NuryBella said...

fairuz - Hamboi, sudah bersediakah anda? hahaha

MFbAH said...

Subhanallah! U..siyesly, this is the best entry ever...I sgt suke entry nie. Nak nanges lak.. :(

NuryBella said...

Auwww~ ade org dh syahdu mbaca entry ni..Alhamdulillah, ade yg tersentuh :)