CC's Customer

Sunday, August 21

Khilaf siapa?

Well this is quick update yang secara spontannya aku nak tulis dalam keheningan dan kedinginan malam lepas hujan ni. Apa isunya pula dengan khilaf siapa? Khilaf atau dalam bahasa pasarnya, salah!

Ceritanya begini, tersebutlah kisah....haishh~ merepek! macam nak buat cerita dongeng bawang putih bawang merah pula. Dalam purse aku masih tersimpan lagi setem Malaysia 30sen (5keping) telah disimpan sejak 6 tahun lepas.

Sumber: Google Image
Bersempena dengan bulan Ramadan ni dan bulan Syawal a.k.a hari raya yang bakal tiba. Aku pun decide nak hantar kad raya dekat kawan-kawan aku. Motif nak habiskan setem tu, malas nak simpan lagi. Malangnya, aku tak ada duit untuk beli kad raya.

Stok kertas warna A4 size masih tebal lagi. Kain perca lebihan tempahan baju customer mak aku pun menimbun. Gunting, gam, pensil semua barang ada.
TINGGG...! 
*keluar mentol*
Dapat idea untuk buat kad raya sendiri. Hentam je r buat ada rupa kad raya ke tak.. Wallahmu'alam... Aku buat je sesedap hati jeruk aku. Apa nak jadi, jadi laa... segala kreativiti yang ada aku keluarkan.

5 setem for sure just for 5 card and 5 lucky person. Pada mulanya, aku pun tak tahu nak bagi kat siapa. I just thought of peoples that who really mean a lot to me. Berbaki 1kad, random aku minta alamat member lain. Okay, cukup 5 orang bertuah dah. Then, someone close to me ask for exchange kad raya.

Ok, deal. I will send it to that person too. Tapi aku tergerak hati, kalau aku boleh buat lagi satu.
Kenapa aku tak boleh bagi kat orang yang dah banyak tolong aku juga?
Tolong di sini dalam maksudnya bagi. Menolong aku dalam keadaan susah dan senang bersama. This person deserve it from me. So I made another 2 cards. Total hand made kad raya are SEVEN!

No worries, address dah sensored dah...
Aku mula buat kad-kad ni last week. Bukan suka-suka aku boleh duduk seharian siapkan kad ni. Duduk buat sejam dua, mak dah panggil suruh buat itu ini. By time aku siapkan lagi 2 kad tuh adalah Jumaat, minggu ke-2 Ramadan. Agak-agak rushing tak nak siapkan? 1week before raya mesti kena pos.

So logik ke kalau dalam masa 3minggu puasa ni, aku nak tumpukan seluruh tenaga jiwa dan raga aku  untuk buat kad raya dan poskan  untuk semua rakan taulan, sahabat handai segala bagai yang beratus orang tu? Tangan aku bukan mesin yang boleh siapkan kad dalam 5 minit je.

Sumber: Google Image
Jadi di sini aku nak nyatakan
SERIBU KEMAAFAN & AMPUN DIPINTA
kepada sesiapa kawan-kawan aku yang terasa hati  sebab tak dapat kad raya dari aku tu.
Kalau aku ada duit, kalau aku kaya, korang minta je kad raya mesti aku bagi dah.
Ni dah laa poket kering, aku mampu buat sendiri je. Setem pun dah mahal sekarang 50sen untuk kad raya.

Aku jadi sedih tau, tension pun ada gak..bila ada yang bunyi, "utk aku xde ke?" "Ermm..mst aku xdpt :(" Aku nak bagi semua kenalan rapat aku tapi.....keadaan aku tak mengizinkan
time limitation, money also.. Faham tak maksud LIMITED EDITION?  Lebih kurang macam tu laa limited-nya kad yang aku buat ni.

My hand made kad raya TEASER
I already told before right?
Yang tak dapat by hand aku pos kad raya ni, nanti aku upload laa kat FB and tag you all in it. Jangan laa korang nak sentap aku tak bagi kad raya pula. Bukan aku tak ingat. Tapi kalau korang pun, katakan ada 5 keping kad raya je. Mesti korang akan bagi orang paling istimewa/rapat dengan korang je kan?

So it's same with me here. 7 kad untuk 7 orang yang bermakna untuk aku. Masing-masing ada keistimewaan sendiri. Yang tak dapat tu pun istimewa juga dalam diri aku nih.... But they just extra something to me. Faham tak?

Okay, my bad..!
kalau ada sesiapa terasa hati dengan aku.  Aku memang sensitif sikit dengan statement seperti persoalan di atas tadi. Ibarat mempersoalkan perbuatan aku, macam tak puas hati pula bila aku tak bagi tu.
WuarghhHHHH!!!! T_T
Banjir laman rumah, aku nangis sedih..sob3 :'(

Peoplessss~~~
Sometimes we have to watch out with our words too. Bukan tak boleh nak persoalkan benda-benda macam ni but ayat tu kena cantik sikit laa , so that yang menerima ayat tu tak terasa hati yang mengundang rasa bersalah kat orang tu.

Ok..aku pun kadang-kadang terlepas cakap juga. But you can twist back ur word untuk jaga hati orang lain. May be you can make it like jokes. Well benda dalam FB/Blog/Twitter etc ni. Benda yang membaca penyampaian dan penerimaan orang tu bervariasi. Sama-sama jaga hati masing-masing ok? :)

Hahaha..that's why aku cakap, hanya orang yang betul-betul kenal aku je dapat bertahan dengan kerenah dan bebelan berbisa aku. Pssss~ Auchhh...! So jangan ada yang nak terasa hati dengan aku lagi lepas ni sebab korang dah faham aku macam mana.

Aku bukan opaque.
Aku bukan juga transparent.
Aku Translucent.

8 comments:

Ami-Chan said...

its okay rei chan..sometimes people bila nk something, adiah, present baru ingat kat kita...
tapi maybe diorg saja gurau senda di bulan yang mulia ini :D

just chill, relax and accept all as jokes XD

NuryBella said...

haishh..i try to laaa nih..tp mula2 tuh geram gak laa..apsal sume x puas hati kannn....

J-Are said...

aku nak tulis gak ape yg ko dah tulis...

urmmm, aku tak dapat la tu.. :(

amacam??? hikhik, hav no worries for me. takde trase ati pon bg aku, sng je... biarlah duit ko, suke ati ko la nak kasi kat sape. kan kan kan..

NuryBella said...

hahaha..mal, kad rye aku terlalu feminin utk penerima lelaki..nk ckp ape? hahaha

motif klu kau nk sentap? aku sekeh perut kau :P

J-Are said...

alah ko gunakan alasan feminin la. gugurl la.. ape saje la utk mengelak bagi kad raya kat aku.

oit2 jgn sekeh perut aku,calar six pac ni nnt.. hehehe.

NuryBella said...

xde2...t aku bg kad jemputan aku kaawen je trus..bia nnt kau leh frame kn, 1st n last card dr aku tuh..haha

six pac kau calar ape ku ksh..hahaha!

adibah ruzaini said...

ok nmpk nama aku yg pjg tu. :p btw sabar k.. biasa laa org mmg sentiasa x puas hati dgn apa kita bt kan.. apa yg kte buat semua msti ada je tak kena.. i know kau tak lupa diorg semua,x semestinye x dpt means totally lupa kan? :) btw msg me ur address okayy :) takde kad raye ahh, kad lain. :P

NuryBella said...

kebetulan tang nme kau terang lak kann..tp alamat korg sume aku da edit dlu kasi tutup..kang x pasal ade yg kne serang lak :P btul3..xdpt x smesti ny aku lpe dorg...hurmmm~