Hello everybodyyyy! Sekarang ni sure ramai yang tengah confuse kan? Tak tau nak pilih yang mana satu. Tawaran dari program matrikulasi dapat, UPU pun dapat. Dah tu UPU lak ada yang dapat offer untuk program asasi ada yang program diploma. Pening-pening bila diri sendiri tak tau nak jadi apa in future nanti. Erkkk~ nak jadi doktor tapi tak berapa nak cerdik. Nak jadi fashion designer tapi mak bising suruh jadi lawyer, ayah lak suruh sambung business company dia. TOLONG!!! Pening-pening! Hahaha..tapi itu situasi untuk orang yang beruntung dapat macam-macam tawaran melanjutkan pelajaran. Yang tak dapat mana-mana offer macam mana lak? Kesian mereka dan keluarga mereka. Tawaran masuk tingkatan6 je? Tu pun kira nasib baik dapat gak tingkatan6, kalau habuk pun tarakk? Apa mau jadi lorhhh...dunia oh dunia, apakah? "Belia pemangkin transformasi negara" itu la tagline sambutan Hari Belia tahun ni. So adik-adik kat luar sana yang baru lepas SPM tu kalau result tak berapa nak bagus pun jangan laa putus harapan tak nak sambung belajar. Tak nak sambung belajar pun tak apa asalkan korang ada misi dan visi untuk masa depan diri sendiri. Usaha untuk majukan diri tu penting. Mula dari bawah pun tak apa, masuk bidang-bidang teknikal lepas tu kerja timba pengalaman, mana tau satu hari nanti boleh buka business sendiri.
Anyway, 4 tahun lepas aku pun serabut gak nak buat keputusan untuk masa depan. Yelah, SPM ni macam satu platform untuk kita buka pintu masa depan kita. Salah pilih pintu sia-sia je kau belajar bagai nak gila, tu yang ada orang bijak pandai jadi gila tuh. Huhuhu. Kunci kejayaan (SPM) dalam tangan dah, pandai-pandai laa cari lubang kunci nak buka pintu (masa depan kita). Sejujurnya, result SPM aku tak bagus mana pun. 3A je yang lain berderet-deret B, mau tak membebel mak aku dapat tau masa tu. Sebulan tak habis dia bising kat aku. Masa tu rasa kechiwa gila, dalam hati "teruk sangat ke aku ni? bodoh sangat ke aku? member lain boleh skor 7A 8A 9A 10A, apsal aku 3 je? macam mana aku nak masuk U nanti? Layak ke aku?"
Confusing me of my future |
Kelayakan? Ya itu satu isu yang agak besar bila result SPM yang macam suam-suam kuku je. UPU tetap aku apply macam orang lain dengan harapan dapat laa salah satu pilihan antara 8 tu. Dasar tak sedar diri gak aku ni, bukan main pilih program Asasi PASUM dalam top choice aku, bawah tu ada laa diploma farmasi dengan electrical engineering kala tak silap. Aku pun tak ingat sangat aku apply kos apa masa tu. Dalam hati sangat berharap dapat laa salah satu pilihan UPU tu, aku tak tau la macam mana aku nak teruskan hidup kalau tak dapat mana-mana tawaran belajar.Tapi sebelum SPM lagi, aku dah ada isi borang permohonan matrikulasi kat sekolah. Cikgu kaunseling memang menggalakkan ktorg apply matrik. Cina India Melayu semua isi borang tu dulu. Cikgu kaunseling yang uruskan borang ktorg semua. Baikkan cikgu ktorg tu, padahal dia cina kot dan ada seorang lagi melayu. Hee.
Siapa sangka hari keputusan tawaran matrikulasi keluar, aku pun minta tolong kawan aku check permohonan aku. Alhamdulillah, aku dapat tawaran dekat Kolej Matrikulasi Kedah (KMK), Changlun. Uit...Changlun tu dekat mana lak? Jenuh mak ayah aku cari tengok kat peta. Perghh~ jauh gila! Dah dekat hujung semenanjung weh..tak jauh dah dari sempadan Thai. Aku pun mula laa merisik khabar dengan classmate aku semua, siapa lgi dapat matrik, kot laa ada yang sama matrik dengan aku dapat kat Kedah ni. Mula-mula tu ada la seorang dua, tu pun dengar cerita nak minta tukar, dorg tak nak jauh-jauh. Tak lama lepas tawaran matrik keluar, tawaran UPU pun keluar. Ahhh...hampa! Aku tak dapat pun UPU lepas SPM tu dulu. Kawan-kawan lain dapat juga so at least they all can choose either matrik or diploma. Aku? No choice for me, either like it or not. Your destiny is here.........
Far farrrr awayyy at Northen Penisular Malaysia (KMK)
First day jejak kaki dekat KMK memang aku excited sebab bukan laa aku seorang je yang tercampak dekat sini. Ada je schoolmate yang lain aku jumpa balik dekat sini. Malam pertama lak (macam buat apa je aku cakap malam pertama), aku langsung tak homesick. Tak ada pula nangis-nangis nak balik macam sesetengah orang tu. Ingat lagi malam pertama loceng kecemasan memekak tengah-tengah malam, aku dengan roomate baru aku, Lyn (chinese), tak reti takut keluar kat corridor tinjau keadaan kenapa loceng tu bunyi. Padahal depan blok ktorg tu ladang kelapa sawit, lapang sunyi gelap. Oohhh..agak menyeramkan kalau terbayang benda terbang melayang.
Dekat matrik aku dalam group budak sains fizikal. Thank God aku tak payah belajar biologi dah! Weehoo~ aku memang tak bagus dalam Bio ni, kimia pun tak hebat mana but Fizik ok laa...Im more to physical subject. Alhamdulillah boleh bawa semua subjek-subjek berat masa matrik. Obviously orang pun cakap belajar kat matrik ni silibus laju. Yup! Laju gila kalah bullet train kat Jepun tu. 1 minggu 1 bab ktorg belajar, basically budak sains tak kira la Hayat atau Fizik akan belajar 3 core subject - maths, chemistry, physic/biology. "Tak dan nak faham tuh, tutorial lctrr bagi pun tak siap lagi, kat lecture hall dah blajaq bab baru." Just imagine laa, budak lepas SPM yang macam kita ni belajar 3 tahun untuk diploma tapi yang budak matrik ni compress 3 tahun punya subjek belajar dalam masa setahun saja?! Agak gila bunyinya tapi tak jadi masalah pun kalau korg pandai bahagikan waktu semua. Jadual memang laa pack, kalau test tu memang susah nak skor. Tapi matrik life sangat seronok! Intermediate life time between lepas sekolah dan sebelum jadi mahasiswa. Muda hanya sekali so kita enjoy!!!
Lin, Muni & Adam during experiment at chemical lab KMK 2007/2008 |
Memandangkan aku dah tercampak belajar dekat Kedah ni, maka secara siaran tak langsungnya, most of friends yang aku kenal dekat sini berasal dari Kedah, Penang, Perlis dan sekitarnya. Kebanyakkan memang KPP (Kedah Penag Perlis), yang dari pantai timur pun ada juga. Dari pak cik, mak cik cafe, mak cik cleaner, staff sokongan semua orang Kedah gak. Serius aku tak jumpa lak minah endon jadi cleaner ke pape dekat sini. Aman hidup tiada anasir endon dekat sini. Orang-orang kat sini semua peramah. Yeay~ saya suka orang utara! Oopss, agak bahaya statement ni kalau orang salah faham. Huhuhu. Classmate semua cakap utara masa zaman ni, kami yang dari Selangor & KL pun terpengaruh sama. Nak SMS tanya tutorial or lab report dah siapke belum semua style SMS orang utara. Cakap pun nak 'aku' 'hang' 'sat' 'pi' 'hingaq' macam-macam lah term aku belajar. Tak rugi pun kalau kita merantau jauh sebab nak tuntut ilmu, sesekali kena keluar dari ruang lingkungan atau zon selesa kita tu. Keluar dari tempurung tengok dunia luar. Jauh perjalanan luas pemandangan, dapat ilmu dapat belajar budaya negeri orang. Kan seronok :) Kawan-kawan, ampa rindu PMC dak?? hahahaahah
Girl classmate: Faezah, Fathin, Mira, Nisa, Jat, Me, Maisara, Muni |
Sekejap je aku dah lupa kesedihan aku pasal tak dapat tawaran lain macam kawan-kawan lain. Belajar kat matrik pun tak apa. Bersyukurlah kerana anda antara yang bertuah dapat masuk matrik. Bukan calang-calang tau, siapa yang mampu nak ikut cara belajat kat matrik yang laju ni je mampu. Tak tahan memang tension, masuk sem2 keluar matrik masuk diploma from the first start balik. Rugi je kalau buat macam tu. Kuatkan semangat, jiwa kena kental, berani sahut cabaran. Matrik or diploma sama je masing-masing ada pros and cons. Yang masuk program asasi tu lain cerita laa, yang masuk asasi tu yang superb je. Kita yang setakat 6A ke bawah ni jangan berharap sangat laa. Asasi untuk budak-budak genius, tapi tak juga budak matrik pun ada juga yang dapat straight A's masa SPM. Ada juga masuk Asasi pun leka malas nak study bajet dah pandai sangat dan terpengaruh dengan social life style, hancus juga tak fly pun pergi US, German, UK, Russia semua tu.
Attitude tu penting. Lepas SPM ni biasa laa semua nak rasa bebas, mak membebel pun nak memberontak cakap "adek dah besar laa mama!" Baru lepas SPM dah pandai nak pergi clubbing bagai. Zaman lepas SPM ni laa korang kena jaga tingkah laku, zaman paling senang terpengaruh.
"Senang sangat rosak, macam ros dalam balang kaca, terlanggar sikit jatuh hancur berderai. So jadi laa ros yang mekar cantik dalam balang kaca tu, susah untuk orang capai sebab korang sangat cantik! :) "Cantik budi pekerti, cantik penampilan, cantik akhlaknya, cantik otak korang tuh terpelihara tak tercemar teruk sangat. Baru la boleh jadi belia harapan negara yang berkualiti. Jangan pula dapat gf orang bandar, ajak kau pergi clubbing minum air setan tu krang ikutkan je. Pastu mula laa buat maksiat kantoi dengan pengurusan dah kena dismiss belajar.
Masa tu korang bayangkan muka mak ayah korang! Apa perasaan dorg bila anak yang dorg harapkan besar jadi engineer jadi doktor jadi lawyer, hantar belajar jauh-jauh pergi oversea dapat scholarship kerajaan pun tak guna dah masa tu. Sebab korang dah hancurkan harapan orang tua korang. Jadi, bila dapat peluang baik macam tu gunakan sebaiknya, bukan tak boleh nak enjoy tapi berpada-pada laa. Kenali mana kawan mana lawan, kalau orang yang nak jatuhkan korang tu yang korang sanjung, aku cakap bubye je laa masa depan korang tu. Sia-sia mak mengandungkan korang 9bulan termengah-mengah tercungap-cungap bawa korang ke hulu ke hilir, berat badan mak korang naik hampir 80-100kg tapi ni balasan korang. Belajar bersungguh-sungguh, jaga akhlak, jaga pergaulan dengan kawan-kawan dan paling penting jaga maruah diri.
BBQ Night 2008: F2T2 classmate also Ms. Melisa (englsih) & Cik Rosnani (math) |
Isu matrik, diploma mahupun asasi tu terpulang pada individu, korang pilih laa mana yang terbaik untuk diri korang sendiri. Cuma matrik ni jimat masa sikit, but actually asasi pun sama je macam matrik konsep dia. Lagi satu bila masuk matrik ni peluang korang untuk sambung degree pun cerah laa juga nak bandingkan peluang yang lepas SPM tu tadi. Basic CGPA dari matrik yang korang kena dapat untuk masuk IPTA yang ala-ala femes gtew macam UM, UKM, USM, UTM, UPM, UiTM, kena dapatkan 3.0 ke atas (ni CGPA yang peluang cerah laa bergantung pada kos korang apply jugak). Siapa-siapa yang minat dengan engineering, antara universiti top yang aku boleh suggest, UTM, UiTM, USM & UKM. Selain tu UniMAP dengan UMP pun ok juga untuk engineering. Kalau nak tau kos yang aku belajar sekarang adalah pilihan ke-3 dalam permohonan UPU aku lepas matrik dulu:
1) Mechanical Engineering - UTM
2) TESL - UPSI
2) TESL - UPSI
3) Mechanical Engineering - UiTM
4) Electrical & Electronic Engineering - USM
5) Mechatronic Engineering - USM
6) Science (Physic) - UKM
7) Science (Physic) - UiTM
Persatuan Siswa Siswi Kejuruteraan Mekanikal, PSSKM 2010 (ni mse aku part 4) |
Sekarang aku dah jadi student tahun 3 mechanical engineering UiTM. InsyaAllah aku grad next year, harap-harap semuanya lancar. Hey, siapa cakap perempuan tak sesuai amek mechanical? Dusta belaka! Tipu! Hahaha..but of course kalau adik-adik perempuan kat luar sana yang minat dengan mechanical engineering, make sure korang tak geli nak pegang benda-benda kotor macam minyak grease semua tu. Tak takut nak pegang mesin-mesin besar, tak kisah pegang benda-benda berat, tak kisah buat kerja-kerja kasar macam lelaki. Jika anda seorang yang lemah lembut tak sudi nak buat tu semua, harap hentikan saja angan-angan tu sebab anda bakal membuatkan abang-abang lain menyampah dengan kerenah mengada korang tu dik. Mungkin ini patut dijadikan sebagai satu cabaran, you dare for it? Then do it with your own! :)
Integrated Engineering Carnival , IEC (July 2009): Part 1 students induction Aku jd crew dgn senior2 laen, induction adek2 part 1 |
Mechanical Engineering Carnival 2010 by PSSKM team members |
4 comments:
seronok nye dah nak grad...jeles.. :)
ahaha...insyaAllah next year. Percayalah study 3-4 tahun tu tak lama pun....kejap sangat, sure rindu zmn study nnt :)
gambar last memang smart...!
masuk asasi biase je xdelah hebat mane pun...
ade je yang main2 kat sini...!
Thanx..gmbr last tu mmbr yg snap..mse tu gerimis lg bru pas ujan ktorg maen2..masuk asasi ke matrik ke diploma sama je, klu main2 x jadi jgk...huhu
Post a Comment