CC's Customer

Friday, April 29

DLK | arts - Home

Selingan sekejap kepada siapa-siapa yang nak bertunang ataupun kahwin tak lama lagi.

Di sini disediakan perkhidmatan fotografi oleh jejaka-jejaka pro-DSLR yang dah biasa amek job untuk mejlis-majlis macam ni.
Hasilnya? InsyaAllah tak akan mengecewakan korg :)


*Jangan ragu-ragu untuk upah dorg nih :)

Fantasi bukan realiti?

Pada suatu majlis keramaian yang kecil di depan Pusat Kecemerlangan ARTeC FKM (ARTeC ni nama team FKM utk Perodua Eco Challenge, PEC..aku pun tak tahu apa motif sebenar latar tempat cerita ni dekat sini), aku bersama geng mechy batch aku yang lain duduk di bawah khemah. Biasalah kami, lepas jamu selera juadah ringan majlis keramaian macam ni maka dengan sengajanya kami akan duduk melepak untuk melengah-lengahkan masa yang ada. (Alasan malas nak masuk kelas dengar lecturer ajar. Adik-adik, janganlah korang ikut perangai budak2 engine yang rebellious ni ye). 

Kompleks Kejuruteraan UiTM Shah Alam

Dalam majlis tersebut, dalam kegelapan pandangan tak jelas sebenarnya, al maklum saja laa, student FKM ni semua sukaaaaaaaaaaaa sangat pakai jaket fakulti hari-hari 24/7 kalau pergi kelas. Sebab apa? sebab senang lah! tak kan tu pun kena bagitahu? Sebab utama adalah malas nak pakai baju berkolar, so bila pakai jaket maka T-shirt round neck adalah dihalalkan pemakaiannya, di samping senang nak keluar masuk lab/workshop. What  you aspect? course mechanical engineering memang dimonopoli oleh kaum lelaki malah sebab FKM ni laa nisbah lelaki dalam universiti jadi seimbang sikit. Seimbang ke? BUT AT LEAST right? daripada course2 lain tuh majoriti perempuan.

Baik, berbalik pada cerita asal, jaket fakulti ni warna blueblack so agak gelap kalau tengok dalam kesesakan budak-budak ni. Antara celahan kesesakan budak-budak ni, aku terperasan satu bayangan yang panjang, okay orangnya agak tinggi definisi sepatutnya. Dia memakai baju korporat hijau, hitam dan putih. Ehh..itu macam baju korporat ARTeC tapi si pemakai bukan budak sini. All right, dia memang bukan budak sini, Chip. Kebetulan Chip terpandang aku yang memerhatikannya dari jarak kurang 5 meter aku rasa, tatkala Chip melilaukan pandangannya ke arah majlis. Bukan niat aku nak usha Chip ok, aku terpandang dan terkenal pula makhluk yang satu ni. 


"Nak tegur ke tak?" dalam hati aku berkira-kira lagi padahal tangan dah gatal lambai kat Chip.
Serta merta Chip datang menghampiri kerusi yang aku duduk, pada waktu yang sama Cik M yang bukan budak sini juga tiba-tiba muncul kat sebelah aku. 
"Ehh..magik ke apa nih? Tiba-tiba je kau datang Cik M." 
Baik sekarang kedua-duanya, Chip dan Cik M di sebelah aku yang masih duduk berakar-akar di atas kerusi plastik PVC putih. Sebelah tangan Chip dipanjangkan menahan meja di depan aku. Posisi ini seperti seseorang menahan kita bersandar di dinding (ok aku tak cukup bagus nak bagi diskripsi tentang ini tapi aku harap ada yang faham). 
"Amboi Chip ni dah kenapa? Bukan main rapatnya dia dengan aku? Tepi laa sikit...." 
aku bermonolog dalam fikiran sebab lengan Chip dah terkena kepala aku. Cik M pula aku tak tahu apa fungsi dia datang kat sebelah aku dan aku tak tahu apa yang dimahukan dari aku.

Aku kalihkan pandangan ke arah kawan-kawan aku, lalu memperkenalkan Chip dan Cik M kepada mereka. 
"Korang, kenalkan ni Chip, budak U** dan ini Cik M, budak U**. Chip ni junior so korang buli je...hahaha." 
Belum sempat aku berkata lebih lanjut, Chip bersuara, 
"Nak minta tolong sikit..."
"Apa dia? Cakap je laaa..."
"Kalau nak practical dekat sini dorg amek tak? Elaun berapa eh?"
"Ermm..kejap eh I tanya kawan I." 
Satu senyuman terukir di wajah, terpaksa memaniskan muka atau apa? Aku mengeluarkan handphone dan mencari nombor Cik A untuk didial bertanyakan tentang perkara ini. Nombor Cik A hilang pula saat-saat aku perlukan macam ni terus ternampak Cik Y di depan ARTeC. Kaki aku terus melangkah laju ke arah beliau. Berhadapan dengan Cik Y? Semestinya kami akam merepek terlebih dahulu tapi bukan saat begini ketika Chip meminta bantuan aku (Wahh..rasa macam Sailormars pula orang minta tolong..hahahaha). Segala butiran yang aku perlukan aku dapatkan dari Cik Y.

Selepas mendapat maklumat yang diperlukan aku pun sampaikan kepada Chip. Choppp! yang hairannya, mana pula perginya Cik M yang ada sebelah kami tadi? Aku keliru. Aku bingung. Aku tercari-cari juga susuk tubuh Cik M di celahan orang ramai dalam majlis itu tapi hampehh! Cik M dah hilang! Sudah...apa pula semua ini? Masing-masing macam biskut aku rasa, kejap ada kejap tak ada.


Akhirnya aku tersedar. Aku di alam fantasi bukan realiti. Aku bermimpi rupanya apabila kedengaran rintikan hujan-hujan yang halus dan laju berjujuran jatuh ke bumi d luar sana. Tiada kicauan burung mahupun suara mak cik - mak cik bergosip di luar rumah. Hujan kan? Fantasi aku bukan di wonderland tapi di dreamland. Ouhh..kenapa bukan di realland saja? Kan itu lebih bagus walaupun kadang-kadang realiti itu menyakitkan. Aduh, usah laa kau terlalu fikirkan tentang beliau lagi, semak otak dan memori kau je! Berpijak di bumi yang nyata, bak kata seorang sahabat, "tunggu je badan yang sesuai datang mencari nanti" (badan yang dimaksudkan adalah kaum Adam, Hawa kan sebahagian dari Adam iaitu tulang rusuknya yang perlu dilindungi)

**Okayyy, stop it babe! Stop dreaming if it was something that gonna hurt you so much but if your dream was inspiring you to do something right, then go on with it as long as you can take care of yourself and keep your head up with a big smile on your face my dear! :)

Beauty doesn't lies in you but it's how you making people appreciate how beautiful you are!

Theme Song LoVe ScEnE tRaGeDy

First time dengar lagu ni, aku pun terfikir untuk jadikan theme song karya agung aku yang tak seberapa tuh

LoVe sCeNe TraGeDy


If you could envision
The meaning of a tragedy ooooo
You might be surprised to hear it's you and me
When it comes down to it
You never made the most of it
Oooo so I cry cry cried but now I say goodbye
And I wont be made a fool of...
Don't call this love

When did you decide I didn't have enough to buy
Forgive and forget you a thousand times
For the fire and the sleepless nights
And I wont be made a fool of...
Don't call this love

Don't call this love

Lalalalala lala lalalalalalalala
Lalalalalalala lala lala-da-de-da
Oooh

Why did you feel the need to prove that everyone was right...
No I... wont fight

Oh your my tragedy... tragedy
Your my Tragedy ooohh
This is ohhh no no no no no

Thursday, April 28

Demi si dia segalanya kau sanggup!
demi rakan taulan?
1001 alasan kau berikan......


**all right aku memang tak berapa berkenan kerenah/pe'el member yang sebegini rupa. Keji sangat...dan-dan kau lupa kawan-kawan yang selama ni support kau dari belakang. Ok sebab dari belakang la kau tak nampak ktorg sebab dah dibayangi bayangan si dia yang buat kau gila bayang! Ceh3~ :(



Saya tulis BLOG untuk suka-suka bukan untuk kejar follower ratusan mahupun ribuan orang.
Siapa suka baca silakan, siapa tak suka janganlah buka BLOG ni. 
Tiada paksaan mahupun bayaran yang saya minta.

Tuesday, April 26

.::LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 6]::.

<<SCENE 9>>

Darsawarsa ini, segalanya dihubungkan di hujung jari, teknolgi yang para cendekiawan cipta ini ada kesan positif dan negatifnya. Ok..talking craps! Kenapa aku kena tulis entry yang bunyinya agak serius? Mesti korg stress nak baca kan? Secara ringkasnya, aku nak cakap, teknologi sekarang ada baik dan buruknya. Terpulang laa pada individu tu nak guna macam mana. Normally, yang gunakan otak untuk implement benda-benda high-tech ni, dia akan gunakan untuk kebaikan bukannya macam sesetengah individu tu yang suka hati mak bapak tiri atuk nenek dia je. Apa? Kau ingat orang cipta Iphone, Ipad, Blackberry, Strawberry, Cherry apa semua benda alah smartphone..ok aku nak panggil SMART GADGETS (merangkumi semua gadget2 yang pintar dari pencipta dia dan digunakan oleh orang2 malas) boleh?

Ceritanya bermula macam ni……
Girl: “Weh…aku rse aku ske la kt 1 guy ni..i think I have a big BIG crush on him!” <gaya sambil kelip2 mata tangan gaya nak berangan> 
Boy: “Ahahhh? Sape? Abg senior yg kau ske usha kat fak tu ke? (‘Fak’ shortform utk fakulti) 
Girl: “Alorr…bkn yg tuh..yg tu laen..tu utk aku cuci-cuci mata je pegi kelassss..hehehehe” 
Boy: “Dah tu? Ni crush yg mne lak? Tak kan aku kot? 
Girl: “Ish, kau wat ape..punye laa aku kutuk2 kau selalu bahan kau gelak salu..xkan la kau crush aku..Nope, yg ni laen..yg ni yg aku knl kt dlm FB. Bdk yg aku cte kt kau hr tu…” <beriya je minah ni nk bkak cte die kt Boy siap tongkat dagu depan Boy> 
Boy: “Gulp! Eh..hallo Girl! Kau bru je knl mamat tu bpe hari kt FB, kau dah nak crush3 mcm lgu Paramore dekat die? What’s the point? Kau tau die ikhlas ke x nk kwn dgn kau? Kau tau die baek ke jahat? Entah2 die gangster ke?” 
Girl: “Ishh..xde la mcm tu skali, aku rse die ok je..die pn student what…” 
Boy: “Tapi…..kau x pernah jmpe die kn?” 
Girl: “Hehehe..yup, x pernah jmpe lg..xtau la ble blh jmpe..hurmmm~” 
Boy: “So mcm mne nk in a relationship dgn mamat tu kalau korg sndri x pernah face to face nk jmpe? Hello~~ kau bercinta dgn laptop ke? Bercinta dgn handphone ke? Bercinta dgn FB ke? Tu semua fake laa weh…” 
Girl: “Erkkk~ alorr..tp kau dlu pn bercinta dlm adam maya jgk kan? Eh..silap, ALAM MAYA… Kan? Kau pn x pernah jmpe ex kau tu kan? Hee…” 
Boy: “Eh..ke situ pulak die?! Ehem2..tu la pengalaman mnjadi pengajaran nme ny. Pengalaman aku so aku xnak laa jadi dekat kau pulak…” 
Girl: “Alorhhhhh~” <satu keluhan berat dilepaskan, nada hampa tindakannya ditegur teman akrab sendiri, Boy> 
Boy: “Tak ade laa…bkn aku nk halang dgn siapa pun kau berkawan, kau nak bercinta dgn siapa pun lantak kau laa…ade pulak aku nk kisah kan? Tapi as ur closest friend, aku just bagi nasihat & pandangan yang patut. Hope kau tak kecil hati laa ape aku ckp td…” 
Girl: “Hurmm..baeklah…thanx for ur advice Boy!” <si gadis senyum semula>

**PENGAJARAN: All right then did you see any relation of the love scene tragedy? Best friend..best buddy..closest friend..Whatever terms it is, giving the same definition. Girl, kau nampak tak betapa CARINGnya si Boy ni tentang kau? Boy dah nasihat macam-macam nih, biasa la lumrah pmpuan ni mudah sikit nak tersasar dari landasan persahabatan. Tapi kalau dah lama-lama pmpuan tu dah tukar mind set just friend, so feeling or soul euww euww tu pun akan hilang dan kembali bersifat neutral! J Bukan apa pun..just nasihat kan? Lagipun memang betul bahaya apa kalau  kita nak trust seseorang yg kita baru kenal melalui internet/handphone ni. We can’t trust people for 100% even they are ur friends and family. Make ur love and what u feel deep inside in ur heart into real. Coz u make it so real Honey….wake up and stop dreaming, make some day out jmpe crush3 korg semua tu, dah jmpe senang sikit nak buat penilaian & nak pilih yg terbaik. If tak jadi couple pn, tak salah kan we can make more and more friends? Huu~


<<SCENE 10>>

Suatu hari kereta Girl rosak dekat tengah-tengah jalan, Girl baru balik dari shopping mall lepas melepak dengan kawan-kawan sekolah die. Absolutely, Boy tak kenal langsung kawan-kawan sekolah Girl ni. Memandangkan Girl cuma percaya pada kawan lelakinya yang Cuma rapat dengan seorang ini, maka bantuan dari Boy amat diperlukan saat-saat genting begini. Okay, did I mention ‘Genting’? Arghh~ lama gler2 tak pergi sana! Lagu ‘Somebody save me’ dari Smallville berkumandang sebagai background music.

Kawan Girl: “Weh..siapa lelaki ni? Boyfie kau ke? Tak cte pn kt ktorg kau ade boyfie..hrm, encem!” <nada berbisik setelah Boy keluar dari keretanya yang dihentikan di belakang kereta Girl> 
Girl: “Eh..bkn boyfie aku laa..he just a close friend of mine. Ktorg 1 kolej. Geng..meet Boy, my buddy.” <Girl memperkenalkan Boy kepada kawan-kawan> 
Boy: “Hye gurlzz! <Sambil melemparkan senyuman manisnya yang amat mahal mcm tgh year end sales pulak> Ok, mcm ni kejap lagi my friend yg mechanic tu dtg amek kete kau, aku dh call otw dtg sini td. Nanti aku hntar korg balik ok?” 
Kawan Girl: “Ohh okay! Thanx a lot Boy!” <wink2 kenyit mata lak minah-minah ni, gedikz mode activated> 
Boy: “Your welcome. Hee~” <buat je laa muak tak malu even aku tak kenal bdk2 nih>

**PENGAJARAN: Lagi satu bukti si Boy ni sebenarnya memang cintakan kau dalam senyap? Macam nak mati ni ataupun separuh mati pendam simpam perasaan dia terhadap kau Girl macam nak buat pekasam. Kau buta ke Girl? Boy dah sanggup datang tolong/join kau dalam apa jua keadaan., susah senang sedih gembira geli-geli semua ada.  Kawan-kawan kau yang lain dia tak kenal pun dia tak malu dan sanggup je ikut/tolong/join korg pnye day out. Kiranya, mana pun Girl pergi, Boy sanggup ikut & temankan. Memang best laa dapat so called ‘friend’ yg mcm ni kan? So Girlz out there, BUKA MATA korg besar-besar coz WE NEED TO SEE WHAT WE NEED TO SEE! To Boyz, jgn segan-segan tunjukkan CARING korg pada Girl kalau malu/takot sangat nak confess J

Monday, April 25

Sailormoon muncul kembali?

Bilakah kali terakhir kalian menyaksikan anime Jepun yang gemilang cemerlang cahaya bulannya pada era 90-an ni dulu? Erhhh...cakap era 90-an tu macam dah tua sangat je diri kita ni, so what? orang tua pun ada je yang tengok cartoon kan? Kalau kat tb or movie pun dorang tulis untuk TONTONAN UMUM. Ok stop it, tak kan aku nak explain in detail cartoon tu apa, pasal genre ke apa...ahahaha

Tuxedo Mask (Mamoru Chiba) | Sailor Venus | Sailor Mars (Rei Hino) | Sailormoon (Usagi Tsukino)  | Chibi Moon | Sailor Mercury (Ami Chan)| Sailor Jupiter (Mako Chan) | Sailor Neptune
Byk nme Sailor laen yg aku x ingt..huhuh
Sebenarnya aku nak cakap pasal ni, member aku ni suka tengok Sailormoon dulu, tak dinafikan aku pun melayan cerita ni masa darjah 1 or darjah 2 macam tu. Kalau balik sekolah ada kokurikulum hari Sabtu pagi tu mesti aku balik cepat-cepat, kayuh basikal punya la laju nak sampai rumah cepat. Jadi bila dah bosan-bosan habis practical ni dan member aku tu pun mula merepek untuk hilangkan stress dia nak final exam & nak siapkan thesis FYP dia. Kami pun pilih laa watak masing-masing dalam Sailormoon. Dari watak ke lagu tema, macam-macam. Hasilnya FB aku bertukar identiti, siap nama sekali kami tukar, tak tahan yang mamat seorang ni pun tercabar nak tukar identiti jugak.


LOL~ apa-apa pun aku seronok kawan dengan korg, tak kisah laa nak cakap aku Queen of Merepek ke apa sebab aku memang tak betul sikit suka merepek gelak-gelak sakat orang melaha orang, tapi dengan kawan-kawan je laa aku buat macam tu sebab dunia ni tak semua orang boleh accept siapa kita.

Ni pilihan charactor aku sbb Mars colour MERAH!
and sama baran cam api gak..huhuhu

The way his smug mcm someone la..hahahahhhahah
ok let it be secret siapa org ny...huhu

OK yang ni gambar Yuuichirou Kumada (Scandal Rei Hino dlm anime).
Nme singkatan Rei Chan dgn Ami Chan pggl, Yuui Chan :)

Friday, April 22

Bila mak mula cakap . . .

How long should I be like this waiting for ....
Mak: "Wes mangan urung?" (dh makan ke belum dlm bahasa jawa)
Aku: "Urung...." (belum)
Mak: "Huhhh? apa yang hurung?" ok..mak aku dah mula amek side corner merepek =.='
Aku: "Semut hurung..." aku amek over lapping..layan kan aje......huu~
Mak: "Ohh..semut hitam ke semut merah?"
Aku: "Hahh? apa nih? tak faham laa...suka cakap merepek-repek laa mak ni..." yg ni aku mmg x fhm 3 saat pertama..lepas tuh, TINGGGG! <mentol menyala atas kepala>
Mak: "Balik tak esok?"
Aku: "Balik laa..nape? tak nak Awie balik ke?"
Mak: "Tak payah balik laa stay je kat sana terus sampai habis."
Aku: "Tak apa laa..mak tak nak Awie balik, Awie balik rumah orang lain.." <aku dah jelir lidah dah lepas cakap ayat ni, memang trick nak test mak aku>
Mak: "Hahahaha...ada ke orang nak bawak kau balik?"
Aku: "Hahh..tu la pasal..ada ke?"
Mak: "Kau ni nak kata perempuan tak...nak kata lelaki pun tak..."
Aku: "Ok..2 alam kot..?"
Mak:"Ehh..tak..2 alam pun ada orang nak kadang tuh.."
Aku: "ohh..then 3 4 5 alam arr kot....."

Dalam hati...mak ni suka bagi aku down dengan diri aku sendiri. (head down..kechiwa jap bila mak sendiri cakap camtu kat the only child dia) Bukan sekali Mak merepek tentang ini dengan aku. Aku pun tak tahu kenapa sejak dua menjak ni, Mak gigih memerli / mengenakan aku dalam guraunya. Aku faham sebenarnya tapi aku buat-buat tak faham sebab aku sendiri terkedu terkejut teruja terkaku masa mula-mula Mak kenakan aku.


Situasi masa aku demam seminggu hari tu kat rumah:

Mak: "Ni demam rindu ni sebab tu tak baik-baik...baru tadi tengok gambar." mak tengok sama gambar-gambar aku dengan geng2 GFN & 13B
Aku: "Hahh..tu la pasal..rindu laa ni kot lama tak jumpa diorang."
Mak: "Ke....demam cuak?"
Aku: "Cuak?" sangat tak faham apa yang Mak cuba sampaikan.
Mak: "Cuak laa yang seorang lagi tu jauh.....cuak laa kalau ada yang lebih daring nanti...." sambil tersenyum-senyum
Aku: (terdiam seketika dengan muka pelik tanda soal besar-besar kat muka..fine, terjawab sendiri setelah beberapa saat neuron-neuron otak berhubung macam iklan susu Mummy Essential tuh)


Memang sejak dari tu mak selalu petik nama mana-mana kawan lelaki aku (Sorry guys..aku memang tak sorok cerita kalau aku rasa cerita tu tak salah untuk aku story kat parents aku coz we just friend kan? kenapa lak parents aku tak boleh tahu pasal kawan-kawan aku..hee~) . Aku bangun tidur dia kejutkan pun kena jadi bahan gak...sighh~ Mak aku ni dah kenapa? orang kalau tengok anak dia dah besar dah anak dara/bujang memang habit dia macam ni ehhh? Apa yang membuatkan aku musykil ialah aku tak pernah cerita apa-apa langsung pasal crush3 aku ke apa-apa yang berkaitan love scene tragedy. Tapi...????? macam mana Mak seolah-olah dapat menghidu kegiatan detik 143 aku? Mak aku ni macam tahu-tahu je..aku pernah ngigau apa-apa ke dia dengar? Erkkk~ aku tak pernah ngigau sepanjang 22 tahun hidup.

Telepati?

Yup3..mungkin telepati, naluri hati seorang ibu pada si anak cukup kuat. Aku tak cakap tapi mungki Mak dapat membaca isi hati dan fikiran aku. Anak seorang boleh laa rajin nak baca, cuba kalau banyak tak larat nak fikirkan semua tu.

Apa-apa pun baguslah kalau Mak dah mula memahami aku yang cuma seorang ini. Kalau dulu waktu remaja aku dihabiskan cuma 30% dari setahun dengan Mak (kena halau rumah g duk asrama dari F1 - F5), kini lebih banyak masa terluang untuk bersama Mak. Cuma cara Mak yang terlalu bersahaja dan jarang heart-to-heart conversation dengan aku membuatkan aku culas untuk curahan dengan Mak. (sebab aku takut kena marah dengan Mak!) Sumpahan Mak masih aku ingat, "Selagi kau tak habis belajar, JANGAN HARAP kau nak ada boyfriend!" (motif sumpahan nak suh aku fokus study, ada BF ni beban dia cakap sebab kena fikir macam-macam, nak kena jaga hati, nak kena itu ini..nanti patah hati merana sedih-sedih dah drop study. Menyusahkan je...)

Thursday, April 21

You're superb creative bro!

First appearance matluthfi90 that i watch
SELAMAT HARI IBU

Ni video dengan adik dia :)

Serta paksa? Hahh...ampa pikiaq laa nak join geng sapa naa...

Yang ni pun lawak, sumpah gelak aku tengok video budak nih...
"kan i dah cakap u xtau! die ank Dato, u ank Tan Sri so u lagi tinggi..." (main2 jari)

"mak hang?" "Tak dak!"
"pak hang?" "Lokap!"
"Bila plastik terapung atas lautan akan menyerupai obor2!"
hang nak buang sampah lagi dak...? tak mau..tak mau..!

"kalau hang ada ramai kawan yang 12 orang tu bukan cantek pun..termasuk hang 13 laaa"
"Sapa kata mata sepet comey?" "matluthfi...err, i mean kawan."

Banyak lagi vids menarik budak nih kat You Tube, search je matluthfi90 nanti kua laa banyak2 vids dia :)
Have fun and enjoy laa musim2 final exam ni utk release tension korg okay
Multi talent r budak nih, aku dengar die ni budak engine tgh further kat oversea, great ade talent hiburkan org sure his parents love him damn much kannn~

Rio - First 2 minutes


First two minutes, really enjoy it!
"I HATE SAMBA!" Blu
"Ohh..please make this mean bird take back his word, Pedro." Nico

Tuesday, April 19

Nak SWATCH baru!

Simple mechanical item that we have around us is our WATCH/CLOCK!

Yeahh...basikal, motorbike, kereta, kipas..banyak laa lagi. Aku bukan nak tulis pasal mechanical subject tapi aku nak tulis pasal mechanical design koleksi jam dari jenama jam paling femes yang berasal dari Switzerland!

Swiss + Watch = SWATCH

Alright aku memang dari zaman sekolah minat SWATCH. Design dia memang smart and style. Simple but menarik, besides trademark SWATCH yang memiliki muka jam yang tipis dan ringan, tak akan terasa macam pakai jam kadang-kadang tuh.


First SWATCH yang aku miliki bertarikh 9 Januari 2005, berharga dalam RM250++
ni sebagai hadiah lepas PMR dari parents aku. 
Okay tak tahulah kenapa dari lepas UPSR pun aku dapat hadiah jam tangan.
Masuk UiTM sem1 dulu pun dapat jam jugak, Solvil Titus (yg ni sbb dpt free voucher RM200 dr Jcard member mak aku so tambah lagi duit sikit mak belikan untuk aku).

    

UNISEX : SWATCH FULL BLOODED BLUEBERRY

Sekarang ni aku dalam usaha mempengaruhi mak untuk belikan aku jam tangan baru,
memandangkan Solvil Titus putih aku dah buruk tali dia (padahal boleh je hantar kedai tukar tali baru).
Sengaja jadikan alasan dah pakai 3 tahun, padahal aku tertarik dengan satu design jam kat City Chain ni,
lepas tu bila jalan-jalan dengan kawan masuk SWATCH and tengok online.
Tak dinafikan aku masih setia pada design-design dari SWATCH!


Ladies SWATCH

     



Ohh ya! kat SACC Mall dah ada kedai jam baru, TAGWATCH tak silap nama dia.
Kedai tu ada jual SWACTH..Ohhhhhhh~~~~ 
I want my NEW SWATCH.
for my birthday? Raya? Hantaran? (hantaran aku nak yang lagi mahal..HAHAHA! :P)
Pilihan warna lebih tertarik kepada MERAH/PURPLE/PUTIH

Monday, April 18

Life Potrait 1804

18 April 2011, Isnin (Hujan)

Celik je mata aku terkejut bila tengok hari dah terang, "Shitttt..! aku bangun lambat ke g keje?" lepas tu sementa laa aku teringat aku dah habis practical so kenapa perlu untuk aku bangun awal lagi? Tapi tetap aku dah terbiasa bangun awal weekdays macam ni sebab dah biasa bangun awal pergi keje. Hari ni memang aku dah tak perlu ke kilang tu lagi tapi seperti yang diminta oleh sypervisor aku, dia suruh ktorg datang balik office pada Isnin pagi jam 9. Dengan rasa malas aku menolak selimut antik dari zaman asrama form1 aku, on laptop, connect internet check update then pergi mandi and siap-siap. Kononnya nak pakai baju biasa je macam keluar jalan-jalan pergi makan sume, memandangkan masa yang bersisa pun dalam 15 minit cuma, aku pun sarungkan jeans biru dan T-shirt saja. Safety shoes telah pun aku simpan dalam kotak asalnya sejak Jumaat lepas. Pas pekerja dah siap asingkan dalam beg nak pulangkan. Jam 8.50 aku melangkah keluar dari bilik dengan gaya confident, jaket fakulti aku sarungkan kemas, rambut panjang melepasi bahu aku selak keluar dari dalam jaket. Tatapan terakhir pada cermin bilik sebelum keluar. Ok check! Aku pun jalan menuju ke DC tanpa rasa tercungap-cungap, relax hari ni tiada sebab untuk aku kalot berkejar ke mana-mana. Kalau sampai office lambat pun bukan ktorg kena punch card dah. 

Around 9.10 am, Dayah sampai dekat Mawar menjemput aku. Cuaca mendung asalnya bertukar hujan rintik-rintik air bergelora. Sampai office, jumpa Abg Khairul, Kak Piah, Wanie, Ana, Auntie Grace and our supervisor En Zaili. Supervisor mintak ktorg duk dalam bilik meeting sekejap, beberapa minit lepas tu dia masuk dengan factory manager, Mr Siva. Serba sedikit kata-kata dan pertukaran pendapat tentang bidang kerja dan practical ktorg. Unexpected, supervisor bagi ktorg SONY USB Flash Drive Micro Vault 8GB kat ktorg. Okay...semester ni aku kaya dengan pendrive! hari tu baru beli yang 4GB dengan Samsung S2 portal external. Lepas tu, supervisor bawa ktorg jumpa 2 Big Bos, which is our GM, Mr. Hiromasa Ishii and OM, Mr.Mohd Raj Atan. Fine..gelak-gelak dalam ni dengar je orang-orang dewasa ni bercakap, "So we hope to hear you soon within this one year, please contact us back once you finish your study, may be we can offer some mechanical engineer position." Something like that ayat bos aku tadi. "Hurmmm..nak kerja kat sini balik ke?" dalam hati aku berbisik. Bukan tak nak tapi aku tak nampak sangat potensi mechanical engineer kat company ni. May be just one day they can offer something..may be. Satu office kat ktorg round and round salam-salam semua to say a big GOOD BYE! know what? bila jumpa En. Rosli Musa (head for HR department), "kamu amek je r kasut-kasut, cap tu semua..anggap je souvenir dari company." Reaksi aku dengan Dayah seperti yang telah kami ramalkan minggu lepas jawapan En Rosli nih. (Baek xyah bawak kasut tu balik tadi..hishhh). Salam Arfah dengan Kak Ina (Finance & Admin dept), mengharapkan salah seorang dari mereka cakap, "eh..kejap ni ada cek untuk elaun bulan ni..." tapi hampa tak ada pun ayat tu yang terluah dari mereka. Arfah cakap dalam minggu ni dorg akan call balik nak bagi cek tu sebab hari ni Izza tak datang so tak ada orang nak sign approval untuk keluarkan cek. Aiyaaa~ =.='

Bila turun office bawah balik untuk ambil balik kasut boot tu dan sesi bersalaman dengan QC & Maintenance dept, Kak Piah dengan Wanie ajak ambil gambar. tak tahu kenapa kali ni aku tak gler kamera nak pose amek gambar sana sini. Aku datang dengan niat nak buat kerja aku je malas nak main-main amek gambar berlagak sendiri tengah buat kerja ke apa. Agak lama sesi fotografi ni, yang lawaknya latar belakang yang sama cuma posisi orang yang berubah sedikit. Tak cukup camera Wanie, camera En Zaili pun sekali. Aku rasa macam artis lak (mode perasan femes: ON) bila staff-staff kat sini sibuk nak ambil gambar kenangan dengan ktorg. Hahaha...nanti lah aku cilok gambar dekat page Wanie. Last but not least, THANX OYL STEEL CENTER! Kemalasan menguasai diri bila dah habis practical ni even tak perlu pergi kerja dah tapi minggu ni kena siapkan final report untuk submit this Friday. Lepas settle report semua baru aku boleh plan nak balik rumah. 

Cakap pasal rumah, beberapa hari ni kalau mak call aku mesti dia nak membebel marah-marah aku dulu. Jumaat lepas aku baru lepaskan nafas lega lecturer dah datang evaluate on the last day of practical, then tengah hari tu mak call, bila aku bagitau nak keluar tengok movie dengan Ms. R, dia membebel ingatkan aku itu dan ini. "Kalau mak tak bising tak ingatkan kau memang kau tak ingat dunia." Erkkk~ tension dan stress sekejap 10 minit pertama dengar mak membebel marah-marah aku macam ni. Peliknya petang Jumaat tu dia call balik ajak aku keluar dinner kat PJ lak. Malam tu she was fine having dinner together with me and Dad of course. On the day aku keluar dengan Ms. R, mak call lagi tanya aku dah sampai ke belum. "Everything safe and sound mak." Lagi sekali dia ingatkan jangan ada orang ketiga atau selebihnya kalau aku dah keluar berdua dengan Ms. R. "Ye2..baik!"


Petang Ahad semalam, mak call lagi, "Semalam balik pukul berapa? tak call pun bagitau dah balik...betul ni semalam keluar 2 orang je dengan R?" Soal mak bertubi-tubi aku terima dalam keadaan agak mamai baru bangun tidur petang tu. "Sebelum maghrib dah balik mak...betul la 2orang je tak ada tambah tak ada kurang." Dalam perbualan tu mak tanya aku nak balik bila, aku balik dari office pukul berapa pagi ni dengan harapan aku akan balik ke rumah mungkin. "Awie tak balik minggu ni, nak settle kan report semua dulu baru balik rumah." Terang aku panjang lebar lagi dalam hati aku agak angin dah bengang dengan 1001 soalan orang tua ni. Apa kan daya, dia mak aku. memang lumrah dia suka banyak tanya macam tu. Respon mak bila aku cakap tak balik? "Elok laa tak balik, tak payah mak susah-susah nak fikir nak masak apa nak fikir kau nak makan apa..senang aman hidup. Kalau kau balik macma-macam mak kena fikir, nak bagi kau makan nak masak nak jahit baju orang." Ohhhh..itu ayat klise mak aku. Reverse psychology dia nak suruh aku balik, dah rindu sebenarnya. Memang biasa kalau aku tak balik rumah dua minggu memang itu laa ayat dia. Aku ni pula memang cepat marah sikit terikut baran ayah aku sikit, memang tak suka orang tanya soalan berulang dan soalan-soalan yang aku rasa aku tak perlu jawab dah. Akibatnya memang aku akan melawan balik cakap dengan mak aku. Terukkan aku ni dengan mak pun aku nak bengang-bengang nak marah. =.=' Memang tu lumrah aku on the spot aku akan berapi jap tapi cuma sekejap, lepas letak phone aku akan rasa bersalah.


P/s: Maaf mak sebab Awie lawan cakap mak. Awie memang degil suka sakitkan hati mak tapi mak pun janganlah marakkan api kemarahan yang sedia mudah menyala dalam benak hati ni, Dah 22 tahun tak kan mak masih tak faham sifat sebenar aku? Bukan mahu aku untuk bengang sekejap yang sebegini. Janji..lepas settle semua hal ni Awie balik rumah ok :)

Sunday, April 17

Report - Girls Day Out

Date:
16 April 2011

Objectives:
Release stress, having fun, dating & JJCM (jln2 cuci mata!)

Problem Statements:
1) Just end up my internship yesterday & stay back at Shah Alam on weekend so boredom in hole of hearts again.
 2) My bestie stress out with her FYP work that not done yet, SOS!

Equipments:
Picanto, Mid Valley Megamall, Federal Highway, Touch 'n' Go, Golden Screen Cinema, Exhibition Hall, Mc Donalds, Momoe, MPH, Watson, Jusco Department Store, Escalator, ATM machine, Pop Corn, Marshmellow, Toilet, Surau and last but not least enegertic legs to make lots of move!

Procedures:
1) Plan for some outing and movie marathon to make us laugh again like crazy.
2) Check movie showtime that available on the date of program.
3) Set an appoinment with each other regarding date, time, place and invitation to other friends.
4) Drive a car on Federal Highway by early morning  in way to reach place on time.
5) Round and merry-g0-round to find a parking lot.
6) Straightly bought movie tickets.
7) Enter MPH book store - searching for several type of pencils and window shopping for books. (@_@)
8) Watch first movie - Rio (two loving blue macaw adventure in Rio de Jeneiro)
9) Enter Momoe boutique - buy 'lucky charm' bracelet, clover necklace & sling bag.
10) Lunch at Mc Donalds
11) Watch second movie - Hop (Easter bunny fighting for his dream to be a drummer)
12) Get into Exhibition Centre - MCTF'11 & 14th Post Graduate Education Fair.
13) Watson - random shopping for personal care product.
14) Leaving Mid Valley at 6.30 pm, get back to Shah Alam.
15) Stop by stationary shop at Pusat Komersil, Sek.7 - hunting pencils mission.
16) Back to own 'nest' and rest.

Results:

A blue macaw that can't fly...!
Blu, Jewel, Rafael, Nico, Nigel, Luiz, Linda
Extra credit to Will.I.Am and Jamie Foxx for their awesome voice for singing! Cutie yellow Nico :)

Excellent colabration singing partner of Jamie Foxx & Will.I.Am voice of cast!
Bringing the mood in Blu ;P

Featuring E.B (ambitious Easter Bunny to be a drummer in a band, cast by Russel Brant)
and Fred, a son that hate by his parents because don't have a job.

Few phemplet (ok lpe nk spell cmne dh....) from local and foreign universities, going for Master or PhD?
Mak dah bising la wehhh suh aku keje cepat support family :(
I love CLOVER so the necklace and 'Devil's wear Prada' lucky charm bracelet
Conclusion:
Mission accomplished!