18 April 2011, Isnin (Hujan)
Celik je mata aku terkejut bila tengok hari dah terang, "Shitttt..! aku bangun lambat ke g keje?" lepas tu sementa laa aku teringat aku dah habis practical so kenapa perlu untuk aku bangun awal lagi? Tapi tetap aku dah terbiasa bangun awal weekdays macam ni sebab dah biasa bangun awal pergi keje. Hari ni memang aku dah tak perlu ke kilang tu lagi tapi seperti yang diminta oleh sypervisor aku, dia suruh ktorg datang balik office pada Isnin pagi jam 9. Dengan rasa malas aku menolak selimut antik dari zaman asrama form1 aku, on laptop, connect internet check update then pergi mandi and siap-siap. Kononnya nak pakai baju biasa je macam keluar jalan-jalan pergi makan sume, memandangkan masa yang bersisa pun dalam 15 minit cuma, aku pun sarungkan jeans biru dan T-shirt saja. Safety shoes telah pun aku simpan dalam kotak asalnya sejak Jumaat lepas. Pas pekerja dah siap asingkan dalam beg nak pulangkan. Jam 8.50 aku melangkah keluar dari bilik dengan gaya confident, jaket fakulti aku sarungkan kemas, rambut panjang melepasi bahu aku selak keluar dari dalam jaket. Tatapan terakhir pada cermin bilik sebelum keluar. Ok check! Aku pun jalan menuju ke DC tanpa rasa tercungap-cungap, relax hari ni tiada sebab untuk aku kalot berkejar ke mana-mana. Kalau sampai office lambat pun bukan ktorg kena punch card dah.
Around 9.10 am, Dayah sampai dekat Mawar menjemput aku. Cuaca mendung asalnya bertukar hujan rintik-rintik air bergelora. Sampai office, jumpa Abg Khairul, Kak Piah, Wanie, Ana, Auntie Grace and our supervisor En Zaili. Supervisor mintak ktorg duk dalam bilik meeting sekejap, beberapa minit lepas tu dia masuk dengan factory manager, Mr Siva. Serba sedikit kata-kata dan pertukaran pendapat tentang bidang kerja dan practical ktorg. Unexpected, supervisor bagi ktorg SONY USB Flash Drive Micro Vault 8GB kat ktorg. Okay...semester ni aku kaya dengan pendrive! hari tu baru beli yang 4GB dengan Samsung S2 portal external. Lepas tu, supervisor bawa ktorg jumpa 2 Big Bos, which is our GM, Mr. Hiromasa Ishii and OM, Mr.Mohd Raj Atan. Fine..gelak-gelak dalam ni dengar je orang-orang dewasa ni bercakap, "So we hope to hear you soon within this one year, please contact us back once you finish your study, may be we can offer some mechanical engineer position." Something like that ayat bos aku tadi. "Hurmmm..nak kerja kat sini balik ke?" dalam hati aku berbisik. Bukan tak nak tapi aku tak nampak sangat potensi mechanical engineer kat company ni. May be just one day they can offer something..may be. Satu office kat ktorg round and round salam-salam semua to say a big GOOD BYE! know what? bila jumpa En. Rosli Musa (head for HR department), "kamu amek je r kasut-kasut, cap tu semua..anggap je souvenir dari company." Reaksi aku dengan Dayah seperti yang telah kami ramalkan minggu lepas jawapan En Rosli nih. (Baek xyah bawak kasut tu balik tadi..hishhh). Salam Arfah dengan Kak Ina (Finance & Admin dept), mengharapkan salah seorang dari mereka cakap, "eh..kejap ni ada cek untuk elaun bulan ni..." tapi hampa tak ada pun ayat tu yang terluah dari mereka. Arfah cakap dalam minggu ni dorg akan call balik nak bagi cek tu sebab hari ni Izza tak datang so tak ada orang nak sign approval untuk keluarkan cek. Aiyaaa~ =.='
Bila turun office bawah balik untuk ambil balik kasut boot tu dan sesi bersalaman dengan QC & Maintenance dept, Kak Piah dengan Wanie ajak ambil gambar. tak tahu kenapa kali ni aku tak gler kamera nak pose amek gambar sana sini. Aku datang dengan niat nak buat kerja aku je malas nak main-main amek gambar berlagak sendiri tengah buat kerja ke apa. Agak lama sesi fotografi ni, yang lawaknya latar belakang yang sama cuma posisi orang yang berubah sedikit. Tak cukup camera Wanie, camera En Zaili pun sekali. Aku rasa macam artis lak (mode perasan femes: ON) bila staff-staff kat sini sibuk nak ambil gambar kenangan dengan ktorg. Hahaha...nanti lah aku cilok gambar dekat page Wanie. Last but not least, THANX OYL STEEL CENTER! Kemalasan menguasai diri bila dah habis practical ni even tak perlu pergi kerja dah tapi minggu ni kena siapkan final report untuk submit this Friday. Lepas settle report semua baru aku boleh plan nak balik rumah.
Cakap pasal rumah, beberapa hari ni kalau mak call aku mesti dia nak membebel marah-marah aku dulu. Jumaat lepas aku baru lepaskan nafas lega lecturer dah datang evaluate on the last day of practical, then tengah hari tu mak call, bila aku bagitau nak keluar tengok movie dengan Ms. R, dia membebel ingatkan aku itu dan ini. "Kalau mak tak bising tak ingatkan kau memang kau tak ingat dunia." Erkkk~ tension dan stress sekejap 10 minit pertama dengar mak membebel marah-marah aku macam ni. Peliknya petang Jumaat tu dia call balik ajak aku keluar dinner kat PJ lak. Malam tu she was fine having dinner together with me and Dad of course. On the day aku keluar dengan Ms. R, mak call lagi tanya aku dah sampai ke belum. "Everything safe and sound mak." Lagi sekali dia ingatkan jangan ada orang ketiga atau selebihnya kalau aku dah keluar berdua dengan Ms. R. "Ye2..baik!"
Petang Ahad semalam, mak call lagi, "Semalam balik pukul berapa? tak call pun bagitau dah balik...betul ni semalam keluar 2 orang je dengan R?" Soal mak bertubi-tubi aku terima dalam keadaan agak mamai baru bangun tidur petang tu. "Sebelum maghrib dah balik mak...betul la 2orang je tak ada tambah tak ada kurang." Dalam perbualan tu mak tanya aku nak balik bila, aku balik dari office pukul berapa pagi ni dengan harapan aku akan balik ke rumah mungkin. "Awie tak balik minggu ni, nak settle kan report semua dulu baru balik rumah." Terang aku panjang lebar lagi dalam hati aku agak angin dah bengang dengan 1001 soalan orang tua ni. Apa kan daya, dia mak aku. memang lumrah dia suka banyak tanya macam tu. Respon mak bila aku cakap tak balik? "Elok laa tak balik, tak payah mak susah-susah nak fikir nak masak apa nak fikir kau nak makan apa..senang aman hidup. Kalau kau balik macma-macam mak kena fikir, nak bagi kau makan nak masak nak jahit baju orang." Ohhhh..itu ayat klise mak aku. Reverse psychology dia nak suruh aku balik, dah rindu sebenarnya. Memang biasa kalau aku tak balik rumah dua minggu memang itu laa ayat dia. Aku ni pula memang cepat marah sikit terikut baran ayah aku sikit, memang tak suka orang tanya soalan berulang dan soalan-soalan yang aku rasa aku tak perlu jawab dah. Akibatnya memang aku akan melawan balik cakap dengan mak aku. Terukkan aku ni dengan mak pun aku nak bengang-bengang nak marah. =.=' Memang tu lumrah aku on the spot aku akan berapi jap tapi cuma sekejap, lepas letak phone aku akan rasa bersalah.
P/s: Maaf mak sebab Awie lawan cakap mak. Awie memang degil suka sakitkan hati mak tapi mak pun janganlah marakkan api kemarahan yang sedia mudah menyala dalam benak hati ni, Dah 22 tahun tak kan mak masih tak faham sifat sebenar aku? Bukan mahu aku untuk bengang sekejap yang sebegini. Janji..lepas settle semua hal ni Awie balik rumah ok :)
No comments:
Post a Comment