Tarikh perkahwinan: 14 Julai 1987
ehhh..ni tarikh mak ayah aku kahwin okay :)
Tarikh beranak (tarikh lahir la tuhh...): 25 Jun 1989 | Ahad, lepas Zohor
Berat: 3++ kg
Kronologi kelahiran aku:
Hari Ahad (25/6/1989) tu, Pn. Normah mengalami kontraksi teramat sangat sebab aku dah tak sabar nak keluar melihat dunia dan asyik menendang-nendang dinding rahimnya. Tengah hari itu juga, En. Musa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan bantuan jururawat mengenainya (first time nak dapat anak bukan tau sangat pun kena buat apa). Jururawat di klinik itu meminta En. Musa menghubungi pihak ambulans. Wow..ambulans datang ke laman rumah nenek aku. Jiran rumah depan pun berlari-lari anak bersama anak ciliknya sambil menangis sedih. (pelik aku macik ni..ambulans datang umah pun dia blh nangis, padahal org nak beranak je...). Ambulans pun meluncur laju, selaju 'adrenalin rush' membawa Pn. Normah ke HTAR, Klang. Siren ambulans menyergah semua pengguna jalan raya untuk memberikan laluan kepada VIP pada masa itu (aku la tuh tak sabar nak keluar..huhuhu).
Sekitar jam 3.25 pm (main hentam je minit tu aku dah tak ingat pukul bpe kat surat beranak), seorang bayi perempuan keluar dari rahim ibunya berlumuran darah diiringi tangisan keramat yang bingit kerana terharu usahanya untuk keluar dari alam rahim berjaya. Mata masih terpejam rapat, kejat sekejap asyik menangis hingga biru bibir mungil bayi berkenaan. Manakan tidak terus menangis? Pertalian aku dan Pn. Normah dipotong, tali pusat. Sepanjang kehadiran aku di HTAR, gegar dibuatnya bangunan yang menempatkan wad bersalin di situ. Sedang bayi-bayi lain lena tidur, aku masih melalak menangis tak reti diam hingga orang sekeliling risaukan tentang aku. (Sorry geng..aku kacau korg membuta time tu! hahaha). Sumber dari seorang teman yang juga lahir pada tarikh dan hospital yang sama dengan aku, dia juga diberitahu oleh ibunya tentang seorang bayi yang kuat menangis di wad semasa kami dilahirkan. Hmm...mungkinkah aku bayi yang dimaksudkan? Alahai....maaflah, aku memang berkerenah dulu.
Tumbesaran terus membesar dengan GROW!
Aku membesar seperti kanak-kanak lain. Eh..yeke? mak cakap aku dah besar beberapa bulan pun masih kuat menangis. Tak tahulah makhluk Allah yang mana berkenan sangat nak sakat aku masa tuh tapi aku takut sebab tu asyik nangis je. Sampai arwah atuk dan nenek tercongok duduk di atas tangga termenung melihat aku yang selalu menangis di tengah kedinginan malam. Orang tua-tua pastinya akan risau jika bayi asyik menangis. "Maaf atuk sebab buat atuk risau." Tak pasal aku kena pakai tangkal apa entah kain hitam diikat kemas pada pinggang, sampai laa umur aku sekitar 3-4 tahun. Lama kan? Hadoi..pelawok pelawok pelawok! X)) Arwah atuk suka main dengan aku dulu sebab aku satu-satunya cucu dia yang lain dari yang lain. Aku tembam berisi dulu, rambut nak toncet kat atas je satu macam pokok kelapa nenek aku cakap. Tapi malangnya, arwah atuk tak sempat tengok aku terus membesar dan berjaya sampai sekarang sebab dia telah pergi meninggalkan aku terlebih dahulu, masa tu umur aku setahun lebih. Sob3 :'(
Rmbt toncet satu (ni dgn macik aku dlu) |
"Meet Darren" old neighbour :) |
Umur 2 tahun lebih, ayah belikan basikal roda tiga warna biru untuk aku. Basikal tu memang agak tinggi untuk usia aku waktu tu, Aku pun tak reti nak kayuh lagi masa tu, tapi berlagak bukan main konon-konon hebat naik basikal. Naik je laa..kayuh tak reti pun, kaki je lebih letak kat atas pedal tu. Dengan botol susu kat mulut nak jugak duduk atas basikal tu petang-petang kat luar. Kadang-kadang siap pakai helmet main basikal dalam rumah. Okay, yang ni lawak...baru 2 tahun dah pandai amalkan 'safety first'. gambar ada dalam album kat rumah. Bila dah besar sikit ni, nakalnya masyaAllah...terutamanya masa baru pandai jalan, duduk dalam walker pun habis semua barang-barang aku nak tarik. Macam roller blade aku buat walker tu meluncur dari depan rumah ke dapur ulang-alik. Haishh...kenangan tul zaman kanak-kanak ni kan. :D
Masa kecik-kecik dulu, tiap-tiap tahun pun sambut birthday. Kadang tu bukan setahun sekali, tiap-tiap bulan aku nak makan kek siap tiup lilin tuh. Mak cik - mak cik aku pun ramai yang anak dara lagi masa tu, mereka laa yang jadi mangsa untuk emlayan kerenah kenakalan aku, bagi hadiah laa apa laa...Pantang jumpa barang-barang pelik yang aku rasa berkenan kat bilik mak cik-mak cik aku, aku akan ambil je tanpa meminta. Lepas dah ambil baru aku cakap, "Awie nak!" ataupun "Awie nak pinjam je sekejap..nanti Awie pulangkan balik." (dengan nada yang ala-ala manjda dan mengada) Terus lesap barang-barang tu jadi hak milik kekal aku. Siapa suruh tayang-tayang depan mata aku kadang tu, memang silap besar laa tunjuk kat aku..kan dah kena rampas. Heheheh..kesian mak cik - mak cik aku ni. Tak apa lah...sekarang ni giliran aku lak yang terkena dengan anak-anak mereka. What you give you get back Noorie, sekarang sepupu-sepupu kecik kau pula yang merampas kuasa.
Zaman tadika aku berjalan lancar. Tak ada pula dengar mak cakap aku nangis hari pertama pergi tadika atau sekolah. Aku dihantar ke tadika cina sebab sekiling aku tu majoriti penduduk adalah cina. Aku dapat ramai kawan, ingat lagi Soo Yong (betul ke aku eja nama dia nih?), best friend pertama aku. kenal masa tadika sama-sama, bila Lao Shi (cikgu) tukar tempat duduk aku pisah dengan Soo Yong, aku mogok tak nak bercakap pun kat tadika, aku diam je Lao Shi pun pelik. Balik rumah bila mak tanya kenapa aku diam (Ok..Lao Shi mengadu dekat mak aku diam), aku pun cerita laa aku tak boleh pisah dengan Soo Yong. terus keesokan harinya, lao Shi tempatkan Soo Yong duduk sebelah aku balik. Slumber je pergi tadika dulu pakai short dengan singlet, rambut macam-macam style mak ikat, senget la ape lah...lepas tu botol air yang jenis ada tali leh gantung kat leher tu. Ada yang botol air bentuk telefon 'baling anjing'. Kelakar laa zaman tadika dulu, aku kena paksa masuk persembahan tarian untuk Hari Kanak-kanak, gler buruk Lao Shi make up kami semua dengan baju gaunnya. Ladies-nya aku masa tu, padahal aku punya la brutal zaman tadika tu. Kawan-kawan tadika semua cina, yang melayu ada dalam 4/5 orang je.
dengan Mak <3 dekat tepi pantai :) |
!996, umur aku masuk 7 tahun. Tahun aku melangkahkan kaki ke SJK (C) Chung Wah buat pertama kalinya. Ahakz~ beberapa akali dah sebenarnya sebab sambutan Hari Kanak-kanak tadika dulu campur sekali dengan sekolah rendah. Aku pakai baju sekolah macam anak-anak cina lain. tiada apa yang aku takut atau risaukan sebab semuanya dalam kelas kawan-kawan masa tadika juga, dah kenal maka tak perlu jadi kera sumbang. Aku masih lagi sekelas dengan Soo Yong. Lepas balik sekolah, aku akan ke rumahnya untuk membuat kerja sekolah bersama-sama, mak hantar aku ke rumahnya dengan basikal. Tercapuk aku di belakang mak sambil menggalas beg berisi buku-buku latihan. Kalau aku tak ke sana pasti aku menangis bila hari dah malam, kerja sekolah tak siap! Sebab tak reti nak buat, aku tak faham dan mak ayah tak boleh tolong semua kerja sekolah aku dalam mandarin, melainkan BM dan English. Abang Chien Chian, jiran aku jadi mangsa. Mak akan panggil dia ke rumah untuk tolong aku buat kerja sekolah. Abang ni dah sekolah menengah masa aku darjah satu, dia memang baik sampai sekarang mesra alam kalau jumpa family aku. :)
Kejayaan mula tercipta dengan lakaran sejarah pencapaian aku di sekolah rendah, bakat melukis aku disedari cikgu-cikgu semua. Dalam masa yang sama, aku dikenali sebab kenakalan aku juga. Darjah 2, guru besar masuk kelas tegur kesalahan aku dan kawan-kawan lain. Aku tak ingat apa yang kami buat sampai guru besar dapat tahu. Darjah3 aku, Fitrah dan Shahrul menyakat Fadilah (dia ni Indian muslim, parents dia memang asal dari Madras). Kisahnya, Fadilah ni memang perangai dia lain macam sikit, kami semua tak berapa suka dia macam tu. Satu hari dia tersepak kaki Shahrul yang sedia luka, kesakitanlah mamat budak ni, masa tu aku dengan Shahrul dan Fadilah ni duduk meja yang sebaris. Lepas tu aku dengan kawan-kawan lain marah laa Fadilah ni, dia pun nangis balik bagitau bapak dia. Bapak dia pun call laa parents kami berkenan rasa tak puas hatinya anak dia kena ejek bagai. Tak ingat masa darjah berapa, kes yang hampir sama, kes ejek-mengejek si Fadilah ni, kesian dia kena baling duster kat baju sekolah. (Sekolah dulu pakai papan hitam dengan kapur so duster tu kotot habuk putih laa lekat-lekat kat baju dia). Hamekkkk! bapak dia bawak baju sekolah tu tunjuk kat cikgu apa kami buat. Lepas tu habis bapak dengan bapak pun gaduh pasal anak. Padahal anak-anak elok je lepas tu kat sekolah.
Darjah 4 kena paksa masuk pertandingan perbahasan tapi tak menang pun. Masuk pertandingan bercerita bahasa inggeris pun kalah. Apa yang menang? pertandingan melukis, pertandingan menulis tulisan bersambung, pertandingan tulisan kaligrafi cina, kuiz pengetahuan am Nan Yang Siang Pau. Tak sangka darjah 6 kena jadi pengawas sekolah, aku jaga kelas budak darjah 5. jadi bendahari kelas yang mata duitan ($_$) masa arjah 6 juga, seminggu kutip RM1. Kaya aku tiap-tiap bulan, beli buku latihan kelas semua guna duit kelas je cikgu simpankan. Muka ni juga laa yang hari-hari kutip duit kat budak-budak kelas, macam ah long dah rasanya. Serious best masa darjah6! Kem motivasi UPSR pengalaman jadi anak cino jap tak mandi pagi, aktiviti packed tak ada masa nak mandi pagi. LOL~ main menari berpasangan keliling unggun api kat tengah-tengah padang sekolah. Wahh..menariknya. Alhamdulillah UPSR aku baik. Terus mak paksa masuk asrama untuk sekolah menengah, dalam keadaan terpaksa pergi interview Yayasan Selangor (untuk anak melayu Selangor). Segannya pergi interview pakai pinafore, orang lain pakai baju kurung siap tudung dengan blazer (yg ni bajet hebat pakai blazer..wuek:P). Dah laa masa interview kena perli dengan pegawai tu, "awak ni melayu kenapa sekolah cina?" Siap tanya aku pasal solat apa semua. Wehh..aku belajar laa ada ustaz datang ajar budak-budak melayu kat sekolah tu. "Jangan risau aku tak murtad lagi" kalau laa aku leh jawab macam tu dulu. Balik interview tu aku nangis-nangis cakap dekat mak, tak nak masuk asrama tapi usaha gagal.
ni laa lebih kurang apa aku rasa dapat result UPSR. |
Akhirnya aku berjaya ditempatkan kat Asrama Yayasan Selangor KL (ATPN) dan sekolah kat SMK CBN. hari pertama masuk asrama, mestilah nangis pertama kali pisah jauh dengan family! Orientasi pula macam apa je kena buli dengan senior, kena cium tiang cakap 'i love u' laa..kira kasut sepanjang floor..tiup kipas sampai mati kipas tu..nyanyi sambil angkat kain baju kurung, semata-mata untuk satu tanda tangan senior? macam-macam lah senior ni tapi tu semua kenangan yang aku tak akan dapat kat tempat lain. Kejutan budaya gak aku ni masa form1, tak biasa dengan budaya orang melayu. Bukan nak berlagak ke apa tapi aku dah terbiasa dengan budaya cina yang lebih simple dan cool tak serabut penuh hasad dengki dan sesi mengumpat dengki kat orang ni. Aku cakap melayu pun cam pelik je bunyinya mula-mula form1 dulu, bunyi cina cakap melayu. Mak pun gelak je kalau dengar aku cakap masa tu. Form2 agak tak tahan awalnya, aku selalu 'homesick' sampai nak keluar asrama tukar sekolah tapi semua tu tak jadi entah doa apa yang yaah panjatkan, aku diberi kekuatan untuk terus bertahan sampai form5. Form4 zaman kenakalan kembali., entah syaitan mana bisik kat aku ikut kawan-kawan aku 'fly' (siapa penah duk asrama faham laa terms ni) tengah-tengah malam dari asrama. Sekali kantoi daa dengan pak guard, penguasa dapat tahu kena ambil nama. Kena ulang-alik ofis, kena interview macam-macam dengan pegawai atasan (macam pesalah kena soal siasat dengan polis), akhirnya aku kena gantung asrama seminggu, bermula tarikh kebetulannya hari jadi aku ke-16. Pada hari berkuat kuasa hukuman juga, ada Hari Anugerah Cemerlang asrama yang aku kena hadir sebagai penerima anugerah. Pedih bernanah je telinga bila penolong penguasa perli aku, "Noorie ni dah laa pandai, pelajar cemerlang PMR tapi buat macam ni pula kena gantung asrama." Adehhh~ itu pengajaran paling besar aku terima. Buat jahat jangan sekali ok! Zaman super senior kat asrama, biasalah senior bermaharajalela tap kami versi yang baik sikit dari yang sebelumnya. :) -suasana sekolah menengah dah pernah cerita kat entry sebelum ni rasanya-
**Ok lah ni pun dah panjang kesian orang-orang yang baca ni..nama entry pun 'chronicles' next time aku sambung yang lepas SPM punya cerita menarik lak pasal diri aku dan latar belakang! peAce~ ('',)V
1 comment:
masuk cbn pakai pinafore lagi?
Post a Comment