CC's Customer

Friday, April 22

Bila mak mula cakap . . .

How long should I be like this waiting for ....
Mak: "Wes mangan urung?" (dh makan ke belum dlm bahasa jawa)
Aku: "Urung...." (belum)
Mak: "Huhhh? apa yang hurung?" ok..mak aku dah mula amek side corner merepek =.='
Aku: "Semut hurung..." aku amek over lapping..layan kan aje......huu~
Mak: "Ohh..semut hitam ke semut merah?"
Aku: "Hahh? apa nih? tak faham laa...suka cakap merepek-repek laa mak ni..." yg ni aku mmg x fhm 3 saat pertama..lepas tuh, TINGGGG! <mentol menyala atas kepala>
Mak: "Balik tak esok?"
Aku: "Balik laa..nape? tak nak Awie balik ke?"
Mak: "Tak payah balik laa stay je kat sana terus sampai habis."
Aku: "Tak apa laa..mak tak nak Awie balik, Awie balik rumah orang lain.." <aku dah jelir lidah dah lepas cakap ayat ni, memang trick nak test mak aku>
Mak: "Hahahaha...ada ke orang nak bawak kau balik?"
Aku: "Hahh..tu la pasal..ada ke?"
Mak: "Kau ni nak kata perempuan tak...nak kata lelaki pun tak..."
Aku: "Ok..2 alam kot..?"
Mak:"Ehh..tak..2 alam pun ada orang nak kadang tuh.."
Aku: "ohh..then 3 4 5 alam arr kot....."

Dalam hati...mak ni suka bagi aku down dengan diri aku sendiri. (head down..kechiwa jap bila mak sendiri cakap camtu kat the only child dia) Bukan sekali Mak merepek tentang ini dengan aku. Aku pun tak tahu kenapa sejak dua menjak ni, Mak gigih memerli / mengenakan aku dalam guraunya. Aku faham sebenarnya tapi aku buat-buat tak faham sebab aku sendiri terkedu terkejut teruja terkaku masa mula-mula Mak kenakan aku.


Situasi masa aku demam seminggu hari tu kat rumah:

Mak: "Ni demam rindu ni sebab tu tak baik-baik...baru tadi tengok gambar." mak tengok sama gambar-gambar aku dengan geng2 GFN & 13B
Aku: "Hahh..tu la pasal..rindu laa ni kot lama tak jumpa diorang."
Mak: "Ke....demam cuak?"
Aku: "Cuak?" sangat tak faham apa yang Mak cuba sampaikan.
Mak: "Cuak laa yang seorang lagi tu jauh.....cuak laa kalau ada yang lebih daring nanti...." sambil tersenyum-senyum
Aku: (terdiam seketika dengan muka pelik tanda soal besar-besar kat muka..fine, terjawab sendiri setelah beberapa saat neuron-neuron otak berhubung macam iklan susu Mummy Essential tuh)


Memang sejak dari tu mak selalu petik nama mana-mana kawan lelaki aku (Sorry guys..aku memang tak sorok cerita kalau aku rasa cerita tu tak salah untuk aku story kat parents aku coz we just friend kan? kenapa lak parents aku tak boleh tahu pasal kawan-kawan aku..hee~) . Aku bangun tidur dia kejutkan pun kena jadi bahan gak...sighh~ Mak aku ni dah kenapa? orang kalau tengok anak dia dah besar dah anak dara/bujang memang habit dia macam ni ehhh? Apa yang membuatkan aku musykil ialah aku tak pernah cerita apa-apa langsung pasal crush3 aku ke apa-apa yang berkaitan love scene tragedy. Tapi...????? macam mana Mak seolah-olah dapat menghidu kegiatan detik 143 aku? Mak aku ni macam tahu-tahu je..aku pernah ngigau apa-apa ke dia dengar? Erkkk~ aku tak pernah ngigau sepanjang 22 tahun hidup.

Telepati?

Yup3..mungkin telepati, naluri hati seorang ibu pada si anak cukup kuat. Aku tak cakap tapi mungki Mak dapat membaca isi hati dan fikiran aku. Anak seorang boleh laa rajin nak baca, cuba kalau banyak tak larat nak fikirkan semua tu.

Apa-apa pun baguslah kalau Mak dah mula memahami aku yang cuma seorang ini. Kalau dulu waktu remaja aku dihabiskan cuma 30% dari setahun dengan Mak (kena halau rumah g duk asrama dari F1 - F5), kini lebih banyak masa terluang untuk bersama Mak. Cuma cara Mak yang terlalu bersahaja dan jarang heart-to-heart conversation dengan aku membuatkan aku culas untuk curahan dengan Mak. (sebab aku takut kena marah dengan Mak!) Sumpahan Mak masih aku ingat, "Selagi kau tak habis belajar, JANGAN HARAP kau nak ada boyfriend!" (motif sumpahan nak suh aku fokus study, ada BF ni beban dia cakap sebab kena fikir macam-macam, nak kena jaga hati, nak kena itu ini..nanti patah hati merana sedih-sedih dah drop study. Menyusahkan je...)

2 comments:

whitebreadcoffee said...

like this post..

jom follow my blog..
http://whitebreadcoffee.blogspot.com/

NuryBella said...

@whitebreakcoffee
Thanx anyway....ok will do :)