CC's Customer

Wednesday, July 18

Last Chapter of Study

Malam Pra Graduan (MPG2012) Fakulti Kejuruteraan Mekanikal

Best FYP Partner ever..goes tooooo...Seha Haris! *wink2*

Ventus Group that will be in memory...

Ventus makan-makan & project presentation
4yrs Mechanical Engineering output - Final Year Project Thesis

At Setia City Mall after FYP Viva

Monday, July 2

Justin Young ft. Colbie Caillat - "Puzzle Pieces"


"We should just lock all the doors
Baby we'll find what we're looking for
'Cause I don't want to be strangers

I don't want to fight, I just want a life
Of love like we used to live
I don't want to quit, baby I just want to fit
Back together like two puzzle pieces"

Christina Perri - Distance (feat. Jason Mraz) [Acoustic]


"I wish we would just give up cause the best part is falling. 
Call it anything but love and I will make sure to keep my distance. 
Say "I love you" when you're not listening. 
How long can we keep this up, up, up?"

LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 12]


<<SCENE 16>>


So finally update utk "LoVeSt", sorry sebab entry kali ni mungkin panjang menjela sikit ceritanya tapi tak ada la sampai 1 ela. Hope enjoy reading it...haishh, setelah sekian lama tak menulis ni..


Dalam perjalanan pulang dari percutian di salah satu kawasan tanah tinggi Malaysia, jalan turun bukit bengkang bengkok. Siapa tak tahan boleh pening paling teruk muntah-muntah, mabuk! Yang ceria menyanyi sakan dalam kereta, yang mabuk terus termenung tersandar lemah menahan diri. Sampai di bawah, kawasan rawat dan rehat (R&R) lebuhraya jadi persinggahan untuk ambil angin, buang angin, isi perut, buang isi segala bagai. Di situ Girl dan rakan-rakannya berehat, mereka memilih untuk mangalas perut dengan sedikit kudapan sambil menikmati titisan air gula pelbagai perisa untuk tekak haus masing-masing.


Nelly: Perhhh...sedapnya dapat minum ais. <gaya pejam mata menikmati> 
Nad: Ya Allah! Aku lupa...tadi budak-budak tu message suruh tunggu kat sini. Diorang nak konvoi sekali balik dengan kita laa....Kejap ehh aku call diorang tanya dekat mana dah....<bangun menjauhkan diri sedikit sibuk buat panggilan misteri> 
Min: Huhhh? Siapa? Aku tak dengar bunyi fon pun dalam kereta sepanjang jalan tadi. Bila masa kau contact diorang tuh? 
Nelly: Haa...tu la kau mana tau. Dia silent fon la tuhh...nak secret-secret...kalau fon bunyi tak sudah, kita busybody nanti nak korek tau dia message dengan siapa. Hahaha. 
Min: Cehhhh..macam tu pula.  
Nad: <Jalan kembali ke meja sambil tersenyum-senyum> Okay..diorang dah dekat..kejap lagi sampai. Relax dulu naa...nak tambah makan nak minum lagi 2-3 tin air pun boleh..hehehe 
Min & Nelly: Babe...siapa?? <seloroh mereka serentak> 
Nad: Hishhh....ada laa...tunggu je laa....Nelly, shut up..you know what i mean...hee~ <wink> 
Min: Okayyy...ni konspirasi apa pula ni...Apa yang Nelly tau aku tak tau? Did the others with us here tau juga? 
Nelly: Sabar laa Min...wait and see je laa....kejap lagi diorang sampai. <Nad & Nelly berpandangan & bertukar-tukar senyuman 
Min: Okayyy...this is curious. Jangan plan benda-benda jahat sudah.
Beberapa minit kemudian...




Fiq: Hye girlsss...! <beberapa orang jejaka datang> 
Nad: Hye...! Apsal tak cakap you all holiday sekali kat tempat yang sama...? Kalau tak boleh jalan-jalan sekali, jadi bodyguard kitorang. Haha.. 
Nelly: Ehh...duduk laa dulu. Korang pun mesti penat kan. Nak minum apa-apa? I boleh tolong pergi belikan kejap belakang tuh. 
Zul: Ehh...tak ape...member seorang tu dah pergi beli dah pun. Tu hah kat belakang you bawak air...<semua pakat kalih tengok gerangannya> 
Nad: Panjang umur...baru nak kutuk tadi...Hahaha 
Naz: Like yeahhh...I boleh dengar dari sebatu tadi niat busuk dalam hati you tu nak kutuk I, Nad. <passing 100plus & Redbull kepada Zul & Fiq sambil melabuhkan punggung untuk duduk> 
Fiq: Arhhhh....refreshing sangat dapat 100 plus. Ehh..mana orang "tu" yang you cakap Nad? <gaya tertinjau-tinjau mencari seseorang> 
Nad: Gaya macam tak pernah minum air je...Ada..dia pergi toilet kejap. 
Naz: <monolog> Err...kenapa macam tak sedap hati ni ye...? kenapa jantung aku macam laju sangat pam darah ni..adrenaline rush? duduk minum air pun nak rush jugak ke? <muka ketat dah...meraba-raba dada sasa beliau>

Wednesday, April 18

2nd Week

WIND SPEED PRELIMINARY MEASUREMENT

Objective: To record wind speed data at some target locations.
Mini Project: Wind Energy System Application
Venue: Engineering Complex, UiTM Shah Alam

At Tower 1 Level 21 (Front)
At Tower 1 Level 21 (Back)

 
LEFT: "Drawing the blue sky" | RIGHT: Measuring with Project Manager @ Tower 2 Level 11      

PUBLIC HOLIDAY-OUT (11/04)

Objective: Some personal mission to accomplish & spend leisure time with friends
Activities: Bills payments, Breakfast, Lepaking & Movie-ing
Venue: Maxis Centre & Subway at Sunway Pyramid, MBO Cinema at Space U8

Malaysia's First Eco Mall! :)
Some Green Applications: Sky Light Roof,
Big Ass Fan (Replace aircond),
Rain water harvesting, Solar PV system
Space U8 looks like | beautiful water features


1st Week

FINISHING SCHOOL (MODULE)

Objective: To prepare the final year students with job hunting after grad.
Module: Cover letter, Resume, Job Interview, Self Appearance & Tips.
Venue: Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam

Finishing School: Group's Branding Session
Finishing School: Group jiran sebelah..keh3

Finishing School: Jobsicker's Resume Sample 

RANDOM "WALK-WALK EAT AIR"

Objective: Food hunting for lunch due to boredom less class this semester
Menu: Chicking Crunchy Burger set, Chocolate Indulgence & White Chocolate Macadamia
Venue: Seksyen 7, Shah Alam

Random Walk-walk Eat Air 1

Random Walk-walk Eat Air 2

Monday, April 2

Ventus (Wind)




Some header design for group page in Facebook
Renewable Energy Mini Project
VENTUS (Latin word: Wind)
"Clean energy for green environment."

Minggu Makan

End of March..yeah, last week for month of March. Hari-hari pun makan kat luar. Minggu makan, minggu masuk air, minggu gler. Mana tak ny...tengok je listing aku kat bawah lepas ni...

Isnin (26/3)
strawberry, passion fruit, chocolate & grape
Kelas half day je..nak masuk bengkel sambung projek belah pagi pun x sempat..ade plak member ajak keluar makan. Ingat nak lunch area dekat-dekat je..which I thought Shah Alam je..but them drive sampai ke IKEA plak. Dah nampak location tu, sendiri boleh fikir la apa menu best makan dekat IKEA tu kan..no need to mention dah kot. Yupp...meatball time. Promotion price 20 balls for only RM16..berbaloi la makan 2org share 20 meatballs. Dah kenyang tu jalan-jalan (proses menghadam makanan dan membakar kalori) la area The Curve, e@curve, Ikano Power Centre semua. Nasib baik laa One Utama tu jauh sikit nak berjalan.

On the way balik Shah Alam, singgah plak Empire Gallery Subang. Huhh..honestly tak ada pape pun yang menarik pasal Empire tu. Kalau gaji bulanan kau RM10K above memang elok sangat la hari-hari nak shopping kat situ. Kedai semua spesis butik-butik je..branded..restoran pun mostly high class. One thing menarik pasal Empire, lapang! Ye aku tau itu bukanlah sesuatu yang menarik sangat. Lapang orang tak ramai, may be sebab weekdays kot. So tak rasa serabut jalan-jalan dalam tu. Then, we are having high tea session at T Forty Two. Kedai ni cantik juga laa..kat belah dalam ada butik, so it is a boutique concept cafe. Yang nak santai-santai minum kopi./teh boleh duduk dekat luar. Ohh aku rasa la sikit red velvet cake member aku order, worth it la mahal pun, kek die sedap! ^_^ Aku pula order latte dengan macaroons.

Selasa (27/3)
FYP punya pasal....
Rezeki murah petang tu. Baru balik dari bengkel siapkan milling. Seharian tak makan, balik bilik lemau gler, baring-baring kejap, online. Tiba-tiba ada plak insan berhati mulia ni call ajak makan. 10 minit lagi orang tu sampai nak fetch ktorg baru die call, dengan peluh-peluh tak mandi lagi, aku bersiap je la mana yang dan petang tu. Abaikan...semua yang keluar makan tu pun mostly baru habis kelas petang, belum mandi juga. Hahaha..ye seterusnya, pengangkutan bertayar empat tu meluncur laju ke Seksyen 13. Pusing-pusing dah dekat maghrib ni, stop dekat Tupai-tupai sebab dah siap buat reservation. Yeahhh..makan steambot orang belanja! Alhamdulillah...walaupun aku bukan la spesis manusia yang kuat makan, gler makan benda-benda buffet and seafood ni..dah orang belanja telan la juga. Makan je apa yang boleh makan. As long jangan tamak sangat sampai tak habis. Balik dari makan memang la mata aku pun steam je ngantuk.

Rabu (28/3)
Yang hari Rabu ni tak ada la makan besar pun. Al-kisah nya, setaip Rabu aku memang tak ada kelas memang dah susun jadual cantik-cantik dengan partner nak buat FYP hari ni. Sekali co-SV dah ada kelas la plak kena mengajar Rabu pagi. So testing ktorgf pun postponed the next week. Memandangkan bosan tak ada buat apa-apa, sementara tunggu cik abang dia habis meeting FYP. Ktorg pun keluar makan cendol dekat Seksyen7 lama. Cendol pulut..mari! mari! Hehehe..petang-petang makan cendol pulut memang terbaik laa..melepak plak 3 anak dara ni makan cendol bawah pokok. Huhuhu

Khamis (29/3)
Thanks Timah & Yan =)
Seperti yang dijanjikan dari hujung sem lepas. selepas settle projek HVAC ktorg, ada hamba Allah ni janji nak belanja semua makan pizza. Bincang punya bincang nak buat temu janji semua (ecehhh...temu janji macam nak pergi dating plak). Hari yang dinantikan pun tiba. Pergi Pizza Hut Sek.7 lepas maghrib, early reservation have been done for 10pax! Ramai kan? Yepp memang meriah pizza hut malam tu, gamat dengan ktorg je..budak kecik pun kalah. Semua pun masuk air dah malam tu, macam-macam cerita..open table kan...memang best la malam tu. Semua gelak je keje. Datang chinese couples duduk meja sebelah ktorg lagi best budak-budak ni usha awek cina tu, mentang-mentang awek tu sexy pakai hot pants je dengan spageti. Usah kan budak laki, aku pun 2x5 je sama-sama galak usha awek. Oooppss! Aku straight lagi okay :P

Jumaat (30/3)
Pergi MCTF'12 by JobStreet Malaysia. Ni 2nd time aku pergi job fair ni, last year aku pernah datang tapi teman kawan aku je. So it's a new experience la bila kena pergi kat booth company tanya-tanya pasal peluang kerja mana yang minat tuh. Ada juga la 2-3 resume aku drop kat sana. Harapan, kalau ada rezeki dapat la panggilan interview ke kann...2jam suntuk ktorg terperap dalam exhibition hall Mid Valley tu. Lepas tu kebulur, jalan-jalan decide makan pizza lagi. Oh kali ni bukan Pizza Hut tapi ktorg pilih Domino. Arhhh...2 hari berturut-turut dinner makan pizza. Nasib baik Domino punya pizza lagi lembut and sedap dari Pizza Hut. Nyummy~ On the way balik Shah Alam malam tu pun masing-masing dah high dengan dunia sendiri. Merepek-repek sepanjang Federeal Highway tuh.

Sabtu (31/3)
Kes dah lama tak makan chicken chop, aku pun konon laa emo dengan mak aku yang ajak breakfast. Boleh plak mak aku ajak makan pizza....lagi...?! Mesti la aku tak nak sebab dah 2 hari asyik makan pizza. Penat je aku order chicken chop sekali belum ready lagi daa....Mana tak ny..first customer kedai tu kot. So waiter suggest aku order roasted quater chicken je..Yerrrr~ aku kurang gemar makan benda-benda banyak tulang nih. Memang take time untuk aku mengikis segala isi ayam yang bersisa pada tulang peha ayam tu. Nasib baik cream sos die sedap dengan mashed potato die..hurrmmm :)

Dekat rumah dinner makan nasi ayam kukus plak. My all time favourite! Menu sihat sangat, ayam pun mak tak goreng, semua style kukus. The next day, mak buat currypuff plak. Puff okay bukan karipap yang epok-epok beli kat gerai 2 RM1 tuh. Yang ni puff pastry, layer by layer tuh...sedap plak mak buat this time, sampai teringin nak makan lagi.

Ohh...banyaknya aku makan minggu ni, aku memang banyak makan pun KALAU dekat rumah. Dekat kolej time kerja or study aku tak ada laa makan banyak macam tuh. Kadang-kadang, sehari makan sekali je. Satu hari tak makan, just alas perut dengan roti / biskut pun okay je. Tak ada la satu hari tak dapat nasi boleh mati. Keh3

Wednesday, March 21

pLay mOre Learn mOre

Hello guyz & gurlz everyone...! Wiuhhh...lamanya tak 'hapdet' (update) blog ni...bersawang lagi untuk sebulan lebih..i think...so so so power of infinity bust, actually bukan laa busy mana pun..kelas pun baru je mula last 2weeks. Yang buat busynya sebab once and for the last time aku berulang alik dari rumah while waiting dengan urusan rayuan kolej. Susah jd bdk UiTM ni, especially yang final year, mcm melukut di tepi gantang nak minta kemudahan kolej tu. Alhamdulillah berkat kesabaran, usaha dan doa dari kawan-kawan yang baik hati, hopefully korang ikhlas dengan doa korang dan moga-moga Allah sahaja yang membalas jasa korang. Yepp..finally lepas hari-hari panjat bukit pergi ofis buat rayuan, dapat dah kolej. Kind of back to memory lane juga laa..sebab dapat kolej yang aku duduk masa 1st year dulu...cewahhh~ cakap macam dah lama sangat kat sini. Hahaha...memang pun! Tahun ke-4 dah...budak2 yang masuk sama batch aku dari course lain semua dah grad dah kerja.

Ground rule in making as project manager
Ok itu cerita kepayahan awal semester aku. Banyak buang masa kat jalan tapi best sebab jimat duit belanja, hari-hari dapat makan kat rumah mak masak je, just in term of duit minyak kete and tol je la aku kena tuang untuk Mr. Driver (ayahanda kesayangan). Demmm...kenapa aku cerita pasal ni lagi???? Kan dah plan nak cerita benda lain tadi. Orait..we begin again.....1week after presentation FYP I, aku join laa 1program IT ni under sponsor by KPT and organize by 3P Prestariang. Nama program ni, Professional Certification Program. Course yang dorang offer dekat budak2 final year FKM adalah Project Management dengan CompTIA. Nak dijadikan cerita, aku ni tak ada laa gila or computer freak sangat nak belajar detail pasal computer programming etc. So aku ambil la Project Management memandangkan benda ni memang relate la dengan bidang kursus aku kan. 

Seronok juga la belajar course ni, dapat kenal ramai kawan baru..err, tak ada la ramai sangat, mostly classmate aku masa tu budak-budak fakulti sendiri juga just campur la part7 dengan part8, then tersesat juga 3org budak civil and sorang awek brutal dari fakulti office management, nama dia Masz. Sebilik dengan Masz, sekelas dengan Masz, duduk komputer sebelah Masz, gaya macam dah kenal lama je kan....? Hahahhaa..memang dah kenal lama pun! Sebelum course ni aku dah lebih kenal dulu dia during end of year 2009. Jumpa masa aktif join program sana sini la nih....untung kalau jadi orang aktif join program ni macam ni laa..banyak networking, tak ada la terperap campur dengan manusia-manusia spesies sendiri je. Keh3

Course project management ni dijalankan selama sebulan, tiap-tiap hari bekerja kitorang ada kelas dari 9am - 5 pm. Ikut waktu orang bekerja juga. Bukan masuk kelas semata dengar lecture je...ade juga practical guna software Microsoft Project 2007, then lepas berapa hari belajar habis silibus ada computational online exam pula, kalau tak dapat score more than 700 dikira fail and tak layak untuk terima sijil profesional dari Microsoft. Exam microsoft ni pening sikit so banyak yang tak lepas but exam untuk EC-COuncil yang pasal management e-commerse business and project etc ni ramai yang lulus sebab dia senang! Hehehe..dapat skor salah satu exam ni dapat sijil, cerah la sikit peluang pekerjaan nanti sebab ada added value yang orang lain tak ada. Course ni semua kalau buat dekat luar or nak ambil exam sendiri mahal. 1exam je dah bernila RM300+ that's why government KPT sponsor final year student untuk ambil extra course ni.

Team building session: KLCC
During the course memang macam-macam kenangan ada, sempoi je classmate semua. Kalau nak cerita dalam ni semua taip 3hari 3malam pun tak habis, biarlah jadi kenangan dalam otak kitorang je. Hurmmm..those days trainer ajar kat depan, kitorang kat belakang duk online main fb, twitter, 9gag semua layan. Sampai trainer suruh switch off monitor bila dia sedar kitorang macam buat tak endah dengan soalan dia. Hahaha..nakal sungguh. Siapa laa yang online tak hengat tuh, cover2 laa sikit kot ye ..kalau ada tak faham bukan nak tana trainer direct, suka post dekat dalam group fb, asking among ourselves je...Hahaha..missing those days.

Now dah masuk minggu ketiga, lepas relief dgn isu kolej dapat isu baru pula..masalah equipment utk run FYP II. Haishhh, kitorang dah guna barang tu dari sem lepas lagi masa FYP I but then bila pergi jumpa co-SV semalam nak set hari untuk run testing, dia baru bagitahu ada budak nak guna equipment tu juga. Ok sekarang masalahnya, kitorang berebut nak guna benda tu pada hari yang sama, then aku dengan partner free on Wednesday the whole day je, tambahan technician lab yang kitorang nak guna tu balik on time pukul 5 hari-hari dah weekend lab tak buka. Mula-mula ingat nak slow talk la dengan budak group lagi satu tu tapi hampa je sebab dorang pun SV dah fix kan untuk guna lab buat FYP dorang on the same day and SV dorang tak nak turun lab on weekend eventhough lab tu buka je hujuang minggu. Entah laa sekarang ni, lepas satu, satu masalah. harap-harap benda ni dapat settle cepat and tak lari dari planning. Oh ye dpt tugasan baru juga, ehehh..bukan dapat kira macam volunteer juga laa...tak apa laa berkhidmat free camtu, orang nak kutuk gila kuasa ke apa lantak laa..kalau asyik nak harap dekat orang lain, sampai bila-bila pun projek tak jalan.

"UNLESS someone like you cares a whole awful lt, 
nothing is going to get better. It's not."
-The Lorax, 1971 by Dr. Seuss


Thursday, February 9

A Note For . . .

Dear YOU,


No matter where you are, where you go without living any sign for me to track you down to know how you have been. Sometimes I feel lost in the dark, searching the missing pieces of me everywhere in the dark without a single light even from a small shining star. But in that darkness and clueless, I don't know why I can still see you there and confidently know you were there. My instinct drive me away to get up, to move on with this endless life. Little by little I walked through the days with brave without loosing my breath and keeping my faith. Never mind if you leave me here clueless because I will still wait for you there on the day where we will win for this battle. Because some where in the middle, my heart simply tell me you are the one, no matter how strong I refuse to admit it. 
When your instinct tell you the thing, then listen to your heart.

From ME.

Wednesday, February 1

LoVe ScEnE tRaGeDy [Part 11]



<<SCENE 15>>

4 bulan yang lalu....

Girl: Hahh...ni apa hal nak jumpa aku tiba-tiba? Mendung tak, angin tak, ribut taufan tak, tsunami pun tak...
Boy: Aku nak minta tolong kau ni....please, antara hidup dan mati aku ni weh...!
Girl: Tolong apa? Kau ni tak habis-habis laa...hidup penuh dengan masalah. <kening bercantum, dahi berkedut, mendengus>
Boy: Alorr...please..! Kali ni je aku minta tolong. Okay2...I promise, this will be the last.
Girl: Yelaa..tapi apa dia? Kau ni tak pernah nak menjawab ikut kehendak soalan laa....aku kan tanya, tolong apa?
Boy: Errr....kira kau nak tolong aku laa ni kann? kann....? <muka separa gembira>
Girl: Haishhh..aku tampar juga mamat sengal ni kang....cepat laa cakap, apa dia..????!!
Boy: Hehehee..kau ni makin marah, garang-garang macam ni lagi cantik laa....
Girl: <gaya tangan nak menampar dah...muka tak payah cakap laa dah merah berapi, wap-wap kemarahan mula meluap> kau nak cakap ke tak sekarang?
Boy: Ehhh...sabar..sabar..sabar....<tangan Girl ditarik pantas, diturunkan ke bawah> Okay, macam ni sebenarnya, aku nak minta tolong kau ....................


3 bulan 3 minggu yang lalu....

Wednesday, January 18

Chapter 7 of 8 FKM

Today (18/1/2012), officially the end of final battle in examination for me...errr, and my 3 other friends too. So, proudly to announce that we don't have final exam on next final semester. Ngeh3~ Just Like Heaven! Neyhhhh...tak ada laa heaven sangat coz everyone pun akan sibuk dengan FYPII pula.  To me....? Homaaaaiiii...belum habis lagi satu exam, as I mentioned in previous post I think, I already done my preliminary testing so that I can present something extra for further understanding of my project to the panels. Yeahh...it's not really the end of Chapter 7 of 8. It only fully come to an end this 25th January, after the FYP1 presentation.  

WE ARE ON TOP! <top of TES tank>

HVAC site visit @ UiTM Puncak Alam

NERVOUS!!! *gasping* Auwww~ nak cakap apa ni time present nanti...??? But thankful dapat SV yang sangat baik and caring for our goodness. Awal-awal dah suruh buat preliminary testing, mintak slide dia nak check then suruh rehearse depan dia sebelum present depan panel. Some people said, "Untunglah...dapat SV best, dapat guide..." Ahahaha...ohh yeahh memang untung lah kot sebab dia 8 tahun lebih muda so tak rasa segan sangat sebab boleh dianggap macam abang-abang je but we respect him to have a title of "Dr Ing" in front of his name at a very young age. Oopppss! dengar cerita dah ada girlfriend yang tengah further dekat US. Wow~ kenapa laa dia tak kahwin lagi? Kalau tak boleh kitorang mintak angpau dari dia this coming CNY (Okay teringat Seha Haris pernah taip CNY as "CYN" and kena perli oleh kami yang sengal, konon rindu dekat Abg CY, which is our FYP supervisor here...hehehe). Hahhh...hope everything gonna be smooth after this so I can end up this Part 7 life. Yeayyy...!! Another 1 semester to finish my study, lepas ni boleh grad dah..yup..yup..! sidang konvokesyen ke-77..insyaAllah will be mine..aminnnn~

Friday, January 13

Night of Misery Life

Last month stress about design project, at this moment, once again im so stress about my misery life. Okay it's not funny..nothing best to laugh at my painful burden coz you are not in my shoes...pergi google belajar balik idiom sekolah menengah kalau lemau sangat dengn English! Huhh..marah sungguh ni...


If org lain bersenang lenang dgn tenang pulun study IM or whatever subject you study by now for your upcoming final exam...here are reasons why Im so the "cuak-cuak babeh" :-

1) Less than 50% ilmu yg aku dh revise utk final paper this coming Wednesday - Industrial Management, agak senang tapi sangat rugi kalau tak dapat nak skor. Aku akan rasa ralat sangat kalau tak capai KPI sem ni..wahh, KPI =.=' Aku stress bila tengok semua member2 aku sibuk tengah buat past year dah, yang aku ni apa hal duk buka excel lagi buat graf buat testing duduk lab..come on laa final is priority kot untuk waktu ni. Arhhh~ persetankan mereka. ya aku dah cuba abaikan setan-setan tu tapi aku kalah sebab dorang tak sudah2 menunjuk yang dorang tengah buat past year, analisa soalan past year. Bangang laa...korang je ke yang tau nak study sekarang ni. Dah tu aku ni buat apa? lila-lila main wayang ikut suka hati rasa ribena je ke?



2) Final year project progress - ok, this 1 whole week, 4 hari aku bertapa sepagi sepetang dalam Automation Lab run conceptual testing, melayan kerenah wayar Flexinol yang ada kuasa magis. Data yang suka main cak-cak dengan kitorang sampai kitorang pun sejuk beku duduk dalam lab tu. Segalanya untuk supervisor dan co-supervisor kesayangan. Aku redha, niat dorang baik sebab nak bagi kitorang faham tentang FYP kitorang ni. Itu belum termasuk rehearsal presentation (VIVA) yang SV aku request, tu pun aku tiba2 terfikir untuk minta postponed rehearsal tu after final paper kitorang. Alhamdulillah, dia setuju. Kalau tak aku pengsan dengan report proposal sebab nak study balik apa aku tulis dalam report tu. Banyak sangat benda nak fikir nak uruskan, jadi short term memory je semua.



3) HVAC mini project - aku memang tak banyak contribution dalam project yang ni. Just sempat buat calcualtion untuk solar path, tu pun aku pening kira eventhough guna excel. Sebab data dia pelik-pelik. Walaupun ketua kumpulan tak ada la guna 100% data yang aku kira but at least I do something there. Floor plan bangunan pun aku yang cari, kira okay laa tu kann..Thanks to one of my friend from FSPU yang dah bekerja dekat industri. HVAC...I have no damn idea abaout it now. Serious aku tak tahu apa yang aku belajar 1sem ni. Apa aku buat? Ahhh..report pun dorang dah siapkan, esok tinggal present je. Hope everything gonna be smooth, kalau nka kena marah dengan lecturer sebab aku tak dapat nak menjawab persoalan dia pun aku redha, aku pasrah. Memang khilaf aku sendiri.


Seriously..feel like im such a looser! I don't give a damn to my future. Come on, final exam sangat penting okay, that is my last final exam for this whole 4 years degree. My final battle untuk perform dalam exam, surely I want to give the best from me. The final chance for me to score, to upgrade my CGPA. Arhh....actually feeling to call my daddy tadi tapi dah tengah malam, aku tak nak dorang risau pula tak tidur malam sebab fikirkan jiwa kacau aku ni. 

So I take an initiative to write and post it on my blog, advice from my friends who understand my stage of stress right now. Thanks! Korang memang terbaik, at least you give some support and sweet talk to comfort me. Rather than "Like" my FB status yang hanya menambah sakit hati aku tangok. Bukannya nak bagi kata-kata semangat ke ape...so people, I advice you, aware sikit dengan apa yang korang nak 'Like' dekat FB tu. Not everything you can simply 'Like', some are not necessary to do so. Interact with it in other way please. Politely. :)

Lastly, people who laugh a lot, you might think they are the happiest person and you envy of their happiness, they actually burden and pain inside. The happiness and joyful face, their jokes are just some of the masquerade they wear to suite the parade of life cycle. Understand? Ouhhh...english literature sangat aku ni.....Sorry guys, if you feel like I am emotionally unstable. My bad, I admit.


*It is hard to have this end of part 7 life chapter as engineering student*
*final year pening*

Monday, January 2

Buh-bye 2011

One whole week of the 54th weeks in 2011,
it was end to be like this.
I don't really sleep, i don't really eat.
My life was such a mess for the whole weeks!

||||||||
||||||||
||||||||
|||||||||||||||||||||||||
|||||||||||||||||
||||||||||
|||||
||

Mechanical Engineering Design Presentation!
[28th December 2011]
A night before presentation, I don't sleep all night long
doing the assembly drawing again in CATIA.
The next day with a zombie like face I came to faculty for ENT presentation,
with a pair of baju kurung that i wore from A.M. to A.M.
Then going to mamak restaurant at mid night with the same selekeh looks. 
Hohohoho...keserabutan diri melanda.

On the presentation day,
sampai group members pun ingat aku tak mandi..Puihhh~
aku mandi laa...gler apa pergi presentation tak mandi.
First impression on our professional appearance is essential! :)
Yeahh..and Im so happy on that day coz everyone wearing smartly,
besides our presentation go smoothly eventhough sangat cuak before tu..huu~

Mechanical Engineering Product Assessment!
[29th December 2011]
Again, I am rushing to faculty workshop for product evaluation by panels.
No more neat look on me,
I just woke up 45 minutes before the evaluation,
hence I need to rush taking bus to faculty that morning.
Fiuhhh...everything pass!

Our medical stretcher name is NHO-RY11 :D
with the 4 HEROES (team members)
Estimated load: 170+ kg..but max. load ckp kt panel 150kg
Proven our medical stretcher KUAT!
Mechanical Engineering Report Submission!
[30th December 2011]
Once again, my sleep time was burned!
I don't sleep again for the whole night.
Ok tipu aku tido kejap but just 2-3 hours of sleep only.
I just can't close my eyes and sleep tightly
until I complete my works.
Dedicated huhhh? 
Yeahh..and so I'm a perfectionist in doing my work especially report!

After I settled down everything and stressed out with those people character,
I decided to go back my home sweet home to get enough rest and sleep!
Last minutes decision okayy, I don't plan to go home
cause I plan to study for my 1st exam paper this Thursday (5th Jan).
But my plan was fail....seems like have to burn mid night oil starting tonight.
Hahhhhhh~~

Exam's weeks that don't really feel like exam's weeks.