CC's Customer

Tuesday, August 23

Ramadhan | Kenangan Puasa vol.4

Hello peeps! Hello world! Hello Malaysia..! 

Houyeahhh..tak lupa juga, Salam Ramadan. hari ke-23 dah kita berpuasa :) Hari-hari akhir menjelang Aidilfitri..kuih raya dah buat? baju raya dah beli? langsir dah tukar? okay2..this will be last update pasal Kenangan Ramadhan kita..hee ^_~

Semester 3 at UiTM, masa ni aku temporary jadi NR kejap duk menyewa dekat luar. Aku menyewa dekat Pusat Komersil Sek7 dengan classmate yang lain. Sahur memang comfirm bangun sebab housemate semua stock bangun sahur makan. Kadang-kadang terlajak tidur, housemate kejutkan suruh bangun. Waktu berbuka, kitorang akan buka sama-sama kat ruang tamu. Kecoh juga rumah tu, bayangkanlah 9orang anak dara yang duduk, mana tak hingaq kalau orang utara cakap. Huu...Ada yang masak sendiri, ada yang beli. Masa ni dekat depan Pasaraya Bintang (sekarang Giant), ada mini bazaar, orang berniaga sikit-sikit. Bazaar paling best dekat tapak pasar malam Sek7 yang dekat-dekat Flat PKNS tu. Senang cerita depan iCity. Memang sesak bazaar tu waktu petang, penuh dengan student UiTM and orang awam. Pernah sekali tu aku dengan 3 orang housemate aku, buka puasa kat padang permainan tepi bazaar tu. Saja picnic kononnya.



Semester 5 at UiTM, aku dah kembali tinggal di kolej kediaman. Masa ni dah advanced sikit, ada lebih ramai kawan yang dari pelbagai course. First day puasa, aku buka puasa dengan Miss D dekat Noodle Station. Yezza! Aku ingat lagi, kitorang keluar naik bas Rapid je, menjengah bazaar Ramadhan dekat belakang PKNS. Ramainya manusia...restoran semua dah mula penuh kena booked. Sebenarnya yang kat Noodle Station tu pun kitorang booked tempat dulu, kalau tak jangan harap dapat duduk makan. Hari tu juga aku terserempak dengan schoolmate aku, Mira Tilu yang baru keluar dari Uncle K. Yup, she saw me and we change a smile to each other. Masing-masing muka excited bila terserempak macam tu. Most of my Ramdhan that time, aku berbuka dengan Miss D, kalau tak buka kat luar, kitorang akan tapau je makanan dari bazaar dekat DC, siap jumpa abang office kolej kitorang jual yong taufu tuh! Hahaha..abang Roti Impit kat fak pun dah boleh cam muka aku, dia jual nasi arab. Time bulan puasa kat bazaar DC nil ah, boleh jumpa balik mana-mana kawan yang dah lama tak jumpa.

Minggu kedua puasa tahun lepas, aku proposed idea buka puasa ramai-ramai kat tepi tasik. Asalnya macam ni, kitorang semua kenal dalam program MMS and MDS masa intake budak-budak baru masuk. Ukhwah antara kitorang memang rapat, siap ada nama group lagi, 13B. Aku dengan few others pun buat invitation dekat FB, jemput semua adik-beradik (kitorang tak guna istilah kawan dah). Petang Jumaat, aku rushing naik bas dengan Miss D lepas habis kelas German, berkejar ke bazaar PKNS. Sampai kat bazaar PKNS tu, sana sini bersepah muka adik beradik kitorang. Masing-masing dah berpecah ukur panjang bazaar tu sambil berkira-kira nak makan apa untuk buka. Yong taufu, roti jala, nasi campur, nasi kerabu, murtabak, rojak singapura, cendol...aduh, tak tersenarai dah..putu piring pun ada. Semua pakat beli makanan kat bazaar then duduk kat tepi tasik Shah Alam untuk berbuka puasa sama-sama. Besar gler bulatan kitorang buat untuk duduk, yang datang hari tu dalam 30 lebih semuanya. Lelaki perempuan semua campur makan sama-sama. Habis berbuka tu, sesi bergambar kitorang sebagai kenangan dan bukti aktiviti kitorang. Lepas tu ada pula yang gian pergi main bowling dekat PAS. Missed sudah terawih budak-budak ni. Aku tak join pun dorang pergi bowling, aku dengan Miss D balik ke kolej .

Tahun lepas kerap juga, aku dengan Miss D pergi buka puasa dekat tepi tasik. Bukan apa, best apa duduk kat tepi tasik tu senja-senja. Selain tu, pernah juga jitorang bentang tikar, buka puasa dekat padang Dataran Shah Alam (belakang Blue Wave). Berlatar belakangkan masjid negeri dan lampu spotlight padang, meriahnya kitorang buka puasa dengan mantan-mantan MPP yang kebetulan ada join venture. Tak ketinggalan sambutan malam ambang merdeka tahun lepas, sementara nak tunggu ambang merdeka dekat stadium UiTM bersempena dengan FESKEM, aku ikut budak-budak ni pergi karaoke sekejap. Lepas tu straight pergi stadium, tengok pentomen dari PALAPES, pertunjukan bunga api etc. Tak cukup dah buka dekat padang, karaoke, bunga api, kitorang melepak pula dekat Hakim, Sek7 dengan orang yang sama. Tiga meja disambung, penuh duduk mengelilingi meja depan skrin layar tayangan Astro ESPN. Dah dekat pukul 2pagi baru aku balik kolej dihantar oleh dua orang makhluk ni. Patkal laa curfew masuk UiTM masa bulan puasa sampai pukul 2pagi. Aku balik bilik je tengok roommate aku dah terbongkang atas katil keseorangan.

Last year aku memang liat bangun sahur, baloq gilaa..tak tau pasai pa entah. Sebab aku tidur lambat kot malam tu, jadinya bila baru sejam dua lelapkan mata, melekat-lekat laa kelopak mata kau nak buka bangun sahur. Dapat pula roommate yang jenis tak bangun sahur. Aku ni tak boleh kalau tak sahur, 2-3 hari tak sahur or minum air kosong je, alamat petang nak buka tu aku pitam. Macam mana pun aku kena bangun juga minum sesuatu yang panas. Pernah sekali tu, aku rasa nak pitam dalam bas yang penuh dengan student. Aku dengan Miss D petang tu nak pergi bazaar kat Sek2, oleh kerana bas tu sesak, aku hanya dapat berdiri bersesak kat tangga bas, dengan panahan matahari terik waktu petang, bertambah berpinar mata aku. Sampai satu tahap, pandangan aku makin kabur, kepala rasa berdenyut-denyut. Sampai satu stop depan kolej Perindu, bas jadi lengang sikit sebab ramai turun nak pergi kelas petang tu. Miss D tarik aku duduk, dia laa yang pimpin aku jalan turun dari bas bila sampai kat depan Kolej Seroja. Aku pun rehat kejap duduk kat bus stop tu, tarik nafas dalam-dalam sambil memejamkan mata. Alhamdulillah, berkurangan, tak jadi pitam. Slowly, kitorang naik bas balik keluar pergi sek2. Haishh, naya je beberapa hari aku missed sahur. Nak buat macam mana, bukan ada volunteer nak kejut aku sahur pun.


Tahun ni bulan Ramadhan jatuh pada cuti semester, tak ada laa peluang nak buka puasa dengan kawan-kawan macam last year dah. Rindunya nak lepak dengan dorang, lama sangat tak jumpa rasanya. Nak keluar macam mana, fulus pun ieelek bak kata orang India. Puasa kali ni terpaksalah duduk rumah je, berbuka dengan mak dan ayah. Sah-sah mak dah cakap awal-awal, suruh aku yang tolong dia masak untuk buka tahun ni sebab dia sibuk nak siapkan jahitan. Nampak gayanya aku ni macam dalam fasa latihan jadi suri rumah lak. Hahahaha. Macam mana pun pengalaman puasa dengan kawan-kawan lebih menarik kalau nak dibandingkan yang kat rumah ni (ye laa aku pun bertiga je kat rumah, bukan ada adik beradik lain pun nak kecoh-kecoh buka puasa). Adoi, rindu dowh nak pergi bazaar Ramadhan. Tiap kali puasa, wajib beli air tebu untuk berbuka. Saya sukaaa...! Nak kuih seri muka (kuih talam), donut, karipap blab la bla. Dah terbiasa lak buka puasa kena ada kuih. Hee~ Selamat Berpuasa semua!

2 comments:

adibah ruzaini said...

Homaiiiii .. :'(
rindunyeeee..hukhuk.. okay details gila kau cerita.. teringat semua wehh.. takpe nxt sem kte bt balik cmtu..lupa pasal semua bnda2 tak best !

NuryBella said...

hahah..tu r last yr puasa was the best in uitm....rindu kot//huhu