Tiba-tiba aku terpanggil untuk buat entry pasal hal ni. Thanks to Wan Muhd Faris Fahmi, our soon becoming junior dekat FKM nanti. Actually adik ni dari Asasi UiTM yang aku involve tahun lepas dekat kampus Puncak Alam. See? Kalau PM baik dengan PB, sampai dah habis MDS, habis asasi pun masih ingat dekat PM. Kali ni bukan lagi PM yang jaga adik-adik masa MDS tapi lebih kepada tempat rujukan adik-adik tentang pengajian dalm program Ijazah. Semalam, adik ni ada tanya dekat aku, antara JPA dengan PTPTN, yang mana satu dia patut apply. Jawapan aku? Anyway, aku bukanlah orang yang sepatutnya buatkan keputusan pemilihan tu.
1hb Ogos baru ni, JPA dah mula buka tawaran biasiswa peringkat Ijazah dalam Negara. Tempoh permohonan sampai 7hb Ogos 2011 ni je kalau tak silap aku. Jadi masanya agak suntuk kalau nak fikir lama-lama buat pilihan. Mesti adik-adik hebat kat luar sana yang dapat CGPA 3.5 above masa asasi/matrik/diploma tengah berfikir-fikir nak apply ke tak scholar ni kan? Naluri aku kuat menyatakan majoriti yang dapat CGPA bagus ni mestilah tak nak lepaskan peluang untuk dapatkan scholar. Penat-penat belajar setahun atau 3 tahun dapat pointer yang 1st class, tak kan nak berhutang pula dengan PTPTN ataupun bergantung dengan elaun PaMa (duit papa mama) je. Peluang sesekali jangan dilepaskan, untung nasib mana tau dapat scholar JPA, kan best.
Bercakap pasal pnjaman PTPTN ni pula, baik nama pun dah ‘PINJAMAN’ of course lepas grad kita kena bayar balik semula pinjaman kita dalam temph masa beberapa tahun beserta dengan pulangan balik 1% dari kadar pinjaman sekarang ni dan ia bergantung kepada kadar pinjaman yang kita dapat. Full loan yang PTPTN bagi untuk engineering course adalah RM 28 000.00 (8 semester). Kadar pinjaman ni berubah mengikut jumlah pendapatan keluarga, tanggungan keluarga, kursus Ijazah yang dikuti dan tempoh semester yang akan dilalui. Kelebihannya pula, tiada ikatan kerja dengan mana-mana badan kerajaan mahupun swasta. Graduates boleh pilih untuk bekerja dekat mana-mana syarikat yang dorang nak. Cuma peringatannya, janganlah lupa bayar balik pinjaman tu, kalau tak ada laa nama orang tu kena blacklist untuk keluar negara. Pandai hutang, pandai bayar balik ye, hehee (peringatan untuk diri sendiri juga ni).
Tetapi yang menjadi persoalan dilemanya tentang scholar JPA adalah graduates akan terikat dengan kerajaan, di mana graduates kena kerja dengan government dulu untuk beberapa tahun. Yup, mana-mana scholar pun sama akan ada bond dengan dorang, Proton, UMW, Shell, Petronas, Gamuda etc. Bezanya kalau bond dengan government under JPA ni gaji tu murah la sikit kalau nak dibandingkan dengan syarikat-syarikat swasta. Kalau fresh grad engineering kerja dalam private sector gaji dorang biasanya around RM 2k – 2.8k sebulan tu belum lagi dengan elaun-elaun tambahan yang lain, then may be kalau dengan government rendah sikit.
Okay, jom kita skodeng dari sudut yang positif bila kita dapat scholar dari JPA ni. A promising future of career after graduation! Lepas grad je, dah tentu kita akan ada tempat untuk bekerja dah walaupun dengan badan kerajaan, bila difikirkan balik apa salahnya kita berkhidmat balik kepada pihak yang dah taja pengajian kita untuk dapatkan segulung Ijazah tu. Bukan laa kena kerja sampai korang tua pun. Cukup masa boleh je korang berhenti and tukar kerja dekat company lain dengan gaji yang lebih tinggi. Untuk tajaan JPA ni, lepas grad, korang kena tunggu tawaran kerja dari dorang dulu dalam tempoh 1 tahun. Kalau lepas 1 tahun tak dapat mana-mana panggilan kerja, baru laa korang boleh kerja kat tempat lain tetapi dalam tempoh menuggu yang setahun tu korang tak boleh kerja denagn company lain. However, dari sumber salah seorang coursemate aku yang under tajaan JPA, dia bagitahu aku yang dalam kontrak JPA tidak ada menyatakan jaminan sebarang pekerjaan lepas grad cuma pelajar akan ada kontrak dengan 6 tahun sahaja. Walaubagaimanapun, dalam pekeliling baru JPA ada memberi kelonggaran sedikit kepada pelajar untuk bekerja di mana-mana syarikat, asalkan memohon pelepasan dari mereka.For further detail pasal isu bonding kerja dengan goverment ke tak as tajaan JPA, korang boleh baca dekat SINI. At that time, korang comfirm dah berpengalaman dalam kerja and sure company luar tak ragu-ragu nak ambil korang bekerja. Zaman dulu, masa atuk nenek mak ayah kita, nak belajar kat universiti sampai kena jual dan gadai tanah harta benda semua sebab tak mampu nak tamping kos pengajian yang tinggi. Masa zaman tu pun tak banyak pihak-pihak yang tawarkan scholar ni, PTPTN pun tak wujud lagi masa tu. Kira kita generasi baru ni sangatx10^10 punya untung. Macam-macam kemudahan kerajaan dah sediakan untuk pendidikan negara. Besides, bayaran scholar yang tinggi kepada penerima setiap semester, dulu JPA bagi RM4k lebih je tapi sekarang kadar dah naik ke RM5k lebih untuk satu sem. Boleh claim elaun untuk final year project, FYP dan practical.
Kita ubah pula dimensi kita ke arah pinjaman PTPTN. Dengar je PTPTN rasanya siapa yang tengah hutang dengan PTPTN tu akan sakit kepala dan pengecutan vena pulmonari yang drastik, cemaskan bila fikirkan pasal sejumlah wang yang kita nak bayar balik lepas grad. Siapa yang dari diploma dah pinjam PTPTN sampai degree tu lagi laa semput, hamper RM 40 000 jumlah keseluruhan yang nak dibayar balik. Mana nak dapat duit banyak tu kak chik? Bang chik? Berpinar mata kalau kita ni yang masih student fikirkan hutang PTPTN tu. Sememangnya student tajaan JPA lagi lumayan dari PTPTN yang berhutang ni, satu sem PTPTN bagi RM 3500 je untuk siapa yang pinjam full. Lebih kurang RM1500 kurang daripada JPA. Zaman sekarang ni memang tak cukup laa kalau nak belanja RM 3500 tu. Bila dah tolak yuran pengajian, yuran kolej dan beli buku segala bagai, tinggal berapa je duit yang tinggal tu untuk kita guna sepanjang satu semester. Tak cukup! Especially yang dapat IPT kat area Lembah Klang macam UM, UKM, UiTM, UPM, UIAM etc. Life cost kat Bandar dah laa tinggi. Siapa dapat masuk UiTM memang sangat untung sebab yuran pengajian kita murah je tak semahal tempat lain yang capai 4 angka. But then kalau pinjam PTPTN ni tak ada laa kena paksa kerja dengan government or mana-mana tempat, kita bebas nak pilih kerja dekat mana, as long kita pandai nak marketkan diri. Graduate dengan 1st class degree pun kalau tak ada soft skills tak guna juga, ibarat si ulat buku yang pandai baca buku je tapi tak reti nak gerak cari daun sendiri untuk makan. Apa-apa pun, kalau kita pandai berjimat nak belanja, ada side income dari PaMa or kakak abang. InsyaAllah boleh je survive dengan duit PTPTN tu.
So lepas dah baca semua ni, adik-adik rasa patut apply JPA or PTPTN? JPA yang tawarkan penajaan pengajian atau PTPTN yang tawarkan pinjaman duit? Aku bukan nak pengaruh korang untuk apply JPA ataupun PTPTN, tidak sama sekali. Terpulang pada adik-adik yang bakal masuk universiti awal September ni nanti, macam mana korang nak lakar masa depan korang. Planning untuk masa depan sendiri tu penting, korang dah besar rasanya dah boleh fikir sendiri, nak masuk universiti dah, tak perlu lagi kot nak mintak mak ayah buatkan pilihan tu. Tapi tak ada laa suruh korang ketepikan terus mak ayah korang, boleh juga korang minta pandangan mak ayah korang tu, discuss baik-baik, hujahkan pros and cons pasal JPA dengan PTPTN ni, sertakan sekali planning masa depan korang tu. Lepas tu boleh laa korang buat keputusan sendiri bila dah consider pendapat mak ayah dan gerak hati korang. Reminder, bila dah dapat scholar tu maintain your CGPA above 3.5 dan untuk PTPTN maintain and improve CGPA korang above 3. Nak apply dua-dua pun boleh, tak jadi masalah rasanya, dapat salah satu, bersyukur je laa tu rezeki korang. Kalau dapat dua-dua, korang pilih yang terbaik, salah satu tu boleh kita batalkan dengan bayar balik duit yang kita dah terima.
All right that’s all pengalaman dan pandangan aku pasal JPA and PTPTN ni. This is the only way aku nak share dengan adik-adik kat luar semua. Adik sendiri tak ada, sepupu pun kecik-kecik lagi. Anyway, aku bukan student tajaan JPA tapi aku berhutang dengan PTPTN. Houyeahhh...lepas ni turn aku pula bayar hutang-hutang tu semua. Arghhh~~~ =.=’
**Attention!
Yang perminat nak mohon JPA boleh laa ke SINI untuk maklumat lanjut pasal tawaran kerja etc.
1) http://www.jamaluddin.net/ 2011/01/berita-baik-untuk- pemegang-biasiswa-jpa.html
2)http://www.utusan.com.my/u tusan/info.asp?y=2010&dt=1 206&pub=Utusan_Malaysia&se c=Terkini&pg=bt_13.htm
**Attention!
Yang perminat nak mohon JPA boleh laa ke SINI untuk maklumat lanjut pasal tawaran kerja etc.
1) http://www.jamaluddin.net/
2)http://www.utusan.com.my/u
24 comments:
thanks for this entry! :D
ur welcome...xdpt tlg byk tp hrp2 pndangan yg berguna utk korg :)
thanx for sharing!!
ur welcome....cpt sblm terlambat klu nk apply JPA! :P
Yang PTPTN tu, kalau dapat 1st class pinjaman akan jadi free, taak perlu bayar balik la..
@Aliff Rahmani >> Ya skrg kalau grad dapat 1st class tak perlu bayar =, automatic jadi biasiswa. Jadi yang nak free PTPTN tu kena la belajar bersungguh-sunggug dapatkan 1st class :)
Kalau mse dgree dpt biasiswa jpa then lps dgree trus nk smbung mster, bleh hold dulu ke keje dgn krjaan?
kalau saya dah apply PTPTN, then lepas tawaran JPA scholarship dibuka, nak apply scolarship JPA boleh dapat ke?
hai, sis, nak tanya if i da dapat tajaan ptptn, then semester 1 result great, then mohon Jpa, andai kata dapat, boleh ke teruskan kedua2 tajaan?
Assalamualaikum..sya nk tnya..saya mohon lambat jpa masa sem 4 baru mohon and berjaya..jpa akan bagi biasiswa start sem 5 tu ke or akan bagi yg lepas2 sekali?sbb nak bayar ptptn :(
Assalamualaikum..sya nk tnya..saya mohon lambat jpa masa sem 4 baru mohon and berjaya..jpa akan bagi biasiswa start sem 5 tu ke or akan bagi yg lepas2 sekali?sbb nak bayar ptptn :(
ini cerita 2011 punya. 2016 ni huhuhu je la yg mampu. Risau jugak nak mohon JPA utk degree sebab mohon utk diploma pun tarak dapat. bukan rezki barangkali. Kita pikir kita dah cukup syarat-syaratnya and pointer pun dah above 3.3, cuma tak berapa nak capai 3.6. Berdebor bila pk masa depan. huhu.
Assalamualaikum...
nak tanya ,, kalau masa diploma dapat biasiswa JPA , dan nak sambung lagi ke peringkat Ijazah perlu ke mohon jawatan lepas tamat diploma..? Sbb sy nak sambung degree dlu bru kerja... Dan time ijazah nnti kena buat permohonan semula ke untuk dpt kn biasiswa JPA..? Mcm mana plak dgn kontrak time diploma...? Mohon Pencerahan...
Assalamualaikum.
Saya nak tanya adakah pemegang pinjaman ptptn boleh convert to biasiswa or di kurangkan bayaran pinjaman bila boleh score pointer?
Apakah Anda berpikir untuk mendapatkan bantuan keuangan, apakah Anda serius membutuhkan pinjaman mendesak, apakah Anda berpikir untuk memulai bisnis Anda sendiri, Anda berada di utang, ini adalah kesempatan Anda untuk mencapai keinginan Anda karena kami memberikan pinjaman pribadi, pinjaman usaha, dan kredit korporasi, dan segala macam pinjaman pada tingkat bunga 2%. Hore !!! Ini hampir sampai ke akhir tahun ini dan kami berada di Lucy Badan Kredit, kami menjamin semua klien berharga kami bahwa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individu dengan senyum di wajah mereka.
Untuk informasi lebih lanjut silahkan hubungi kami sekarang melalui email: (Lucysmithloanfirm@gmail.com)
Informasi Peminjam:
Nama lengkap: _______________
Negara: __________________
Sex: ______________________
Umur: ______________________
Jumlah Pinjaman Dibutuhkan: _______
Pinjaman Durasi: ____________
Pinjaman bunga: _____________
Nomor ponsel: ________
Lucysmithloanfirm
(Lucysmithloanfirm@gmail.com)
Kena drop ptptn..tak boleh amik 2
Assalamualaikum
Calls Only::::{+16264653418}
WhatsApp Only::::{+33753893351}
Email:::::::{{aditya.aulia139@gmail.com}}
{{iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}}
Nama saya Aditya Aulia saya mengalami trauma keuangan karena saya ditipu dan ditipu oleh banyak perusahaan pinjaman online dan saya pikir tidak ada yang baik bisa keluar dari transaksi online tapi semua keraguan saya segera dibawa untuk beristirahat saat teman saya mengenalkan saya. untuk Ibu pada awalnya saya pikir itu masih akan menjadi permainan bore yang sama saya harus memaksa diri untuk mengikuti semua proses karena mereka sampai pada kejutan terbesar saya setelah memenuhi semua persyaratan karena permintaan oleh proses saya bisa mendapatkan pinjaman sebesar 350jt di rekening Bank Central Asia (BCA) saya saat saya waspada di telepon saya, saya tidak pernah mempercayainya, agaknya saya bergegas ke Bank untuk memastikan bahwa memang benar ibu kontak sekarang mengalami terobosan pemanasan jantung dalam kehidupan finansial Anda melalui apakah itu BBM INVITE-nya: {D8980E0B} atau apakah kamu ingin mengkonfirmasi dari saya? Anda bisa menghubungi saya melalui surat saya: {aditya.aulia139@gmail.com} dan juga Anda bisa menghubungi perusahaan CREDIT UNION DAYA LESTARI via: {mail:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com}
Sejak 2016 biasiswa JPA jadi pinjaman boleh ubah termasuk untuk pelajar cemerlang 9A+. Hanya jika bekerja dgn kerajaan jadi biasiswa. Kerja dengan GLC bayar balik 25%. Dengan swasta 50%. Selain itu 100%. Masalahnya kerja dengan kerajaan sekarang sukar diperolehi.Tiada soal pelepasan dari kerajaan. Nampaknya ramai yang perlu nayar balik jumlah tertentu.
Bukan xnk baca. Backgrund tu kacau pemandangan untuk membanaca. sekian
Betul tu
untuk tahun 2022 ni, mcm better mohon PTPTN... kau dapat first class....auto tukar jadi biasiswa, dh x terikat ngan pape perjanjian.. syarat dia just mesti dlm b40 @ m40 je...
sekarang dia bukan m40/b40 je yeayy
Post a Comment