CC's Customer

Sunday, August 14

Buka Puasa @ Nenda's

Actually dari awal puasa lagi, mak dah plan nak buka puasa dekat rumah nenek. Oleh kerana terlalu sibuk siapkan jahitan baju raya para customer yang berkerenah baju nak macam-macam fesyen. Naik pening mak aku nak jahit, penat tau jadi tukang jahit ni. Nak tolong banyak, apakan daya bukan bidang aku nak menjahit-jahit ni. Takat sembat sikit-sikit, tolong gosok kemaskan jahitan tu reti laa aku. Boleh je aku guna mesin tu tapi cukup lepas sesak aku boleh laa..kalau jahit baju customer tak pasal lak jadi baju lain. Hahaha. Let the expert do it!

My daisy blooming at home :)
Few days before, mak aku pun siap-siap laa buat tapai pulut. Gigih ni puasa-puasa buat kuih lapis laa, tapai pulut, kuih koci, dalam pada sibuk jahit baju. Tapai pulut khas untuk nenek sebab dia suka makan. Sharp 4.30pm, ayah drive hantar aku dengan mak sampai rumah nenek. Acik Lah tengah sibuk masak ikan kotok (ni bahasa jawa..klu bm, ikan haruan x silap). Cousins aku, Iqmal Firdaus dengan adik dia, Alif Najmi tengah membedek basikal. Entah apa lagi yang dia godam, ada gaya mekanik gak budak kecik ni. Haishh, macam-macam perangai si adik ni, mau tak gelak aku tengok Alif merajuk abang dia, Iqmal tak nak belikan mercun dia kat kedai. Ni mak dia kat dapur dah jerit dah marah cakap, "Nanti beli dengan abah!". Biasa laa adik ni pelik sikit perangai dia, lain dari yang lain, pelik-pelik proejk bawah tanah dia. Abang, Iqmal dah blah test basikal yang baru dibega. Alif pun lari masuk bawah kolong (bawah rumah) tanggal selipar, terus lari tepi bilik dia nangis teresak. Hadoi laa....padahal darjah dua tu. 

Sementara tunggu buka, aku dengan mak jalan-jalan kat kebun tepi rumah nenek. Duduk kat pangkin bawah pokok kelapa yang rendah, tepi susunan pokok-pokok bunga mak cik aku, tak ketinggalan reban anak ayam nenek. Mak merayap tengok kebun ubi yang sekangkang kera. Adik Alif dah tenggek atas motor mak dia. Ewahh..kau try start enjin motor tu pula. Wahh..main-main lampu motor tu pula.
"Hoi...!" terencat kejap budak tu atas motor.
"Kau buat apa haaa? Bagitahu mak...adik main motor mak. Biar dia nanti kalau motornya rosak, dia kena marah.."
Test suara, aku laungkan je dari kebun yang jaraknya tak sampai 100m dari rumah. Terus adik turun dari motor, akur dengan ugutan kakak saudara yang kejam! hahaha *evil laugh* ehh..betul laa kan? kalau aku biarkan je nanti dia juga kena marah. Biar aku jerkah daripada mak dia nampak then kena balun. Dalam pada jalan masuk rumah tu sempat lagi budak kecik ni menjawab,
"Mana ada..! Alaa..biarlah...!" 
Wahh..marah nampak, mesti bengang laa tu projek bawah tanah dah kantoi. Hikhik :P Hmm..cuaca petang tadi sejuk, mendung and hujan sikit tak lebat pun. Dah dekat pukul 7pm, aku pun terkedek-kedek tolong acik Lah (mak Alif & Iqmal) kat dapur sediakan juadah berbuka atas meja. Mak cik-mak cik yang lain pun datang berbuka sekali dengan kitorang tadi, acik Dik & acik Tam family. Awal-awal mak dah pesan dekat acik Dik minta tolong belikan ais krim dengan apam balik dekat Pasar Sabtu. Kalau acik Dik ada, my cousin yang banyak mulut si Adah pun mesti laa ada sekali. Sesampai rumah nenek, dia masuk dalam bawa baju tidur (tak mandi lagi), dia tercangak dekat depan hamparan surat khabar atas lantai, ruang berbuka untuk budak-budak kecik. Siap cekak pinggang tuhh macam mak nenek, "Subhanallah....." tu yang keluar dari mulut comel tu *geleng-geleng kepala*. Usai mandi, Adah laa yang paling bising kat rumah nenek. Lari sana lari sini, dari depan rumah sampai ke dapur, KECOH! Meriah macam nak raya dah.

Finally, azan maghrib berkumandang. Nenek yang sakit kaki dah tua pun jadi kuat nak duduk bawah bersila buka dengan cucu-cucu lelaki dia. Acik Dik, Acik Tam and pak cik-pak cik aku pun buka kat bawah dengan anak-anak dorang. Tinggal laa aku, mak, acik Lah dan suami dia buka kat meja makan. Kat bawah dah penuh pun. Perhh..baru hari ni aku dapat minum air tebu (air feveret ni klu puasa..hehehe). Aku lead doa buka puasa kat meja, alhamdulillah. Habis makan, aku pun ambil ais krim aku kat peti sejuk, menyempat sakat Adah, bengang je budak kecik tu dengan aku bila bantal dia letak depan TV aku tarik. Ngeh3 X)) Adik-adik sepupu aku yang lain semua dah keluar kat laman rumah lepas buka.

Local ice cream that not so creamy but tasty!
Local taste: koko+keladi+jagung+asamboi+...(hijau tu x sure rse ape...pandan /honeydew kot)
Bunga api & mercun time! Iqmal, 12thn sibuk main mercun, Naim, 11thn pula temankan adik dia, Adah, 3thn main bunga api. Alif, Ekin dengan aku duduk je kat tangga tengok dorang main bawah lampu jalan. Ohh my...kecoh-kecoh mulut Adah ni, dia takot dengan mercun rupanya. Everytime, Iqmal baling mercun tu dia akan tutup telinga, jerit marah. "Jangan laaa...." merayu-rayu so that si abang, Iqmal tak main. Dan-dan tak jadi nak main bunga api bila dengar mercun. Hahaha..tengok laa aksi-aksi Adah baru pandai main bunga api ni. Tu belum lagi dengar cerita, dia peraga baju raya tak sudah-sudah depan orang kat rumah. Pening mama dia.

Left: Abah tgh ajar Adah pegang bunga api.
Right: Adah dah berani bakar bunga api sendiri.
Adah berjaya main bunga api..!
Wahhh..siap pusing-pusing, sape tah ajar..haha

8 comments:

J-Are said...

meriahnye noorie..
klako la baca sal budak2 tu. nnt kalau aku balik, tanya mak aku pasal aku kecik2 time puase, ape la agaknye pe'el aku ye. hehe.

NuryBella said...

hahaha..tu laa die cousin2 aku..msg2 pelek2 je pe'el...x mcm zmn2 kte kecik2 dlu dh....laen mcm ck8 bdk skrg ni..

ehh, lps lak cousin aku pn nme mcm kau gak...teehee~

J-Are said...

ha'ah.. ade plak terselit name cam aku. jgn la prangai pon cam aku. penat ko nnt..

NuryBella said...

ohh..laen prangai die x mcm kau pn..

MinahSpekMerah said...

eh.suda tuka layout la.nais.

tp aku suka y lama.haha.besar sket ruangan nak baca.y ne mcm kecik.nmpk padat.huehue.

tp nais~

NuryBella said...

yan- tukar angin jap...template lme ade dwnload as back up klu nk install blk....yg ni da dpt cahaya keimanan ck8 tu cerah..hahaha

MinahSpekMerah said...

hahaha.mmg lebih cerah y ne.y dulu gelap,malap je.
alhamdulillah.da dpt cahaya dibulan ramadhan.huehue.ak cahaya xjumpa2 lagi.;P

NuryBella said...

Uishhh...da berpurdah tu...da dpt cahaya Nur laa tuh..hikhik