CC's Customer

Monday, May 23

3 hari WEEKEND?!

Awal pagi tadi baru aku gerak balik Shah Alam.
Sampai bilik pun around 9.30 kot
tapi sekor pun tak bangun lagi budak bilik aku ni.
Masing-masing masih merengkok atas katil bawah selimut.
Baik, dua katil kosong (1 katil aku, 1 katil budak seorang lagi yang dah pergi kelas)

Macam tak biasa,
aku memang akan sampai kelas 10 minit awal,
lebih kurang macam tu laa..kadang-kadang lagi awal kot.
Kelas B2-A10-5/6 masih berpenghuni dengan budak-budak Control group C.
Sementara tunggu dorg ni berambus blah,
aku pun menebeng laa dekat koridor depan kelas dulu
dengan Yan and akak-akak ex-poli (if im not mistaken).

Tiba-tiba, seorang cik kak ni tanya Yan,
"Kawan-kawan korang ada yang amek 2 subjek tak?"
"Apa maksud akak ni? Sekadar nak berbahasa basi tanya info atau ....?"
persoalan berlegar-legar macam Nico dalam cerita Rio tu terbang atas kepala aku.
Okay, this part onwards korg kena berimaginasi tinggi sikit,
bayangkan Nico macam bawah ni..

Nico from Rio, April 2011
"Mostly semua amek 1 subjek je"
jawapan kami ringkas tanpa sebarang soalan disoal semula.
Bila dah dapat jawapan, akak tu pun keluarkan fakta dan hujah-hujah beliau
tanpa diminta oleh hakim.

"Banner persoalan" yang Nico terbangkan atas kepala aku tadi dijatuhkan,
Nico bertenggek di atas kepala aku sambil membisikkan sesuatu.

Ahahhhhh!

Nico memegang mentol yang menyala pula atas kepala aku.

*TINKKKKKK!!!*

Ini rupanya agenda mereka.
Dengan niat yang agak murni
untuk meringankan beban kelas kami pada hari Jumaat,
membawa usul untuk anjakkan jadual kelas hari Jumaat
ke sebelah pagi hari Khamis.

Errrr...maksudnya? 
-Nico buka topi penutup botolnya dan menggaru kepala yang tak berapa gatal-

Maksudnya macam ni wahai burung kuning ku, Nico
Hari Khamis, kami akan ada kelas belah pagi sekali
dan petang sekali.
Maka, kelas hari Jumaat tu dah tak ada sebab dah digantikan ke Khamis pagi.

Faham?
Faham?
Faham?

Dalam hati, penat laa kelas pagi petang macam ni!
Kalau direct 4 jam tak apa la juga.
Macam ni gap punya laaa berkurun nak tunggu petang pukul 14:00 tu
dari pukul 10:30 nak tunggu.
Ada pula yang tak datang kelas pagi tu kang.
Al maklum je laa...
semua baloq liat nak bangkit pagi
time cuti macam ni.
Dapat kelas start 1030 pun dah bersyukur sangat.

Kelas hari Jumaat dah tak ada?
Ini bermakna.....
3 HARI WEEKEND!

Nico menutup mukanya dengan topi penutup botol
lalu pengsan di atas kepala aku.
Bangun semula duduk sambil melebarkan sayap comelnya.
"3 hari weekend? Apa yang perlu kita lakukan Noorie?"
Hahh..2 hari weekend pun aku dah terasa kebosanannya di rumah.
Kalau stay Shah Alam lagi laa aku BOSAN
sebab tak duit yang banyak nak berjimba,
tak ada tv untuk aku tengok.
Ini kan pula 3 hari nak duduk kat rumah time weekend?
Butakan mata + pekakkan telinga + bisukan mulut = TIDUR
jawapannya untuk
3 hari weekend ini.


Kenapalah budak-budak ni rajin pemalas sangat
nak datang kelas hari Jumaat.
Habis intersesi ni tak cukup ke cuti lagi 2 bulan lebih?
Kenapa korang nak tamak juga dengan weekend yang 3 hari tu?
Korang banyak duit boleh laa nak enjoy sakan on weekend.
Kami yang tak berapa nak berduit ni?
Kesian tau
boleh mati kebosanan weekend duk rumah je.


Kepada
Yan, Kechik, Seha & sekutu dengannya yang bakal kebosanan.
Aku harap,
aku tak dengar la berita tragedi kematian
bosan tahap berdarah pasal korang dalam 
Buletin Utama etc.
Na'uzubillahminzalikkkk
Jauhkanlah dari kami Ya Allah.
Semoga akan ada sesuatu
yang baik dan menggembirakan
mengisi hari-hari bosan 3 hari weekend kita semua
d(n_n)b

5 comments:

MFbAH said...

hahahah..comei2..tu la, dorg ni tak bincang ngn sume dulu. SELFISH!!!

NuryBella said...

tu r..mula2 mmg la best jumaat xde clz, tp lps tu? ni short crse kot..sebln je x lme...esk clz ptg pn sengsara nk tggu kul 2 tu

shafmechy said...

kalau aku confirm blog walking ja kerja aku hujung minggu..haha..xdak duit nk kluar

cik fara said...

hehe . sabar ye awak . hee

NuryBella said...

shafiq - tu je r keje kau blog walking...make it real blh x walking kau tu? lme2 bosan jgk tau terperap je bce blog org..get a life have some fun :)

cik fara - hampir bersabar, redha je laa 3 hr weekend pun..haha