Bangun awal pagi macam nak pergi sekolah pula. Keluar pagar nampak budak-budak pakai uniform sekolah jalan depan rumah, masing-masing nak menuju sekolah depan perumahan aku ni. Tapi aku agak pelik, mana pergi mat-mat rempit junior ni semua pergi? Selalu time-time macam ni dah memekak atas motor parking kat rumah orang nak masuk sekolah. Budak sekolah kat tempat aku ni memang corrupted sikit..eh, bukan sikit sangat banyak kot..siapa jadi cikgu kat sini memang pening laa wa cakap lu! Aku tak nampak muka-muka pewaris Budak Setan pagi ni, yang ada cuma adik-adik sesi petang yang terpaksa datang pagi untuk sambutan Hari Guru. Wait...did I mention 'Hari Guru'? Yeahhh..yeah..yeahh...hari ni kan 16 Mei, Hari Guru.
Jadi aku nak wish 'HAPPY TEACHER'S DAY' kepada semua warga pendidik di seluruh dunia! Aku tak nak cakap untuk cikgu je sebab kesian laa lecturer pun mengajar gak. Perah otak lecturer belajar sampai Master/PhD tapi tak ada pun Menteri Pengajian Tinggi nak buat sambutan 'Hari Pensyarah'. Aku rasa in future kena tukar laa nama Hari Guru ----> Hari Pendidik! Baru laa cerah dan petak. Ahahaha..aku ada salah cakap ke korang duk kerut dahi baca tuh? Betul laa kan?
Sekadar perkongsian pengalaman, masa sekolah dulu kat CBN, ktorg ada satu tradisi yang unik bila sambut Hari Guru kat sekolah. Few days before Teacher's Day, class rep akan diarahkan untuk kutip duit dari budak-budak kelas. Duit tu nanti digunakan untuk beli hadiah kepada cikgu-cikgu semua. Paling menarik, class rep dengan assistant akan pakai baju tradisional yang cantik-cantik sebab nak naik atas stage kat dewan sekolah untuk sampaikan hadiah kepada cikgu. Seorang akan serahkan kepada seorang cikgu, dorg cabut nama, cikgu mana yang dorg kena sampaikan hadiah. Semua cikgu akan duduk kat atas stage, then semua class rep dan assistant akan jalan row by row sampaikan hadiah kepada cikgu. Apa hadiahnya? NANAS! I mean nanas dalam tin tu laa, bukan nanas sebiji. Nanas dalam tin ni, ktorg wrapped guna plastik hamper ikat ribbon. Ini sebagai simbolik penghargaan kami. Nanas = Convent Bukit Nanas. ^_^ CIkgu-cikgu yang 1st time mengajar kat sekolah aku sangat teruja, dorg pun tak aspect benda camtu.
Imagine the Pineapple Hill that have no pineapple tree. Huhu |
Oh ye..kenapa aku bangun awal? Baik itu pelik bila Nabila bangun awal time-time cuti macam ni, keajaiban sangat sebab selalunya aku memang biarkan matahari tegak atas kepala dulu sebagai rasa menghargai nikmatnya kelopak mata tertutup rapat! Kenapa aku keluar? Okay..it was like this, today officially my INTERSESSION CLASS begin. Ikutkan hati memang aku malas nak pergi kelas. KELAS? Dah satu sem aku tak masuk kelas, tak sebut pasal kelas, tak tau apa rupa kelas dah...BLURR kejap pasal kelas. Tidur tak lena (biasa tidur lambat), makan tak lalu (butterfly in stomach so dah kenyang), rasa macam excited pun ada gak bila dah satu sem tak masuk kelas ni. Rindu glerkat kawan-kawan semua, yela satu sem tak jumpa semua practical.
Sharp at 0800 hour, aku sampai depan office FKM. First thing I saw? Latif, geng PSSKM aku, depan notice board menatap jadual intersesi yang baru beberapa minit aku kira staff office tampal. Haishh, staff FKM ni pun satu, suka buat kerja last minutes, menyusahkan tau tak student kena datang pagi-pagi, bersesak-sesak tengok jadual yang agak pening & serabut untuk difahami. Nasib baik, masa aku sampai tu ada 3 orang je depan tu so tak ada laa sesak sangat. Siap buat discussion dengan Latif nak fahamkan jadual intersesi ni. Alhamdulillah, sekejap je ktorg dah faham. Itu la pentingnya semangat kerjasama.
APA YANG PENTING? KERJASAMAAA!! :)
Jadual kelas intersesi | MEC522 (BOEM220A)
Isnin, Rabu & Jumaat: 1030 - 1230 (B2-A10-5/6)
Selasa & Khamis : 1410-1600 (B2-A10-5/6)
Damnmmnnnn! Awat kelas aku start 1030 hari ni? Apa aku nak buat 2jam sebelum ni? Arghhhh!!! Thanks to Allah sebab hantarkan Yan, Syura, Seha & Timah kepada aku. Sementara nak tunggu kelas 1030 tu, ktorg pun decide untuk lepak kat cafe3. Fuhh..lengang cafe! Aku suka! Sementalah, masing-masing berceritera tentang hal-hal & kisah-kisah menarik masa practical. Jarum jam berputar, saat berlalu lantasan minit pula, baru 0930? O'ouhh...baru ingat kolej aku tak settle lagi. Aku belum check in kolej untuk dapatkan bilik transit. Thanks to Timah sebab temankan aku jalan kaki balik Melati kejap settlekan check in. Subhanallah..aku sangat suka bilik tinggi-tinggi ni, what? Intersesi pun kena duduk bilik kayangan, I mean Pra-Kayangan sebab tingkat 4 (level paling tinggi untuk blok 3), masa blok 4 sem lepas aku duk tingkat 9. Sah-sah aku kena mendaki anak-anak tangga untuk turun naik bilik sebulan ni, agak-agak leh kurus tak? Hurmm..jari telunjuk kiri di dagu, mata ke atas. Okay dapat roomates budak biznes 2 orang, both adik-adik student ID 2010******. Agak-agak dorg perasan tak muka akak ni jaga pendaftaran dorg dekat Annexe dulu? Derhhh~
Disebabkan terlalu bosan, ktorg pun masuk kelas awal, 30 minit sebelum. Adoi, aircond tak buka pula kelas ni, 'sejuk' gler! One by one, dengan rasa macho-nya jalan masuk kelas B2-A10-5/6. Actually tak ada laa macho sangat budak-budak ni, saja hiperbola sikit. Ermm, classmate yang aku kenal siapa je? Ok..Yan, Seha Timah, Kechik, Irfan, Adnan dan.....Azman? Alamak! Aku lupa lak dia group dengan aku. Bulan lepas dia ada msg tanya pasal intersesi, mungkin aku terlupa dia pernah bagitahu aku group untuk MEC 522 (Control Engineering) ni.
"Kesian kau weh..sorry sangat! kalau aku tau kita satu kelas mesti aku dah msg kau inform pasal jadual kelas kita ni. Maaf..hee~ "
Bosannya...mana cikgu nih...? Miss my banana :P |
Leave the class after half an hour IF your lecturer did not come in.
One thing yang best pasal Adnan ni, ex-asasi engine, dia akan tinggalkan kelas dan terus balik lepas 30 minit lecturer tak masuk. But still dia datang kelas on time. Dari sem1 aku kelas dengan dia, memang macam tu style dia. Lebih 30 minit berlalu, "jom lahhh" semua sepakat nak keluar kelas. Hampa hampa hampa! Punya laa semangat ktorg bangun pagi datang 1st class hari ni tapi lecturer pula yang tak datang. Oh ye, nama lecturer Control aku, Dr. Low Cheng Yee. Nama dia ni mengingatkan aku dengan Laksamana Cheng Ho. Senang nak ingat nama Dr. Low ni. Hurm, esok cuti umum lak. Yeay! Esok cuti tak ada kelas, kita jumpa Rabu nanti la ye Dr. Low, same place same time. Huu~
2 comments:
kelas ak pkol 6pm-8pm..mantap btol..ntah ade x tidak arinie..huhu~
GIGIH! hahaha..go2 chaiyok
Post a Comment