15 March 2011, Rain cats and dogs =.=' again........(acid rain!)
Empat hari selepas gempa bumi paling teruk di Jepun berlaku, hujan turun dengan selebat-lebatnya sejak semalam. Sabtu yang lepas pun hujan dan begitu juga Ahad. Hujan itu kan rahmat. Bersyukurlah kerana hujan, Allah masih menyayangi umatNya yang tinggal di muka bumi ini maka diturunkan hujan untuk mencuci kekotoran (dosa) yang dilakukan umatNya. Bumi Allah digegarkan dengan gempa bumi 9 Mv pada petang Jumaat (11/03/2011) yang lepas, jalan raya merekah terbelah dua, bangunan-bangunan runtuh menghempap nyawa-nyawa hidup yang mana pengakhirannya mengakibatkan kehilangan jiwa-jiwa manusia. Gegaran itu merenggut nyawa dengan dahsyatnya, Subhanallah~ dugaan apakah yang Engkau turunkan ini Ya Allah? Sungguh besar ujianMu.
Tak cukup dengan gegaran yang sudah cukup melumpuhkan negara matahari terbit Mu ini, bala terus diturunkan lagi hasil kesan gempa bumi itu, air biru di lautan Pasifik berpusar, mata-mata yang melihatnya menjadi gerun dan takut. Ombak pemusnah setinggi 10 meter berderu menghempas daratan pantai Pasifik yang landai dengan rakusnya. Lagi sekali Engkau mengarahkan malaikat Izroil (malaikat maut) untuk mencabut nyawa-nyawa pada jasad lemah itu. Lantas bekalan elektrik turut mendapat kesannya, dan reaktor nuklear rosak lalu meletup meledakkan gas hidrogen beracun di udara Jepun, darurat diisytiharkan. Bukan tsunami sahaja, kejadian tanah runtuh turut berlaku. Kesan dari letupan reaktor nuklear menyebabkan hujan asid (apabila hujan turun), walaupun pihak berkenaan di Jepun menyatakan ia tidak begitu membahayakan, namun tindakan untuk mengambil langkah berjaga-jaga harus dilaksanakan secepat mungkin. Bunyinya mungkin sedikit berbahaya tapi seperti yang kita maklum, bahan nuklear (radioaktif) sangat berbahaya. Baca sini untuk mengetahui kesan-kesan bahan nuklear kepada manusia dan ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesan radioaktif. Jadi? Jaga diri baik-baik ye sahabt-sahabat semua! :)
**Jadikan musibah yang menimpa negara ini sebagai pengajaran dan peringatan kepada kita semua. DI sebalik setiap kejadian itu ada hikmah. Kiamat sudah dekat? Jawapannya pada kalian sendiri.
Baik itu cerita tentang bencana alam yang diturunkan oleh Allah SWT. Cerita tentang aku pula bagaimana? Hari ini 15 Mac, sebulan lagi untuk tiba tarikh 15 April! Hari yang aku nanti-nantikan, tak sabr rasanya hati ini untuk mengakhiri dugaan kecil dari Mu ini, Tuhanku. Ya Allah, Engkau kuatkanlah aku, sabarkanlah hati aku ini untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Terasa bersalah pada Mu tatkala aku merungut di dalam hati tentang hambaMu yang seorang ini. Faktor usianya yang hampir sebaya mungkin juga muda atau lebih tua dari orang tua ku, rasa hormat masih bersisa di hati. Kadang-kadang rasa geram, meluat, benci, marah menguasai segenap ruang di dalam diri ini, aku biarkan saja. Akhirnya perasaan itu reda sendiri, mungkin atas dasar bantuan hujan lebat yang Engkau turunkan dua tiga hari ini telah membawa hanyut perasaan hitam itu pergi jauh. Jauh dari aku tatkala ternampak kelibatnya.
Ahhh...itu cerita yang aku hadapi hari-hari. Bagaimana pula yang aku terlihatkan di laman-laman singgahan alam maya? Mampukah untuk aku terus bertahan begini untuk 3 hingga 4 bulan akan datang? Jika setahun akan datang? Mampukah kau Noorie Nabila? Ambil nafas dalam-dalam....dan lepasssssss....Hahhhhhh~ lega sedikit bukan? Sedikit? Nampaknya aku harus mempelajari cara-cara untuk mengatasi kekangan jiwa ini. Perasaan itu terus bersarang di benak hati yang sempit milik aku ini, walaupun berkali-kali aku kuis ke tepi (ehhhh? datang balik kau?), berkali-kali aku membersihkannya. Hati aku semakin mengecut! Makin mengecil maksudku..aku perlukan sesuatu untuk membolehkan aku keluarkan penyataan "saya berbesar hati" pula, saluran limfa darah juga makin mengecut dek kerana kesan radiasi nuklear dari Jepun barang kali. Duhai hati..bersabarlah kau, ini semua rezeki. Jangan dipersoalkan ketentuan Illahi, mungkin yang direncanakan untuk aku ini adalah yang terbaik untuk diri ku. Tapi....setiap kali aku terlihatkan itu dan itu, yang itu tetap menghantui perasaan seakan memanggil aku untuk membunuhnya dari pandangan mata seketika. Haishhh~ tolong jauhkan itu dari pandangan mata, kepekaan telinga ku yang mendengar, aku tak sekuat itu untuk terus utuh di sini memerhatikan setiap gerakannya (walaupun di alam maya..apa tah lagi realiti yang pahit ini..)
Bacaan graf sakit hati dalam hati aku..HAHAHA :D |
Sabar duhai hati...sedikit masa lagi, satu masalah bakal terlerai, rantaian besi hitam yang buruk berkarat itu bakal aku buangkan jauh ke dalam Selat Melaka, ohh..tidak..ke Laut China Selatan? Lautan Hindi? ke mana saja yang kau inginkan hati..permintaan mu akan aku tunaikannya duhai hati, bahkan Lautan Pasifik sanggup aku redah waktu ini (senang sikit terus ditelan bumi lepas gempa tu)...Ehehhh, berani ke nak buat macam tu?
No comments:
Post a Comment