CC's Customer

Tuesday, March 29

Life Potrait 2803

 28 Mac 2011, Isnin (Cerah)


Alhamdulillah...Allah masih panjangkan umur Ayahanda aku, 53 tahun sudah usianya. Separuh abad sudah kehidupan getir ini dilalui lelaki itu. Hari demi hari aku menjadi harapan dan taruhannya di masa hadapan, mampukah aku menggalas tugas ini seorang diri beberapa tahun lagi? Ya Allah...kuatkan hambaMu ini. Murahkanlah rezeki aku dan kedua-dua orang tuaku, ampuni kami Ya Allah, sesungguhnya kami diciptakan sehina-hinanya daripada tanah dan paling sempurna ciptaanMu di muka bumi ini. Kekhilafan sering membayangi kehidupan dek kerana kesalahan yang menyelebungi diri hasil hasutan sang Syaitan laknatullah itu. Ya Allah, kau panjangkanlah usia kedua-dua orang tua aku agar mereka dapat kejayaan yang bakal aku lakarkan untuk mereka, agar aku dapat membalas jasa dan kudrat mereka itu. Aminnn~


Syukur juga kerana Allah masih menyayangi aku tatkala hati ini kesunyian di segenap ruangnya tercari-cari cahaya yang dulunya menerangi hari-hari gelapku. Allah memberikan kita kesakitan kerana Dia menyayangi kita, disamping mengingatkan kita agar tidak sesekali melupakan kasihNya Allah. Malah dikurangkan dosa yang sedia terbeban. Yaa Rahman Yaa Rahimm..Subhanallah, kerdilnya aku di sisiMu. T.T Bangun saja dari tidur pada Sabtu yang lepas, tekak terasa perit dan kering, bibir kering, kepala sedikit pening. Aduh, ku tahan juga kelemahan ini. Mak dan Ayah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung menziarahi mak cik dan pak cik aku di Lekir yang sedang sakit tua. Aku tak tahu apa urusan pentingnya di antara mereka, aku hanya menurut perintah. Aduhh, aku hanya mampu diam dan 'memejamkan' mata saja dengan keadaan rumah uzur yang tak terurus itu, yelah manakan terdaya dua orang pasangan tua yang sakit mampu merapikan rumah atas pasir itu.

Vanilla ice cream + banana + chocolate
(Okayy..aku mkn x abes semlm..mst mak bisg xde org nk mkn dlm fridge)

Kehadiran kami di sana hanya sebentar, sampai semula di rumah sekitar 8.40 pm, Earth Hour! Hati aku bertambah terluka melihat limpahan cahaya yang melampau-lampau malam itu. DUhai warga penduduk sekalian, tidakkah kalian tahu akan perkara itu tadi? Setidak-tidaknya, matikanlah semua lampu di dalam rumah, bukan lama...cuma 60 minit yang dipinta untuk menghargai alam ini. Kalau orang zaman dulu mampu tinggal dalam gelap, mengapa tidak sekarang? Takut dengan bayang-bayang sendirikah? Apa-apa pun, rumah aku memag gelap malam itu, 75 minit...ya itu catatan masanya rumah aku dalam zaman kegelapan, ditemani cahaya lilin sahaja. Badan terasa semakin lemah, macam robot kehabisan tenaga simpanannya, lekas aku menyelongkar bekas ubat mak yang penuh dengan pelbagai jenis pil. Panadol (paracetamol), YES! Itu yang aku cari...dua biji Panadol aku telan, masih menggagahkan diri menonton TV, akhirnya aku menyerah sebelum detik 12 malam. Aku rebah lemah di peraduan malam itu hingga ke pagi. Huhhh....aku tak suka makan ubat!

**hari ni dah tolong orang tu buat header untuk blog dia...Alhamdullilah, dia berpuas hati & suka sangat dengan apa yang aku dah buatkan tu. Nanti jangan lupa belanja ya! :)

No comments: