CC's Customer

Thursday, June 2

Apa pun tak bolehhhh

Pagi yang gelap, kini sudah terang!
Bukan terang je...matahari tunggu masa nak tukar shift dengan sang rembulan.
Bukan aku tak cuba....habis 1 file dokumen.
Reaction Wheel Pendulum punya manual
Helai demi helaian muka surat aku buka,
ehhh...sekarang dah moden pakai PDF format je
so kita scroll down page by page je...hikhik

Arghhhh~ 111 muka surat semuanya!
Mampukah kalau korang GIGIH nak baca setiap baris ayat?
Dah laa semua in English, pastu ada derivation equation dengan macam-macam simbol.
Mahu tak berpinar mata orang yang gigih nak baca tu.
Fed up  dengan cubaan baca lab manual.

Yg ni kes terlebih 'smart' tahap 'infiniti'
Lab pukul 2 petang, sempat lagi aku keluar lunch dengan Cik R.
Before pergi fak, ktorg lepak dulu dalam kereta depan Melati.
Adik-adik atlit SUKMA yang menginap dekat kolej
boleh lak pandang-pandang ktorg dalam kereta.
"Tak payah nak menyibuk dik, akak bukan dating buat projek dalam kereta pun."
Ooppss! Aku je yang bersangka buruk agaknya.
Normal laa orang akan pandang kereta kita bila lalu kat sebelah kan?

Korang pun mesti pernah buat macam tu kan?
Lalu kereta orang sebelah masa jalan-jalan,
mesti kalih tengok perkara berikut:

[1]     jenis kereta
[2]    driver kereta
[3] isi dalam kereta

Balik ke cerita asal pasal lab tu kan,
hari ni ada 2 group je yang buat lab simulation tu.
Honestly, first time aku masuk Mechatronic Lab ni...hahaha
Mechatronic lab biasanya digunakan untuk Robotic thing and etc.
Lab ni tak ada pun equipment macam mesin yang besar-besar tu.
Banyak komputer dengan simulation equipment je.

Kerja ktorg just duduk depan PC klik sana klik sini,
ubah sikit parameter then simulate system tengok perubahan.
Kerja-kerja observation memang mengantukkan,
kalau nak banding kerja-kerja praktikal dekat workshop,
Satu per satu graf simulation ktorg perhatikan perbezaan.



Wuarghhh~~~
kenapa semua lebih kurang sama je?
Actually tak ada laa sama sangat.
Ada laa perubahan sikit tapi tak ketara sangat.
Benda ni depends juga macam mana strategi 
nak control parameter yang kita ubah tadi.

Bila ktorg tanya lecturer,
lecturer tanya ktorg balik.
Erkkkk~
Semua terdiam tak tahu nak jawab apa, 
tak tahu nak bagi respon macam mana.
Keypoint dia, "You baca tak manual ni?"
"What did you understand about the system itself?"

Masa soalan pop kuiz tu diaju,
semua muka blurr..macam emotionless.
Mata pandang straight tembus skrin PC tembus pendulum tu.
"You should understand the system first....bla bla bla..."

Huhhhh...puas setiap helai muka surat ktorg selak balik.
Tetap hampa, tak jumpa clue untuk ktorg faham.
Kau pandang aku, aku pandang kau, 
PC dengan pendulum pandang kita, tunggu masa je nak ketuk kepala kita.
Serious, kami tak faham!

Last-last, segala parameter yang perlu dimanipulasi ktorg ubah.
Simulate>check graph>print screen>save
Masih dibelenggu persoalan,
Apa motif ktorg buat simulation ni?
Apa yang ktorg control sebenarnya?
Apa yang berubah sebenarnya?
APAKAH?

Pengajaran dari cerita di atas,
Jangan malas baca lab manual, tak faham tanya senior/lecturer.
Jangan gatal tangan angkat tangan nak rebut giliran buat simulation awal-awal kalau tak bersedia.
Pastikan ilmu penuh di dada sebelum buat sesuatu.
Perlu yakin diri dalam harungi ujian.
Jangan malas!


**Thanks a lot to Cik R for today :)
Hopefully, lecturer kau tak mencutikan diri lagi.

2 comments:

Seha Haris said...

"Jangan gatal tangan angkat tangan nak rebut giliran buat simulation awal-awal kalau tak bersedia."


Aku setuju sangat dengan yang ni. hahaha!

NuryBella said...

Sebab kte ingt mcm lab bse senang2 before this kann...tu gatal tuh..haha